Pages

Sunday, December 25, 2011

BNM : WanG KerTas MaLaYsia SiRi BahaRu 2012..

Denominasi RM20 kembali dipasaran matawang Malaysia. Ya, itulah "Keunikan Malaysia" yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada keluaran wang kertas Malaysia siri baharu yang dilancarkan secara rasmi pada 21 Disember 2011 dan bakal berada dipasaran mulai Julai 2012.

Bersempena perasmian keluaran siri terbaharu ini, BNM telah memperkenalkan pek edisi terhad wang kertas peringatan yang telah ditawarkan kepada umum mulai 22 Disember 2011 terdiri dari pek set penuh (RM1, RM5, RM10, RM20, RM50, RM100) terhad kuantiti 50,000 unit pada harga RM300, set dalam 1 (RM20) pada harga RM15 dan set dalam 2 (RM1 & RM5) pada harga RM15 masing-masing terhad kuantiti 500,000 unit.

Aku tidak melepaskan peluang mendapatkan set-set yang ditawarkan meskipun terpaksa beratur panjang hampir 2 jam di BNM Kuala Lumpur semata-mata tidak mahu ketinggalan antara pemilik terawal memiliki siri terbaharu wang kertas Malaysia ini. Agak bertuah mempunyai koleksi set wang kertas peringatan ini dengan set penuh SN : AA0011489, set dalam 1 SN : AA0074104 dan set dalam 2 SN : AA0249959.


Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk wang kertas Malaysia siri terbaharu ini. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', siri keempat wang kertas Malaysia ini memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi.

Wang kertas siri keempat terbaharu ini secara spesifikasi teknikal adalah keluaran dalam denominasi RM1 (substrat - polimer, ukuran - 120mm X 65mm, warna - biru), RM5 (substrat - polimer, ukuran - 135mm X 65mm, warna - hijau), RM10 (substrat - kertas, ukuran - 140mm X 65mm, warna - merah), RM20 (substrat - kertas, ukuran - 145mm X 65mm, warna - jingga), RM50 (substrat - kertas, ukuran - 145mm X 69mm, warna - hijau-biru) dan RM100 (substrat - kertas, ukuran - 150mm X 69mm, warna - unggu).

Wang polimer RM1 : Sukan Tradisional. Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut. Wau Bulan adalah antara wau Malaysia yang terkenal dan paling ikonik, dan dipaparkan pada wang polimer RM1 baharu. Wau Bulan buatan tangan, yang diperbuat daripada buluh dan kertas, juga menjadi barang hiasan popular yang menghiasi rumah-rumah di Malaysia.

Wang polimer RM5 : Hidupan Liar. Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia, dipaparkan pada wang kertas polimer RM5 baharu. Burung hutan yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai 'Bumi Kenyalang'. Burung enggang juga melambangkan simbol kekuatan dan keberanian bagi masyarakat asli Sarawak.

Wang kertas RM10 : Flora. Hutan tropika Malaysia yang tumbuh subur, iaitu salah satu hutan hujan tertua di dunia, mempunyai berjenis-jenis pokok berbunga dan antara yang paling ikonik ialah bunga yang terbesar di dunia iaitu Rafflesia. Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003. Bagi memperingati penemuan ini, bunga yang mengagumkan ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.

Wang kertas RM20 : Hidupan Laut. Dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea), yang juga merupakan lambang hidupan laut yang pelbagai dan berwarna-warni di perairan tropika kita, dipaparkan pada wang kertas RM20 baharu. Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya. Kewujudan penyu-penyu ini memberi peringatan bahawa kehidupan mereka bergantung pada imbangan aktiviti manusia dan pemuliharaan hidupan laut yang perlu dikendalikan dengan bijaksana.

Wang kertas RM50 : Pertanian dan Teknologi. Kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan pada wang kertas RM50 sebagai ikon ekonomi Malaysia yang berkembang maju. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia. Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan. Minyak sawit mentah juga digunakan sebagai komoditi dasar bagi memudahkan pembiayaan secara Islam.

Wang kertas RM100 : Keajaiban Alam Semula Jadi. Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai 'Tapak Warisan Dunia' oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100. Keajaiban alam semula jadi yang mengagumkan ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak. Kedua-duanya adalah antara keajaiban alam semula jadi di Malaysia yang memberi pengunjungnya satu pengalaman yang unik.

Sumber : Bank Negara Malaysia

Monday, November 28, 2011

MaLaYsia Air FestiVaL 2011 @ SkyPark SuBanG..


Sebagai peminat, pengemar, fanatik dunia aviation, aku tak lepaskan peluang utk menghabiskan masa cuti weekend + Maal Hijrah 1433H dgn berkunjung ke Malaysia Air Festival 2011 @ Skypark Subang airport yg berlangsung selama 2 hari pada 26 & 27 November 2011. Biarpun festival ini tidak segah pameran LIMA, namun ia cukup menghiburkan terutama menyaksikan aksi akrobatik pesawat-pesawat, dapat melihat dgn lebih dekat static aircraft, serta menambah info berkenaan dunia penerbangan di Malaysia. Malaysia Air Festival 2011 ini dianjurkan bersempena menyambut ulangtahun 100 years of aviation 1911-2011.

Sejarah penerbangan di Malaysia sewaktu itu Malaya bermula apabila GP Fuller mendarat dgn pesawat Antoinette Monoplane di lapang lumba Jalan Ampang (kini tapak KLCC). Penerbangan komersial di Malaya pula bermula tahun 1924 apabila pesawat Fokker FV11 mendarat di Alor Star, Kedah.

Jadi tidak menghairankan selama dua hari berturut-turut aku berpayung panas dan hujan mengunjungi Malaysia Air Festival 2011 kerana penerbangan itu suatu kebebasan yang penuh dengan cabaran. So next year my target visit Singapore Air Show 2012 at Changi. InsyaAllah.

Thursday, November 24, 2011

Firefly's Flymail Sign up & Win Contest Winner..

Syukur kehadrat Allah SWT, rezeki kurniaan-Nya. Aku anggap ini rezeki & hadiah dari Firefly sempena my birthday this November. Date complimentary voucher (ATR) pun stated as 16 November same as my birthday date. This is second time for me, on last June won Firefly's Flymail Super GT Give away contest. Check my email yesterday & received an email from Firefly team which informed me one of eligible lucky winners for the Flymail Sign up & Win contest. So prize for me a Firefly complimentary return trip voucher on Firefly's brand-new Subang (SZB) - Kuantan (KUA) route.


Thanks a lot Firefly, your community airline.

Tuesday, September 13, 2011

Malaysia Airlines, AirAsia In QPR Jersey Sponsorship Deal..

Malaysia Airlines (MAS) and AirAsia will jointly sponsor the jerseys of Queens Park Rangers Football Club (QPR) for the Barclay Premier Leaque (BPL) for the seasons 2011/2012 and 2012/2013.

MAS will sponsor the jerseys of the club’s players during its home matchesin the BLP, while AirAsia's sponsorship would be for QPR’s away match and "third" jerseys for the similar two seasons of the BPL.

"MAS is elated to be associated with QPR's ascendancy to the Premier League," MAS' executive director, Mohammed Rashdan Yusof said.

QPR, which is 66 per cent owned by AirAsia chief, Tan Sri Tony Fernandes, will wear the new home game jersey, adorned with the MAS logo, for the first time in tonight’s showdown against Newcastle United at Loftus Road Stadium.

The sponsorship is considered the first in the history of professional football globally where two airlines from the same country have teamed up tosponsor a football team, it was stated in a statement released today.

"Our sponsorship of the home jersey of QPR, together with AirAsia's sponsorship of the away jersey, is a first for the Premier League. It also celebrates MAS' recent collaboration framework with Air Asia," Mohammed Rashdan said.

He said the sponsorship -- MAS' major initiative in a new brand marketing stategy -- will enable the flag carrier to reinforce its global full-service presence and premium franchise via football fans and lovers from all over Europe, the Americas, Asia Pacific, Australia.

AirAsia in a filing to Bursa Malaysia also said that association with the sports of football will further elevate its brand given that football was the top global spectator sport and with BPL having a large following in Asia.

QPR chief executive officer, Philip Beard said: "Attracting two major Asian companies to come on board shows the global appeal QPR has as a brand.

"He said QPR was extremely positive about building a thriving relationship with both airlines to broaden its exposure in Southeast Asia and further.

"This is a remarkable deal for the club and brings further positive news following a highly successful few weeks since the takeover." This is not the first time MAS is delighting the fans of BPL in Asia.

It was the official air charterer of Manchester United’s Asian Tour in 2005 and 2007. Likewise it was the official air charterer for Chelsea’s Asian Tour in 2008 and this year. Another BPL team, Arsenal, also travelled on Malaysia Airlines charter flights for its Asian tour this year. -- Bernama

Source : Bernama

Wednesday, August 24, 2011

SaLaM AiDiLFitRi 1432H/2011M

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum,

Di kesempatan Syawal yang bakal menjelma, sejuta kemaafan salam di pohon. Semoga keberkatan Ramadhan kita sambut penuh keinsafan dan kenikmatan Syawal kita sambut penuh keriangan. Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H/2011M dan Maaf Zahir Batin.

Salam Ikhlas,
Izarul Azman Ibrahim.

Wednesday, August 10, 2011

ZeMe @ KoSMo ReFLeks 10/08/2011..

Agak mengejutkan bila diberitahu oleh rakan sepejabat seawal pagi, sekali lagi minat mengumpul kapal terbang 'miniature diecast' ini terpapar dalam newspaper setelah hampir setahun artikel yang lebih kurang sama isi kandungannya tersiar di Utusan Malaysia terbitan 26/09/2010 (Pemilik kapal terbang di darat), tapi kali ini terpampang dalam keluaran Kosmo sisipan Refleks ruangan Fanatik terbitan 10/08/2011 bertajuk "Minat kapal terbang sejak kecil".

Friday, July 22, 2011

YBM Ku Li : PeLanCaraN AnGkaTan AmaNah MerDeka (AMANAH)

“SUARA MENUNTUT KEBENARAN, KEADILAN DAN RASA TIMBANG RASA”

Izinkan saya mengucapkan selamat datang kepada saudara saudari sekalian, para rakan sealiran dan sahabat sekalian, ke majlis pelancaran Angkatan Amanah Merdeka atau ringkasnya AMANAH ini. Saya berasa amat terhutang budi atas kehadiran saudara sekalian pada hari ini. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang dapat hadir dan yang membantu untuk menjayakan Majlis Pelancaran ini. Saya percaya bahawa di hujung jalan yang kita mulai dengan langkah awal ini, kita akan dituntut untuk membuat beberapa pilihan yang sangat penting bagi masa depan negara kita – pilihan yang mesti kita buat tidak kira apakah masalah, cabaran dan rintangan yang terpaksa kita hadapi. Pagi ini mungkin merupakan suatu peristiwa sosial yang biasa sahaja dalam lanskap (senario) seharian Malaysia atau ia mungkin juga boleh merupakan suatu permulaan dalam perjalanan ke arah sesuatu yang belum pernah terjadi, yang mungkin dapat mengubah arus arah tuju masa depan negara kita.

2. Biar saya katakan dengan tegas, tanpa ragu-ragu dan rasa berbelah-bagi bahawa saya sayangkan negara ini sepertimana saya percaya saudara sekalian pun begitu. Kita berkumpul di sini, bekas kediaman rasmi Perdana Menteri Pertama kita, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, pada hari ini bukan untuk melancarkan gerakan membantah atau protes dan tidak juga untuk bermain politik. Kita berkumpul di sini kerana kebanyakan daripada kita, secara tulus berasa amat prihatin dan risau, gundah dan sedih melihat apa yang sedang berlaku di negara kita yang tercinta ini. Warga Malaysia yang berfikiran benar dan saksama jangan lagi berpeluk tubuh, menyerah dan menerima secara pasif dan berlembut hati terhadap buruk laku dan keadaan yang dahsyat seperti rasuah, kronisme dan krisis perkauman yang berlaku setiap hari di depan mata kita. Kita mesti bertindak segera sebelum keadaan ini sampai ke tahap yang tidak dapat dipulihkan lagi sehingga akhirnya seluruh asas peraturan hidup sosial, moral, budaya, undang-undang dan perlembagaan yang menjadi wadah ketahanan negara kita selama ini akan hancur dan musnah. Kita jangan menunggu lama lagi sebelum kita terlambat untuk melakukan perubahan.

3. Kita berkumpul di sini hari ini kerana kita memerlukan suara hati budi ramai, suara untuk melafazkan kehendak hati kita kepada pihak-pihak yang berkuasa dengan cara yang tertib dan demokratik sebagaimana yang dijamin dan dipertunjukkan oleh peraturan perlembagaan kita dan juga oleh tradisi bersama kita sebagai rakyat yang cintakan keamanan. Kita jangan membiarkan perbuatan manipulasi politik apa pun dan dari mana-mana pihak pun, untuk memecahkan rakyat majoriti melalui apa-apa dasar dan keputusan yang secara sengaja dibuat untuk kepentingan golongan-golongan minoriti yang berkepentingan. Sejak masa sebelum kemerdekaan sampai sepanjang tempoh 54 tahun yang lepas Malaysia telah membuktikan bahawa penduduknya dapat hidup bersama dalam semangat perpaduan, harmoni, dan timbang rasa antara satu sama lain. Semangat timbang rasa antara penduduk negeri ini luarbiasa sekali sifatnya, dan kalau kita mengimbau kembali masa-masa yang lepas kita dapati bahawa interaksi atau perhubungan antara kaum dan toleransi atau rasa timbang rasa keagamaan tidak pernah menjadi masalah kita. Berkali-kali di masa-masa dahulu Malaysia disebut-sebut oleh masyarakat antarabangsa sebagai contoh atau ‘model’ negara yang penduduk pelbagai kaum etniknya dapat hidup bersama dan bersatu. Semangat inilah, model perpaduan antara etnik inilah, sebagai asas perpaduan kebangsaan kita, yang mesti kita berusaha bersungguh-sungguh untuk memulih dan memeliharanya. Jikalau pada hari ini semangat ini sudah tidak ada lagi – sebagaimana yang dapat kita saksikan sedang berlaku setiap hari – tentu ada sesuatu yang sangat tidak betul berlaku dalam cara kita memerintah atau mentadbirkan negara ini. Maka saya katakan bahawa masanya sudah tiba untuk kita mencegah dan memberhentikan perkembangan menurun dan merosot yang dahsyat ini. Jangan kita teruskan sindrom penapian terhadap keadaan ini untuk menutup kebenaran atau realiti yang sebenar.

4. Saya memerhatikan, dengan hati yang sangat gusar, melihat keadaan yang amat merunsingkan, iaitu keadaan perhubungan antara kaum dan antara agama yang kian memburuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan jika keadaan ini saya tambahkan lagi dengan perbuatan sesetengah pihak dan orang perseorangan yang secara terang-terang dan barangkali dengan sengaja merosakkan institusi-institusi perpaduan di negara ini untuk kepentingan mereka, maka saya katakan terus terang bahawa saya amat sedih dan risau.

5. Sudah sekian lama, di antara kalangan kita yang mewakili suara pertengahan dan sederhana menyepi dan cuba mengelak risiko konfrontasi (dengan pihak berkuasa) kerana kita mahu meneruskan kehidupan biasa kita yang bebas daripada masalah dan kesusahan yang dicari-cari. Sikap seperti ini tidak sepatutnya berlaku berterusan kerana kalau kita menyepi dan tidak berbuat apa-apa padahnya amat buruk kepada kita dan keadaan itu tidak akan dapat dipulihkan.

6. Inilah masanya golongan majoriti yang menyepi selama ini mendengarkan suara mereka. Inilah masanya ayah yang selama ini senyap untuk bersuara bersama-sama alunan dan jeritan suara yang lain dan bertanya: “Kami mahukan kebenaran, tidak paparan kepalsuan dan penipuan”. Inilah masanya suri rumah tangga yang selama ini berdiam diri dan tidak bersuara berkata: “Saya mahukan masa depan untuk anak-anak saya yang bebas daripada segala macam masalah yang dicetuskan oleh pelbagai pihak dan individu politik, ekonomi dan kumpulan-kumpulan sosial berkepentingan sendiri”. Ini masanya orang muda-dewasa yang bekerja berkata “Kami mahu tahu ke manakah arah tuju negara kita dan kami mahu tahu bahawa keputusan dan pilihan yang dibuat adalah yang terbaik dan benar”. Inilah masanya saudara sekalian dan saya sendiri dengan tegas menolak perbuatan rasuah besar-besaran dan perpecahan kaum yang sedang berlaku sekarang, dan berkata, ‘Berhentilah! Cukuplah’! Dalam sejarah Malaysia belum pernah timbul keadaan dan ketika yang lebih mendesak daripada keperluan ketika kini untuk kita semua berdiri menentang keadaan yang buruk itu.

7. Apabila Bapa Kemerdekaan kita Almarhum Tunku Abdul Rahman yang tercinta menubuhkan Malaysia, dia bercakap tentang penduduk pelbagai kaum hidup sebagai anggota dalam satu keluarga yang besar. Dia berkata, kira-kira demikian bunyinya: “Jikalau kita mahu bersatu sebagai satu keluarga dan mahu hidup di bawah satu bumbung yang kita sebut Malaysia, kita kenalah bersikap jujur terhadap satu sama lain – Melayu, Cina, Indla, Dayak, Kadazan, kaum Siam dan lain-lain lagi – Orang Islam, orang Buddhist, orang Hindu, orang Kristian, dan sebagainya. Jikalau kita jujur dan ihklas, kita tidak akan berkata apa-apa yang boleh menyakiti orang lain. Kita juga tidak akan melakukan apa-apa perbuatan yang boleh menyakiti hati dan perasaan satu sama lain. Sebagai anggota keluarga yang iklhas dan jujur kita mestilah sentiasa hadir, bersedia untuk menolong satu sama lain. Yang kaya hendaklah menolong yang miskin dan yang sudah berjaya hendaklah menolong yang kurang bernasib baik. Dengan cara begitulah baru kita boleh menjadi satu bangsa dan menjadikan negeri ini bersatu-padu dan kuat. Setiap orang akan berasa gembira. Barulah Malaysia akan dihormati oleh dunia...”

8. Alangkah hebatnya kata-kata yang mudah tetapi penuh hikmah ini. Dia mahukan kita hidup dengan cara demikian sebagai anggota dalam keluarga yang bahagia. Selepas 54 tahun, di mana kita berada sekarang? Adakah kita sudah dapat hidup sebagai satu keluarga? Seperti yang telah saya katakan tadi, jikalau belum, tentu ada sesuatu yang salah. Kita tidak boleh menunggu terlalu lama lagi untuk mengembalikan negeri kita ke jalan yang benar. Kita mesti berbuat sesuatu dan melakukannya sekarang juga! Setiap warga Malaysia yang berfikiran benar hendaklah bersama-sama dalam gerakan ini, gerakan untuk menyatakan hasrat dan suara kita – dan menyatakannya dengan lantang dan jelas.

9. Tunku Abdul Rahman mengamalkan apa yang dia serukan kepada orang lain. Oleh sebab kerajaan pada masa itu tidak mempunyai wang yang cukup, dia berjaya memujuk kawan-kawan bukan Islamnya dan beberapa pihak lain untuk memberi sumbangan kepada tabung pembinaan Masjid Negara. Masjid itu dibina dengan kos RM10 juta sahaja. Projek itu tidak sahaja merupakan tanda jasa Tunku tetapi ia juga menjadi lambang kerjasama antara orang Islam dan bukan Muslim dalam memupuk persefahaman yang lebih baik dan rapat antara pelbagai kumpulan etnik dan agama di negara ini. Tunku juga giat berusaha mempertemukan negara-negara Islam untuk menggalakan kerjasama dalam bidang ekonomi dan memupuk keamanan dan kestabilan. Akhirnya idea atau gagasan yang dia cetuskan itu menjadi kenyataan apabila dia berjaya mempertemukan 52 negara Islam, besar dan kecil, yang kaya dan yang miskin, dalam sebuah pertubuhan Persidangan Islam setelah Tunku mendapat restu dan sokongan Almarhum Raja Faisal dari Arab Saudi untuk menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (yang kini terkenal dengan nama singkatnya dalam bahasa Inggeris ‘OIC’). Pertubuhan ini kini menjadi monumen sebagai saksi kepada usaha jerih Tunku memupuk perpaduan di kalangan umat Islam sedunia. Tunku tolak kezaliman dan diskriminasi apabila dia perang Apartheid sehingga Rejim Rasis Afrika Selatan itu disingkir dari Commonwealth dan dari badan-badan dunia yang lain untuk mengajak seluruh dunia mengutuk dasar Apartheid yang kejam dan tidak berperikemanusiaan itu.

10. Dalam bidang sukan, Tunku memajukan bola sepak, badminton, sepak takraw, golf dan lain-lain lagi. Saya terpaksa mengulangi apa yang pernah saya ucapkan dalam majlis-majlis yang lain tentang betapa dunia sukan dipromosi oleh Tunku sebagai wadah untuk memupuk semangat kekitaan dan kebersamaan di negara ini: Saya pernah berkata, “Apabila terfikir tentang bola sepak, saya terkenang bagaimana Tengku berjaya membawa pasukan dari Timur Tengah dan serantau Asia untuk bermain di Kuala Lumpur dalam Pertandingan Bola Sepak Merdeka. Pasukan dari Korea dan Jepun datang mengambil bahagian dan dah jadi kebiasaan pada masa itu pasukan bola sepak kita mengalahkan mereka. Hari ini, menurut ranking FIFA, kita jatuh ke tahap bilangan ke-157 daripada 203 buah negara. Ini bererti ranking kita lebih rendah daripada Maldives yang rankingnya terletak pada nombor 149. Maldives ialah negara paling kecil di Asia; penduduknya cuma 400,000 orang, mereka hidup lebih kurang 1.5 meter dari paras laut. Di ASEAN, kita berada di belakang Indonesia, Negara Thai dan Singapura yang suatu ketika dahulu kita menguasai mereka. Nama-nama wira bola sepak kita pernah bermain di bibir kanak-kanak sekolah kita; mereka meniru mereka di padang bola sekolah mereka. Di manakah mereka sekarang? Jaguh bola seperti Soh Chin Aun, Arumugam, Isa Bakar, Santokh Singh, James Wong dan Mokhtar Dahari, sudah tidak ada lagi dalam arena bola sepak negara. Ini bukan soal kita hendak menjadi pasukan yang terbaik di dunia; ini soal semangat dan rasa ghairah kepada sukan. Masa dulu kita pernah melihat budak-budak kecil di kampung memukul bulu tangkis (badminton) dengan raket yang patah dan rosak di sekitar kampung mereka dan menggelar diri mereka Wong Peng Soon. Ya, Peng Soon adalah hero (wira) badminton Malaya, sama seperti wira-wira bola sepak kita. Hari ini rasa ghairah sukan itu tidak ada sedikit pun lagi dalam nadi kebangsaan kita. Ke mana perginya mereka?

11. “Pencapaian kita dalam pertumbuhan ekonomi yang saksama (dengan ekuiti) diakui seluruh dunia. Kumpulan negara sebaya kita dalam bidang pembangunan ekonomi pada masa itu adalah Korea Selatan, Hong Kong, Singapura dan Taiwan, dan kita mendahului mereka. Saya teringat masa dahulu kita pernah menerima delegasi dari Korea Selatan untuk datang belajar sedikit sebanyak daripada proses pembangunan kita. Hari ini, malangnya, kita berada jauh di belakang kumpulan negara-negara itu. Dan hari ini taraf kita sebagai negara pilihan atau sasaran pelaburan adalah sama dengan Kambodia, Myanmar dan Filipina. Tidak syak lagi bahawa Malaysia sedang melunsur ke bawah. Namun, kita dapat berkumpul pada hari ini dalam keadaan selesa. Orang berkata ini bukan kerana pengurusan kita baik dan cekap tetapi kerana negara ini mempunyai kekayaan (sumber asli) yang luarbiasa. Malaysia diberkati oleh sumber kekayaan, baik sumber asli, baik sumber kekayaan budaya dan sosial tetapi, malangnya, disebabkan kelemahan pengurusan dan rasuah, kemajuan kita kini sedang menurun dan merosot.” Ya, memang orang berkata Malaysia kaya, tetapi berbanding dengan jiran-jiran kita, kita masih secara relatifnya tidak bebas.

12. Apabila Tunku mengisytiharkan kemerdekaan negeri ini 54 tahun dahulu, kita diberitahu bahawa Malaysia akan menjadi negara demokrasi berparlimen dengan institusi kehakiman yang bebas.

13. Saya berdoa moga-moga kita tidak lagi lepas tangan dan berdiam diri, menjadi pemerhati yang tidak terlibat (komited), melihat perkembangan berlaku dan berlalu di depan kita, mengharapkan orang lain akan melakukan sesuatu seperlunya. Jika kita bersikap demikian bererti kita berada dalam dunia ilusi dan impian dan kita akan menghadapi padahnya apabila padah itu berlaku nanti. Kita perlu melakukan sesuatu yang baru, yang berlainan, dan untuk melakukan perubahan itu saya minta saudara sekalian menyertai kita dalam gerakan yang kita rintiskan hari ini. Demi masa depan anak-anak saudara sekalian dan cucu-cucu kita, kita tidak boleh gagal dalam gerakan pembaharuan ini.

14. Kita akan menubuhkan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang diberi nama Angkatan Amanah MERDEKA (ringkasnya AMANAH) untuk menggembelingkan suara dan tenaga kita untuk menjadikan gerakan ini sebagai wadah Semangat Malaysia yang baru. Suara ini ialah suara perpaduan, suara solidariti, suara kebenaran, dan kita akan berdiri teguh menentang wabak rasuah, kronisme, perkauman, sikap pelampau dan pembaziran. Kita akan berkata, “dahulukan kepentingan kebangsaan, yakni, kepentingan negara, dan kepentingan rakyat. Ini matlamat utama kita. Segala prioriti, keputusan dan pilihan dasar yang lain mesti tertakluk kepada matlamat kebangsaan yang utama ini.

15. Keadaan penduduk negeri yang miskin dan daif, terutama di kawasan luar bandar – mereka masih merupakan penduduk majoriti di negeri ini – mesti diperbaiki dan dimajukan melalui perancangan dan keputusan dasar yang sistematik dan sistemik, tidak melalui laungan slogan yang kosong isinya. Legasi dan visi Tun Razak berhubung dengan dasar-dasar pembangunan luar bandar, dasar pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan warna kulit, dan keseluruhan dasar pembangunan sosio-ekonomi berdasarkan prinsip Keadilan, Kesaksamaan dan Perimbangan merentas segala sektor, perlu kita jenguk semula dan jika perlu ‘di-remodel’ sesuai dengan keadaan dan perkembangan semasa. Kita akan mempromosi Visi Tunku tentang pembinaan atau pengwujudan ‘’Keluarga Bahagia Malaysia Yang Satu’. Kita akan memastikan bahawa hak rakyat yang asas, yang fundamental, hak yang tidak sahaja ditakrifkan dalam Perlembagaan tetapi lebih penting hak-hak yang telah wujud dan yang dapat dikongsi bersama dalam tradisi agama, nilai moral dan budaya kita, akan dipromosi dan dipelihara sebagai rujukan fungsi negara.

16. Saya sendiri akan pergi ke merata ceruk rantau negeri kita yang hebat ini (dan saya mengajak saudara sekalian menyertai saya) untuk meruntuhkan segala tembok persengketaan, kecurigaan dan sikap tidak berperasaan terhadap satu sama lain. Saya tahu bahawa orang Melayu – demikian juga kaum-kaum lain di negara ini - tidak rasis dan tidak pernah rasis tetapi mereka bersikap perkauman kerana mereka dimanipulasi oleh pihak-pihak berkepentingan supaya berkelakuan, berfikir dan bertindak sebagai ‘komunalis’, yakni kaum yang bersikap perkauman. Bagi orang Melayu sikap seperti itu sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam dan apabila orang Melayu bersifat kurang ‘Islamik’ mereka cenderung ke arah bersikap perkauman atau rasis, berbalik ke zaman jahiliah sebelum Nabi Muhammad S.A.W. berdakwa menentang kepercayaan dan fikiran jahiliah (dan menyeru kepada perpaduan ummah, tidak kira kaum, bangsa, warna kulit dan sebagainya). .

17. Kita boleh dan kita akan berikrar untuk berpegang kepada prinsip integriti dan kita tidak boleh gagal dalam usaha kita ini untuk mengembalikan nilai-nilai teras dalam membina kehidupan perpaduan dan sikap menerima satu sama lain.

18. Rakyat mahukan perubahan dan mengharapkan perubahan dan kita mempunyai misi yang cukup mendesak untuk bergerak menuju ke arah itu. Kini terserah kepada kita semua, kepada saudara dan kepada saya, untuk melakukan perubahan. Saya ingin menggalakkan saudara menghubungi saudara mara dan sahabat handai saudara untuk menolong kita mendapatkan sokongan mereka terhadap usaha yang mulia ini. Galakkan mereka seterusnya untuk menghantarkan rayuan yang sama kepada rakan-rakan mereka pula. Mari kita pacukan gerakan ini sampai ke tahap dapat ‘menjangkit’ ke seluruh Negara. Jangan lagi majoriti daripada kita yang selama ini membisu tidak dipedulikan di negara yang menjadi kebanggaan dan sanjungan kita. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan Perkongsian dan sahabat sekalian kerana memberi peluang kepada saya untuk meluahkan suara saya pada pagi ini. Jangan kita gagal dalam misi cinta kita kepada Negara ini.

19. Biar saya akhiri ucapan ini dengan memetik kata-kata Nelson Mandela, manusia agung itu: Dia berkata (saya terjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan kita): “Biarlah wujud keadilan untuk semua manusia. Biarlah wujud keamanan dan perdamaian untuk semua manusia. Biarlah ada pekerjaan, roti, nasi, air dan garam untuk semua manusia. Biarlah setiap daripada kita tahu dan sedar bahawa bagi setiap manusia itu - jasad mereka, fikiran dan roh (jiwa) mereka telah dibebaskan untuk memenuhi kehendak diri mereka (dalam segala keperluan hidup)”. Kata-kata Mandela ini menegaskan mesej dan suara hati manusia sejagat, mesej yang benar sepanjang masa dan zaman, mesej yang merupakan fitrah manusia, dimiliki dan dirasakan oleh seluruh umat manusia. Biarlah seruan ini menjadi ilham untuk kita mencapai kecemerlangan dalam usaha kita – usaha untuk memastikan bahawa setiap warga Malaysia, setiap rakyat, diberikan ruang dan peluang (platform) kebebasan dan peluang untuk memenuhi keperluan dan kehendak badan, akal, hati dan jiwa mereka.

20. Jika misi ini dikendalikan dan diuruskan dengan betul dan dengan jujur dan ikhlas, negara kita yang bertuah dan hebat ini boleh menjadi suatu ruang dan tempat untuk melahirkan kemakmuran dan keamanan dan perdamaian untuk semua penduduk (warga/rakyat) Malaysia. Terima kasih.

Ucapan YBM Tengku Razaleigh Hamzah
Di Majlis Pelancaran AMANAH, Hari Jumaat, 22 Julai 2011, 9.00 pagi di Memorial Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.


Laman Web AMANAH : http://amanah.my/
Pendaftaran Keahlian AMANAH : http://member.amanah.my/

Tuesday, June 14, 2011

Firefly's Flymail Super GT GiFT..

Thanks Firefly..as mentioned in previous posting link, I'm very lucky as one of top 15 members won Firefly's Flymail contest on last Friday. Tuah badan and rezeki awal hari Jumaat. So breaklunch tadi aku curi masa terbang ke Firefly ofis kt Complex A MAS Subang utk claim gift. Sampai je di MAS Complex A n lepas amik SZB visitor pass aku terus naik ke 3rd Floor utk ke ofis Firefly. Masuk je ofis Firefly, ada sorg staff tanya, "encik datang interview ker?". Hahaha..nak je aku jawab "kalau ada kerja kosong nak je di interview". Lagi pun aku dah lama bercita-cita nak tukar profesyen kerja n join aviation field plak. "Bukan, nak jumpa Mrs Shariza utk claim Firefly's Flymail gift" jawab aku.


So lepas signed pengesahan menandakan aku adalah antara pemenang bertuah n claimed gift tu, Mrs Shariza pun menghadiahkan gift goodie bag berisi 2 tiket masuk grandstand utk Super GT race 18 & 19 June ni kat Sepang bernilai RM100 setiap satu, 2 entry pass Super GT party worth RM50 each, 2 cards Touch n Go special Super GT edition, T-shirt n cap. Overall memang berbaloi hadiah dimenangi. After claimed gift, aku lepak lunch borak-borak dgn sorg member yg kerja dekat MAS di cafe MHub @ oneMH before balik ofis. Thanks again Firefly...

Monday, June 13, 2011

Firefly's Flymail Super GT Giveaway Winner..

I'm so lucky, very lucky being one of top 15 members to register Firefly's Flymail contest. Today in evening just received an email from Firefly team which informed me one of the winner's and won a Super GT goodie bag (two race tickets, two Super GT party rave invites, 2 Touch n Go cards, one T-shirt and cap). Prayer to Allah and thanks a lot Firefly, your community airline.
To be claimed my gift immediatly by tomorrow or this Wednesday at Firefly's office MAS Complex A. I'll share my gift soon once I get it from Firefly.

Friday, June 10, 2011

MaLaYsia AirLines's 1st A380 Enters FiNaL AssEmbLY

The first MAS A380 VTP arrives in Toulouse, France by Airbus Beluga.

Malaysia Airlines' (MAS) first Airbus A380 has entered the airframer's final assembly line in Toulouse. The superjumbo jet, which entered the line on 7 June, will have its front, central and aft fuselage sections, wings and horizontal and vertical tails assembled at the first stage. This will be followed by the installation of engines and tests on the aircraft's electric and hydraulic systems, mobile parts and landing gears. Final ground tests and first engine tests will take place after that, before the aircraft is flown to Hamburg for cabin completion and painting. MAS, which has six A380s on order, has said it is due to receive its first in April 2012. The airline is likely to deploy the superjumbo jet to London, followed by Sydney and Melbourne.


Photo credit to Malaysia Airlines (MH)

Monday, June 6, 2011

MaLaYsia AirLines To Join ONEWORLD alliaNce

Malaysia Airlines is to join oneworld®, adding one of aviation's most frequent award winners to the world's leading quality airline alliance. Malaysia Airlines was unanimously elected a oneworld member designate by the Chief Executives of the alliance's member airlines, at a meeting on the sidelines of IATA's 2011 World Air Transport Summit, which opens in Singapore today. A formal alliance membership agreement will be completed soon. Malaysia Airlines is expected to start flying as part of oneworld late next year. As it prepares for its alliance membership, Malaysia Airlines intends to develop bilateral links with a number of oneworld's established partners, who include some of the biggest and best names in the airline industry. It already code-shares with oneworld partners Cathay Pacific and Royal Jordanian. When it becomes part of oneworld, its customers will gain access to the alliance's truly global network. It will expand oneworld's global coverage to almost 950 destinations in 150 countries, served by a combined fleet of more than 2,600 aircraft operating some 10,000 flights a day and carrying 358 million passengers a year. Three established oneworld member airlines currently serve Malaysia, with Cathay Pacific, Japan Airlines and Royal Jordanian flying to Kuala Lumpur, and Cathay Pacific also to Penang and, through its Dragonair affiliate, Kota Kinabalu. Opportunities for expanding the alliance's coverage of the country will be explored as Malaysia Airlines prepares to join. When it becomes part of oneworld, members of Malaysia Airlines' Enrich frequent flyer programme will be able to earn and redeem rewards on any of oneworld's 14 other top-class carriers, with top tier members able to use any of the group's 550 plus airport lounges, and its network will be covered by oneworld's range of alliance fares.At the same time, frequent flyer cardholders of oneworld's established airlines will be able to earn and redeem rewards when flying on Malaysia Airlines. Qantas will serve as sponsor of Malaysia Airlines' entry into oneworld.

Malaysia Airlines Chairman Tan Sri Dr Mohd Munid Abdul Majid said: "The Board of Malaysia Airlines had targeted entry into an alliance this year. I am glad we are at the stage where the initiation with oneworld is formalised." Malaysia Airlines Managing Director and Chief Executive Officer Tengku Azmil Aziz said: "With the world airline industry increasingly focused on alliances, we have carried out careful analysis of the options now available to Malaysia Airlines. The time is clearly right for our company to join one of the global airline groups, and oneworld is clearly the best option for us. As a company highly focused on quality service, we are immensely proud to have been invited to join the highest quality alliance with the best airline partners offering a global network that best complements our own. We look forward to completing all joining requirements as soon as possible." American Airlines' Chairman and Chief Executive Gerard Arpey, Chairman of the oneworld Governing Board, said: "Today's agreement with Malaysia Airlines represents another significant milestone in our journey to establish oneworld firmly as the world's premier airline alliance with members unmatched in brand and service quality. We look forward to welcoming Malaysia Airlines to oneworld." oneworld CEO Bruce Ashby said: "oneworld already features four of the best airlines in Asia-Pacific, including member elect Kingfisher Airlines. Adding another leading Asian carrier, in Malaysia Airlines, will greatly enhance oneworld's offering throughout the world's fast growing region for air travel demand." Qantas Chief Executive Officer Alan Joyce said: "Malaysia Airlines is an ideal candidate for oneworld, with its world-class reputation for customer service mirroring oneworld's own focus. Its Kuala Lumpur home will provide our customers with another of the world's best airports, geographically well placed between our existing hubs. Qantas is delighted to be serving as its sponsor in joining oneworld."

Source : http://www.oneworld.com/ow/news/details?objectID=25793
oneworld web : http://www.oneworld.com/

Photo credit to Malaysia Airlines (MH)

Friday, May 27, 2011

AiRAsia @ KidzAniA MD

Jangan terkejut atau terkelu, ini bukan suatu aksi ganas mahupun panas. Ini bukan suatu kecelakaan jauh sekali kemalangan. Ini adalah antara inisiatif suatu medium pemasaran bisnes yang bijak. Untuk mereka yang biasa atau pertama kali mengunjungi The Curve, E-Curve, IKEA atau Tesco di Mutiara Damansara pasti berasa pelik melihatnya. Kenapa, mengapa, sebab apa kepala bekas pesawat jenis Boeing B737-300 AirAsia Indonesia terbonjol keluar sedemikian rupa dari suatu bangunan baru di Mutiara Damanasara? Nantikan jawapannya apabila secara rasminya Taman Tema Kidzania untuk kanak-kanak beroperasi kelak dan menjadi mercu baru keriangan di Mutiara Damansara.

Wednesday, May 18, 2011

MH ENricH Give FRee ExTra BoNus MiLes

Channel 1 : (Free 2,000 Enrich Miles)

As part of the Get-the-Deal's 3rd anniversary celebrations and in recognition of your loyalty, Get-the-Deal members can now enjoy Enrich benefits together with the usual cache of airfare bargains – all with a simple sign up.

With instant Enrich welcome or bonus miles and a host of exciting privileges now accessible to Get-the-Deal members, it's an unbeatable combo. Among the benefits you'll enjoy:

- Free flights (redemption) and seat upgrades
- Enrich MYR 50 Vouchers for Temptation Inflight Shopping and excess baggage payment
- Access to our Golden Lounge (via Golden Lounge Vouchers)

Not an Enrich member?
Sign up with Enrich today and earn 2,000 welcome miles.
Sign up now

Already an Enrich member?
Update your Enrich profile and get 2,000 bonus miles.
Update now

Channel 2 : (Free 1,000 Enrich Miles)

Take part in the Postcards To Enrich Contest at http://www.postcardstoenrich.com and stand a chance to win 1,000,000 Enrich Miles. To take part, update your personal information, or sign-up for FREE if you are not a member. Terms and conditions apply. Visit website for more details.

You'll get an extra 1,000 Enrich Miles for FREE after click on button "UPDATE MY PROFILE AND GET 1,000 BONUS ENRICH MILES"

Thanks Malaysia Airline MH :
http://www.malaysiaairlines.com

Thursday, April 7, 2011

ZAC : Malaysia Airlines vs AirAsia (1:200 Scale)

Malaysia Airlines Boeing 737-8H6 (9M-MXA)

Malaysia Airlines Boeing 737-46J (9M-MQP)

AirAsia Airbus 320-216 (9M-AHC)

Friday, March 18, 2011

MaLaYsia AirLineS : PeSaWat A330-323X ImeJ BaRu

Jika sebelum ini pesawat siri B737-800 generasi baru rego (9M-MXA, MXB, MXC, MXD) milik Malaysia Airlines telah diberikan wajah baru, kini giliran pesawat siri A330-323X tempahan baru Malaysia Airlines pula. Pesawat siri A330-323X berimej baru buat sementara ini menggunakan rego F-WWYO (cn 1209) adalah sebahagian daripada 15 pesawat "wide body" terbaru tempahan oleh pihak Malaysia Airlines yang dijadualkan akan diterima berperingkat-peringkat mulai April tahun 2011 ini. Pesawat pertama masih dalam fasa pengujian penerbangan di Toulouse - Blagnac dan dijangkakan akan didaftarkan sebagai rego 9M-MTA sebelum diserahkan secara rasminya kepada Malaysia Airlines.
Ihsan foto : Curufinwe Xiane

Tuesday, February 22, 2011

FireFLy : UmuM LaLuaN BaRu JHB-KCH dan JHB-BKI..


Firefly said : Firefly starts a new chapter in its expansion plan with a new hub in Johor Bahru. New routes: Johor Bahru to Kota Kinabalu and Kuching. Routes coming soon: Johor Bahru to Jakarta, Surabaya and Bandung.

New destinations in East Malaysia! Firefly now proudly connects Miri and Sibu to Kuala Lumpur with incredible value through low fares. Visit Routes & Schedules for details.

Penerbangan Firefly (FY) hari ini memperkenalkan laluan terbaru dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak dan Sabah dengan menawarkan perkhidmatan penerbangan terus harian 2 kali sehari dari hub terbaru mereka iaitu Johor Bahru (JHB) ke Kuching (KCH) dan ke Kota Kinabalu (BKI) menggunakan pesawat jenis Boeing 737-400 bermula pada penerbangan sulung 19 Mei serta 16 Jun 2011 nanti. Ini adalah antara langkah mengembangkan operasi Firefly dengan menjadikan Johor Bahru (JHB) sebagai hub terbaru selepas KLIA. Dalam masa sama juga, Firefly terus meluaskan sayap terbang ke Sarawak apabila turut memperkenalkan destinasi laluan terbaru bagi penerbangan harian dari KLIA (KUL) ke Miri (MYY) dan Sibu (SBW) mulai 1 Julai dan 1 Ogos 2011 menggunakan pesawat jenis Boeing 737-800.

Bersempena meraikan pengenalan laluan terbaru ini, Firefly mengadakan promosi jualan tiket serendah RM9 sehala (RM0.01 Tambang + RM8.99 Tax) untuk tempahan bermula dari 22 Feb sehingga 28 Feb 2011 untuk laluan baru JHB-KCH, KCH-JHB bagi tempoh perjalanan mulai 19 Mei - 29 Okt 2011 dan JHB-BKI, BKI-JHB bagi tempoh perjalanan mulai 16 Jun - 29 Okt 2011.

Hub terbaru di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Johor Bahru (JHB) ini adalah sebagai langkah awal menjadikan ia tapak untuk Firefly terus memperluaskan operasi terutama dalam rancangan akan datang memperkenalkan laluan baru antarabangsa dengan melakukan penerbangan dari Johor Bahru (JHB) ke Jakarta (CGK), Surabaya (SUB) dan Bandung (BDO). Jelas "kuasa oren" Firefly kini semakin maju dan laju menakluki awan biru selepas kejayaan penerbangan terus pesawat terbaru mereka Boeing 737-800 dari KLIA bagi laluan ke Kuching dan Kota Kinabalu sejak 15 Januari 2011. Tahniah Firefly.

Friday, February 11, 2011

SinGaPore GirL SeCond HOTTest..

Hottest flight attendants revealed

A new survey reveals Virgin Atlantic has the most attractive flight attendants with 53 percent of those surveyed picking Virgin's "red hotties. According to the survey of 1000 people by the Business Travel and Meetings Show (BTMS), Virgin Atlantic scooped the pool for the most attractive cabin crew.

Businesstraveler.com reported the survey results and noted Singapore Airlines' cabin crew received 18 percent of votes for the top spot, while 12 percent gave Etihad's the thumbs up.

Emirates' staff came in fourth with 11 per cent, followed by Aer Lingus with six per cent.

Top 10 most attractive airline cabin crew:
01. Virgin Atlantic
02. Singapore Airlines
03. Etihad
04. Emirates
05. Aer Lingus
06. Lufthansa
07. Cathay Pacific
08. TAP
09. KLM
10. Iberia

Thursday, January 20, 2011

FireFLy : PeNerBanGan SuLunG B738 KUL-KCH..

Kamek nait belon Firefly. Ya, syarikat penerbangan komuniti anda dengan rasminya telah melakukan penerbangan sulung pesawat terbaru dalam keluarga Firefly Boeing 737-800 ke laluan baru Kuching (KCH) dan Kota Kinabalu (BKI) terus dari KLIA pada 15 Januari 2011. Penerbangan sulung FY602 KUL-KCH telah disertai oleh wakil-wakil media, barisan artis syarikat rakaman Wake The Baby milik komposer dan penyanyi terkenal Ajai, krew pengurusan Firefly diketuai oleh Ketua Pemasaran dan Komunikasi Firefly Angelina Corrina Fernandez bersama-sama penumpang-penumpang bertuah menandakan Firefly kini telah maju setapak menerokai penerbangan tambang murah mengunakan pesawat "Narrow Body" selepas permulaan operasi sebelumnya dengan pesawat Fokker 50 dan ATR.
Penerbangan sulung ini telah mencatat sejarah baru yang manis dalam dunia penerbangan Firefly khasnya dan negara amnya. Berpeluang mengikuti penerbangan sulung juga merupakan saat kenangan manis yang tidak dapat dilupakan terutama bagi seseorang bergelar "aviation addict". Penerbangan sulung FY602 KUL-KCH selamat berlepas dari pintu B2 Terminal Main KLIA pada awal pagi jam 7:20AM. Sebelumnya, penumpang-penumpang bertuah dijamukan dengan sarapan ringan pagi ringan berhampiran kaunter pejabat dan jualan Firefy di KLIA. Lagi bertuah, jika ada penumpang-penumpang yang memakai baju warna rasmi Firefly iaitu oren ia akan diberikan hadiah misteri oleh pihak Firefly. Perjalanan daftar masuk juga agak lancar di Row A dengan kaunter A1-A5 disediakan yang mana kaunter A1 dikhaskan untuk wakil-wakil media.
Bunyian deruman kuasa enjin pesawat terbaru Firefly B738 memecah keheningan awal pagi di sekitar KLIA, tambahan pula liveri menarik putih oren badan pesawat memikat hati penumpang-penumpang pertama kali melihatnya seolah-olah memberikan isyarat baru kuasa jingga Firefly telah bersedia menaluki dunia penerbangan serantau. Penerbangan sulung KUL-KCH pesawat B738 rego 9M-FFB (merupakan bekas pesawat milik Malaysia Airlines 9M-MLB) menerima hampir 90% jumlah penumpang memenuhi kabin atau kira-kira 170 tempat duduk dipenuhi daripada 189 yang disediakan.
Kejutan juga dipersembahkan buat pertama kali pada penerbangan sulung ini apabila krew kabin Flight Attendant (FA) memperagakan uniform terbaru Firefly. Uniform terbaru ini agak menarik tampak begitu esklusif, bercirikan jalur batik pada kolar berbentuk skaf dan pada bahagian lengan ropol-ropol dengan material jenis kain lembut bagi uniform pramugari manakala suit krim berbentuk vest dan tali leher oren padanan uniform untuk pramugara. Sememangnya tampak esklusif. Kabin pesawat baru B738 Firefly ini juga agak tampak kemas dengan tempat duduk salutan dari jenis material fabrik kulit, meja alas makanan berkonsep troli, ruang tandas yang menyegarkan dan keseluruhannya amat memuaskan. Cuma agak janggal tiada majalah "Kunang-Kunang" dibekalkan dalam poket tempat duduk seperti kebiasaan untuk bacaan penumpang-penumpang.
Hidangan menu utama penerbangan antaranya (Nasi Lemak Ayam, Nasi Ayam, Nasi Bukhara Ayam Rendang, Nasi Goreng Satay Ayam) juga menyelerakan yang mana penumpang-penumpang boleh membuat pesanan secara pra-tempahan dalam pakej standard atau membelinya sewaktu dalam penerbangan. Menu hidangan ringan lain juga terdapat selain barangan cenderahati Firefly turut dijual dalam kabin. Sebagai tanda menghargai penumpang-penumpang bertuah pada penerbangan sulung, pihak Firefly telah memberikan cenderahati berupa poskad kenang-kenangan "Inaugural Flight 15 January 2011 KUL-KCH".
Penerbangan sulung FY602 KUL-KCH diraikan dengan sambutan penuh meriah di Kuching International Airport (KIA) sebaik selamat mendarat sekitar jam 9:05AM meskipun landasan agak cukup basah disebabkan hujan. Pesawat B738 9M-FFB menerima penghormatan siraman air atau "water cannon salute" sewaktu menuju ke terminal gate 8 sebagai tanda dengan rasminya KIA mengalu-alukan ketibaan Firefly untuk beroperasi di Kuching.
Acara sambutan juga dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam, Menteri Muda Pelancongan dan Kebudayaan Sarawak YB Mong Dagang yang turut berkenan menyambut ketibaan penumpang-penumpang penerbangan sulung ini serta menyampaikan "goodies bag" sebagai kenangan. Penumpang-penumpang juga disajikan dengan persembahan tarian tradisional budaya suku kaum orang Sarawak. Seterusya sidang media diadakan yang dihadiri oleh wakil-wakil media tempatan dan luar negara, pengurusan Firefly serta tetamu kehormat di Terminal VVIP menandakan Firefly kini telah secara rasminya terbang terus ke Kuching berserta Kota Kinabalu dengan pesawat terbaru B737-800 beroperasi dari Terminal Main KLIA. Tahniah Firefly "Your Community Airline".

15 January 2011 : Firefly FY602 Inaugural Flight KUL-KCH by B737-800 (9M-FFB)