Pages

Monday, November 28, 2011

MaLaYsia Air FestiVaL 2011 @ SkyPark SuBanG..


Sebagai peminat, pengemar, fanatik dunia aviation, aku tak lepaskan peluang utk menghabiskan masa cuti weekend + Maal Hijrah 1433H dgn berkunjung ke Malaysia Air Festival 2011 @ Skypark Subang airport yg berlangsung selama 2 hari pada 26 & 27 November 2011. Biarpun festival ini tidak segah pameran LIMA, namun ia cukup menghiburkan terutama menyaksikan aksi akrobatik pesawat-pesawat, dapat melihat dgn lebih dekat static aircraft, serta menambah info berkenaan dunia penerbangan di Malaysia. Malaysia Air Festival 2011 ini dianjurkan bersempena menyambut ulangtahun 100 years of aviation 1911-2011.

Sejarah penerbangan di Malaysia sewaktu itu Malaya bermula apabila GP Fuller mendarat dgn pesawat Antoinette Monoplane di lapang lumba Jalan Ampang (kini tapak KLCC). Penerbangan komersial di Malaya pula bermula tahun 1924 apabila pesawat Fokker FV11 mendarat di Alor Star, Kedah.

Jadi tidak menghairankan selama dua hari berturut-turut aku berpayung panas dan hujan mengunjungi Malaysia Air Festival 2011 kerana penerbangan itu suatu kebebasan yang penuh dengan cabaran. So next year my target visit Singapore Air Show 2012 at Changi. InsyaAllah.

No comments: