Pages

Friday, June 25, 2010

FIFA WC2010 (GF) - ITALIA vs SLoVaKia

Balik semlm terus tido, berkabung jap sebab dlm sejarah world cup Italia terkandas awal. Macam tak percaya pun ada, tapi itulah bola. Bola kalo 4segi takpe, ni bola itu bulat..kalo tak tergolek gol lawan, alih-alih tergolek gol sendiri. Semlm lepakin @ Rasta TTDI dlm suasana hujan lebat, seolah-olah petanda awal Italia fan cam aku akan turut menitiskan air membasahi bumi tersungkur awal dlm edisi WC2010 kali ni. Lepakin bersama dgn geng d'Azzuri n ada juga geng anti-Italia (cth terdekat member aku pakai jersey Spain tapi sokong Slovakia gara-gara anti-Italia).

Tapi game semlm memang patut Italia kalah, especially 1st half yg langsung bagi aku Italia main seperti main bola guli plak. Selepas bolos gol Slovakia melalui rembatan Robert Vittek minit ke-25', Italia masih lagi bermain seperti segan-segan nak serang. Memang buatkan aku keresahan sehingga habis 1st half Italia ketinggalan 0-1. Overall game 1st half yang agak membosankan.

Frittt..2nd half bermula Italia masih lagi tak menyerang bersungguh-sungguh, buatkan masa terlalu mencemburui dan akhirnya sekali lagi Robert Vittek score minit ke-73' utk Slovakia mengatasi Italia 2-0. Nampak gaya semcm jalan pulang Italia makin hampir n selepas itu aksi Italia sedikit berubah dgn corak serangan bertali arus. Akhirnya membuahkan hasil minit ke-81' hasil jaringan Antonio Di Natale menolak masuk mudah utk gol semangat Italia. Sayang seribu kali sayang, gol Italia oleh Fabio Quagliarella dlm saat-saat terakhir menuju wisel penamat tidak dikira kerana offside, sekiranya tidak Italia sudah selesa utk sekurang-kurangnya mengikat keputusan seri. Dalam serangan mencari gol penyamaan, Italia akhirnya dikejutkan dengan gol ke-3 Slovakia oleh Kamil Kopunek minit ke-89'. Ketinggalan 1-3, harapan Italia makin tertutup, namun gol ke-2 Fabio Quagliarella (90'+2') disaat waktu kecederaan seolah-olah memberikan peluang sisa terakhir sehinggalah wisel penamat ditiup berakhir dgn Italia tewas 2-3 kepada Slovakia.
Selamat tinggal Africa, Italia akan kembali lagi dlm edisi world cup 2014.

WC 2010 Group F :
Italia 2 - 3 Slovakia

Tuesday, June 22, 2010

ShAkiRa - WaKa WaKa (thiS timE foR aFRiCa)



the official 2010 world cup song by shakira..part chorus n dance memang best...

"...tsamina mina eh eh
waka waka eh eh
tsamina mina zangalewa
anawa aa this time for Africa..."

Monday, June 21, 2010

FIFA WC2010 (GF) - ITALIA vs NeW ZeALanD

Haiyaa..rugi woo Itali talak menang..bro chinese yg duk sebelah "letak" predict Italia menang 2-1 mengeluh. Bro chinese tu kalau prediction dia mengena confem manyak senyum mau-mau untung 6x ganda, tp final wisel game draw 1-1 so rugi modal sekali ganda. Aku plak predict Italia menang 2-0, tp takda la aku nk "letak-letak" ni sbb masih ingat soal halal haram. Kali ni layan 2nd game Italia vs New Zealand main @ McD sambil pekena set large big mac + sundee eskrem semata-mata nak dptkan gelas purple coca-cola FIFA WC2010 edisi "strike". Design gelas ni simple n menarik, ala-ala shape trofi world cup je. Agak penuh geng-geng penyokong d' azzurri lepakin @ McD. Memang best layan @ McD, official restaurant for FIFA WC2010 n lagi-lagi screen HD, so memang mantap n cerah mata tengok.

Malangnya, cam 1st game dgn Paraguay last week Italia ketinggalan satu goal selepas 7 minit kick off. Melalui hantaran bola free kick, tolakan mudah Shane Smeltz minit ke-7' berjaya menewaskan goalkeeper Federico Marchetti, meskipun kedudukan Smeltz kelihatan seakan-akan offside. Agak mengejutkan gol awal New Zealand, dlm keadaan corak permainan yg dikuasai oleh Italia. Namun serangan bertali arus oleh Italia ke kubu New Zealand membuahkan hasil apabila dihadiahkan sepakan penalti gara-gara kesilapan Tommy Smith yg sengaja menarik baju menjatuhkan Daniele De Rossi dlm kotak penalti. Vincenzo Iaquinta yg mengambil sepakan penalti tidak mensia-siakan peluang menyamakan kedudukan minit ke-29' menjadikan kedudukan terikat 1-1 sehingga tamat 1st half.

Aksi 2nd half begitu rancak dgn Italia yg tanpa henti menyerang utk mencari goal kemenangan bagi mengukuhkan kedudukan sebagai pencabar utama n seterusnya utk menjuarai group F, manakala aksi New Zealand pd 2nd half hanya bermain secara bertahan utk mengekalkan keputusan seri. Aksi mendebarkan serangan team Italia n sesekala serangan New Zealand memburu gol kemenangan hingga tiupan final wisel membuatkan aku serta bro chinese sebelah tak senang duduk. Akhirnya permainan berkesudahan keputusan seri, kedua-dua team mengumpul 2 mata masing-masing n masih berpeluang utk mencuri slot ke round of 16. Cabaran Italia akan berterusan utk 3rd game peringkat group vs Slovakia pd 24 June ni n selaku penyandang juara World Cup 4 tahun lepas edisi di Germany, Italia perlu menang dgn kelebihan gol yg selesa pd game terakhir utk menjuarai group F seterusnya layak ke round of 16.

WC 2010 Group F : Italia 1 - 1 New Zealand

Tuesday, June 15, 2010

FIFA WC2010 (GF) - ITALIA vs PaRaGuaY

Just come back from lepakin @ mamakio sambil pekena rotio cheeserini nan n nescafero bersama semangat d' azzurri layan 1st game my favourite team Italia vs Paraguay, opening match for group F World Cup 2010. Jersi Italia yg selama ini tergantung cantik dlm cupboard dgn rasminya diperagakan bukan bersama short pants but jeans, menandakan bermulanya era menyokong skuad penyandang juara World Cup 2006 dlm kempen kejuaraan berprestij kali ni.

Agak ramai juga geng-geng penyokong d' azzurri. Ada yg malu-malu mau, malu-malu kucing pun ada n tak kurang juga ada yg dgn selamba tak malu memberikan sokongan padu buat skuad d' azzurri. Penyokong Paraguay juga ada sekerat dua tiga kerat, mungkin bukan kolompok penyokong setia tapi penyokong yg tak suka dgn Italia. Overall 1st game, penampilan corak permainan Italia kali ni agak berlainan dari sebelumnya. Kebiasaan Italia terkenal dgn permainan ala bertahan, a bit slow movement n attacking tapi game sebentar tadi menampilkan gaya one touch football, individual skills n serangan yg teratur. Overall game dimonopoli Italia.

Malangnya, Italia ketinggalan satu goal sehingga berakhir 1st half kpd Paraguay hasil jaringan tandukan Antolin Alcaraz minit ke-39'. Agak mendebarkan percaturan coach Italia Marcello Lippi, yg mengantikan goalkeeper utama Gianluigi Buffon pd 2nd half dgn memasukkan Federico Marchetti. Corak permainan Italia 2nd half yg tanpa henti menyerang akhirnya membuahkan hasil melalui jaringan Daniele De Rossi minit ke-63' bermula hasil hantaran corner kick. Aksi mendebarkan kedua-dua team memburu goal kemenangan hingga tiupan final wisel membuatkan aku tak senang duduk, mamak yg menebar rotio canai juga tak senang tebar n nasib rotio tak bertebaran. Akhirnya keputusan adil utk kedua-dua team for opening game 1st match group F. Cabaran Italia akan berterusan utk 2nd game vs New Zealand pd 20 June ni. Masih jauh lagi perjalanan team d' azzurri n harap-harap dpt masuk final lg kali ni, so dptlah lepakin tgk final cam last time 2006 kat d' curve square meraikan kejuaraan skuad Italia.

WC 2010 Group F : Italia 1 - 1 Paraguay

Thursday, June 10, 2010

GiLa BoLa : GLi aZZuRRi WC2010 JeRsi

Anda demam bola ker gila bola? Bagi aku jika demam bola ni dia bermusim, kadang tu demam cam tahap H1N1 dan kadang tu demam kus-kus suam-suam kuku je especially girls. Tapi gila bola pulak dia takde musim sebab setiap musim dia akan sewel cam tahap gila meroyan, kuat lagi dia meroyan time big fiesta cam FIFA World Cup & Euro majoritinya boys la. Aku tak nafikan, aku salah sorang yang telah terkena penyakit gila bola semenjak umur 4-5 tahun di bangku tadika lagi (tadika lundang kemudian tadika raja dewa, KB). Kegilaan terselah sampaikan takde bola utk disepak, teddy bear budak girls sama tadika lain pun aku tedang masuk bakul. Semakin meningkat usia ke alam persekolahan rendah, kegilaan menjadi-jadi sehinggakan sudah menjadi rutin kebiasaan mencorakkan dinding rumah dgn tompokan-tompokan kesan bola (tabiat suka shoot ball to wall) dan paling ekstrim yg tak disengajakan memecahkan pasu bunga nenek dgn tendangan lencong tepat ke sasaran. Penalti yg perlu dibayar akibat tiap kali pasu pecah, bola dipotong belah dua umpama menyaksikan buah tembikai ranum dibelah.

Masuk ke alam persekolahan menengah pulak, kegilaan bola aku selama ini membuahkan hasil lumayan. Jika sebelum ini sekadar mewakili pasukan sekolah, di usia 13 tahun awal persekolahan menengah aku terpilih mewakili negeri kelahiran ku Kelantan tercinta ke pertandingan peringkat kebangsaan FAM/MSSM/Milo Bawah 14 Tahun di Kuala Terengganu. Kegilaan bola selama ini serba sedikit membantu pasukan muncul naib johan di pertandingan tersebut, meskipun target awal aku menghadiahkan kejuaraan buat negeri kesayanganku. Kegilaan bola terpaksa dikorbankan utk fokus pada exam PMR/SPM, lagipun janji yg telah dibuat kpd parent agar mengutamakan pelajaran.

Kegilaan aku terhadap sukan bolasepak tak pernah padam. Kelantan, Liverpool dan Italia menjadi pasukan favourite yg sentiasa aku berikan sokongan dan tumpuan dalam apa jua pertandingan baik pasukan itu rebah mahupun bangun menjulang kejayaan. Azam tahun 2010 ni, aku cuba kurangkan sedikit kegilaan bola namun sukar buatku kerana tahun ini fiesta World Cup kejohanan terulung akan berlangsung di Afrika Selatan. Sudah semestinya pasukan favourite aku Italia menjadi taruhan dan sokongan aku utk mempertahankan kejuaraan World Cup yg dijulang pada 2006 di Germany.

Kisah kegilaan a.k.a sewel bola aku telah bermula malam tadi selepas pulang dari ofis. Camne tergerak hati lepas ofis malamnya singgah kejap di Sg. Wang sebab nak survey jersi terbaru Italia utk World Cup (WC 2010). Last week dah ada survey kat kebanyakkan branch butik Al-Ikhsan tapi stock takde size aku nak dan katanya kalau ada pun lambat lagi sampai. End of this week World Cup dah nak start tapi jersi Italia takde lagi. So kali ni ke Sg. Wang survey dekat butik Real One R1 plak. Melangkah je masuk ke R1, aku tgk bro salesman tgh bz menyusun stock dan ada bungkusan jersi blue color menarik perhatian aku. Wah, stock jersi Italia baru je sampai dan instinct aku merasakan size aku nak pasti ada. Bertanyakan bro salesman, yer jersi Italia size aku nak ada. Siap bro offer jersi home Player's Issue packaging dlm kotak biru berbentuk cutting body utk pertimbangan aku dan yg best dapat try fitting samada sesuai atau tak. Price pun boleh tahan mengancam yg Player's Issue ni. So decide try fitting jersi home Official Replica size yg aku nak, so mmg best pakai dan price pun takde mahal teramat sgt semacam Player's Issue. Maka, tahap kegilaan aku mula menghantui dan akhirnya dgn memejam sebelah mata aku keluarkan wallet utk meneruskan urusan pembelian dan bertambah lagi koleksi jersi Italia dgn kehadiran jersi home Italia edisi WC 2010.

Bagi aku design serta fabrik jersi Italia edisi WC 2010 brand Puma ni antara yg tercantik seperti juga design Italia brand Kappa semasa edisi WC 2002. Sedikit penerangan berkenaan jersi home Official Replica Italia edisi WC 2010, jersi Made in Vietnam ini didatangkan dgn packaging serta memiliki tag huraian lengkap menunjukkan jersi telah dilesenkan untuk jualan oleh pengeluar. Di bahagian depan dada, kekemasan sulaman logo FIGC (Federazione Italiana Giuoco Calcio) serta logo Puma pada kedudukannya jelas teramat kemas begitu juga sulaman logo Puma disisi bahagian lengan sebelah kanan dan juga kiri. Manakala di belakang kolar terdapat jahitan sulam perkataan GLI AZZURRI (bermaksud The Azzurri) gelaran yg sinonim dgn skuad Italia.

Design jersi Italia menggunapakai teknologi U.S.P. Puma yang memberikan ruang pengudaraan, keselesaan dan penyerapan peluh serta mempercepatkan proses pengeringan ke atas fabrik. Selain itu jersi ini didatangkan dgn ciri-ciri keselamatan Puma description tag dan tag hologram yg hanya boleh dilihat menerusi cahaya inframerah. Ciri-ciri lain yg utama disertakan kod nombor siri, saiz & butir keterangan adalah sepadan dgn apa yg tercetak pada plastik packaging, description tag dan shirt tag sebagai contohnya kod 736646, saiz S.

Paling menarik jersi skuad The Azzurri edisi WC 2010 adalah rekaannya inspirasi Puma adalah adaptasi daripada zaman silam pahlawan Rom (Roman Warrior), jelas ditunjukkan dlm motif corak fabrik yg dibuat khas. Sementara corak fabrik jersi jika dilihat dari belakang begitu unik dan gah mengambarkan bentuk ‘tulang belakang’ yg menjadi kekuatan kejayaan skuad Italia. Maka memiliki jersi Italia edisi kali ni bukan sekadar memiliki sehelai jersi bola, tetapi juga memiliki suatu rekaan fashion yg mantap dan menarik kerana Italia selain terkenal dgn kekuatan dan kekentalan skuad bolasepaknya, Italia juga termashyur sebagai syurga fashion. GIL AZZURRI, FORZA ITALIA...

Saturday, June 5, 2010

ZAC : Malaysia Airlines B747-4H6M (9M-MHL)

Country : Malaysia
Airline : Malaysia Airlines
Aircraft : Boeing B747-4H6M
Reg # : 9M-MHL
Engines : 4 CF6-80C2B1F
Made : Gemini Jets
Scale : 1:400
Desc. : "1990's Livery" colors with city "Kuala Lumpur".

ZAC - Zeme Aircraft Collection.