Pages

Wednesday, February 13, 2008

siAkaP SeNohong..bercAkaP Bohong..?

siakap senohong, bercakap bohong..?

apabila Perdana Menteri Malaysia, Pak Lah yang dikenali dengan kewarakan dan juga sebagai 'Mr Clean' mula bermain kata² mengenai tarikh pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihanraya umum ke-12 dijalankan dan hari ini tanggal 13 Februari 2008, Pak Lah telah mengumumkan mengenai pembubaran parlimen di Putrajaya wahal sehari sebelumnya di UKM Bangi (12 Februari 2008) beliau seolah-olah memperbodohkan, mempertawakan pertanyaan wartawan serta menafikan mengenai desas desus parlimen akan dibubarkan pada keesokan hari iaitu pada hari ini (13 Februari 2008). persoalannya inikah attitud seorang yang bernama Perdana Menteri? kenyataan beliau yang umpama menipu jutaan rakyat berhubung pekara ini walaupun sedia maklum adalah menjadi hak beliau untuk menentukan tarikh pembubaran parlimen, tapi tidak usahlah sampai perlu mengadaikan kewibawaan beliau dengan kenyataan 'bodoh' itu atau sekurang-kurangnya menghormati hak rakyat yang bertanggungjawab sebagai pembuang undi dan penentu masa depan negara.

ikuti dua petikan laporan pernyataan PM Pak Lah yang disiarkan dalam suratkhabar Berita Harian dan Utusan Malaysia mengenai pembubaran parlimen yang akhirnya nombor 13 menjadi tarikh pilihan beliau membubarkan parlimen. pokoknya kenapa benda elok yang menjadi tunjang kepada demokrasi negara dipermainkan, dijadikan bahan lawak jenaka oleh PM Pak Lah ataupun beliau sekarang mahu melabelkan diri beliau sebagai 'siakap senohong, bercakap bohong?'

Parlimen tidak dibubar hari ini: PM
Rabu, 13 Februari 2008M bersamaan 5 Safar 1429H (Berita Harian)

BANGI: "Tak jadi bubar esok (hari ini). Seronok khabar angin ini (tetapi) esok (hari ini) tak ada pembubaran Parlimen," kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung desas desus kononnya Parlimen akan dibubarkan hari ini.

Perdana Menteri juga menafikan kononnya mesyuarat mingguan Kabinet hari ini adalah yang terakhir sebelum Parlimen dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-12 diadakan.

Sambil ketawa ketika diajukan soalan sama ada Parlimen akan dibubarkan hari ini, Perdana Menteri berkata, mesyuarat mingguan Kabinet akan tetap diadakan seperti biasa hari ini.

"Apa yang menyebabkan anda berfikir mesyuarat Kabinet itu adalah yang terakhir? Mesyuarat Kabinet ada lagi... ada lagi," katanya pada sidang media selepas melancarkan Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di kampus universiti itu di sini, semalam.

Mengenai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membuat dua perubahan berhubung peraturan pengiraan semula perbezaan undi calon pada pilihan raya umum kali ini, Perdana Menteri berkata: "Saya akan ikut saja apa yang SPR putuskan."

Ditanya mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo bahawa sebahagian daripada calon Barisan Nasional (BN) negeri itu tidak melepasi tapisan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Abdullah berkata, pemilihan calon akan dibuat berdasarkan laporan BPR.

"Mana-mana Ahli Parlimen dan wakil rakyat yang sedang berkhidmat dan yang akan dicalonkan, BPR perlu memberi laporan sama ada mereka clear (bersih) atau tidak. Kalau masih tak clear, payahlah.

"Kalau tak clear, tak clearlah. Dulu ada orang yang namanya masih dalam fail BPR dan siasatan dijalankan, maka saya tak ambil orang itu," katanya sambil menegaskan cakap-cakap atau kenyataan daripada ahli politik bahawa mereka akan menjadi calon tidak akan diambil kira.

Mengenai penilaian terhadap kad laporan wakil rakyat BN, Perdana Menteri berkata, secara umumnya mereka dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab memenuhi banyak perkara diminta rakyat.

Katanya, mereka dapat melaksanakan dasar mengambil kira isu yang sangat menarik perhatian atau isu yang menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan rakyat.

"Bagi saya, boleh dikatakan apa yang disebut dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), hampir semua sudah dimulakan dan pelaksanaan pada peringkat tertentu.

"Ada yang akan mengambil masa yang lama untuk lihat hasilnya dan ada yang cepat seperti pembinaan bangunan itu dan ini, jambatan itu dan ini, tak ada masalah," katanya.

Terdahulu, ketika ditemui pemberita selepas majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri di Putrajaya, Abdullah enggan memberi sebarang jawapan berhubung tarikh pembubaran Parlimen.

"Betulkah esok 13 (hari bulan), anda pasti?" soal beliau kepada wartawan sambil tersenyum dan mengangkat jari telunjuknya ketika ditanya: "Datuk Seri, esok 13".

Angka 13 merujuk tarikh hari ini, iaitu 13 Februari 2008 yang dikatakan nombor kegemaran Perdana Menteri untuk mengumumkan sesuatu.

Ketika diajukan soalan sama selepas perjumpaan dengan Puteri Umno Pulau Pinang di Seberang Jaya, Ahad lalu, Perdana Menteri berkata: "Kenapa 13? Awak semua suka 13, kenapa? Ya, saya suka nombor itu kerana tiada siapa yang mahukannya kerana ia sering dikaitkan dengan kepercayaan karut dan biasanya orang berebut hendak nombor lapan.

"Orang tak ambil, saya ambil (nombor 13) pasal dulu nombor 13 tidak laku, nak ambil nombor satu kena bayar beribu ringgit, nombor dua, nombor lapan, semua kena tender banyak," katanya merujuk nombor pendaftaran keretanya.

Parlimen bubar hari ini
Rabu, 13 Februari 2008M bersamaan 5 Safar 1429H (Utusan Malaysia - 2.41PM)

PUTRAJAYA 13 Feb. - Parlimen dibubarkan hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Serentak dengan itu semua Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali Sarawak, turut dibubarkan.

Pengumuman pembubaran Parlimen itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ia dibuat selepas Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi ini bagi mendapatkan perkenan Seri Paduka.

Berikut adalah transkrip penuh kenyataan akhbar Perdana Menteri pada sidang akhbar khas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada pukul 12.35 tengah hari ini:

``Saya ingin mengumumkan mengenai pembubaran parlimen pada hari ini setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini.

``Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk membubarkan parlimen berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 dijalankan.

``Yang di-Pertuan Agong menandatangani perisytiharan pembubaran parlimen.

``Dengan itu, kerajaan-kerajaan negeri turut dinasihatkan membubar Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa pada hari yang sama.

``Suruhanjaya Pilihan Raya juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini.”

2 comments:

Anonymous said...

dollah bedawi penipu!!! cucu ulamak bercakap bohong, lagi mahu menipu rakyat. be a gentleman la dollah bedawi, rakyat malaysia bukan bodoh!!!

Anonymous said...

pak lah & kroni dah terima habuannya PRU12 yg lalu. rakyat dah bersuara, menolak kepimpinan lemah & penipu pak lah!!