Suasana bandar halaman Kota Bharu Bandaraya Islam begitu mendamaikan, sesuai untuk merehatkan otak dan badan dari kepenatan kerja di kota Metropolitan KL. Selain balik menjenguk famili, misi balik kampung pada kali ini untuk melihat sejauh mana progress kerja-kerja menaik taraf kamar tidur aku sejak awal bulan November lagi oleh kontraktor dilantik iaitu Pok Mey. Kamar bilik tidur aku diubahsuai dengan kerja-kerja menyiapkan satu unit kamar mandi didalamnya. Alhamdullilah kamar mandi sudah siap hampir 95% dan hanya tinggal kerja-kerja terakhir mengecat serta finishing. Diharapkan, aku dapat merasmikan kamar mandi baru ini semasa balik kampung Januari awal tahun depan.
Pejam celik percutian hari minggu sabtu dan ahad begitu teramat singkat, sebagaimana rutin biasa aku berangkat pulang ke KL penerbangan lewat waktu malam hari ahad. Semasa checkin, aku ada menanyakan pegawai AirAsia bertugas berkenaan caj yuran tambahan sekiranya menggunakan kaunter untuk daftar masuk. Katanya, ia akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini dan mesin kiosk Checkin AirAsia juga telah disediakan di Airport KB untuk kegunaan penumpang-penumpang. Cuma setakat ini hanya terdapat 1 unit sahaja mesin kiosk tersebut, itupun lokasi diletakkan agak tersorok di bahagian paling hujung berhampiran kaunter daftar masuk. Aku juga perhatikan dalam Balai Perlepasan jika sebelumnya lantai beralas karpet tapi kini telah ditukarkan kepada lantai jubin yang baru selain dinding-dinding dalam terminal di cat baru. Tapi aku berharap klimaks selepas kerja-kerja menaik taraf Airport KB siap sepenuhnya, ia akan diberikan status Lapangan Terbang Antarabangsa. InsyaAllah.
Mungkin penerbangan malam itu tuah badan aku diberikan tempat duduk 4E yang merupakan "Hot Seat" bagi penerbangan pesawat AirAsia walaupun aku tidak menempah "Hot Seat" tanpa perlu membayar apa-apa caj tambahan. Aku anggap ini hadiah penghargaan kerana aku selalu menggunakan perkhidmatan AirAsia. Keistimewaan "Hot Seat" ini selain ruangan yang sedikit luas berbanding tempat duduk biasa penumpang diberikan keutamaan menaiki pesawat terlebih dahulu. Pesawat dinaiki Airbus 320-216 AK5295 KBR-KUL rego 9M-AFS selamat berlepas meninggalkan airport KB jam 22:10 dan selamat mendarat di LCCT sekitar jam 23:10.
No comments:
Post a Comment