Pages

Monday, February 20, 2012

MaLaYsia AirLineS : PeSaWat B737-800 BerOPeraSi Ke KoTa BhaRu..

Suatu pembaharuan mulai Februari 2012, Malaysia Airlines (MH) secara berperingkat telah menggunakan pesawat siri baru B737-800 untuk sektor KUL-KBR-KUL. Bagi sesi pengenalan, mulai awal Februari yang lalu penerbangan dengan pesawat B737-800 adalah hanya setiap pagi Sabtu penerbangan MH1384 (KUL-KBR 07.50AM-08.45AM) dan MH1385 (KBR-KUL 09.15AM-10.15AM). Manakala mulai Mac 2012, kekerapan penerbangan dengan pesawat B737-800 ditambah bagi jadual setiap hari Rabu, Khamis, Jumaat selain Sabtu.

Penerbangan pesawat siri B737-800 ini adalah sebagai langkah polisi penukaran pesawat secara berperingkat bagi laluan domestik bagi menggantikan pesawat lama sedia ada siri B737-400. Selain sektor KBR, laluan domestik lain yang telah menggunakan pesawat B737-800 adalah BKI, KCH, JHB, KUA, TGG, PEN, AOR dan LGK. Pada 4 Februari 2012 lalu, penerbangan MH1384 pesawat siri baru B737-800 rego 9M-MXE (New Boeing Sky Interior) telah mendarat buat kali pertama di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu. Manakala pada 11 Februari 2012, aku turut mengikuti penerbangan KUL-KBR MH1384 dengan pesawat B737-800 rego 9M-MLJ.

Sedikit coretan pada 11 Februari lalu, mungkin tuah sebelum penerbangan ke KBR, aku sempat terserempak dan bergambar kenangan dengan penyanyi tersohor nombor 1 Malaysia, Dato' Siti Nurhaliza di dewan perlepasan KLIA. Bertanyakan pada dia hendak ke mana, dibalasnya dengan ramah ke Kota Kinabalu. Tidak dinafikan memang aku meminati suaranya sejak dahulu dan orang yang paling aku sayang pun amat meminati Dato' Siti Nurhaliza. Aku beredar ke pintu A10 untuk perlepasan, aku amat berharap pesawat B737-800 digunakan adalah rego MX siri yang mana MX siri adalah pesawat baru (New Boeing Sky Interior) tetapi agak sedikit kecewa pesawat rego 9M-MLJ yang siap menanti untuk penerbangan ke KBR.

Terima kasih buat kabin krew MH antaranya FS Shahran, FSS Hui Cheng, FSS Shafawati atas layanan istimewa sepanjangan tempoh hampir 1 jam penerbangan, terima kasih atas pemberian extra kacang, guava serta orange jus dan sememangnya bersesuaian status krew MH adalah krew terbaik di dunia. Pesawat B737-800 rego 9M-MLJ selamat mendarat di KBR sekitar jam 8.45 pagi dalam cuaca yang amat baik.

Sementara menanti adik perempuan tersayang datang pikup, aku lepak seketika di anjung tinjau sambil pekena milo ais KFC dan seperti biasa rutin menembak pesawat dengan DLSR sebagai kenangan. Mulai Mac 2012 nanti, KBR akan lebih kerap menerima pesawat siri B737-800 ini dengan jadual penerbangan terbaru mengikut laman web Malaysia Airlines.

Sektor KUL-KBR (Boeing 737-800)
Rabu & Jumaat
MH1388 10.55AM-11.50AM
MH1396 03.05PM-04.00PM
MH1402 06.25PM-07.20PM
Khamis & Sabtu
MH1384 07.50AM-08.45AM

Sektor KBR-KUL (Boeing 737-800)
Rabu & Jumaat
MH1389 12.20PM-01.20PM
MH1397 04.40PM-05.40PM
MH1405 07.50PM-08.50PM
Khamis & Sabtu
MH1385 09.15AM-10.15AM

Friday, January 20, 2012

AirAsia X : New DesTinaTion SYdneY (SYD)

"Ladies and gentlemen, we have arrived in SYDNEY" - AirAsia X.

AirAsia X on 17th Jan 2012 announced it will launch daily flights for a new destination sector Kuala Lumpur, Malaysia to/from Sydney, Australia nonstop service start on 1st Apr 2012. The service will run on an Airbus A330
and service to begin 1st Apr 2012 from Kuala Lumpur (KUL) (flight# D7222, departure KUL2340 – arrived 0945+1SYD) and 2nd Apr 2012 from Sydney (SYD) (flight# D7223, departure SYD1055 – arrived 1730KUL) .

AirAsia X is offering one way introductory all in fare from RM999 for Premium class and RM199 for Economy class, travel period on 1st Apr 2012 till 30 Jun 2012. AirAsia X will be flying to Sydney, Australia for the first time.

Visit AirAsia for more details and booking @ www.airasia.com

Tuesday, January 17, 2012

MaLaYsia AirLineS : "MissiNG YoU" SurPrise FlasH MoB @ KLIA



Official video of Malaysia Airlines "Missing You" flash mob at KLIA on 14.01.2012. A flash mob consisting of 200 participants (including MH's flight attendant in Kebaya) performed a medley of songs to surprise visitors at the Kuala Lumpur International Airport (KLIA) arrival hall in Sepang on last Saturday. It's a great and very awesome performance. Love MH - Malaysian Hospitality.

Credit video to Malaysia Airlines.

Sunday, January 15, 2012

ZAC : AirAsia A320-216 (9M-AFY)

Country : Malaysia
Airline : AirAsia
Aircraft : Airbus A320-216
Reg # : 9M-AFY
Engines : 2 CFM56-5B6/P
Made : Phoenix
Scale : 1:400
Desc. : "2011 - Special livery NAZA Lotus F1".


ZAC - Zeme Aircraft Collection.


* First time onboard AFY sector KUL-KBR flight AK5292 on 08/07/2011.