Pages

Thursday, May 28, 2009

SiBu - SaNDakAn ToUr..

Hampir 11 hari berada di Malaysia Timur atas urusan kerja dari 10 - 20 Mei 2009. Destinasi outstation kali ini adalah Sibu dan Sandakan, bersama 3 orang lagi rakan sekerja dari HQ mengendalikan sesi Re-Training BIT-BEA PIMACS program melibatkan estate dan mill milik Boustead bagi region Sarawak dan Sabah. Sesi jelajah kali kedua ini adalah kesinambungan kepada Roadshow dan Workshop sejak pelancaran rasmi program pada awal tahun 2006.

Region Sarawak

Kami bertolak pada 10 Mei menuju Sibu terlebih dahulu untuk sesi slot pertama Re-Training bagi region Sarawak melibatkan penyertaan hampir 11 estate dan mill antaranya Sungai Lelak, Bukit Limau, Loagan Bunut, Kelimut, Maong, Jih, Pedai, Bawan, Mapai, Kanowit Mill dan Loagan Bunut Mill yang berlangsung di Hotel Kawan dari 11 Mei sehingga 14 Mei. Sebelum berangkat meninggalkan Sibu menuju Sandakan, kami sempat mendapatkan beberapa ole-ole antaranya cenderamata kraftangan Sarawak, ikan terubuk masin, kek lapis sarawak serta lada hitam yang sememangnya terkenal di Sibu sebagai pengeluar utama yang asli.

Region Sabah


Setelah sesi slot region Sarawak selesai, awal pagi 15 Mei kami bertolak dari Sibu menuju Sandakan. Kami transit di Bintulu dan Kota Kinabalu terlebih dahulu dan tiba di Sandakan pada sebelah tengahari. Sesi slot kedua Re-Training bagi region Sabah pula diadakan di Hotel Sandakan berlangsung dari 16 Mei sehingga 19 Mei. Bagi region Sabah penyertaan melibatkan hampir 15 estate dan mill antaranya Nak, Resort, Sutera, Sungai Sungai 1, Sungai Sungai 2, Kawananan, Lembah Paitan, Ladang Tabung Tentera Sabah, Sungai Segamaha, Bukit Segamaha, Segaria, Nak Mill, Rimba Nilai Mill, Segamaha Mill dan Segaria Mill.

Ole-Ole Sandakan

Berkunjung ke Sandakan tidak lengkap sekiranya tidak membawa pulang ole-ole setempat. Sandakan sememangnya terkenal dengan hasil-hasil laut yang cukup segar selain kristal dan mutiara. Pada awal pagi sekitar jam 5 di hening subuh, kami berkunjung di sekitar tempat pendaratan bot-bot nelayan berhampiran Pasar Umum Sandakan untuk melihat sendiri aktiviti nelayan dan pemborong berurusan jual beli hasil-hasil laut segar seperti ikan-ikan besar, sotong, ketam yang baru di bawa naik ke darat. Kami juga tidak ketinggalan untuk memborong ikan-ikan besar dengan harga yang cukup murah berbanding dengan semenanjung. Kami juga ke Pasar Tanah Merah tidak jauh dari pekan untuk mendapatkan udang terus dari nelayan dengan harga yang cukup memuaskan. Selain hasil laut yang basah, bahan kering seperti udang kering, bilis, kuih cincin, teh sabah juga di borong kami. Tidak lengkap juga sekiranya tidak membeli ole-ole kristal atau mutiara untuk orang tersayang. Menariknya, pelbagai aneka rekabentuk kristal dan mutiara yang di jual dengan harga cukup berpatutan di tingkat atas Pasar Umum Sandakan dan tidak sah kalau tidak mendapatkannya.


Kami berangkat balik dari Sandakan pada 20 Mei dan selamat sampai sekitar petang di KLIA. Selesai sesi Re-Training bagi region Sarawak dan Sabah, pertengahan bulan Jun pula menanti sesi jelajah untuk semenanjung bagi region South dan North.

Sunday, May 10, 2009

IBU : Inspirasi Buat Ummah..

Selamat hari Ibu buat wanita-wanita bergelar Ibu terutama buat Ma dan Mak ku tersayang. Ibu bagi aku yang menjadi inspirasi buat ummah. Ibu yang bukan hanya sekadar mengandung dan melahirkan, malahan lebih bererti yang tiada ukuran nilai sebesar-besar pengorbanannya menjadi ratu segala-galanya dalam membesarkan, mengasuh, mendidik rohani dan jasmani seseorang insan.


Buat Ma (Norizan Abdul Ghani) yang mengandung dan melahirkan ku, buat nenek yang ku gelar Mak (Zainab Husain) yang menjaga dan membesarkan ku sejak kecil lagi, sekalung terima kasih sebesar-besar nilai atas pengorbanan dalam menjadikan ku seorang insan di bumi Allah ini. Aku amat bersyukur memiliki Ma dan Mak dalam hidup ku, harta yang paling bernilai buatku di dunia dan akhirat.