Pages

Saturday, September 20, 2008

RenTAs 10..1988, 1998, 2008..

UMNO 1988

Coretan tahun peristiwa yang pasti tercatit dalam diari politik negara, UMNO yang lahir sejak 1946 dibatalkan pertubuhannya akibat krisis dalaman selepas pertandingan sengit pemilihan jawatan tertinggi parti pada Perhimpunan Agung UMNO bulan April 1987. Kisah bermula berikutan saman ke atas UMNO yang difailkan ke Mahkamah Tinggi pada Jun 1987 oleh kumpulan 11 orang ahli UMNO kerana terdapat beberapa orang perwakilan yang muflis dan perwakilan yang tidak sah dari cawangan-cawangan haram turut serta dalam pemilihan Perhimpunan Agung UMNO. Pada tahun itu, Tengku Razaleigh (undi 718) yang tewas tipis dengan perbezaan 43 undi kepada Tun Dr Mahathir (undi 761) untuk jawatan Presiden telah dituduh mendalangi kumpulan 11 orang yang menyaman UMNO, wahal Tengku Razaleigh tidak ada kena mengena atau berbincang dengan kumpulan ini kerana beliau telah meninggalkan negara untuk bercuti selama hampir 3 bulan di Eropah. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988 memutuskan bahawa di bawah undang-undang, telah mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah kerana wujudnya beberapa cawangan yang tidak didaftarkan dan dianggap tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Keputusan itu jelas memeranjatkan ahli-ahli UMNO kerana fail saman dikemukakan kumpulan 11 bukan bertujuan untuk mengharamkan UMNO sebaliknya hanya mahukan supaya keputusan pemilihan Perhimpunan Agung UMNO 1987 dianggap tidak sah dan diadakan semula. Implikasi yang besar telah berlaku dalam politik Malaysia kesan pengharaman UMNO yang diasaskan sejak 1946. UMNO telah didaftarkan kembali menggunakan nama UMNO (Baru) oleh Tun Dr Mahathir pada 13 Februari 1988 dan Tengku Razaleigh telah menubuhkan parti Semangat 46 (S46) setelah mendapat restu dari mantan Perdana Menteri Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang inginkan perjuangan UMNO 1946 diteruskan untuk kepentingan orang Melayu. Bagaimanapun dalam satu perhimpunan Melayu yang bersejarah di Sekolah Rendah Kebangsaan Padang Garong Kota Bharu, Tengku Razaleigh selaku Presiden S46 telah membubarkan parti Semangat 46 pada bulan Mei 1996 untuk menyertai UMNO Baru bersama Timbalan Presiden S46 Dato' Seri Utama Rais Yatim dan ahli-ahli S46.

UMNO 1998

Isu pemecatan Dato' Seri Anwar pada September 1998 dari semua jawatan dalam kabinet kerajaan Malaysia (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan) dan parti UMNO (Timbalan Presiden UMNO serta keahlian UMNO) ketika itu oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mengemparkan politik tanahair sekali lagi. Isu salahlaku peribadi dan rasuah melibatkan Dato' Seri Anwar menjadi faktor ke atas pemecatan tersebut. Pemecatan ini telah menyebabkan parti UMNO sekali lagi dilanda krisis ketidakpuas hati dikalangan penyokong-penyokong Dato' Seri Anwar sehingga mencetuskan demonstrasi jalanan dan gelombang reformasi. Dato' Seri Anwar telah menubuhkan parti Keadilan Nasional (KeADILan) yang kini dikenali sebagai parti Keadilan Rakyat (PKR) dikalangan pengikut-pengikutnya dalam parti UMNO. Kesan pergolakan ini menyaksikan bagaimana BN kehilangan negeri Terengganu selain Kelantan kekal dikuasai parti pembangkang dalam Pilihanraya Umum Ke-10 pada tahun 1999.

UMNO 2008

Krisis kelemahan kepimpinan dalaman UMNO diterajui oleh Dato' Seri Abdullah dan tentangan kuat pihak pembangkang selepas tsunami Pilihanraya Umum 2008 menghantui keutuhan UMNO pada kali ini. Perang sikologi rampasan kuasa kerajaan secara non etika oleh pihak pembangkang permainan politik yang dicanangkan Dato' Seri Anwar melalui Pakatan Rakyat menambah keresahan dan kegusaran kelemahan tahap keyakinan pentadbiran kerajaan dan parti UMNO pimpinan Dato' Seri Abdullah. Isu dan permasalahan yang pelbagai menerjah dari dalam dan luar UMNO pada 2008 lagi hebat kronologi berbanding pengharaman 1988 mahupun krisis 1998. Natijah kepada kelemahan UMNO diluahkan dan diterjemahkan dalam Pilihanraya Umum Ke-12 apabila kerajaan BN diterajui UMNO telah masih gagal merampas Kelantan manakala Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang jatuh ke tangan pembangkang serta di peringkat Pusat kehilangan majoriti 2/3 parlimen.

Gelombang ujian kepada UMNO ini tidak hanya tamat setelah selesai PRU ke-12, malahan arus deras berterusan dan meruncing kesan dari awal kelemahan pimpinan kerajaan Dato' Seri Abdullah bersama Dato' Seri Najib mengawal selia dan merencana pentadbiran yang terurus. Kesan ini mungkin akan berlanjutan sekiranya mekanisme perubahan kepada kepimpinan yang diterima ramai tidak dipratikkan. Kemuafakatan dan kekebalan kerajaan BN sebenarnya ditunjangi kekuatan parti UMNO. Sekiranya parti UMNO lemah maka BN juga akan goyah. Tidak mustahil sekiranya pelan perubahan tidak dilaksanakan secara menyeluruh dari segi teraju kepimpinan, idea dan pemikiran ahli-ahli sebaiknya pada masa Perhimpunan Agong UMNO 2008 Disember nanti, UMNO hanya akan tinggal hanya pada nama dan sejarah bila gelodak Pilihanraya Umum ke-13 dijangka sebelum 2013 membuak dan meranapkan sisa-sisa perjuangan UMNO yang satu masa pernah berdiri tegap, kemudian membongkok menanti rebah.

11 comments:

Ki Kiey said...

penim dgn politik skng:[

zeme said...

kikiey,

tq..jangan pening2, realiti politik dlm persekitaran kehidupan kita..hadapi dgn matang..

Ki Kiey said...

haha.

mls nk amek tahu.
bace paper pn da mls skang.
asyik benda same je:[

zeme said...

kikiey,

kalo malas bace paper dah..kita rajin bace blog aje yer.. (",)

Anonymous said...

memang hebat ujian parti tertua negara ini, gelombang pergolakan setiap putaran 10 tahun diharapkan mematangkan lagi parti UMNO agar relevan di setiap zaman.

Ki Kiey said...

hahaha.

cadangan bernas!

Anonymous said...

Krisis pada tahun 2008 agak kritikal berbanding krisis-krisis sebelumnya. Krisis hilang keyakinan kepada kepimpinan untuk menjadikan UMNO terus revelan bakal memakan diri dan parti. Tidak mustahil UMNO bakal pupus sekiranya tiada usaha merawat dan memulihkan parti sebaik-baiknya.

kudakepang said...

Saudara Zene

Tahniah dan syabas atas keprihatinan anda sebagai anak muda kepada UMNO. Malangnya parti ini sedang bergelora.

Saya jadi ahli UMNO pada 1972. Saya juga aktif sebagai MP UMNO-BN sejak 1999-2004. Sebab tu mati-matian nak betulkan UMNO. Sedihnya, perjuangan ini disifatkan sesetengah pihak sebagai penentangan.

Teruskan perjuangan anda dan saya doakan anda akan terus prihatin terhadap agama, bangsa dan tanahair.

Sebelum terlupa, terima kasih banyak-banyak atas info anda mengenai persidangan cawangan UMNO baru-baru ini.

selamat hari raya dan salam takzim daripada saya - Ruhanie Ahmad

zeme said...

Terima kasih buat saudara hanif, adik kikiey dan anonymous atas kunjungan dan pendapat.

Terima kasih buat Dato' Ruhanie atas kunjungan dan dorongan. Ya Dato', saya juga seperti Dato' sayangkan perjuangan asas parti UMNO. Parti UMNO yang mana arwah datuk saya perjuangkan di Kelantan sejak era tahun 1960an. Saya masih ingat pesan arwah datuk, UMNO telah banyak membantu dan merubah orang Melayu khasnya. Jangan cepat lupa diri, jika ingin letakkan diri dalam politik berjuang lah dengan ikhlas sebagai asas mendidik diri untuk kebaikan bangsa, agama dan tanahair.

band0tue said...

Salam,

Saya tertarik dengan catatan saudara.

Sebagai pemerhati pergolakkan UMNO dan menanti kemunculan kebenaran yang dijanjikan Tuhan, semua yang sedang berlaku kepada UMNO sekarang, telah pun saya dengar mengenainya sejak lebih 18 tahun lalu.

Maka hanya menunggu beberapa episod saja lagi untuk membuktikan kebenaran dari Tuhan pasti muncul jua.

cari kelainan moga temui kebenaran, jom ke blog saya;

http://nawawidahalan.blogspot.com/

zeme said...

terima kasih saudara nawawi atas kunjungan..ya, kebenaran adalah anugerah sebaik-baiknya.