Pages

Sunday, September 26, 2010

Friday, September 10, 2010

SaLam AidiLFitRi SyaWaL 1431H..

Salam Aidilfitri Syawal 1431H..Maaf Zahir dan Batin ikhlas daripada Izarul Azman..

Wednesday, September 8, 2010

KaSih AidiLFitri 1431H..

Kejutan buat ku sebelum cuti hari raya. Terfikir juga, ada lagi ke pada zaman ini semasa perayaan aidilfitri kad ucapan hari raya dikirimkan buat kenalan, sahabat handai, famili dikasihi dan insan tersayang? Jawapannya YA, masih ada yang berbuat demikian kerana bagi aku sendiri tidak lengkap perayaan aidilfitri tanpa kad utusan di kirim penganti diri, tanda ingatan tulus ikhlas dan kasih sayang.

Cukup teristimewa untuk aidilfitri kali ini, lagi teristimewa dan semestinya teristimewa menerima kad ucapan aidilfitri teristimewa kiriman daripada my syg buat ku. Membuatkan perasaan ini sungguh amat terharu, gembira di kala menuturkan setiap ucapan di pena bertemakan alunan merdu lagu raya. Kad raya yang sungguh bermakna buat ku dari insan tersayang. TQ so much to my syg dan abg hargai sesangat ikatan kasih yang sudah terjalin kita berdua.

Simbol love di kad, kata-kata yang sungguh menyentuh hati perasaan menceritakan betapa ikatan kasih sayang kita berdua cukup teristimewa untuk aidilfitri kali ini, lagi teristimewa berbanding syawal tahun lepas kerana kita sudah kian menghampiri kepada puncak kebahagiaan.

Saturday, September 4, 2010

ZAC : AirAsia A320-214 (9M-AFM)

Country : Malaysia
Airline : AirAsia
Aircraft : Airbus A320-214
Reg # : 9M-AFM
Engines : 2 CFM56-5B4
Made : Phoenix
Scale : 1:400
Desc. : "2010 - Livery" colors with "Hats off to Dato Pahamin".

ZAC - Zeme Aircraft Collection.

Friday, September 3, 2010

cuTI MeRdeKa KUL-KBR-KUL

Teruja dan best. Itu yg ikhlas aku nyatakan betapa seronok tahap mengalirkan airmata dapat meraikan hari-hari indah berpuasa di tanah kelahiran ku sekaligus mengimbau kenangan lampau menyambut Ramadhan Al-Mubarak sebelum aku berhijrah ke kota metropolitan KL. Kesempatan yg seringkali aku terlepas serta jarang meraikannya semasa Ramadhan sejak mula menuntut ilmu di UM dan menjadi warga pekerja di KL.

Menariknya, last week meskipun hanya 4 hari berkesempatan balik ke KB tapi itu sudah cukup buat aku. Syukur. Tuahnya, bersempena dgn cuti kemerdekaan 31 Ogos yg jatuh pada hari selasa memberikan peluang utk aku cuti lebih lama start pada hari sabtu hingga selasa lepas. Itupun jika aku kerja di bawah naungan jajahan negeri Selangor, pasti aku akan cuti start hari jumaat lagi bersempena cuti Nuzul Al-Quran. Malangnya WP Kuala Lumpur tidak pernah isytihar cuti menyambut Nuzul Al-Quran. Pelik juga negara yg agama rasminya Islam, tapi Nuzul Al-Quran tidak berapa diendahkan. So, aku apply cuti sehari (isnin) dan aku dapat 4 hari cuti. Buy 1 day get 4 days. Hehehe.

28/08/2010
Hari sabtu yg membuatkan hati aku tak boleh sabar, fikiran sudah berada di KB membayangkan betapa aku akan berbuka puasa dgn penuh keseronokan dan kesyukuran bersama famili tersayang. Pada sebelah paginya, sebelum berangkat ke LCCT aku ke Subang Jaya utk hantar my car kasi makeup dan touchup cantik-cantik. Persiapan utk bawa balik time cuti raya nanti. So, dari Subang Jaya aku naik komuter terus ke KL Sentral utk naik bas ke LCCT. After kiosk checkin, aku terus ke departure hall gate P4. Wah agak penuh juga flight ke KBR, ramai manusia sampaikan tiada tempat duduk kosong di ruang menunggu. Sepatutnya jadual asal penerbangan AK5288 berlepas jam 15:50 namun kali ni agak delayed hampir 2 jam disebabkan pesawat yg digunakan belum tiba ke terminal. Ini yg membuatkan aku semakin menyampah dgn AirAsia, jika delayed 1 jam tu aku boleh consider lagi tapi kalau dah dekat 2 jam tu kena faham lah sendiri betapa semakin teruknya perkhidmatan AirAsia kebelakangan ini. Bukan sahaja ke KBR, penerbangan ke PEN, BTU juga delayed. Memang teruk. Nasib baik aku sedang berpuasa, memang menguji tahap kesabaran dan aku terus bersabar. Nampak gaya impian nak berbuka puasa di rumah KB nanti terpaksa dilupakan, silap percaturan berbuka dalam pesawat. Akhirnya lega, penerbangan pesawat Airbus 320-216 AK5288 KUL-KBR rego 9M-AHP selamat berlepas meninggalkan LCCT jam 17:40 setelah hampir 2 jam delayed dan tiba di Airport Sultan Ismail Petra sekitar jam 18:25.

Adik pun telah lama menanti kepulangan ku di Airport, on the way balik ke rumah sempat aku singgah di bazar Ramadhan berhampiran rumah membeli sedikit juadah kuih-muih tambahan utk berbuka dan yg pasti aku begitu rindukan masakan ma, nenek yg telah tersedia. Memang tak boleh bersabar utk berbuka bersama famili menikmati juadah yg begitu lazat. Syukur atas nikmat, betapa kekenyangan hari pertama berbuka puasa di rumah tempat aku membesar.

29/08/2010
Hari ahad banyak pekara yg sudah aku list utk aku setel. Kelantan antara negeri yg mana hari ahad bukan cuti hari minggu, jadi kesempatan hari bekerja ini aku selalu gunakan sekiranya ada urusan yg tidak sempat aku laksana di KL aku setel di KB. Misi utama ke bandar KB adalah menemui rakan zaman satu sekolah dulu yg kini staf EON bank utk menguruskan urusan renew roadtax bagi my car sebab geran ada kat bank tersebut. Nak jadikan cerita sebenarnya aku telah renew insurance my car di KL, tapi time nak renew roadtax pakai sistem canggih MyEG seperti mana aku renew pada tahun sebelumnya didapati aku ada saman polis, apa lagi saman ekor la. So nak renew pakai sistem MyEG tak lepas, terpaksalah manually renew bawa geran buat di JPJ. Lagi malang plak, sesiapa yg ada saman tidak dibenarkan renew roadtax melebihi 6 bulan selagi saman tidak setel sepenuhnya. Itulah peraturan kerajaan 1Malaysia yang konon-konon "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Jika saman bertulis dan sign, aku boleh terima lagi tapi ini saman ekor itu yg tidak berapa memuaskan hati. Jadi abaikan saja. Kita tengok lepas 6 bulan roadtax mati apa plak ceritanya nanti.

Sebelum aku ke bandar menemui rakan, sebelah paginya aku menemani ma dan nenek ke pasar utk shopping bahan-bahan lauk pauk bagi persiapan juadah berbuka nanti. Semasa di KL lagi aku mengidam sangat nak makan ketupat sotong, one of my favourite menu masakan ala kelantan. Jadi sampai je pasar, aku terus aim sotong-sotong segar utk dibeli dan yg pasti sekilo RM12 cukup murah. Dapatlah sekilo dalam 22 ekor size sedang-sedang. Ma dan nenek memang pakar dlm memasak ketupat sotong ni, buatkan aku tak sabar utk meratahnya waktu berbuka nanti. Kerang pun ada dibeli sebungkus dua utk direbus makan colek kerang selepas terawih.

Sebelah tengahari aku terus ke EON bank utk menemui rakan. Alhamdullilah, selesai urusan renew roadtax. Tapi selepas 6 bulan nanti tamat tempoh, aku kena fikirkan plak camne utk renew roadtax kembali. Selesai urusan pasal roadtax, aku singgah di pusat membuat dan menjual serunding di Lorong Kubur Maras utk membeli stock serunding yg di pesan oleh rakan-rakan di KL. Ada yg order serunding daging, serunding ayam, serunding ikan. Adalah berkilo-kilo juga yg dipesan, tak mengapa asalkan muat di isi dlm perut pesawat MAS masa balik KL nanti. Tapi dlm kepala otak, aku dah tak sabar-sabar utk meratah ketupat sotong. Itu klimaks paling utama berbuka puasa utk hari ahad. Best yg teramat best, sampaikan dekat 10 ekor juga aku ratah. Ma masak menu ikan tiga rasa dan bermacam menu lain, abah plak belikan ayam percik, solod lada lagi membuatkan hidangan berbuka begitu menyelerakan ditambah plak makan nasi cicah dgn budu cap biji ketereh.

30/08/2010
Hari isnin, pejam celik sudah masuk hari ketiga aku berpuasa di KB dan terasa cepat plak masa berlalu. Selain ketupat sotong, menu kuih butir nangka (orang luar kenali sebagai kuih biji nangka) dan tepung bunga antara juadah kegemaran aku semasa bulan puasa. Jadi menu manisan kuih hari isnin pastinya butir nangka dan tepung bunga. Tidak hairanlah pada hari tersebut aku bertukar profession sebagai merangkap chef menguli dan mengentel tepung beras pulut utk membuat kuih butir nangka serta tepung bunga. Kedua-dua menu yg manis, cuma butir nangka berkuah santan kelapa manakala tepung bunga tanpa berkuah tapi bergula pasir. Setelah siap menu butir nangka, sebelah lewat petang selepas asar aku menuju ke rumah keluarga bakal bagi memberikan sedikit ole-ole juadah berbuka (butir nangka serta serunding ayam) sebagai tanda ingatan kasih dan rindu. Hendak berbuka di rumah keluarga bakal, tapi aku malu-malu kucing dan sememangnya segan. Ye la, lagi pun darah tengah manis. Nanti makan pun tak pasal-pasal terpaksa control macho. Tak mengapa, hari raya Aidilfitri nanti aku akan berkunjung serang rumah keluarga bakal menikmati hidangan istimewa masakan makcik a.k.a ma dan semestinya air milo buatan my syg.

31/08/2010
Hari selasa, ya hari ini merupakan hari kemerdekaan negara ku tercinta kali yg ke-53. Selamat menyambut hari merdeka buat seluruh warganegara Malaysia. Tapi hari merdeka ini aku sedih sebab sebelah tengahari aku akan terbang meninggalkan negeri kelahiran ku tercinta utk kembali ke KL. Tidak puas lagi rasanya aku menyambut suasana Ramadhan di kampung halaman, aku begitu rindu saat-saat berpuasa di samping keluarga dan insan tersayang. Aku juga rindu utk menyambut Ramadhan di samping arwah Tok Ayah, menemani arwah keluar mencari juadah berbuka di bazar Ramadhan perkarangan stadium dan pastinya kegemaran arwah ialah air kepala yg dicampur sirup.

Kali ini, aku terbang balik ke KL pada hari merdeka membawa banyak ole-ole yg di kirim oleh famili buat kakak serta anak buah yg tidak dapat balik beraya di KB nanti kerana giliran beraya di sebelah keluarga suami. Setelah selesai checkin bagasi, aku terus ke balai berlepas utk menanti pesawat Malaysia Airlines MH1389. Ternyata penerbangan MAS layak diberikan 5 star rating atas ketepatan masa dan perkhidmatan yg sangat memuaskan. Tahniah Malaysia Airlines. Pesawat Boeing 737-400 MH1389 KBR-KUL rego 9M-MMX selamat berlepas meninggalkan airport KB tepat jam 11:35 seperti yg dijadualkan dan selamat mendarat di KLIA sekitar jam 12:30. Aku sangat rindukan Kelantan setibanya di KLIA, itulah perasaan sebenar aku. Sebelum berangkat menaiki bas aiport coach ke KL Sentral, aku lepak terlebih dahulu di Anjau Tinjau meninjau pesawat sementara menunggu utk solat Zohor. Aku ingin lekas pulang berhari raya di kampung halaman sebab aku teramat rindukan famili dan insan tersayang.

Salam Kemerdekaan ke-53, 1Malaysia Menjana Transformasi.