Pages

Sunday, October 31, 2010

PiaLa MaLaYsia 2010 : KeJuaRaaN SuLuNG SeJaRah KELanTaN..

Jersi 2010 - Sejarah Bolasepak Kelantan

Sejarah baru tercipta dalam dunia bolasepak negeri Kelantan pada detik malam 30 Oktober 2010 apabila menjulang anugerah berprestij Piala Malaysia idaman kebanggaan bolasepak negara buat kali pertama. Disaksikan oleh puluhan ribu peminat Kelantan di Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur, malahan ratusan ribu oleh rakyat di bumi Kelantan dan juga jutaan rakyat di bumi Malaysia secara langsung dan rasminya pasukan Kelantan telah mendakap Piala Malaysia setelah menewaskan juara bertahan pada tahun 2009 Negeri Sembilan 2-1 dalam pertempuran cukup menarik serta mendebarkan.

Sejarah manis tercipta dengan penuh kesyukuran kerana ini adalah kali pertama trofi penuh berprestij di bawa berarak balik ke bumi Kelantan setelah badi dikecewakan sebanyak 3 kali dalam penampilan final Piala Malaysia yang sebelumnya dikenali sebagai Piala H.M.S Malaya pada tahun 1955 (1-3 kepada Singapura), 1970 (0-2 kepada Perak) dan 2009 (1-3 kepada N.Sembilan).

Rumusan perlawanan bersejarah semalam, kekalahan di separuh masa pertama setelah ketinggalan 1-0 kepada N.Sembilan melalui sepakan penalti Shahurain Abu Samah pada minit ke-13 bukan menjadi halangan untuk Si Kijang yang kini dikenali sebagai The Red Warriors bangkit menyerang di babak separuh masa kedua seterusnya menghasilkan jaringan penyamaan melalui tandukan cantik Hairuddin Omar minit ke-57 dan akhirnya rembatan kencang ke gawang lawan oleh Mohd Badhri Mohd Radzi minit ke-65 berjaya memberikan kemenangan mutlak buat pasukan Kelantan bimbingan jurulatih B. Sathianathan.

Sekalung tahniah buat pemain dan seluruh warga kerja pasukan Kelantan pimpinan Tan Sri Hj. Anuar Musa (Presiden KAFA), Hj. Azman Ibrahim (Pengurus Pasukan Kelantan) serta sekalung terima kasih tidak terhingga buat seluruh peminat rakyat Kelantan atas sokongan moral berterusan dalam misi membakar semangat pasukan negeri Cik Siti Wan Kembang mendakap kejuaraan berpretij dan diharapkan kejayaan ini bakal memartabatkan kuasa bolasepak negeri Kelantan. Terima Kasih buat Kerajaan Kelantan atas sokongan dan pengisytiharan cuti peristiwa buat negeri Kelantan pada hari ini (31 Oktober 2010) sebagai tanda penghargaan buat rakyat Kelantan dan sesungguhnya Piala Malaysia adalah antara hadiah teristimewa dalam sejarah Kelantan.

The Red Warriors, Gomo Kelate Gomo.

MaLaYsia AirLineS baKal bErWaJah bAru..

Pesawat penerbangan utama negara, Malaysia Airlines bakal berwajah baru pada tahun 2010 ini setelah kali terakhir diberikan wajah baru pada 1988 dari liveri sebelumnya bermotifkan warna merah yang dikenali sebagai MAS (Malaysian Airlines System)

Pesawat keluaran syarikat Boeing siri baru B737-800 rego 9M-MXA (msn 40128) yang di tempah oleh Malaysia Airlines telah berjaya dalam ujian pernerbangan sulung pada 15 Oktober 2010 di Boeing Field, Seattle. Menariknya pesawat baru B737-800 pertama Malaysia Airlines (MH) ini diberikan wajah liveri yang terbaru bersesuaian usaha syarikat MH dalam proses penukaran dan mengantikan pesawat lama sedia ada siri B737-400 yang lebih dikenali sebagai "Jellyfish".

Dijangkakan sekiranya tiada aral pesawat baru B737-800 tempahan milik Malaysia Airlines ini akan tiba di Subang Aiport dalam masa terdekat (waktu tengahari 1 November) seterusnya secara rasmi diserahkan oleh pihak Boeing kepada Malaysia Airlines dan wajah baru MH akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia.

Sunday, October 24, 2010

ZAC : AirAsia A320-214 (9M-AFB)

Country : Malaysia
Airline : AirAsia
Aircraft : Airbus A320-214
Reg # : 9M-AFB
Engines : 2 CFM56-5B4
Made : Phoenix
Scale : 1:400
Desc. : "2010 - Livery" colors with "Junior Jet Club".


ZAC - Zeme Aircraft Collection.