Pages

Friday, July 30, 2010

JeTStaR 1 DaY TRip KUL-SIN-KUL ..

Pada 24 July lepas aku ke Kota Singa utk 1 day short trip atas sebab urusan singkat. Pada awalnya ingin ke sana menggunakan perkhidmatan AirAsia, namun hati beralih arah mencuba menggunakan penerbangan Jetstar. Ya, ternyata agak berbaloi dgn price yg agak murah sedikit berbanding AirAsia for return KUL-SIN-KUL. Berbeza dgn AirAsia yg beroperasi di LCCT, penerbangan berlepas Jetstar pula adalah beroperasi di KLIA Terminal Satellite.

Pada pagi sabtu, aku menaiki bas Airport Coach ke KLIA dgn tambang RM10 dari KL Sentral. Plan asal utk tiba awal di KLIA adalah ingin lepak di Anjau Tinjau, namun pada hari tersebut sekitar Anjau Tinjau ditutup disebabkan berlangsung satu event. Sampai di Terminal Main aku terus ke row M utk checkin di kaunter M16, ternyata agak ramai penumpang yg sedang Q rata-rata foreigner, Singaporeans serta warga Malaysia.

Selesai urusan checkin, aku ke balai berlepas antarabangsa dan bagi pemegang passport Malaysia, urusan pemeriksaan imigresen agak mudah serta cepat dgn menggunakan mesin kiosk tanpa perlu melalui kaunter. Sebelum menaiki train utk ke Terminal Satelitte, pantang je nampak aircraft model menarik aku pasti snap picture utk koleksi dan model MAS B747-400 "Kota Bharu" big scale yg masih dipaparkan menjadi sasaran. Aku suka sgt model big scale MAS ni, yg paling utama sebab ada "Kota Bharu", my hometown. Terdapat juga lain-lain model airlines big scale yg dipaparkan di situ seperti AirAsia, Vietnam Airlines, Royal Brunei, Etihad, Qatar Airways, China Southern dan sebagainya.

Sesudah itu terus menaiki train ke Terminal Satellite utk menuju ke balai berlepas gate C23, namun sebelum itu aku sempat meninjau suasana pemandangan sekitar KLIA Jungle Boardwalk. Boarding time semakin hampir dan aku terus ke gate C23 utk penerbangan pesawat A320-232 Jetstar 3K686 KUL-SIN rego 9V-JSA yg berlepas sekitar jam 14:40 dan tiba di Terminal 1 Changi Airport sekitar jam 15.55. Seperti diramalkan, penumpang sememangnya penuh dan duduk di sebelah seat 4C aku adalah pasangan mat salleh warga Australia. Sesudah sampai di Terminal 1, aku terus ke kaunter imigresen utk pemeriksaan passport namun tidak selancar urusan di KLIA, kerana aku terpaksa Q hampir 30 minit disebabkan penumpang antarabangsa yg baru tiba agak ramai berpusu-pusu di kaunter pemeriksaan imigresen Terminal 1.

Selepas pemeriksaan imigresen, aku menemui rakan yg berada di Singapore yg telah menanti di balai ketibaan Terminal 1 utk berurusan. Short trip 1 day ke Singapore kali ni aku byk habiskan masa sekitar Changi Airport kerana sebelum ini aku pernah bersiar-siar melawat Singapore. Changi Airport mempunyai 4 terminal iaitu Terminal 1, 2, 3 dan Terminal Budget yg setiap satunya dikhususkan utk penerbangan mengikut airlines dan region yg mana setiap Terminal dihubungi dgn Changi Skytrain. So aku ke Terminal 2 sekadar meninjau-ninjau dan lepak pekena Burger King sementara menanti penerbangan balik ke KL pada sebelah malam. Changi Airport masa kini dalam proses pengubahsuaian dan menaiktaraf kerana Changi memang terkenal antara Airport paling sibuk di rantau Asia. Lepak di sekitar Changi Airport amat seronok kerana pelbagai jenis pesawat dari kecil hingga besar dpt diperhatikan dan antara yg paling best dapat perhati pesawat jumbo A380 milik SIA dan Qantas.

Rasa sekejap je lepak di Changi Airport, hari semakin senja dan waktu penerbangan balik Ke KL semakin hampir. Aku ke kaunter Terminal 1 utk checkin, namun dilaporkan pesawat Jetstar mengalami kelewatan sedikit dari jadual asal. Sepatutnya penerbangan berlepas jam 19:40 namun ditunda ke jam 20:30. Sementara menanti pesawat, aku meninjau terlebih dahulu kedai-kedai dlm balai berlepas dan juga pesawat-pesawat di sekitar Terminal serta surfing di kiosk internet yg disediakan. Sememangnya dua tiga penerbangan Jetstar pada mlm itu agak delayed, antaranya penerbangan SIN-BKK selain SIN-KUL. Jadual asal, sepatutnya pesawat aku berlepas di gate C16 namun ditukar ker gate C18. Akhirnya, penerbangan pesawat A320-232 Jetstar-Valuair 3K687 SIN-KUL rego 9V-VLE selamat berlepas sekitar jam 20:30 dan tiba di KLIA sekitar jam 21:30.

Monday, July 12, 2010

aL-KiSaH cuTi juLai KUL-KBR-KUL

Bulan julai ni jadual aku hari weekend memang padat, misi balik ke Kota Bharu bandaraya Islam tersayang. Umur meningkat ke tua ni, makin menjadi-jadi plak kuat merindu kat tanah tumpah kelahiran. First week julai lepas cam biasa, aku terbang balik ke KB. Rutin jika balik ke KB hari weekend, aku akan amik pesawat sebelah pagi Sabtu. Alhamdullilah pesawat AK5282 KUL-KBR rego 9M-AHM selamat berlepas dari LCCT jam 11:00 dan mendarat di airport KB jam 11:55. Sampai je KB, adik aku pikup dan aku terus mencari nasi bungkus famous "kak wok" utk tapau bawak balik rumah menjamu selera sebelah tengahari. Menariknya, harga sebungkus nasi bungkus "kak wok" hanya sekitar rm2.50, harga yang sukar ditemui di KL utk kos makan tengahari. Betapa mewahnya menjamu selera di Kelantan dgn 6 bungkus nasi yg aku tapau hanya total rm15.00. Pulang ke rumah menjamu lunch bersama nenek, ma, adik beradik memang menyelerakan. Tup-tup kejap je berada di KB, keesokan hari ahad aku dah berangkat balik ke KL menaiki pesawat MH1405 KBR-KUL rego 9M-MMJ berlepas jam 19:50 dan selamat sampai di KLIA sekitar jam 20:45.

Minggu ke-2 bulan Julai, sekali lagi aku pulang ke KB hari weekend. Memang kemaruk balik hometown bulan julai ni. Mungkin dah bosan agaknya stay kat KL hari weekend kot. So pada 10/7 aku berangkat dari LCCT menaiki pesawat AK5282 KUL-KBR rego 9M-AFO yg dijadualkan berlepas sekitar jam 11:00, namun pesawat aku agak delayed hampir 30 minit. Ini berkemungkinan kesan AirAsia upgrading system sejak jumaat 9/7, kebiasaan aku menggunakan mesin kiosk utk check-in namun kali ini aku terpaksa beratur panjang di kaunter daftar masuk dan kesemua urusan melibatkan penggunaan sistem AirAsia terpaksa dilakukan secara manual. Nasib baik kaunter masuk penerbangan ke KBR dibuka sehingga 4 kaunter. Aku tiba di Airport KB sekitar jam 12:30, hampir 35 minit lewat dari jadual asal ketibaan. Pesawat KUL-KBR kali ni rata-rata dipenuhi oleh pelancong asing sehinggakan teksi airport KB habis di sapu oleh mat-mat dan minah-minah salleh dgn bagasi yg cukup besar dan banyak. Terharu melihat betapa negeri kelahiran Kelantan tetap menjadi tumpuan pelancong asing, jadi jelas ini memberikan signal airport KB perlu dinaiktaraf menjadi International Airport suatu hari nanti.

Sampai je airport KB selepas di pikup oleh adik, aku mengidam lagi nak makan nasi bungkus "kak wok" tapi tak de rezeki kedai tutup pula hari tu so terpaksa bungkus di kedai lain. Kali ni menu nasi kukus ayam plak, harga pun boleh tahan murah RM3.50 sebungkus. Sebelah petangnya, aku sihatkan badan dgn membersihkan sekitar halaman rumah almaklum lah nak kasi berpeluh dan menyedup udara nyaman Kota Bharu. Hari weekend menghabiskan bersama keluarga tersayang. Rasa betul-betul kemalasan utk balik ke KL hari ahad lagi pun sebelah petang ahad sungguh kekenyangan pekena pulut durian, ma masakan pulut dan abah belikan durian. Entah kenapa terasa sebak bila minta izin pulang dan bersalaman dgn nenek. Nenek aku dah semakin meningkat usia, sepatutnya saat-saat beginilah aku seharusnya bykkan luang masa dan menjaga nenek serta urusan keluarga.

Ahad sebelah malam aku dah kena berangkat balik ke KL. Menariknya, rasanya ini satu pengalaman baru buat aku. Al kisah yg terjadi di Airport KB yg mana jadual asal pesawat AirAsia yg akan aku naiki berlepas jam 21:55 namun lain pula ceritanya apabila berbagai senario berlaku bermula proses daftar masuk. Jelas kesan upgrading system AirAsia masih menghantui meskipun sistem telah dikatakan sedia digunapakai selepas proses naiktaraf. Sesudah sampai di ruang daftar masuk, agak mengejutkan penumpang yg beratur di kaunter AirAsia begitu panjang sekali, berbeza dgn keadaan sebelumnya. Berbeza pula dgn kaunter daftar masuk MAS dan Firefly yg agak lenggang. Sah, dalam hati aku cakap ini pasti kesan upgrading system yg masih tidak stabil dan terpaksa dilakukan secara manual daftar masuk. Amat malang sewaktu beratur panjang, penumpang diberitahu masa perlepasan pesawat AK5293 dijadualkan semula dan terpaksa ditunda ke jam 23:15. Apalah malang nasib malam tersebut bagi aku, dah la malam tu awal paginya ada game final World Cup, silap-silap tak tengok game final. So setelah hampir 25 minit beratur panjang utk checkin dan mendapatkan boarding pass, aku diberitahu pegawai bertugas boarding time jam 22:40. Perut yg kenyang asalnya menjadi lapar balik akibat beratur lama, so aku lepak dulu di KFC tingkat 2 terminal sambil on laptop dan pekena KFC.

Waktu hampir 22:40, so aku bergerak ke balai berlepas. Agak ramai penumpang-penumpang dalam balai berlepas yg hampir kesemuanya adalah penumpang AirAsia yg terkandas kerana pada sebelah malam tersebut terdapat dua sessi pernerbangan AK yg delayed termasuk pesawat yg aku akan naiki. Aku ingatkan cerita delayed ni akan berakhir, rupa-rupanya ada lagi kisah menarik yg menguji kesabaran penumpang. Sekali lagi pesawat penerbangan AK5293 tertunda ke waktu yg baru dan dijadualkan berlepas jam 23:55 pula, bermakna 2 jam delayed dari waktu jadual asal. Jelas waktu penundaan kali ini membangkitkan rasa marah penumpang AirAsia dan lebih mengharukan terdapat seorang penumpang asing warga Arab yg jelas agak bengang dgn kelewatan ini. Pada saat inilah penumpang mula bertikam lidah dengan pegawai AirAsia bertugas di balai perlepasan meminta penjelasan nyata kenapa, mengapa, apa sebab pesawat lewat dan masa di tunda sehingga dua kali dari jadual asal. Situasi bertikam lidah semakin tegang kerana penumpang mula menyerbu kaunter perlepasan dan memaksa manager operasi AirAsia turun padang utk memberikan penjelasan sebenar. Jelas wanita warga Arab antara yg begitu bengang dan keadaan sehingga tegang sehingga lah pesawat yg ditunggu-tunggu mendarat di Airport. Namun keadaan masih tegang kerana rata-rata penumpang masih tidak berpuas hati dgn penjelasan manager operasi tersebut sehingga akhirnya beliau akur dgn inisiatif memberikan refreshment berupa air tin/botol kepada penumpang-penumpang yg terkandas hampir 2 jam termasuk aku (juice nenas as refreshment buat aku). Mungkin bagi sesetengah pihak, soal kelewatan pesawat bukan isu yg besar namun bagi mereka yg mempunyai urusan penting termasuk penumpang yg mempunyai connecting flights berikutnya pasti agak resah dan bengang. Bagi aku, sedikit kemarahan dan bengang kerana aku akan sampai lewat di LCCT dan yg pasti akan terlepas utk hangout menonton babak final World Cup 2010.

Akhirnya, pesawat airbus A320 AK5293 KBR-KUL rego 9M-AFS selamat berlepas sekitar jam 12 lebih dengan rata-rata muka penumpang yg kebengangan serta keletihan dan mendarat di LCCT sekitar jam 1 pagi lebih. Pengalaman pertama bagi aku kelewatan terkandas hampir 2 jam, sekiranya terjadi kepada bukan penerbangan tambah murah pastinya penumpang akan menerima resfreshment awal-awal dan boleh claim insuran kelewatan. Aku sampai di rumah KL sekitar jam 2 lebih dan terpaksa cancel program utk hangout menonton final World Cup 2010 antara Spain vs Netherlands di layar besar kerana sepak mula telah bermula. Ada sinis kedengaran dari penumpang-penumpang yg bengang mengata slogan "Now Everyone Can Fly" boleh bertukar kepada "Now Everyone Can Angry".

Thursday, July 1, 2010

ZAC : Malaysian Airline System B737-2H6A (9M-MBA)

Country : Malaysia
Airline : Malaysian Airline System (MAS)
Aircraft : Boeing B737-2H6A
Reg # : 9M-MBA
Engines : 2 JT8D-15
Made : Aeroclassics
Scale : 1:400
Desc. : "1970's - Livery" colors.

ZAC - Zeme Aircraft Collection.