Pages

Tuesday, May 25, 2010

PrOseDur KeSeLaMataN PeSaWat..

Anda pentingkan soal keselamatan? Bagaimana pula dengan soal langkah-langkah keselamatan semasa berada dalam kabin pesawat sekiranya berlaku kecemasan? Kebiasaannya sebelum pesawat berlepas para pramugari/pramugara atau Flight Attendant (FA) kabin akan sibuk menunjukkan prosedur keselamatan ketika berada di dalam pesawat. Namun dari pengamatan, purata kebanyakan penumpang jarang atau langsung tidak mengendahkan prosedur tersebut. Jika ada tumpuan diberikan kepada FA bertugas semasa memperagakan prosedur keselamatan, mungkin disebabkan tertarik kepada FA tersebut dan bukan kerana tatacara prosedur keselamatan tersebut.

Meskipun kad prosedur keselamatan pesawat disediakan pada setiap tempat duduk penumpang namun secara teori dan praktikal keselamatan serta pengunaan alat bantuan dan pintu kecemasan mungkin berbeza, bergantung juga kepada jenis kategori pesawat. Kenalpasti pintu-pintu kecemasan pesawat, jaket keselamatan yang disediakan di bawah tempat duduk penumpang, corong oksigen serta patuhi arahan krew kabin. Bagi mereka yang menaiki pesawat bersama bayi, kanak-kanak serta orang tua langkah-langkah prosedur keselamatan amat berguna untuk membantu itenari bersama yang lain.

3 comments:

RemyLC said...

Yang x tengok tu nanti bila aircraft terhempas mula lah gelabah, huhu...

zeme said...

remy..minta² dijauhkan bab² terhempas..saya pernah saja test tanya member kt mana nk dptkan jaket keselamatan..dia ckp kena mintak dgn stewardess..hahaha..saya suh check bwh seat ada tak? Dia raba² then tergelak..dia ckp ada pun..hehehe

RemyLC said...

Ahakz...
Mmg ada kan bawah seat, nnti mengerut kening stewardess klo minta...