
Malaysia Airlines (MH) menawarkan perkhidmatan penukaran yang sangat eksklusif khas untuk membawa serta menghubungkan penumpang-penumpang tersebut dari bangunan Terminal Main ke bangunan Terminal Satelit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA menggunakan kereta mewah Porsche Panameras. Penawaran perkhidmatan ini dilaksanakan buat sementara disebabkan penutupan perkhidmatan KLIA Aerotrain sehingga Mac 2011 atas kerja-kerja menaiktaraf.

Penumpang-penumpang Premium Malaysia Airlines akan diberikan kad undangan "Priority Transfer" semasa mereka mendaftar masuk di Row D KLIA. Selain di kaunter daftar masuk, ia boleh didapati di Regional Lounge dekat bangunan Terminal Main, Golden Lounge di bangunan Terminal Satelit dan juga melalui Pembantu Operasi Lapangan Terbang di pintu G1.
No comments:
Post a Comment