Pages

Saturday, August 21, 2010

ZAC : AirAsia X A340-313X (9M-XAC)

Country : Malaysia
Airline : AirAsia X
Aircraft : Airbus A340-313X
Reg # : 9M-XAC
Engines : 4 CFM56-5C4
Made : Phoenix
Scale : 1:400
Desc. : "2009 - Livery" colors with "The Oakland Raiders - Xcellence"

ZAC - Zeme Aircraft Collection.

Wednesday, August 11, 2010

SaLaM RaMaDhaN 1431H..

"Sesungguhnya, dosa kita dengan Allah SWT kita boleh memohon kemaafan daripada-Nya dan sesungguhnya, dosa sesama insan manusia adalah sebaliknya dan sesungguhnya manusia itu makhluk Allah SWT yang tidak sempurna sehingga tidak kita sedari bahawa ada kata-kata, perbuatannya menyinggung, menguris hati serta perasaan insan manusia lain. Pohon kemaafan seandainya bersikap sedemikian dan mudah-mudahan dengan keampunan diberikan, amal ibadat diberkati dan diterima Allah SWT. Amin.."

Salam Ramadhan 1431H..salam kemaafan, kemuliaan dan keredhaan ikhlas daripada Izarul Azman..

Tuesday, August 10, 2010

cuTI juLai-oGoS KUL-KBR-KUL

Seperti kebiasaan, hari minggu sabtu n ahad jika jadual aku tiada apa² program di KL aku akan terbang balik hometown. So end of july lepas, aku terbang balik KB bukan sebarang balik, balik sambil mencari stock utk di bawa ke KL sebelum bulan puasa bermula. So pada 31/7 lalu aku berangkat dari LCCT terbang bersama pesawat Airbus 320-216 AK5282 KUL-KBR rego 9M-AHJ. Sepatutnya jadual asal berlepas jam 11:00 namun agak delayed disebabkan pesawat yg digunakan belum tiba ke terminal dari Phuket. Penerbangan AK5282 akhirnya selamat berlepas meninggalkan LCCT dan tiba di Airport KB sekitar jam 12:30.

Sampai je KB, terasa mengidam nasi bungkus "kak wok" yg sedap n mantap pula. So setelah adik pikup kat airport, aku terus ke kedai utk tapau nasi bungkus "kak wok" bawak balik rumah. Adik pula ada memberitahu nenek di rumah mengidam nak makan nasi ayam "Maksu Nab", so selepas tapau nasi "kak wok" terus ke Berek 12 utk tapau nasi ayam pula. Cukup murah lagi mavalous, harga sebungkus nasi ayam hanya RM3.50. Kebetulan sebelah petangnya, keluarga bakal ada mengundang bertandang ke rumah. Maka aku tapau juga buat MySyg yg mengidam nasi ayam drumstick n kemudian singgah di kedai menjual Murtabak Raja yg famous di KB beli kueh Akok sebagai ole². Bertandang ke rumah keluarga bakal, terubat kerinduan dpt berceloteh bercerita sambil menjamah hidangan kueh mueh n pekena milo ais made by MySyg. Memang sedap n rating boleh kasi double triple thumbs up. Tup-tup rancak bercelotah bila dah bersua mata tidak sedar masa mencemburui melewati asar. Sebelah malamnya pula, sessi dinner menu pekena laksa n laksam Kelantan (my favourite) yg abah bawa balik dari jamuan. Abah ada membuat sedikit jamuan di rumah kg belah arwah Tok Ayah Paloh.

Hari ahad keesokannya, keluar ke bandar KB mencari serba sedikit stock utk dibawa balik ke KL sempena puasa. Misi utama menyerang mencari stock serunding (bahasa org luar) aka sambal daging (bahasa org Kelantan). Kalau serunding di KB yg famous n kebiasaan kami sekeluarga beli adalah sekitar kawasan jalan Kubur Maras pusat pembuatan serunding yg fresh, sedap, menggunakan bahan daging tempatan n harga yg cukup berpatutan sekitar RM22 bagi setiap 500 gram. So dipukal beberapa kilogram utk dibawa balik KL, ada juga yg dikirim member².

Sebelah lewat petang pula sewaktu drive Merc antik DH88 bawa ronda², bumi KB dibasahi hujan yg adakala lebat n adakala renyai². Sememangnya sejak kebelakangan ni, hujan sering turun pada sebelah lewat petang hingga ke malam. Penerbangan pulang aku ke KL adalah pada sebelah malamnya tapi keadaan hujan renyai² masih tidak berhenti. Aku sedikit bimbang kalau² penerbangan akan delayed lagi atau dibatalkan terus. Aku pernah diberitahui dalam minggu tersebut pernah berlaku pesawat dari KL ke KB terpaksa berpatah balik ke KLIA disebabkan hujan lebat n keadaan cuaca yg tidak mengizinkan utk mendarat di Airport KB. Aku berdoa agar² penerbangan pulang dipermudahkan n tiada berlaku apa² yg tidak diingini. Alhamdullilah, aku selamat berlepas menaiki pesawat Airbus 320-216 AK5295 KBR-KUL rego 9M-AHH jam 22:35 n selamat mendarat di LCCT sekitar jam 23:30. Akhir bulan Ogos bersempena cuti kemerdekaan nanti aku akan balik lagi menjenguk KB tercinta, disamping ingin berbuka puasa bersama family serta insan tersayang.

Sunday, August 8, 2010

ZAC : AirAsia A320-214 (9M-AFD)

Country : Malaysia
Airline : AirAsia
Aircraft : Airbus A320-214
Reg # : 9M-AFD
Engines : 2 CFM56-5B4
Made : Phoenix
Scale : 1:400
Desc. : "2009 - Livery" colors with "Bo Rocks - AirAsia Celebrates The Spirit Of An Allstar".

ZAC - Zeme Aircraft Collection.

ZAC : AirAsia B737-301 (9M-AAN)

Country : Malaysia
Airline : AirAsia
Aircraft : Boeing B737-301
Reg # : 9M-AAN
Engines : 2 CFM56-3B1
Made : Phoenix
Scale : 1:400
Desc. : "2004 - Livery" colors with "Carabao"

ZAC - Zeme Aircraft Collection.