Pages

Sunday, August 31, 2008

MERDEKA iNi..

merdeka ini bumi didatangi
merdeka ini lautan direnangi
merdeka ini hujan diharungi
merdeka ini taufan dirintangi


merdeka ini cekal kendiri
merdeka ini kental terpatri
merdeka ini pantas berlari
merdeka ini tegap berdiri


merdeka ini semangat memberahi
merdeka ini kudrat membasahi
merdeka ini keringat memeluhi
merdeka ini rahmat melimpahi

merdeka ini pupus emosi
merdeka ini halus ilusi
merdeka ini tulus warasi
merdeka ini cetus realisasi


selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan ke-51, kerana negaraku negara MERDEKA...!!!

2 comments:

azlishukri said...

salam. salam ramadhan, salam kemerdekaan dan salam perjuangan!

zeme said...

Wasalam saudara Azli,

Salam Kemerdekaan, memperjuangkan idealisasi minda kita hapuskan kelekaan..

Salam Ramadhan, menunaikan ibadah puasa kita leburkan kekhilafan..