Pages

Monday, July 28, 2008

ALif, Ba, TA..

Alif, Ba, Ta..

Kita pernah dan sudah biasa mendengar huruf tersebut sejak dari kecil lagi bukan? Begitu indah tatkala dihayati ayat dan ungkapan "Alif, Ba, Ta" yang tersiratnya menjadi tunjang teras asas kepada permulaan untuk penerusan sampai ke pengakhiran. Konsep "Alif, Ba, Ta" ini sebenarnya bilamana di adaptasi, di implementasi di dalam sesuatu kehidupan dan sesebuah perjuangan akan menjadi landasan yang cukup kukuh sebagai panduan dan haluan arah mana yang perlu ditujui ke destinasi tanpa mengabaikan nas-nas kebaikan.

Dalam konteks sesebuah perjuangan hari ini sebagai contoh parti UMNO, penerapan dan pengamalan konsep ini perlu di ambilkira dalam mengembalikan tiga teras utama perjuangan asal UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 iaitu Alif yang bersamaan dengan Agama yakni Islam, Ba yang bersamaan dengan Bangsa yakni Bangsa Melayu dan Ta yang bersamaan dengan Tanah Air yakni Malaysia.

Perjuangan parti UMNO kini umpama semakin sudah jauh menyimpang daripada tiga teras perjuangan asal berkonsepkan "Alif - Agama, Ba - Bangsa, Ta - Tanah Air" kerana kebanyakkan yang menduduki dalam parti sekarang ini bukannya menzahirkan dan melahirkan keikhlasan untuk memperjuangkan idealogi penubuhan parti. Sebaliknya perubahan yang jelas terpampang hanyalah membawa ideologi sendiri semasa berjuang dan yang menjadi keutamaan mengharapkan untuk mendapat sesuatu kepentingan melalui atas nama parti UMNO. Faktor ini telah sedikit sebanyak merebak melemahkan parti keseluruhannya.

Persepsi perlulah di ubah agar ahli-ahli parti terutamanya pemimpin pelapis serta akar umbi tidak membawa ideologi dan agenda yang bercanggah dengan teras perjuangan asal parti UMNO dan seharusnya optimis mengembalikan, menghidupkan dan seterusnya menyuburkan untuk membela konsep perjuangan berlandaskan "Alif - Agama, Ba - Bangsa, Ta - Tanah Air".

3 comments:

Desperado said...

Teman amat bersetuju dengan kome zeme...tiap perjuangan mesti mempunyai landasan yang tidak seharusnya di langgar...kalau derailed hancur!

p/s: naper makin kocik tulisannyer...pedih mate teman membacenyer!

zeme said...

salam saudara desperado,

maaf sekiranya tulisan agak kecik yang menyukarkan pembacaaan. mungkin penggunaan warna tulisan yang mempengaruhi pembacaan.

wasalam.

Anonymous said...

benar, objektif penubuhan seharusnya dijadikan asas utama sesuatu perjalanan pertubuhan mahupun organisasi. sekiranya ia dilanggar objektifnya maka hancurlah perjalanannya.