Lewat tahun 1990-an sehingga tahun 2007 Malaysia Airlines penerbangan komersial milik negara terkenal dengan slogan "Going Beyond Expectations". Kemudiannya berikutan penjenamaan baru pada tahun 2008 Malaysia Airlines telah dikenali dengan slogan "MH is Malaysian Hospitality". Kejayaan dan pengiktirafan yang pernah dianugerahkan kepada Malaysia Airlines oleh badan pengiktirafan Skytrax UK cukup membanggakan rakyat dan negara Malaysia antaranya "World's Best Cabin Crew", "5-Star Airlines" serta menduduki No. 1 "Economy Class Onboard Excellence 2006". Rangkaian Malaysia Airlines bersama anak syarikatnya MASkargo, MASwings dan Firefly membawa suatu dimensi baru bahawa MH mendominasi penerbangan kelas elit negara. Ternyata Malaysia Airlines kekal dengan kelas tersendiri yang cukup membanggakan membawa Malaysia ke mata dunia.
AirAsia, penerbangan tambang murah yang terkenal dengan slogan "Now Everyone Can Fly" mencuri perhatian umum untuk turut serta dalam industri penerbangan komersial negara. Permulaan penerbangan AirAsia dengan laluan domestik kemudian melebarkan sayap ke destinasi sekitar ASEAN, kini AirAsia telah menjelajah tembok besar negara China, Hong Kong, Macau, Australia, India serta UK dan UAE. Bersama rangkaian AirAsia X (D7), Thai AirAsia (FD), Indonesia AirAsia (QZ) ternyata AirAsia telah menjadi suatu entiti penerbangan komersial yang begitu terkenal dalam kelas tambang murah dan pengiktirafan di terima daripada Skytax UK dengan anugerah "World's Best Low-Cost Airline" meletakkan AirAsia semakin disegani.
Zeme has fly on -
Fokker 50, ATR72-500, B737-200, B737-400, B747-400, A320, A330-200