Pages

Friday, July 31, 2009

MaHa MeLiHat..

Seiring waktu berlalu
Tangis tawa di nafas ku
Hitam putih di hidup ku
Jalani takdir ku

Tiada satu tersembunyi
Tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya

Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertaubat

Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
PadaMu semua bertekun

Yang dicintakan pergi
Yang didambakan hilang
Hidupkan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali
Hapus semua pedih

Andai mungkin aku bisa
Kembali ulang segalanya
Tapi hidup takkan bisa
Meski dengan air mata

song by opick & amanda - maha melihat (OST sinetron manohara)


soundtrack sinetron Manohara, kisah kontroversial Cik Puan Temenggung Kelantan yang telah disinetronkan. seringkali pandangan mata insan bergelar manusia dibutakan oleh mata hati dan sesungguhnya manusia tetap tewas kepada Allah yang Maha Melihat..

Tuesday, July 21, 2009

SinGaPOre ToUr..

Semenjak dua menjak ni, aku rasa sungguh penat sekali. Bukan hanya badan je yg penat, tapi minda n otak aku terasa amat penat sekali. Kepenatan aku ni tiada siapa yg tahu n faham, hanya aku n Allah yg mengetahui lagi mengerti. Aku selalu motivasi pada diri aku, nyah saja kau penat n jgn kau penat dekat pada aku. Dua bulan berturut-turut lepas Mei n Jun aku terbang ke Sarawak, Sabah, Selatan n Utara Semenanjung buatkan aku rasa seperti tiada ruang utk aku berehat secukupnya. Namun itulah tuntutan pengorbanan utk kerja aku, ibadah aku mencari rezeki. Bila kita berusaha dgn penat lelah sendiri, baru kita menghargai n bersyukur hasil yg diperolehi.

Badan aku penat masih bisa utk aku gagahi, namun bila minda n otak aku penat terpaksa aku tanggung hadapi sebaiknya sebab aku sendiri yang memahami diri aku n bukannya orang lain. Bulan Julai aku ingat bisa aku merehatkan badan, minda n otak tetapi last week aku terpaksa hadiri kursus The 7 Habits of Highly Effective People selama 3 hari anjuran Group HR company aku. Selang sehari tamat kursus, Jumaat lepas aku kena outstation pula bersama rakan sekerja mengendalikan sesi discussion n training system utk client di Kota Tinggi, Johor. Minggu yg cukup memenatkan bagi aku. Terlanjur aku ke Kota Tinggi, Johor aku bersama rakan sekerja planning ke Singapore setelah selesai outstation kerana aku ingin sgt merehatkan minda aku yg cukup kepenatan. Seawal pagi Jumaat selepas subuh kami bertolak ke Kota Tinggi dan setelah selesai sesi training hampir jam 9 mlm kami terus ke JB bermalam di sana. Keesokkan pagi Sabtu setelah breakfast, kami ke stesen bas Larkin Sentral utk menaiki bas terus ke Singapore.




Aku bersama rakan menaiki bas SBS Transit ke stesen Kranji, namun terlebih dahulu bas berhenti di Checkpoint Woodlands utk pemeriksaan Imigresen. Sesudah sampai di Kranji, kami menaiki MRT/LRT North South Line menuju ke stesen City Hall melalui laluan Woodlands, Yishun, Braddell, Orchard, Somerset. Sampai di sana kami sempat window shopping di Raffles City Shopping Centre seterusnya walk distance melalui flea market Fu Lu Shou Complex menuju ke Sim Lim Square, pusat barangan elektrik n komputer terkenal di Kota Singapore. Harga barangan elektrik di sini seperti kamera agak murah berbanding harga di pasaran Malaysia. Kami singgah lunch Burger King di Burlington Square sblm menuju menaiki MRT/LRT East West Line di stesen Bugis utk ke Raffles Place.






Sampai di stesen Raffles Place, kami walk distance menyusuri waterfront berhampiran Maybank Tower n The Fullerton Hotel utk bersantai di Merlion Park, kawasan pelancongan yg wajib disinggah jika ke Singapore tempat terletaknya trademark kepala Singa kebanggaan n simbol negara Singapore. Ternyata banyak tinggalan kesan sejarah British di Singapore dpt dilihat seperti Cavenagh Bridge. Aku bersama rakan menghabiskan masa agak panjang hingga hampir ke senja bergambar n bersantai menikmati keindahan pesisir Kota Singapore di hadapan dataran One Fullerton. Minda aku cukup rasa tenang n aku dpt rasakan aku inginkan suasana begini sentiasa utk berehat n terus berehat. Mungkin suatu hari nanti aku akan ke sini lagi bersama orang tersayang, orang yg aku sayang n orang yg menyayangi aku.







Setelah waktu hampir senja, kami kembali menaiki MRT/LRT di stesen Raffles Place menuju stesen Bugis utk menikmati hidangan Murtabak Singapore tersohor di restoran Singapore Zam Zam berhampiran Masjid Sultan. Murtabaknya not bad n big, kami mencuba rasa murtabak daging n ayam dgn harga bagi sebiji murtabak 5SD namun begitu mengenyangkan. Alhamdullilah.

Sesudah selesai semuanya, kami menaiki MRT/LRT East West Line di stesen Bugis utk menuju ke stesen Kranji melalui Jurong East interchange n sesudah sampai di stesen Kranji sementara menunggu bas SBS Transit aku sempat shopping berhampiran kedai The Fashion. Satu je aku terpaksa puji tentang Singapore di mana sistem pengangkutan awamnya cukup efisien n efektif memudahkan gerak urusan orang awam n pelancong serta kesedaran sivik yg tinggi pemandu-mandu di jalan Kota Singapore. Kami sampai sekitar hampir tgh mlm di JB, percutian yg cukup membuatkan minda aku benar-benar perlukan masa berehat. Keesokkan ahad selepas lunch, aku berangkat pulang ke kota metropolitan KL.

Tour De' Singapore 18 July 2009..