Pages

Wednesday, September 10, 2008

TRiO : MaHaThiR - TeNGku RaZaLeiGh - MuHYiddiN..?

Mahathir - Tengku Razaleigh - Muhyiddin

Siapa menjangka trio Mahathir - Tengku Razaleigh - Muhyiddin bakal disaksikan pada Disember nanti, menjelmakan suatu sejarah perubahan baru UMNO? Andai perkiraan Tun Dr Mahathir yang telah menyatakan kesediaan untuk kembali menyertai UMNO, maka trio ini adalah yang paling bersesuaian di rangka untuk menyuburkan, memulihkan dan merawat UMNO yang boleh disifatkan sebagai hidup segan, mati tidak mahu. Satu gandingan trio mantap, acuan penuh berpengalaman di bentuk umpama mewakili suara akar umbi ahli UMNO di bahagian Utara - Timur - Selatan bagi mengimbangi kepimpinan parti sedia ada yang telah mulai di landa badai krisis keyakinan kepimpinan.

Di bahagian Utara, Tun Dr Mahathir mantan bekas Presiden masih relevan untuk memupuk kembali semangat pemuafakatan dan sayangkan UMNO di kalangan ahli UMNO yang makin pudar dan hambar. Di bahagian Timur, Tengku Razaleigh menggunakan pengalaman lampau selaku mantan Naib Presiden untuk menyatukan dan mengembalikan kepercayaan sokongan ahli UMNO terhadap parti dan di bahagian Selatan pula, Tan Sri Muhyiddin yang merupakan Naib Presiden kini boleh memainkan peranan mengukuhkan dan menguatkan lagi ikatan keteguhan ahli UMNO.

Sekiranya dari sekarang gandingan trio kuat ini di bentuk mewakili seluruh suara akar umbi ahli UMNO Utara - Timur - Selatan, nescaya kita akan melihat sesuatu yang menarik semasa Perhimpunan Agung UMNO 2008 Disember nanti dan UMNO akan kembali menjadi suatu keluarga yang bermuafakat dan mampu untuk meneruskan perjuangan yang telah di dokong sejak penubuhannya pada tahun 1946. Ini seterusnya memberikan kembali nyawa buat UMNO agar tidak di label sebagai parti yang boleh di gelar umpama menanti saat kubur kata mari, rumah kata pergi.

5 comments:

Anonymous said...

trio ini akan berhasil sekiranya ahli-ahli UMNO itu sendiri berani, ikhlas untuk berubah bukan sekadar melepaskan anjing tersepit atu batuk di tangga.

azlishukri said...

untuk makluman saudara, saya sebagai perwakilan UMNO untuk bahagian kuala kangsar, akan mencalonkan Tengku Razali, setelah muhyidin menarik diri. Doakan agar tengku menang sebagai presiden!

zeme said...

Salam,

saudara hanif > terima kasih, InsyaAllah sekiranya itu kehendak ahli-ahli UMNO untuk berubah.

saudara azli > terima kasih, sesungguhnya pengkhabaran terbaik dari bahagian Kuala Kangsar. Sekiranya mengikut congak dari mesyuarat cawangan, Tengku Razaleigh sudah memperolehi 3 percalonan bahagian Gua Musang, Tumpat dan Muar. InsyaAllah, doa bersama-sama untuk kebaikan UMNO.

Wasalam.

Anonymous said...

penerimaan kembali kemasukan atau tidak Tun Dr Mahathir masih menjadi teka teki dan belum mendapat kata putus persetujuan Pak Lah dan MT UMNO. kesan kemasukan TDM setidak-tidaknya memberikan impak sokongan ahli perwakilan yang akan bersidang di peringkat bahagian sama ada ingin perubahan atau sebaliknya.

zeme said...

Salam,

saudara shukri > terima kasih, itulah sebaik-baiknya bagi ahli-ahli UMNO menentukan survival parti UMNO.

Wasalam.