Sebuah pesawat jenis Airbus 320-216 milik syarikat penerbangan tambang murah terkenal di rantau Asia iaitu AirAsia rego 9M-AHH (cn 3427) terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) malam tadi. Pesawat penerbangan AK5218 membawa seramai 123 orang penumpang berserta 6 orang krew kabin adalah dalam jadual penerbangan dari Terminal LCC, Kuala Lumpur (KUL) ke Kuching (KCH) dilaporkan terbabas ke tepi landasan ketika mendarat dalam keadaan hujan lebat di KIA kira-kira jam 10.20 malam 10 Januari 2011. Bagaimanapun keadaan terkawal dan para penumpang berserta krew kabin selamat. Hanya empat orang penumpang mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak.
Berikutan insiden malam tadi, setakat ke saat ini sejak dari semalam lalulintas trafik kesemua penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) masih ditutup untuk kerja-kerja pengalihan dan penyiasatan. Dijangkakan operasi penerbangan di KIA akan ditutup sehingga diberitahu kelak.
Menurut satu kenyataan AirAsia hari ini, pihaknya akan melakukan siasatan penuh dengan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) berkenaan insiden ini dan laporan awal mendapati darjah penglihatan ketika itu adalah cukup baik untuk melakukan pendaratan. Juruterbang berjaya mengawal pesawat untuk berhenti dengan selamat dan melaksanakan pemindahan para penumpang selaras dengan prosedur operasi standard syarikat. Sebagai rekod, pada hari kejadian semalam sebelum insiden pesawat rego 9M-AHH ini terlebih dahulu beroperasi bagi laluan KUL-PEN-KUL-BKI-KUL-KCH-KUL-KCH dan sepatutnya dijadualkan melakukan penerbangan terakhir sebelah malam dari KCH ke KUL. Pada hari kejadian juga, ia adalah penerbangan kali kedua pesawat rego 9M-AHH ini dalam tempoh sehari bagi laluan sama KUL-KCH-KUL.
Catatan : Kali terakhir penulis menaiki pesawat A320-216 rego 9M-AHH ini pada 1/8/2010 sektor KBR-KUL.
2 comments:
bukankah pesawat mempunyai gelangsar keselamatn(slide raft) di pasang pada pintu utk di gunakan semasa kecemasan... mengapa tiada gelangsar pada kapal airasia?
Yup,
Difahamkan slide raft ada digunakan semasa kejadian, cuma telah dialihkan semasa gambar ini diambil.
Post a Comment