Pages

Saturday, November 13, 2010

ZAC : MASwings Fokker F50 (9M-MGF)

Country : Malaysia
Airline : MASwings
Aircraft : Fokker F50
Reg # : 9M-MGF
Engines : 2 Pratt & Whitney Canada PW125B Turboprops
Made : JCWings
Scale : 1:400
Desc. : "2007 - Livery" colors, MASwings operated within Sabah & Sarawak.

ZAC - Zeme Aircraft Collection.

Monday, November 8, 2010

FireFLy : TeRbaNG Ke SaBaH SaRaWak JaNuaRi 2011..

Firefly said : "We have great news! Firefly now flies from KLIA to Kuching and Kota Kinabalu on our new B737-800 aircraft! To celebrate the occasion, we’re offering RM9 (one-way, all-in fare) for our new routes to East Malaysia. There are 50,000 seats up for grabs, so get yours now. Booking period: 8 Nov to 14 Nov 2011; travel period: 15 Jan to 31 May 2011. http://www.fireflyz.com.my

Yup, percaya atau tidak tetapi itulah hakikatnya hari ini. Satu lagi langkah setapak berdaya saing yang bakal menyinari dunia penerbangan negara apabila syarikat penerbangan Firefly (FY) yang merupakan entiti kepada Malaysia Airlines (MH) akan mengembangkan sayap terbang ke laluan baru iaitu Sabah dan Sarawak mulai penerbangan sulung 15 Januari 2011 tahun hadapan.

Buat pada masa ini, Firefly beroperasi bagi laluan domestik antara semenanjung Malaysia serta antarabangsa ke Singapura, Selatan Thai dan beberapa laluan ke Indonesia menggunakan pesawat ATR72-500, namun bermula Januari 2011 nanti Firefly bakal mengorak langkah menembusi laluan baru ke Kuching (KCH) dan juga ke Kota Kinabalu (BKI) melalui pesawat baru Boeing 737-800. Bersempena meraikan hari bersejarah nanti, Firefly mengadakan promosi jualan tiket serendah RM9 sehala (RM0.01 Tambang + RM8.99 Tax) untuk laluan baru ke Malaysia Timur ini bagi tempoh perjalanan mulai 15 Januari - 31 Mei 2011. Jualan promosi yang menawarkan 50,000 tempat duduk kepada pelanggan-pelanggan telah bermula pada hari ini sehingga 14 November 2010.

Berdasarkan kenyataan Datuk Eddy Leong iaitu Pengarah Urusan Firefly, syarikat bakal menambah bilangan pesawat kepada 30 buah Boeing 737-800s untuk tempoh lima tahun nanti yang akan beroperasi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Main Terminal bagi penerbangan ke Malaysia Timur. Tahniah buat Firefly yang kian mengorak langkah mengembangkan sayap sekali gus menwujudkan persaingan sihat di kalangan pembekal perkhidmatan penerbangan untuk kebaikan pelanggan dan bersesuaian dengan tag syarikat Firefly "Your Community Airline".

Wednesday, November 3, 2010

PRK 2010 DUN Galas: SiRiH PuLanG Ke GanGGanG?

YBM Tengku Razaleigh - Pengarah Jentera Pilihanraya BN DUN Galas.

Tarikh 4 November 2010 bakal menyaksikan suatu debaran perjuangan politik parti-parti bertanding dalam Pilihanraya Kecil (PRK) bagi merebut kerusi DUN N45 Galas dalam kawasan Parlimen P32 Gua Musang. PRK DUN N45 Galas diadakan berikutan kematian ADUN penyandang sebelumnya Allahyarham Che Hashim Sulaima yang merupakan calon PAS semasa Pilihanraya Umum (PRU) 2008. Sebelum persempadanan semula PRU 1986, kawasan DUN N45 Galas ini adalah termasuk di dalam DUN N35 Gua Musang dalam Parlimen P27 Ulu Kelantan.

Pilhanraya Kecil DUN N45 Galas pada kali ini bakal menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon BN diwakili oleh Setiausaha UMNO Bahagian Gua Musang, Abdul Aziz Yusof dengan calon PAS yang merupakan Pemangku Yang DiPertua PAS Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad. Menariknya pertembungan kali ini adalah misi utama BN untuk merampas kembali salah satu kerusi DUN dalam Parlimen Gua Musang (lagi dua kerusi Nenggiri dan Paloh dimenangi calon BN) yang gagal dimenangi semasa PRU 2008 manakala bagi pihak PAS akan cuba sedaya upaya mempertahankan kerusi yang telah ditawan.

Gua Musang atau sebelumnya dikenali Ulu Kelantan adalah begitu sinonim dengan YBM Tengku Razaleigh (Ahli Parlimen Gua Musang dan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang) yang telah dilantik sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya BN bagi PRK DUN Galas kali ini. Inilah cabaran utama yang bakal dihadapi oleh kem PAS dalam usaha mempertahankan DUN Galas apabila YBM Tengku Razaleigh atau mesra dengan panggilan Ku Li mengetuai jentera BN kerana pengaruh dan ketokohan YBM Ku Li sememangnya begitu kuat secara tidak langsung memberikan kelebihan kepada calon BN yang bertanding. Melihatkan senario kempen dan kelebihan ini adakah pada hari penentuan nanti bakal menyaksikan sirih pulang ke ganggang?

Sememangnya kuasa mutlak adalah ditangan pengundi-pengundi DUN N45 Galas terdiri daripada Melayu, Cina, India, Orang Asli dan lain-lain kaum yang bakal memilih wakil rakyat yang diyakini mereka dapat memberikan perkhidmatan terbaik, menangani permasalahan serta menyelesaikan sebarang isu berkaitan dalam menwujudkan kesejahteraan buat kebaikan rakyat jelata. Bagi calon-calon serta parti bertanding perlu berbesar hati menerima suatu amanah rakyat yang harus dipikul dan digalas semoleknya bukan sekadarnya untuk kemenangan semata-mata tapi lebih kepada tanggungjawab. Buat pengundi-pengundi, tunaikan tanggungjawab dan pilihan sebaik-baiknya kerana setiap pangkah yang diberikan perlu berlandaskan pertimbangan sewajarnya.

Sedikit imbasan sejarah keputusan Pilihanraya dan penyandang-penyandang bagi kawasan DUN Galas serta Parlimen dalam persempadanan jajahan takluk Gua Musang atau sebelumnya dikenali sebagai Ulu Kelantan sejak PRU 1969 hingga PRU 2008.

PRU 1969 :-
P24 Ulu Kelantan : Dato' Nik Ahmad Kamil (Per) - (Majoriti 3,596)
S30 Ulu Kelantan Barat : Tengku Razaleigh Hamzah (Per) - (Majoriti 1,734)
PRU 1974 :-
P27 Ulu Kelantan : Tengku Razaleigh Hamzah (BN) - (Tanpa Bertanding)
N35 Gua Musang : Abdul Ghani Abu Bakar (BN) - (Tanpa Bertanding)
PRU 1978 :-
P27 Ulu Kelantan : Tengku Razaleigh Hamzah (BN) - (Majoriti 4,562)
N35 Gua Musang : Abdul Ghani Abu Bakar (BN) - (Majoriti 2,163)
PRU 1982 :-
P27 Ulu Kelantan : Tengku Razaleigh Hamzah (BN) - (Majoriti 5,763)
N35 Gua Musang : Abdul Ghani Abu Bakar (BN) - (Majoriti 3,726)
PRU 1986 :-
P29 Gua Musang : Tengku Razaleigh Hamzah (BN) - (Majoriti 7,319)
N39 Galas : Zakaria Hassan (BN) - (Majoriti 2,139)
PRU 1990 :-
P29 Gua Musang : Tengku Razaleigh Hamzah (S46) - (Majoriti 13,249)
N39 Galas : Omar Mohamed (S46) - (Majoriti 2,705)
PRU 1995 :-
P32 Gua Musang : Tengku Razaleigh Hamzah (S46) - (Majoriti 8,980)
N43 Galas : Omar Mohamed (S46) - (Majoriti 893)
PRU 1999 :-
P32 Gua Musang : Tengku Razaleigh Hamzah (BN) - (Majoriti 2,923)
N43 Galas : Mohamad Saufi Deraman (BN) - (Majoriti 2,264)
PRU 2004 :-
P32 Gua Musang : Tengku Razaleigh Hamzah (BN) - (Majoriti 6,548)
N45 Galas : Mohamad Saufi Deraman (BN) - (Majoriti 1,729)
PRU 2008 :-
P32 Gua Musang : Tengku Razaleigh Hamzah (BN) - (Majoriti 4,394)
N45 Galas : Che Hashim Sulaima (PAS) - (Majoriti 646)

Keputusan Rasmi Pilihanraya Kecil DUN N45 - Galas :-

Jumlah Pengundi Berdaftar : 11,553 pengundi
Jumlah Keluar Mengundi : 9,555 pengundi
Peratusan Mengundi : 83%
Calon Bertanding :
1. Abdul Aziz Yusof (BN) - 5,324 undi
2. Dr Zulkefli Mohamad (PAS) - 4,134 undi
Majoriti : 1,190 undi
Undi Rosak : 132 undi
Pemenang N45 Galas : Abdul Aziz Yusof (BN) - (Majoriti 1,190)

Tuesday, November 2, 2010

MaLaYsia AirLineS : PeSaWat B737-800 GeNerAsi Baru (9M-MXA) PerTaMa TiBa..

Pesawat siri B737-800 generasi baru pertama tempahan milik Malaysia Airlines yang diterbangkan dari Seattle, USA selamat mendarat dan tiba di Airport Subang pada tengahari 1 November 2010 dengan identiti liveri terbaru Malaysia Airlines (MH).

Pesawat siri B737-800 generasi baru rego 9M-MXA (msn 40128) ini merupakan serahan pertama daripada 55 buah pesawat tempahan oleh pihak Malaysia Airlines yang dijadualkan diterima 3 buah pada tahun ini manakala bakinya akan dihantar secara berperingkat-peringkat mulai tahun depan seterusnya mengantikan pesawat lama siri B737-400 sedia ada.

Menariknya pesawat siri terbaru ini didatangkan dengan infrastruktur serta kelengkapan sistem audio In-flight Entertainment (IFE) dan Video On Demand (VOD) canggih, suasana dalaman menakjubkan berkonsepkan "Sky Interior" yang lebih kondusif terutama pada rekabentuk kerusi kabin terbaru bagi keselesaan penumpang bagi kesemua kelas pernerbangan ekonomi dan juga bisnes.

Dijangkakan pesawat B737-800 generasi baru ini akan melakukan penerbangan sulungnya ke Kota Kinabalu (BKI) seterusnya penerbangan komersial dari Kota Kinabalu ke Haneda (HND) Tokyo pada 15 November ini.