
Country : MalaysiaAirline : AirAsia
Aircraft : Airbus A320-216
Reg # : 9M-AHL
Engines : 2 CFM56-5B6/P
Made : Phoenix
Scale : 1:400
Desc. : "2008 - Normal livery the first large title AirAsia".
ZAC - Zeme Aircraft Collection.
Syarikat Boustead Holdings Berhad (BHB) yang merupakan ahli kumpulan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kini meluaskan bidang perniagaan dengan meneroka industri penerbangan cartar udara menerusi syarikat tujuan khas (SPV) yang akan mengambil alih semua helikopter dan pesawat yang dimiliki oleh anak-anak syarikat DRIR Equities Sdn Bhd. Mengikut kenyataan, jumlah pembelian tidak akan menelan kos lebih daripada RM100 juta.
Maka sebagaimana rutin anak perantauan di kota Metropolitan ini, pantang je ada kelapangan hari weekend pasti aku akan terbang balik menjenguk-jenguk kampung a.k.a bandar halaman. Sabtu lepas pada sebelah tengahari tanggal 11 Disember aku berangkat terbang menaiki pesawat Airbus 320-216 AK5286 KUL-KBR rego 9M-AHG. Jika menaiki kapal terbang, tabiat aku pastinya suka perhatikan rego pesawat tersebut serta liveri pada badan pesawat. Pesawat aku naiki kali ini adalah liveri biasa AirAsia namun ada sedikit kelainan yang diperhatikan dengan terpapar iklan "1st Airbus in Kota Kinabalu" pada badan pesawat menjelaskan inilah pesawat Airbus pertama AirAsia mendarat di Kota Kinabalu, Sabah. Sebelum menggunakan pesawat Airbus sepenuhnya, permulaan operasi AirAsia adalah menggunakan pesawat Boeing 737 siri 300. Alhamdullilah, aku selamat mendarat di Airport Kota Bharu sekitar jam 2.30 petang. Aku perhatikan dari dalam kabin pesawat sejurus mendarat, kerja-kerja menaik taraf dan pemanjangan landasan runaway Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra giat dijalankan. Suasana bandar halaman Kota Bharu Bandaraya Islam begitu mendamaikan, sesuai untuk merehatkan otak dan badan dari kepenatan kerja di kota Metropolitan KL. Selain balik menjenguk famili, misi balik kampung pada kali ini untuk melihat sejauh mana progress kerja-kerja menaik taraf kamar tidur aku sejak awal bulan November lagi oleh kontraktor dilantik iaitu Pok Mey. Kamar bilik tidur aku diubahsuai dengan kerja-kerja menyiapkan satu unit kamar mandi didalamnya. Alhamdullilah kamar mandi sudah siap hampir 95% dan hanya tinggal kerja-kerja terakhir mengecat serta finishing. Diharapkan, aku dapat merasmikan kamar mandi baru ini semasa balik kampung Januari awal tahun depan.
Pejam celik percutian hari minggu sabtu dan ahad begitu teramat singkat, sebagaimana rutin biasa aku berangkat pulang ke KL penerbangan lewat waktu malam hari ahad. Semasa checkin, aku ada menanyakan pegawai AirAsia bertugas berkenaan caj yuran tambahan sekiranya menggunakan kaunter untuk daftar masuk. Katanya, ia akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini dan mesin kiosk Checkin AirAsia juga telah disediakan di Airport KB untuk kegunaan penumpang-penumpang. Cuma setakat ini hanya terdapat 1 unit sahaja mesin kiosk tersebut, itupun lokasi diletakkan agak tersorok di bahagian paling hujung berhampiran kaunter daftar masuk. Aku juga perhatikan dalam Balai Perlepasan jika sebelumnya lantai beralas karpet tapi kini telah ditukarkan kepada lantai jubin yang baru selain dinding-dinding dalam terminal di cat baru. Tapi aku berharap klimaks selepas kerja-kerja menaik taraf Airport KB siap sepenuhnya, ia akan diberikan status Lapangan Terbang Antarabangsa. InsyaAllah.
Mungkin penerbangan malam itu tuah badan aku diberikan tempat duduk 4E yang merupakan "Hot Seat" bagi penerbangan pesawat AirAsia walaupun aku tidak menempah "Hot Seat" tanpa perlu membayar apa-apa caj tambahan. Aku anggap ini hadiah penghargaan kerana aku selalu menggunakan perkhidmatan AirAsia. Keistimewaan "Hot Seat" ini selain ruangan yang sedikit luas berbanding tempat duduk biasa penumpang diberikan keutamaan menaiki pesawat terlebih dahulu. Pesawat dinaiki Airbus 320-216 AK5295 KBR-KUL rego 9M-AFS selamat berlepas meninggalkan airport KB jam 22:10 dan selamat mendarat di LCCT sekitar jam 23:10.
AirAsia, syarikat penerbangan tambang murah terkenal bukan sahaja di Malaysia malahan sudah menakluki rantau Asia, Asia Pasifik serta Eropah. Tidak dinafikan kemunculan AirAsia telah memberikan suatu momentum kepada industri penerbangan komersial negara. Namun, benarkah penerbangan AirAsia boleh diklasifikasikan sebagai tambang murah? Jawapannya ya, sekiranya tempahan dibuat pada tempoh awal sebelum waktu penerbangan atau semasa promosi, tanpa bagasi daftar masuk, tempahan online dengan bayaran terus debit tunai dan yang terkini sekiranya anda sendiri mendaftar masuk penerbangan secara web online (lihat link ini), menggunakan mesin kiosk (lihat link ini) yang disediakan atau secara daftar masuk melalui mobile.
Anda pemegang boarding pass penerbangan "First Class" Malaysia Airlines (MH)? Jika ya, Porsche Panameras ini (lihat entri ini) sudah tersedia menanti untuk membawa anda satu pengalaman mewah yang eksklusif sebelum menaiki pesawat. Bagi pemegang boarding pass ini, anda tidak perlu beratur mendapatkan bas pengantara (yang menjadi penganti sementara penutupan KLIA Aerotrain) untuk ke pintu pelepasan C1-C37 dari bangunan Terminal Main ke bangunan Terminal Satelit sebaliknya Porsche Panameras ini akan beratur untuk melayan anda begitu juga dari bangunan Terminal Satelit ke bangunan Terminal Main. Pramugari? Maaf, tidak tersedia dalam Porsche Panameras ini kerana tugas utama pramugari dalam kabin pesawat.
Now you can enjoy the flexibility of selecting your preferred seat when flying Economy on domestic flights with Malaysia Airlines. You can choose your seat for free 48-hours before departure using our web check-in service.
Syarikat penerbangan utama negara, Malaysia Airlines bakal membawa satu pengalaman baru berstatus mewah kepada penumpang-penumpang Kelas Pertama dan pemegang-pemegang kad Enrich Platinum mulai sekarang sehingga 15 Mac 2011.
Malaysia Airlines berkerjasama dengan Sime Darby Auto Performance dalam membekalkan kereta mewah Porsche bagi tujuan perkhidmatan penukaran ini. Perkhidmatan penukaran mewah ini disediakan bagi penumpang-penumpang MH yang mana boleh terus ke pintu G1 di bangunan Terminal Main dan pintu C1 di bangunan Terminal Satelit untuk naik dan turun. Pintu yang sama juga digunakan untuk kedua-dua keluar dan masuk penumpang-penumpang.| Maal Hijrah.mp3 |
Pesawat nahas 4 Disember 1977 - Boeing 737-2H6 (9M-MBD)
Memorial Tugu Peringatan Tanjong Kupang, Jalan Kebun Teh, Johor Bahru.
Kawasan tragedi pesawat MH653 itu kini diletakkan di bawah kawalselia Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) secara konsesi dan dirizabkan sebagai zon bebas aktiviti manusia. Paya yang hangus dan menjadi saksi kepada 100 jiwa yang terkorban itu kini hanyalah hamparan muka bumi yang mirip hutan sekunder. Sebuah memorial Tugu Peringatan Tanjong Kupang di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru telah dibina sebagai usaha untuk memperingati mereka yang terkorban dalam tragedi menyayat hati. Tragedi menyembunyikan dan meninggalkan 1,001 misteri yang belum sempurna terjawab. Al-Fatihah dan takziah buat mangsa-mangsa serta keluarga nahas pilu tragedi 4 Disember 1977.
Pelbagai Teori Rampasan Pesawat :-

Benar, ini adalah pesawat Boeing 737-300 AirAsia yang mana pilot di darat yang tidak mempunyai tauliah dan lesen penerbangan mampu menerbangkannya tanpa perlu berada di dalam cockpit pesawat. Namun ia bukanlah pesawat sebenar, tetapi adalah model RC berskala panjang 47 inchi dengan ukuran berat mencecah 1.5 kg menyerupai pesawat sebenar yang berenjin elektrik dengan harga pasaran melebihi USD$3,500 (melebihi RM10,000) sebuah (rujuk EDFmodel). Menarik bukan dan ingin memilikinya? Ada juga model pesawat RC di pasaran yang menggunakan minyak sebagai kuasa bahan bakar enjin dan harganya sudah pasti lebih tinggi berbanding enjin elektrik.
Bagi pengemar dan pengumpul model koleksi kapal terbang, pasti impian memiliki model miniature yang boleh diterbangkan menjadi target dan buruan apatah lagi mendengar deruan enjin tatkala model pesawat takeoff dan terbang di udara. Jadi bersediakah anda untuk bergelar pilot di darat dan merasai keseronokan menerbangkan pesawat?