Pages

Monday, August 31, 2009

TiKa MeRdeKa..

Tika Merdeka Jalur Gemilang berkibar
Membakar semangat jiwa berkobar
Mengingati kisah korban bertebar

Menginsafi perjuangan tabah berdebar

Tika Merdeka laungan berkumandang
Jauh kehadapan kemajuan di pandang
Jauh menanti cabaran menghadang
Terusan digagahi matlamat berdendang

Tika Merdeka barisan berarak
Genggaman rapat mencetuskan gerak
Menapak langkah langkau bermarak
Mengapai perpaduan satukan jarak

Tika Merdeka meletuskan inspirasi
Memupuk lapisan jalingan serasi
Rakyat patriotik bersatu deklarasi
Malaysia harta sepanjang generasi

Merdeka..! Merdeka..! Merdeka..!

Izarul Azman Ibrahim (31 Ogos 2009)

Selamat menyambut kemerdekaan kali ke-52, sesungguhnya negaraku Malaysia Merdeka..

No comments: