Pages

Thursday, January 6, 2011

FireFLy : BeRseDia LebaR SaYaP..

Firefly, syarikat penerbangan komuniti tambang murah yang merupakan entiti kepada Malaysia Airlines kini bersedia menokah arus persaingan dalam industri penerbangan dengan merancang melebarkan operasi perkhidmatan ke destinasi negara serantau ASEAN bermula pada suku ketiga tahun 2012. Namun nama bandar raya ASEAN pilihan Firefly itu belum diumumkan. Destinasi ASEAN menjadi fokus dan tumpuan utama Firefly selepas sebelum ini mengumumkan destinasi baru ke Kota Kinabalu dan Kuching yang bakal beroperasi dengan penerbangan sulung pada 15 Januari 2011.

Firefly semakin melebarkan sayap dengan pelancaran dan pembukaan kaunter tiket di Bangunan Terminal Main, KLIA pada 4 Januari 2011 baru lalu yang merupakan perkembangan semulajadi keputusan bagi menempatkan operasi pesawat Boeing 737-800 barunya di KLIA. Operasi Firefly di KLIA bakal memberikan tumpuan terhadap menawarkan nilai yang tiada saingannya pada kadar tambang rendah seterusnya menwujudkan satu persaingan dalam industri penerbangan tambang rendah negara.Kaunter tiket Firefly di KLIA yang telah dilancarkan beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang bagi urusan penjualan tiket untuk semua destinasi Firefly selain produk tambahan seperti makanan dalam penerbangan. Manakala waktu operasi di KLIA akan bermula jam 5.30 pagi hingga 10 malam mulai 15 Januari 2011 bersempena penerbangan sulung ke Kuching dan Kota Kinabalu. Firefly menawarkan kekerapan penerbangan untuk kedua-dua destinasi ini dua kali sehari dan mulai 24 Januari 2011 pula kekerapan penerbangan masing-masing adalah empat kali dan tiga kali sehari.

Firefly yang pada awal penubuhan dan operasinya menggunakan pesawat jenis Fokker 50 dan kemudiannya pesawat keluaran Perancis iaitu ATR 72-500 (setakat ini 10 buah pesawat dimiliki) kini mengorak langkah dengan buat pertama kali bakal beroperasi menggunakan Boeing 737-800 serta Boeing 737-400. Dua pesawat Boeing 737-800 yang asalnya milik Malaysia Airlines iaitu rego 9M-MLA (cn 30702) dan 9M-MLB (cn 30703) kini diberikan penampilan serta liveri baru oleh Firefly dengan rego 9M-FFA dan 9M-FFB. Kedua-dua pesawat Boeing 737-800 ini dijangkakan akan diterbangkan pada penerbangan komersial sulung Firefly ke destinasi Kuching dan Kota Kinabalu pada 15 Januari ini.

Pesawat keluaran syarikat terkenal Boeing menjadi pilihan kepada wajah baru Firefly apabila selain Boeing 737-800, ia juga bakal beroperasi menggunakan pesawat jenis Boeing 737-400. Pesawat pertama Boeing 737-400 Firefly no. serial (cn 27001) ini adalah asalnya bekas milik syarikat penerbangan Jerman iaitu Lufthansa rego D-ABKB yang digunakan sejak Julai 1992 dan seterusnya bertukar milik kepada Air One rego EI-COH bermula Jun 1997 sehingga akhir Oktober 2010. Dijangkakan pesawat ini akan diterima sekitar Februari 2011 oleh Firefly dengan liveri baru rego 9M-FZA. Jelas ia sebagai simbolik usaha melebarkan terus sayap operasi penerbangan Firefly sebagai kuasa baru dalam industri penerbangan tambang murah negara.

4 comments:

NabiL... said...

kudos for firefly!!!

zeme said...

Yup Nabil, Firefly bakal memberikan suatu pengalaman baru.

Aku Bersih Tak Kotor said...

I hope Firefly would increase more flight frequency and new route to/from Alor Setar.

zeme said...

Yup William, hopefully soon as their increased frequency to/from PEN and KBR.