Pages

Tuesday, February 22, 2011

FireFLy : UmuM LaLuaN BaRu JHB-KCH dan JHB-BKI..


Firefly said : Firefly starts a new chapter in its expansion plan with a new hub in Johor Bahru. New routes: Johor Bahru to Kota Kinabalu and Kuching. Routes coming soon: Johor Bahru to Jakarta, Surabaya and Bandung.

New destinations in East Malaysia! Firefly now proudly connects Miri and Sibu to Kuala Lumpur with incredible value through low fares. Visit Routes & Schedules for details.

Penerbangan Firefly (FY) hari ini memperkenalkan laluan terbaru dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak dan Sabah dengan menawarkan perkhidmatan penerbangan terus harian 2 kali sehari dari hub terbaru mereka iaitu Johor Bahru (JHB) ke Kuching (KCH) dan ke Kota Kinabalu (BKI) menggunakan pesawat jenis Boeing 737-400 bermula pada penerbangan sulung 19 Mei serta 16 Jun 2011 nanti. Ini adalah antara langkah mengembangkan operasi Firefly dengan menjadikan Johor Bahru (JHB) sebagai hub terbaru selepas KLIA. Dalam masa sama juga, Firefly terus meluaskan sayap terbang ke Sarawak apabila turut memperkenalkan destinasi laluan terbaru bagi penerbangan harian dari KLIA (KUL) ke Miri (MYY) dan Sibu (SBW) mulai 1 Julai dan 1 Ogos 2011 menggunakan pesawat jenis Boeing 737-800.

Bersempena meraikan pengenalan laluan terbaru ini, Firefly mengadakan promosi jualan tiket serendah RM9 sehala (RM0.01 Tambang + RM8.99 Tax) untuk tempahan bermula dari 22 Feb sehingga 28 Feb 2011 untuk laluan baru JHB-KCH, KCH-JHB bagi tempoh perjalanan mulai 19 Mei - 29 Okt 2011 dan JHB-BKI, BKI-JHB bagi tempoh perjalanan mulai 16 Jun - 29 Okt 2011.

Hub terbaru di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Johor Bahru (JHB) ini adalah sebagai langkah awal menjadikan ia tapak untuk Firefly terus memperluaskan operasi terutama dalam rancangan akan datang memperkenalkan laluan baru antarabangsa dengan melakukan penerbangan dari Johor Bahru (JHB) ke Jakarta (CGK), Surabaya (SUB) dan Bandung (BDO). Jelas "kuasa oren" Firefly kini semakin maju dan laju menakluki awan biru selepas kejayaan penerbangan terus pesawat terbaru mereka Boeing 737-800 dari KLIA bagi laluan ke Kuching dan Kota Kinabalu sejak 15 Januari 2011. Tahniah Firefly.

No comments: