Pages

Friday, December 3, 2010

PiLot Di DaRat..

Anda bercita-cita menjadi pilot a.k.a juruterbang? Sudahkah impian anda berada di dalam cockpit menerbangkan pesawat tercapai? Sejak kecil aku tidak pernah terlintas untuk menjadi pilot meskipun aku sukakan kapal terbang dan deruman bunyi enjin pesawat kerana minat aku lebih cenderung menjadi seorang arkitek. Ya, itu cita-cita asal aku, ingin menjadi arkitek dan merekabentuk airport termoden dan tercanggih di Kelantan (berbakti untuk negeri kelahiran sendiri). Maka tidak hairan pilihan pertama, kedua, ketiga semasa permohonan memasuki alam universiti dahulu kala bidang kursus senibina menjadi keutamaan pilihan aku. Namun ternyata bukan rezeki aku untuk bergelar arkitek, tidak semena-mena pilihan keempat bidang kursus di Universiti Malaya tersurat menjadi rezeki aku sehinggalah tamat pengajian bergelar graduan Teknologi Maklumat kelahiran UM.

Berbalik kepada topik pilot di darat, agak pelik bunyinya. Jika pemilik kapal terbang di darat (rujuk
entri ini atau link ini) sudah tidak pelik masa kini, maka pilot di darat juga tidak menjadi kepelikan meskipun rutin utama pilot adalah di awan biru. Jika bergelar pilot di udara, anda seharusnya dan pasti berada di ruangan cockpit untuk menerbangkan pelbagai jenis pesawat. Risikonya amat tinggi kerana anda bukan sekadar mempertaruhkan nyawa sendiri nun jauh di awan biru tetapi juga nyawa penumpang-penumpang terutama pilot yang menerbangkan pesawat komersial. Bagaimana pula dan apa perbezaannya dengan tugas pilot di darat? Jawapannya, perhatikan gambar pesawat yang disertakan dalam entri ini secara teliti.
Benar, ini adalah pesawat Boeing 737-300 AirAsia yang mana pilot di darat yang tidak mempunyai tauliah dan lesen penerbangan mampu menerbangkannya tanpa perlu berada di dalam cockpit pesawat. Namun ia bukanlah pesawat sebenar, tetapi adalah model RC berskala panjang 47 inchi dengan ukuran berat mencecah 1.5 kg menyerupai pesawat sebenar yang berenjin elektrik dengan harga pasaran melebihi USD$3,500 (melebihi RM10,000) sebuah (rujuk EDFmodel). Menarik bukan dan ingin memilikinya? Ada juga model pesawat RC di pasaran yang menggunakan minyak sebagai kuasa bahan bakar enjin dan harganya sudah pasti lebih tinggi berbanding enjin elektrik.
Bagi pengemar dan pengumpul model koleksi kapal terbang, pasti impian memiliki model miniature yang boleh diterbangkan menjadi target dan buruan apatah lagi mendengar deruan enjin tatkala model pesawat takeoff dan terbang di udara. Jadi bersediakah anda untuk bergelar pilot di darat dan merasai keseronokan menerbangkan pesawat?

2 comments:

azlishukri said...

salam, lama tidak dengar berita, harp sihat hendaknya, blog sahabat sudah dipaut

zeme said...

Salam saudara Azli,

Alhamdullilah sihat semuanya. Terima kasih atas pautan blog.

Wasalam.