Pages

Friday, December 24, 2010

BouSteaD TeroKai BisNes CarTar UdaRa..

Syarikat Boustead Holdings Berhad (BHB) yang merupakan ahli kumpulan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kini meluaskan bidang perniagaan dengan meneroka industri penerbangan cartar udara menerusi syarikat tujuan khas (SPV) yang akan mengambil alih semua helikopter dan pesawat yang dimiliki oleh anak-anak syarikat DRIR Equities Sdn Bhd. Mengikut kenyataan, jumlah pembelian tidak akan menelan kos lebih daripada RM100 juta.

Berikutan itu satu memorandum persefahaman (MoU) dimeterai antara Boustead dengan DRIR dan Tulus Sejagat Sdn Bhd bagi tujuan membeli 10.2 juta saham biasa bernilai RM1 setiap satu dalam
MHS Aviation Berhad mewakili 51% kepentingan ekuiti dalamnya dan 51% lagi kepentingan ekuiti dalam sebuah SPV yang akan membeli semua helikopter dan pesawat yang dimiliki oleh anak-anak syarikat DRIR.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Boustead berkata pada 20 Ogos 2010, Petronas Carigali Sdn Bhd memberikan kontrak kepada MHS Aviation untuk menyediakan pesawat sayap putaran, peralatan dan servis (bagi pesawat jenis berat - EC225) bagi tempoh sepuluh tahun dengan pilihan untuk melanjutkan bagi tempoh lima tahun lagi bermula 1 April 2011 hingga 31 Mac 2021.

"Lembaga percaya kontrak baharu itu yang diperoleh oleh MHS Aviation daripada Petronas Carigali Sdn Bhd dan kontrak-kontrak syarikat lain berjumlah kira-kira RM3.1 bilion bagi tempoh lebih 10 tahun, akan memastikan pendapatan berterusan daripada perniagaan sewa udara dan penggunaan pesawat bagi faedah kumpulan Boustead" kata syarikat itu.

Justeru itu, penerokaan ke dalam peniagaan sewa udara akan dijalankan bersama dengan pemegang saham sedia ada MHS Aviation yang akan masih memegang 49 peratus kepentingan dalam MHS Aviation bagi memperoleh dan mengekalkan pengalaman dan kepakaran yang diperlukan dalam perniagaan penyewaan udara. Sekiranya cadangan pengambilalihan itu menjadi kenyataan, ia dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan masa depan kumpulan Boustead.

No comments: