
Mengikut kenyataan CEO AirAsia, dalam tempoh 3 bulan seterusnya pihak AirAsia bakal melaksanakan polisi terbaru mengenakan caj yuran tambahan yang sepatutnya telah dilaksanakan bermula 6 Oktober 2010 lepas bagi setiap penumpang per sektor sekiranya daftar masuk menggunakan kaedah konvensional iaitu melalui kaunter di lapangan terbang. Secara berperingkat kini terutamanya di lapangan terbang Terminal LCC Sepang, AirAsia giat menjalankan kempen "Self Check-In" dan bermula 1 November 2010 pihak AirAsia telah mengurangkan serta menutup kaunter daftar masuk ke sesetengah laluan seperti Kota Bharu (KBR), Kuala Terengganu (TGG), Bandar Seri Bagawan (BWN), Johor Bahru (JHB) serta laluan antara Malaysia. Kebanyakan kaunter daftar masuk kini telah ditukarkan menjadi kaunter penyerahan bagasi.
Maka bersedialah sekiranya semasa berurusan daftar masuk penerbangan di kaunter AirAsia, anda diminta melunaskan caj yuran tambahan daftar masuk yang akan membuatkan anda terpinga-pinga dan pasti banyak persoalan akan diutarakan antaranya mengapa, kenapa, bila dan akhirnya berapa?
No comments:
Post a Comment