Pages

Thursday, July 3, 2008

3 seKawAN.. 2 saHabAT..

Antara 3 sekawan dan 2 sahabat, yang mana lagi hebat?

Melihatkan perkembangan lanjutan politik Pak Lah-Najib-Anwar seolah-olah tiga sekawan ini terus-terusan mengoncang politik Malaysia dengan pelbagai semacam isu, anasir yang naif lagi daif. Jelas andai seseorang pemimpin itu nawaitu memimpin dengan ikhlas, maka perjuangan mereka akan suci tanpa dicemari sebarang noda yang boleh mengoyahkan hala tuju erti sebuah perjuangan. Biarkan kisah sengketa tiga sekawan Pak Lah-Najib-Anwar berterusan memperlihatkan segala cacat cela andai takdir Allah untuk memberikan anugerah “Malaysia” kepada pemimpin yang ikhlas dan bersih iaitu dua sahabat Ku Li-Muhyiddin yang mungkin menyucikan segala noda politik Malaysia tinggalan angkara sengketa tiga sekawan Pak Lah-Najib-Anwar untuk kesejahteraan semua.

Percaturan politik UMNO kali ini antara yang menarik bakal diterjemahkan oleh ahli-ahli UMNO dalam memberikan impak kepada politik Malaysia keseluruhannya kini dan masa akan datang. Pemilihan Disember ini pada Perhimpunan Agung 2008 dianggap pemerhati sebagai hidup mati hala tujuan pertubuhan UMNO dalam kancah politik tanahair sama ada terus subur atau akan berkubur

Gandingan antara dua sahabat Ku Li-Muhyiddin bakal mempunyai impak yang menyeluruh dalam politik UMNO. Gandingan ini sebenarnya mewakili suara akar umbi gandingan Timur-Selatan, gandingan pemimpin yang bebas dari sebarang desas desus skandal, anasir naif lagi daif yang boleh mengganggu gugat pentadbiran masa depan UMNO dan kerajaan Malaysia. Pemimpin bersih lahir daripada kombinasi semangat memperjuangkan sesuatu perjuangan melebihi kepentingan dan keperluan peribadi.

Kepakaran serta pengalaman luas Ku Li amat diperlukan memulihkan ekomoni negara serta merawat pentadbiran UMNO keseluruhannya. Andai kata Ku Li terpilih menerajui kepimpinan UMNO dan Malaysia walaupun untuk jangka masa setahun ke tiga tahun sekalipun kerana faktor usia beliau, maka sudah lengkap pemulihan-pembaikan-peralihan UMNO untuk di pikul tugas seterusnya pula oleh kepimpinan Muhyiddin.

Dalam percaturan ini, tidak dinafikan kelayakan Najib untuk mengisi posisi paling tertinggi politik UMNO dari segi pengalaman kepimpinan, namun faktor dan anasir kitaran Najib yang membataskan pentadbiran sebenar beliau. Najib seharusnya menyah-hapuskan segala anasir yang boleh mencampuri pentadbiran ala Najib. Tengok sahaja kecelaruan kepimpinan Pak Lah apabila anasir kitaran yang banyak mempengaruhi corak kepimpinan beliau. Pemimpin yang bijak memimpin mampu membuat keputusan yang sebaik-baiknya dan segala keputusan adalah tanggungjawab beliau sepenuhnya kerana itulah perbezaan antara yang memimpin atau yang di pimpin.

Politik itu tidak kotor andai di pimpin oleh pemimpin yang bersih, namun politik akan bergelumang dengan segala jenis keburukan andai kepimpinan diterajui oleh pemimpin yang rosak dan anasir yang mencemarkan.

Lihat kiriman :-
http://kuda-kepang.blogspot.com/2008/03/gandingan-muhyiddin-tengku-razaleigh.html

2 comments:

Anonymous said...

Apakah kenyataan terbaru Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Azizi yang meminta Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Naib Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti Disember ini memperlihatkan gandingan dua orang tokoh politik UMNO ini sebagai halangan besar ke arah perpaduan dan boleh menyebabkan perpecahan parti?

Alasan perlulah mengutamakan dahulu perpaduan parti dan elakkan perpecahan orang Melayu jika jawatan tertinggi dipertandingkan mengambarkan begitu dangkal pemahaman yang dibuat. Sekarang pun telah wujud bibit-bibit perpecahan berlaku ekoran kelemahan pentadbiran parti sendiri yang tidak terurus dan menyekat ke arah perpaduan dengan mengenepikan suara dan hak peringkat akar umbi. Jadi siapa sebenarnya yang menyebabkan parti dan orang Melayu mengalami krisis perpecahan jika bukan disebabkan kelemahan dalam mentadbir dan mengurus? Jangan salahkan pertandingan jawatan tertinggi parti, seharusnya dilihat dalam bentuk positif ke arah mekanisme pembaharuan dalam pentadbiran.

zeme said...

Salam hanif,

Terima kasih atas kunjungan anda, dan untuk makluman setelah persidangan Cawangan UMNO selesai berlangsung telah ada usul percalonan jawatan Presiden parti UMNO selain Pak Lah.

Selain 32 Cawangan UMNO Bahagian Gua Musang, terbaru Cawangan UMNO Jalan Enggang Bahagian Ampang turut juga mengusulkan percalonan YBM Ku Li bertanding jawatan Presiden. Ada juga Cawangan UMNO USJ2 Bahagian Subang Jaya selain Cawangan UMNO Bahagian Pekan yang mengusulkan percalonan Dato' Seri Najib bertanding jawatan Presiden dan Tan Sri Muhyiddin untuk jawatan Timbalan Presiden.

Setelah selesai kesemua mesyuarat Cawangan kita akan dapat melihat suara sebenar akar umbi ahli-ahli UMNO sama ada mahukan perubahan atau tidak.

Wasalam