Pages

Friday, April 30, 2010

AL-FaTihah : gEnap 3 taHun..


Jika aku dapat pusing masa dan kembali pada waktu lampau, ingin aku pusing masa hari ini ke sebelum 30 April 2007. Jika aku tahu kelainan genggaman sangat erat lagi kuat arwah tok ayah memegang tangan ku sewaktu bersalam sebelum aku pulang ke KL pada petang 29 April 2007 menjadi salam terakhir dan tanda arwah tok ayah akan pergi selama-lamanya, pasti sedikit pun aku tidak akan berganjak dari sisi arwah yg terlantar tidak sihat.

Hari ini genap 3 tahun arwah tok ayah kembali ke rahmahtullah pada pagi awal subuh jam 5.15am, 30 April 2007. Masih terngiang-ngiang call dan sms awal pagi isnin dari adik.. "abe me, tok ayoh x dok doh.." di kala aku masih di ulit lena kerana terlalu kepenatan baru sampai di KL dari KB pada tengah malam sebelumnya. Sukar untuk aku lupakan dan percaya, seolah-olah bermimpi menerima berita yg begitu mengejutkan walhal baru petang semalam aku masih berada di rumah KB di sisi arwah tok ayah. Kelainan genggaman tangan yg sangat erat arwah tok ayah seolah-olah memberi isyarat tidak membenarkan aku balik KL kerana pasti lepas ini aku tidak akan dapat menatap wajah arwah bernyawa lagi buat selama-lamanya. Entah mengapa aku terasa sebak ketika memeluk cium meminta izin pulang ke KL tetapi itulah takdir yang telah tersurat, esoknya aku tanpa berada di sisi arwah tok ayah ketika hembusan nafas terakhir.

Aku membesar dalam jagaan arwah tok ayah serta nenek kerna abah dan ma sentiasa berpindah-randah disebabkan tugas seorang anggota polis. Dari umur aku setahun, belum bertatih pun, aku telah bermanja, di bela oleh arwah tok ayah sehinggalah saat aku melihat insan yang menjaga aku selama ini kaku, tenang dalam senyuman menyahut pulang panggilan Illahi. Cuma aku terkilan sangat hingga ke saat ini, kenapalah aku tak tunaikan permintaan arwah tok ayah malam sebelum itu, "me..nanti tido bawah deh male ni..jaga tok ayah..".

Masih kuat dalam memori aku, sepanjang perjalanan pulang kembali ke KB dari KL hanya tuhan saja Maha Mengetahui betapa pilu sehingga aku tak berdaya menahan airmata dari bercurahan. Tidak pernah aku menangis sesedih itu sepanjang perjalanan KL ke KB. Aku sentiasa menelefon memesan agar jangan dikafani lagi arwah tok ayah kerna aku ingin memeluk ciumnya buat kali penghabisan. Aku tak tertahan airmata lagi sebaik menjejak kaki ke rumah, namun sebagai seorang muslim aku redha dengan pemergian arwah tok ayah dan bila ku tatapi wajah yang begitu tenang aku sedar arwah tok ayah akan gembira di sana hilang semua derita kesakitan selama ini. Hanya kata-kata semangat nenek, abah, ma serta saudara mara memberikan lagi kekuatan agar aku bersabar dengan ujian kehilangan orang tersayang.

Selesai pengebumian dan bacaan talkin, aku masih ingat pesan kata-kata kenalan yang juga sahabat karib arwah tok ayah, YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang turut serta mengiringi arwah tok ayah di pusara "cikgu bukan saja sahabat baik lama ambo, tapi adalah guru kepada ambo. cikgu tetap pergi tinggalkan kita, tapi perjuangan dan semangat cikgu tetap ada bersama kita. cikgu tetap di hati kita..". Cikgu merupakan panggilan mesra YBM Tengku Razaleigh kepada arwah tok ayah kerna arwah adalah bekas pesara guru besar Sek. Ren. Keb. Padang Garong sebelum berkecimpung dalam bidang politik YB kerajaan negeri Kelantan pimpinan Barisan Nasional, UMNO Bahagian Gua Musang dan semasa dalam Parti Melayu Semangat 46. Aku ingin merakamkan jutaan terima kasih buat semua yang hadir, menguruskan dan menziarahi arwah tok ayah serta mengutuskan ucapan takziah buat kami sekeluarga.

Hari ini, meskipun sudah 3 tahun arwah tok ayah meninggalkan kami sekeluarga namun segala memori bersama tetap terpahat erat sampai ke akhir hayat. Hanya iringan doa semoga arwah tok ayah ditempatkan di kalangan orang soleh di sana dan sentiasa mendapat rahmat Illahi.

Bersemadilah arwah tok ayah datuk ku tersayang..
Allahyarham Dato' Hj Abdul Ghani B. Abu Bakar (22 Feb 1932 - 30 Apr 2007)
Al-Fatihah..

Thursday, April 29, 2010

KiSaH LuCu CAteRinG AirAsia..

Ini kisah last week..rasanya ini first time aku alami pengalaman baru sepanjang hayat sejak menaiki pesawat. Meskipun hati semacam gelisah dan geram tapi fikir-fikir balik masa tu nak tergelak terbahak-bahak pun ada, tergelak terguling-guling tu takde la..nanti tak macho plak stewardess tengok. Tapi itulah hakikatnya bagi aku selepas pengumuman maaf oleh ketua stewardess atas kelewatan perlepasan pesawat AK5294 KUL-KBR yg sepatutnya dijadualkan berlepas pada 21 April 2010 jam 21:15 dan tiba di Kota Bharu jam 22:10.

Tersenyum aku, geli perut pun ada walaupun passenger sebelah aku mengeluh panjang apabila pesawat rego 9M-AFH itu lewat berlepas hampir 20 minit hanyalah disebabkan kelewatan catering yg ditugaskan menyediakan dan menghantar beberapa meals utk penjualan dlm kabin pesawat. Sangkaan awal aku kelewatan mungkin disebabkan hujan renyai-renyai yg turun membasahi LCCT. Ternyata silap sangkaan, bukan sebab hujan tapi gara-gara meals. Pengumuman makluman tersebut hanya diketahui oleh penumpang-penumpang setelah hampir 10 minit bersiap sedia berada dalam kabin namun pesawat masih belum lagi berlepas. Kelihatan beberapa penumpang agak gelisah, mungkin kelewatan hampir 20 minit ini mengganggu perancangan awal terutama bagi mereka yg mempunyai urusan penting pada sebelah malam tersebut di Kota Bharu. Nasib baik urusan penting aku pada keesokannya pagi.

Selepas menunggu meals tersebut dan segalanya sedia, pesawat akhirnya take-off sekitar jam 21:35 dan selamat mendarat di Sultan Ismail Petra Airport Kota Bharu tepat jam 22:15. Kalau kebiasaan sampai airport aku yg menanti adik pickup, kali ini adik aku pula yg menanti..gara-gara pesawat lewat sebab meals, maka tercatit satu pengalaman baru aku dlm diari terbang bersama AirAsia.

Pagi esoknya hari khamis, aku mempunyai urusan di KB. Alang-alang balik KB, aku amik cuti 2 hari (khamis n jumaat). So dapat lepak lama sikit di bumi kelahiranku. Sebelah malamnya pula, abah belanja family (ma, nenek dan adik-adik serta anak buah) makan-makan menu chicken chop..sedap dan menyelerakan, lagi-lagi menjamu selera di saat dapat berkumpul satu family seperti ini dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Celoteh nenek n ma, gelak tawa adik-adik, ragam kerenah anak buah yg comel membuatkan makan malam tersebut suatu yg cukup bermakna.

Rasanya pantas pula cuti berlalu, meskipun hampir 3 hari lepak di KB..ikutkan hati masih tak puas melepaskan rindu bersama family dan insan tersayang..tup tup hari sabtu malam berangkat balik ke KL. Alhamdullilah, kali ni penerbangan pesawat AK5295 KBR-KUL rego 9M-AFK berlepas tepat seperti masa dijadualkan jam 22:35 dan selamat mendarat di LCCT jam 23:30. Tak mengapa, pertengahan Mei nanti aku terbang lagi balik ke KB bersama Firefly pula dgn harapan pesawat FY tidak lewat hanya kerana kisah lucu catering..hehehe (",)

Wednesday, April 14, 2010

BaLiK KB LaGi..

Di hitung-hitung rasanya baru tak sampai 2 minggu aku balik KB hujung mac lepas dan pada ahad lepas 11/04 aku balik lagi. Tapi kali ni aku balik hari sebab tidak di rancang pun pada awalnya. Ikutkan jadual perancangan asal, memang aku akan balik hujung april ni. Ahad lepas balik pun sebab ada urusan penting yg perlu aku hadiri sebelah petangnya. Petang khamis dapat call minta aku datang pada hari ahad. So, nak tak nak aku kena balik juga. Apa lagi, cepat-cepat cari tiket. Mulanya nak balik sabtu, tapi sabtu weekend rutin aku kena selesaikan hal-hal di KL dulu (basuh baju, kemas bilik, lain-lain..) so aku decide balik awal pagi ahad.

Go for web AirAsia survey tiket untuk hari ahad sebelah pagi, jam 11 pagi ok juga departure. Tapi tergerak hati dan saja gatal-gatal tangan nak tengok tiket MAS juga. So go for web Malaysia Airlines, memang rezeki aku kot dapat tiket reasonable proce for one way KUL-KBR jam 10 pagi, murah sikit dari AirAsia. So terus je booking. Settle. Tapi aku tak amik return tiket sebab manalah tau kot-kot urusan hari ahad tu postpone or terlajak plak ke next day. Dah settle urusan petang ahad, baru fikir cari tiket balik KL di KB.

So, awal-awal pagi buta ahad terus gerak ke KL Sentral naik Komuter, stesen pun dekat je dgn kediaman aku. Satu je pasal Komuter yg aku kekadang naik menyampah, masa menunggu train sampai dikatakan setiap 30 minit je tapi ni dah lebih 30 minit menunggu tak nampak-nampak pun. Sabar je lah. Sampai je di KL Sentral terus check-in di kaunter Malaysia Airlines. Settle. Nasib ERL KLIA-Express dah ada sedia menanti, so naik terus gerak. Memang punctual, 28 minit dikatakan masa perjalanan KL Sentral - KLIA memang tepat. Sampai KLIA, terus ke balai berlepas sebab aku pun dah check-in awal-awal. Tengok boarding pass, gate B03 and boarding time 09:40 am. Flight MH1388 time departure 10:10 am.


Awalnya ingat nak ke Anjung Tinjau dulu before masuk balai berlepas, tinjau-tinjau pesawat. Manalah tau bernasib baik dapat snap and shoot jumbojet A380, Beluga ker tapi sebab masa dah suntuk so terpaksa batalkan hasrat murni tu. Hahaha. Tapi sempat la snap kapal yg aku nak naik, B737-400 rego 9M-MQN. Elok je masuk balai berlepas, pengumuman kedengaran mempersilakan penumpang-penumpang masuk ke pesawat penerbangan MH1388. Resah gak dibuatnya, pesawat dijadualkan berlepas jam 10:10 am tapi sudah lewat hampir 15 minit pun masih belum dapat take-off. Entah kenapa tiada pula ada pengumuman di buat, walhal kapal dah ready menuju runaway. Lebih kurang jam 10:30 am akhirnya kapal selamat take-off.


Pesawat penerbangan MH1388 kendalian Kapten Ridzuan selamat mendarat di Sultan Ismail Petra Airport, Kota Bharu jam 11:15 am. Alhamdullilah. Sementara menunggu adik aku pikup, aku lepak dulu di restoran KFC dekat Anjau Tinjau 2nd floor, sebab misi aku nak snap pesawat dan keadaan traffic di WMKC. Tapi takda kapal lain kelihatan, hanya kapal yg aku naik je tadi. So snap lah juga sikit-sikit, closely kat cockpit pesawat serta arrival & departure traffic TV.


Sekembali ke rumah, sesudah selesai makan tengahari aku berehat melentokkan badan seketika sementara menunggu jam 2 utk ke Pengkalan Chepa (PC) atas urusan yg perlu aku hadir. Malas utk pergi pun ada sebab terasa badan penat sangat-sangat, tapi difikir-fikirkan aku balik pun sebab hendak hadiri urusan ini juga. Sesudah selesai bersiap, aku pun drive menuju ke sana.Nak mencari lokasi tempat tersebut pun pening juga, al-maklum aku bukan biasa sangat kawasan PC, tapi akhirnya jumpa juga. Sekitar dekat jam 4.30 ptg selesai urusan tersebut, Alhamdullilah berjalan lancar. Dah settle, cepat-cepat fikir pasal nak balik KL pula sebab esoknya isnin kerja. Kebetulan Airport pun dah dekat, so aku ke sana survey tiket balik KL utk penerbangan sebelah malam. Wah!!! tiket Firefly sold out, Malaysia Airlines ada tapi yg tinggal pun tiket mahal, AirAsia pula mahal semacam MAS. Takpe, survey tiket bas plak. Terus ke Terminal Bas Langgar, tanya tiket Transnasional utk perjalanan malam tapi jawapannya sold out. Takpe, try plak di Terminal Bas KB berhampiran Tesco survey tiket bas yg lain. Tanya Mutiara, Darulnaim, Sani Express semua sold out utk perjalanan malam dan nasib baik tiket Budaya Express ada, itu pun kebetulan kak Ani kawan Ma masa aku kecik-kecik dulu tolong ejaskan dan alang-alang tu siap dapat soalan cepu mas lagi.. "amey bilo nok nikoh? orghe mano?".

Sebelah malam aku berangkat balik ke KL naik bas jam 9.30 di Terminal Bas KB berhampiran Tesco. Memang badan aku penat dan letih sangat-sangat, sebab tu naik je bas aku terus lena tak sedar. Sedar-sedar pun dah sampai di Hentian Putra, KL pagi subuh esoknya. Tak pernah-pernah aku rasa pergi balik hari je. Takpe, hujung april nanti aku balik KB lagi, tapi utk 3 hari bukan sehari macam ahad lepas.