Pantang je ada peluang, pantang je hari minggu aku pasti akan balik KB..jenguk-jenguk kampung la orang kata walaupun rumah aku bukan di kampung pun..hahaha..ni pun baru je sampai rumah KL after safely landing at Skypark Subang Airport. Rasa kejap je hari minggu dihabiskan kat KB meskipun 3 hari juga lepak KB. Kalau last time balik pakai AirAsia, kali ni terbang bersama Firefly plak. Al-maklum la, redeem complimentary voucher sebelum expired. Not bad, return ticket SZB-KBR-SZB only RM75. Oklah, kalau bas KL-KB one way je harga tiket dah RM40 sekarang semenjak naik gara-gara minyak melambung naik dahulu.
Kebiasaan kalau balik hari minggu naik AirAsia or Malaysia Airlines aku amik flight pagi sabtu, tapi kali ni aku amik flight jumaat malam plak. Naik kat Subang airport dekat sikit dari rumah berbanding LCCT or KLIA, so balik jumaat malam after office hour pun takda masalah sangat. Penerbangan Firefly FY2072 rego 9M-FYC SZB-KBR jam 8:25 PM very punctual dan sampai di Sultan Ismail Petra Airport, KB pun awal dari dijadualkan. Perkhidmatan semacam inilah disukai oleh penumpang.
Balik KB hari sabtu dan ahad aku tidak kemana sangat, hanya rutin berehat di rumah kesayangan bersama-sama keluarga tercinta. Entah kenapa cuaca di KB agak panas dan kering, sampaikan terpaksa aku mandi membasahi diri kerap kali. Penjam celik penjam celik lagi dah hari ahad, kejapnya terasa berada di KB. Sengaja aku amik flight paling last, so dapat lah lebih masa lepak di KB. Penerbangan FY2073 rego 9M-FYD KBR-SZB selamat berlepas jam 9:50 PM, sekali lagi very punctual. Two thumbs-up to Firefly.
2 comments:
wah... naik firefly...
jeles...
naik firefly coz muffin dia sedap..hehehe
Post a Comment