Pages

Thursday, April 30, 2009

AL-FaTihah : gEnap 2 taHun..

AL- FATIHAH dan iringan doa buat arwah tok ayah tersayang yang amat kami sekeluarga rindui. hari ini genap sudah 2 tahun pemergian arwah tok ayah kembali ke rahmatullah tanggal 30 April 2007 waktu hening subuh pada jam 5.15am. Jasad arwah tok ayah bersemadi di Tanah Perkuburan Islam Taman Sari, namun roh arwah tok ayah tetap dihati dan ingatan kami sekeluarga buat selama-lamanya.


Bersemadilah arwah tok ayah datuk ku tersayang..
Allahyarham Dato' Hj Abdul Ghani B. Abu Bakar (22 Feb 1932 - 30 Apr 2007) Al-Fatihah..

Sunday, April 26, 2009

FiNal PiaLa FA 2009 : KeMenanGan BoLaSepak MaLaYsia

Kemenangan buat sejarah bolasepak Malaysia. Final Piala FA edisi ke-20 tanggal 25 April 2009, telah mencoretkan cerita tersendiri antara perlawanan akhir yang paling menarik dalam kalendar bolasepak tanahair dan telah mencatatkan sejarah kehadiran penonton terbanyak hampir 90 ribu peminat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kesudahan aksi dramatis penuh mendebarkan antara Kelantan dan Selangor, Piala FA akhirnya menjadi milik Red Giants selepas mencatat kemenangan 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas berakhirnya 120 minit masa permainan seterusnya mengecewakan pasukan Red Warriors.


Untuk Selangor tahniah diucapkan menjulang kejuaraan, buat Kelantan tahniah dizahirkan kerana mencerminkan aksi menghiburkan dan buat seluruh peminat kedua-dua pasukan tahniah dianugerahkan kerana andalah menghidupkan kemeriahan bolasepak negara. Inilah sejarah kemenangan buat bolasepak Malaysia.

Sunday, April 19, 2009

FiNal PiaLa FA 2009 : Red Warriors Vs Red GianTs


Tahniah buat pasukan Kelantan kerana mencipta sejarah layak buat kali pertama ke final Piala FA sejak kejohanan tersebut diperkenalkan bermula tahun 1990. Pertembungan aksi yang dijangka menarik dan mendebarkan antara Kelantan (Red Warriors) bertemu Selangor (Red Giants) pada 25 April 2009 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Semoga pasukan bolasepak Kelantan berjaya menjulang Piala FA buat kali pertama dan membawa pulang ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Berkat doa seluruh rakyat Kelantan InsyaAllah mengiringi kejayaan.

Sejarah Piala FA Malaysia: -

TahunJuaraNaib Juara
Keputusan
Venue
1990 Perak Selangor 4-2Std Merdeka K. Lumpur
1991Selangor Perak
1-0 Std Merdeka K. Lumpur
1992 Sarawak K. Lumpur
2-1 Std Negeri Kuching
1993K. Lumpur Sabah
2-1 Std Merdeka K. Lumpur
1994K. Lumpur Sabah
3-1 Std Merdeka K. Lumpur
1995Sabah Pahang
3-1Std Merdeka K. Lumpur
1996Kedah Sarawak
1-0 Std Merdeka K. Lumpur
1997 SelangorP. Pinang
1-0
Std Perak Ipoh
1998 Johor Sabah 1-0 Std Likas Kota Kinabalu
1999 K. Lumpur Terengganu0-0 (pen. 5-3)
Std Sultan Ismail Nasaruddin Shah K. Terengganu
2000Terengganu P. Pinang
1-1 (pen. 4-3)
Std Negeri Batu Kawan P.Pinang
2001Selangor Sarawak 1-0 Std Nasional Bukit Jalil K. Lumpur
2002P. Pinang Perak 1-0 Std Nasional Bukit Jalil K. Lumpur
2003N. Sembilan Perlis 2-1 Std Perak Ipoh
2004Perak Terengganu
3-0 (aet 0-0)
Std Nasional Bukit Jalil K. Lumpur
2005Selangor Perak 4-2 Std Shah Alam
2006Pahang Perlis
0-0 (pen. 4-2)
Std Nasional Bukit Jalil K.Lumpur
2007Kedah Perlis
0-0 (pen. 4-2)
Std Negeri Batu Kawan P. Pinang
2008KedahSelangor3-2Std Shah Alam

2009 - Kelantan atau Selangor?

Teringat kenangan manis saat aku menjaringkan gol sulung kemenangan untuk Kelantan ketika menewaskan Selangor 1-0 pada separuh akhir Kejohanan Bolasepak FAM/MSSM/MILO Bawah 14 Tahun, 1993 di Kuala Terengganu.

Thursday, April 16, 2009

koNsep SatU MalaYsia @ BerSatU MalaYsia..?

Penulis ingin mencadangkan, konsep "Satu Malaysia" diubah kepada konsep "Bersatu Malaysia".

Persepsi kepada "Satu Malaysia" lebih mencerminkan kesamarataan dan ini akan lebih memberikan signifikasi yang kurang jelas kepada konsep tersebut yang pada dasar mudah untuk difahami ia menyamai konsep "Malaysian Malaysia".

Persepsi kepada "Bersatu Malaysia" adalah lebih menyeluruh dengan adaptasi emosi dan rasional mengajak seluruh lapisan rakyat yang berjiwa Malaysia didahului oleh barisan pemimpin untuk bersatu dibawah bumbung bergelar Malaysia sebagai landasan membina jatidiri Malaysia sebenar dalam satu konsep memupuk perpaduan yang utuh dan bersatu teguh. Konsep "Bersatu Malaysia" mudah difahami dengan mengumpul dan melaksanakan segala idealogi pelbagai peringkat bagi membina keseimbangan dan bukan kesamarataan.

Jadi pada hemat penulis, "Unity Malaysia" adalah lebih kompromi berbanding "One Malaysia".