Pages

Tuesday, March 9, 2010

SiLverFly..Malaysia New LCC..

Silverfly menjadi syarikat kelas penerbangan tambang murah (low cost carrier - LCC) terbaru milik penuh usahawan tempatan selepas AirAsia dan Firefly yang menawarkan perkhidmatan penerbangan di Malaysia dan telah beroperasi untuk laluan Ipoh (IPH), Medan (MES), Subang (SZB) dan yang terbaru untuk penerbangan bermula 18 Mac 2010 bagi laluan Kota Bharu (KBR).

Sebelumnya Silverfly menjalinkan kerjasama dengan syarikat penerbangan dari Indonesia iaitu Riau Airlines untuk laluan IPH-MES-IPH, namun kini Silverfly telah beroperasi penuh tanpa kerjasama Riau Airlines dengan menjadikan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh, Perak sebagai hub operasi.

Menurut sumber, laman web rasmi Silverfly iaitu www.silverflyperak.com akan dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Besar Perak pada sebelah tengahari 16 Mac 2010 bertempat di Lapangan Terbang Azlan Shah (LTSAS) Ipoh. Pada peringkat awal operasi setakat jadual Mac 2010 Silverfly menawarkan laluan SZB-IPH-MES-IPH-SZB (Selasa & Sabtu), SZB-KBR-IPH-MES-SZB (Khamis), SZB-IPH-MES-IPH-KBR-SZB (Ahad).

Ihsan Utusan : Pesawat ATR72 Silverfly mendarat kali pertama di Kota Bharu pada 6 Mac 2010.

Pesawat ATR72 Silverfly buat kali pertama telah mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu pada 6 Mac 2010 menandakan permulaan pengembangan sayap operasi bagi laluan Kota Bharu (KBR) yang akan mula terbang membawa penumpang laluan SZB-KBR pada 18 Mac ini. Silverfly juga menjangka akan mengadakan laluan baru ke Singapura (SIN) dan Phuket (HKT) menjelang April 2010.

No comments: