Pages

Thursday, January 20, 2011

FireFLy : PeNerBanGan SuLunG B738 KUL-KCH..

Kamek nait belon Firefly. Ya, syarikat penerbangan komuniti anda dengan rasminya telah melakukan penerbangan sulung pesawat terbaru dalam keluarga Firefly Boeing 737-800 ke laluan baru Kuching (KCH) dan Kota Kinabalu (BKI) terus dari KLIA pada 15 Januari 2011. Penerbangan sulung FY602 KUL-KCH telah disertai oleh wakil-wakil media, barisan artis syarikat rakaman Wake The Baby milik komposer dan penyanyi terkenal Ajai, krew pengurusan Firefly diketuai oleh Ketua Pemasaran dan Komunikasi Firefly Angelina Corrina Fernandez bersama-sama penumpang-penumpang bertuah menandakan Firefly kini telah maju setapak menerokai penerbangan tambang murah mengunakan pesawat "Narrow Body" selepas permulaan operasi sebelumnya dengan pesawat Fokker 50 dan ATR.
Penerbangan sulung ini telah mencatat sejarah baru yang manis dalam dunia penerbangan Firefly khasnya dan negara amnya. Berpeluang mengikuti penerbangan sulung juga merupakan saat kenangan manis yang tidak dapat dilupakan terutama bagi seseorang bergelar "aviation addict". Penerbangan sulung FY602 KUL-KCH selamat berlepas dari pintu B2 Terminal Main KLIA pada awal pagi jam 7:20AM. Sebelumnya, penumpang-penumpang bertuah dijamukan dengan sarapan ringan pagi ringan berhampiran kaunter pejabat dan jualan Firefy di KLIA. Lagi bertuah, jika ada penumpang-penumpang yang memakai baju warna rasmi Firefly iaitu oren ia akan diberikan hadiah misteri oleh pihak Firefly. Perjalanan daftar masuk juga agak lancar di Row A dengan kaunter A1-A5 disediakan yang mana kaunter A1 dikhaskan untuk wakil-wakil media.
Bunyian deruman kuasa enjin pesawat terbaru Firefly B738 memecah keheningan awal pagi di sekitar KLIA, tambahan pula liveri menarik putih oren badan pesawat memikat hati penumpang-penumpang pertama kali melihatnya seolah-olah memberikan isyarat baru kuasa jingga Firefly telah bersedia menaluki dunia penerbangan serantau. Penerbangan sulung KUL-KCH pesawat B738 rego 9M-FFB (merupakan bekas pesawat milik Malaysia Airlines 9M-MLB) menerima hampir 90% jumlah penumpang memenuhi kabin atau kira-kira 170 tempat duduk dipenuhi daripada 189 yang disediakan.
Kejutan juga dipersembahkan buat pertama kali pada penerbangan sulung ini apabila krew kabin Flight Attendant (FA) memperagakan uniform terbaru Firefly. Uniform terbaru ini agak menarik tampak begitu esklusif, bercirikan jalur batik pada kolar berbentuk skaf dan pada bahagian lengan ropol-ropol dengan material jenis kain lembut bagi uniform pramugari manakala suit krim berbentuk vest dan tali leher oren padanan uniform untuk pramugara. Sememangnya tampak esklusif. Kabin pesawat baru B738 Firefly ini juga agak tampak kemas dengan tempat duduk salutan dari jenis material fabrik kulit, meja alas makanan berkonsep troli, ruang tandas yang menyegarkan dan keseluruhannya amat memuaskan. Cuma agak janggal tiada majalah "Kunang-Kunang" dibekalkan dalam poket tempat duduk seperti kebiasaan untuk bacaan penumpang-penumpang.
Hidangan menu utama penerbangan antaranya (Nasi Lemak Ayam, Nasi Ayam, Nasi Bukhara Ayam Rendang, Nasi Goreng Satay Ayam) juga menyelerakan yang mana penumpang-penumpang boleh membuat pesanan secara pra-tempahan dalam pakej standard atau membelinya sewaktu dalam penerbangan. Menu hidangan ringan lain juga terdapat selain barangan cenderahati Firefly turut dijual dalam kabin. Sebagai tanda menghargai penumpang-penumpang bertuah pada penerbangan sulung, pihak Firefly telah memberikan cenderahati berupa poskad kenang-kenangan "Inaugural Flight 15 January 2011 KUL-KCH".
Penerbangan sulung FY602 KUL-KCH diraikan dengan sambutan penuh meriah di Kuching International Airport (KIA) sebaik selamat mendarat sekitar jam 9:05AM meskipun landasan agak cukup basah disebabkan hujan. Pesawat B738 9M-FFB menerima penghormatan siraman air atau "water cannon salute" sewaktu menuju ke terminal gate 8 sebagai tanda dengan rasminya KIA mengalu-alukan ketibaan Firefly untuk beroperasi di Kuching.
Acara sambutan juga dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam, Menteri Muda Pelancongan dan Kebudayaan Sarawak YB Mong Dagang yang turut berkenan menyambut ketibaan penumpang-penumpang penerbangan sulung ini serta menyampaikan "goodies bag" sebagai kenangan. Penumpang-penumpang juga disajikan dengan persembahan tarian tradisional budaya suku kaum orang Sarawak. Seterusya sidang media diadakan yang dihadiri oleh wakil-wakil media tempatan dan luar negara, pengurusan Firefly serta tetamu kehormat di Terminal VVIP menandakan Firefly kini telah secara rasminya terbang terus ke Kuching berserta Kota Kinabalu dengan pesawat terbaru B737-800 beroperasi dari Terminal Main KLIA. Tahniah Firefly "Your Community Airline".

15 January 2011 : Firefly FY602 Inaugural Flight KUL-KCH by B737-800 (9M-FFB)

7 comments:

fath said...

wow..were u on board the flight?

zeme said...

Hi fath, yup. Overall very satisfied.

perfumepantry said...

Hi Zeme,
Boleh tau x mane u beli all the aircraft model yek,or u ade jual jgak.Camana nak contact u if I berminat nak beli.Hope to hear from u soon.Thanks

RemyLC said...

Zafy Zamry : U pun minat collect diecast juga ker, kalo minat boleh try contact Raymond (012 6574863) or Hanx (016 6667966). Zeme pon ada gak jual tapi yg dia beli double jerk, klo nk no Zeme minta dia k (Remy x berani bg)

perfumepantry said...

Thanks for the info Remy.Tapi Raymond n Hanx tu ade any website or blog x utk browse brg yg dorang jual?

zeme said...

Hi Zafy,

Sorry lama tak jenguk blog. Yup, can try contact raymond sebab dia ada stock yg byk. Stock saya terhad je.

RemyLC said...

Zafy Zamri : Raymond ada website tapi jarang update, better Zafy pergi terus ke DaiKong sbb sana byk sangat pilihan...