Pesawat siri B737-800 generasi baru pertama tempahan milik Malaysia Airlines yang diterbangkan dari Seattle, USA selamat mendarat dan tiba di Airport Subang pada tengahari 1 November 2010 dengan identiti liveri terbaru Malaysia Airlines (MH).
Pesawat siri B737-800 generasi baru rego 9M-MXA (msn 40128) ini merupakan serahan pertama daripada 55 buah pesawat tempahan oleh pihak Malaysia Airlines yang dijadualkan diterima 3 buah pada tahun ini manakala bakinya akan dihantar secara berperingkat-peringkat mulai tahun depan seterusnya mengantikan pesawat lama siri B737-400 sedia ada.
Menariknya pesawat siri terbaru ini didatangkan dengan infrastruktur serta kelengkapan sistem audio In-flight Entertainment (IFE) dan Video On Demand (VOD) canggih, suasana dalaman menakjubkan berkonsepkan "Sky Interior" yang lebih kondusif terutama pada rekabentuk kerusi kabin terbaru bagi keselesaan penumpang bagi kesemua kelas pernerbangan ekonomi dan juga bisnes.
5 comments:
pesawat ni brlepas dlm negeri atau ke oversea bro? menarik lah...
Hi MeldBut,
Pesawat B738 baru MAS ini digunakan utk route ke Kota Kinabalu dan Tokyo, KUL-BKI-HND buat masa ini. Inaugural flight esok (15 Nov) ke Kota Kinabalu sebelum terbang ke Haneda, Tokyo.
penumpang sektor domestic boleh guna ke in flight entertainment tu? mcm untuk route KUL-BKI
Yup, domestic route boleh guna juga IFE tu.
Pesawat 737-800 yang digunakan untuk penerbangan dalam negeri mempunyai AVOD?
Post a Comment