Suatu pembaharuan mulai Februari 2012, Malaysia Airlines (MH) secara berperingkat telah menggunakan pesawat siri baru B737-800 untuk sektor KUL-KBR-KUL. Bagi sesi pengenalan, mulai awal Februari yang lalu penerbangan dengan pesawat B737-800 adalah hanya setiap pagi Sabtu penerbangan MH1384 (KUL-KBR 07.50AM-08.45AM) dan MH1385 (KBR-KUL 09.15AM-10.15AM). Manakala mulai Mac 2012, kekerapan penerbangan dengan pesawat B737-800 ditambah bagi jadual setiap hari Rabu, Khamis, Jumaat selain Sabtu.
Penerbangan pesawat siri B737-800 ini adalah sebagai langkah polisi penukaran pesawat secara berperingkat bagi laluan domestik bagi menggantikan pesawat lama sedia ada siri B737-400. Selain sektor KBR, laluan domestik lain yang telah menggunakan pesawat B737-800 adalah BKI, KCH, JHB, KUA, TGG, PEN, AOR dan LGK. Pada 4 Februari 2012 lalu, penerbangan MH1384 pesawat siri baru B737-800 rego 9M-MXE (New Boeing Sky Interior) telah mendarat buat kali pertama di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu. Manakala pada 11 Februari 2012, aku turut mengikuti penerbangan KUL-KBR MH1384 dengan pesawat B737-800 rego 9M-MLJ.



Sementara menanti adik perempuan tersayang datang pikup, aku lepak seketika di anjung tinjau sambil pekena milo ais KFC dan seperti biasa rutin menembak pesawat dengan DLSR sebagai kenangan. Mulai Mac 2012 nanti, KBR akan lebih kerap menerima pesawat siri B737-800 ini dengan jadual penerbangan terbaru mengikut laman web Malaysia Airlines.