Pages

Wednesday, August 8, 2007

sekilas arti..seikhlas hati

  • mungkin Tuhan sengaja pinjamkan kita insan yang 'salah' sebelum berikan kita insan yang 'sebenar' supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang 'sebenar', kita akan tahu erti bersyukur atas nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut..
  • carilah seseorang yang membuatkan kita tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram, yang membuatkan hati kita tersenyum..
  • ia cuma mengambil masa satu saat untuk melihat pada seseorang, satu minit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang..
  • memberi seseorang seluruh cinta kita bukanlah satu kepastian yang seseorang itu akan menyintai kita kembali, tapi lebih baik hati yang memberi dari hati yang menerima..
  • jangan terlalu mengharap sebuah cinta sebagai balasan, tapi biarkan saja ia untuk mekar di dalam hati seseorang itu dan sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati kita selamanya..
  • memang benar kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai, miliki, sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang..
  • apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan tetap memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah dibukakan menanti kita..
  • akan tiba satu saat di dalam kehidupan apabila kita teramatkan rindukan seseorang sehingga kita ingin menggapainya dalam mimpi kita dan memeluknya erat dengan sebenar..
  • memiliki kebahagiaan yang cukup membuatkan diri kita menarik, percubaan yang cukup membuatkan kita kuat, kesedihan yang cukup memastikan kita adalah seorang insan dan harapan yang cukup membuatkan kita bahagia..
  • cinta bermula dengan semanis senyuman, mekar dengan seikhlas ciuman dan berakhir dengan setitis tangisan, nilai cinta di kala susah dan senang bersama..
  • semasa kita dilahirkan, kita menangis dan insan sekeliling kita tersenyum.. semaikan kehidupan yang bermakna buat insan sekeliling kita kerna apabila kita mati nanti, kita yang akan tersenyum dan insan sekeliling kita pula yang akan menangis..

kesedihan hitam putih kehidupan, kebahagiaan warna warni kehidupan... (",)

No comments: