Pages

Thursday, January 31, 2008

hEppi BesDay SaYanG..

hepi besday to u.. u r not born in da zoo.. hepi besday.. hepi besday.. hepi besday.. hpi besday to syggg..

jika bulan november yg lepas my syg celebrate my besday.. kali ni my turn plak celebrate besday my syg last weekend.. january gurl.. hehehe.. dah besar pun my syg.. hahaha.. yg best dpt sang a besday song face to face tgh mlm hari lahir my syg.. best sesgt dpt meraikan besday org tersyg di sisi..

mlm besday my syg, aku gi amik my niece Yeen dulu umah kakak kat Bandar Tun Hussein Onn coz my syg rindu sesgt nak memain ngan Yeen.. so kami bawa Yeen sekali celebrate kat pizza hut coz my syg teringin sgt nak mkn pizza seafood.. actually aku plan n dah booking nak suprise my syg celebrate kat TGI Fridays The Curve on saturday evening tapi aku tak inform kat my syg first.. saje nak kasi suprise esoknya.. so kami layan dulu mlm besday tu mkn² pizza kat Jusco Bandar Tun Hussien Onn dgn Yeen skali.. seronok sgt tgk my syg n Yeen saling bermanja-manja.. terasa cam bawa wife n anak jejln plak.. hehehe.. mmg best mlm tu tgk kan telatah, kerenah Yeen dgn my syg.. lagi² my syg memang suka kan baby, budak-budak.. ye ciri-ciri sifat keibuan pada my syg.. kami lepak² kat Jusco tu hampir senja malam sblm menghantar pulang Yeen ke umah kakak.. tup tup jam dah masuk 12 tgh mlm n kami still in a car then besday song to my syg.. HEPI BESDAY to my sygggg!!!.. mlm besday tu kami habiskan masa bersama, bercerita.. bercoloteh.. terasa indah sesgt.. then kami ke Pelita Kandar KLCC pekena roti n tandoori ayam (my syg fav) bersama..

keesokkannya dlm tgh hari sementara nak bawa my syg pergi The Curve kami singgah di Mid Valley utk lunch n lepas tu sambil² tengok International Cat Show Exhibition kat MVEC.. (actually aku nak singgah MV coz nak amik besday prezen for my syg.. hehehe).. kalau last week yg lepas kat MVEC kami mengunjungi Wedding Exhibition.. my syg suka sgt kan kucing n dulu pernah ada kucing kesayangan belaan sendiri yg diberikan nama 'combi' tapi kucing tu dah tiada.. cumil-cumil, cute² je kucing-kucing yang dipamerkan, ada seekor kucing yg my syg begitu suka sekali.. siap dibelai-belainya.. dah la besar, bulu lebat n manje plak tu ala² garfield.. patut la kucing tu dpt arward 2nd winner best kitten.. lepas mengunjungi exhibition tu, aku saje bagi alasan nak gi jumpa member yg keje kat MV jap ada hal nak amik barang.. padahal aku nak gi amik prezen.. so bagi tak nak my syg follow aku gi amik prezen tu, aku suruh la my syg gi cuci rambut dulu kat salon.. hehehe..

lepas je gi amik, aku mendapatkan my syg yg dah abes cuci rambut tu.. tgk² jam, ala dah lewat plak nak gi celebrate kat TGI Fridays The Curve.. coz terlajak tgk exhibition n ronda² MV.. so terpaksa la cancel nak gi sana.. "abg.. apa tu dlm bag pack..?" tanya my syg.. "owh.. tak de apa² la.. barang abg amik dgn member tadi.." balas aku.. padahal dlm bag pack tu prezen utk my syg coz aku planning nak kasi time kat TGI Fridays nnti.. then kami ronda² plak The Gardens since nak bawa my syg gi The Curve dah cancel.. berehat jap kat starbucks pekena chocolates chips blended hilangkan dahaga.. hari pun dah hampir senja, mlm tu plak kami gi first lady coz my syg nak cari baju kurung.. before ke sana, kami tapau McD dulu n pekena di dlm kereta bersama-sama kat car park MV.. waaa so romantis rasa time mkn bersama-sama saling menyuapi.. n time tu la aku berikan pemberian besday prezen n card kat my syg coz plan asal nak kasi kat TGI Fridays dah cancel..

"ni utk syg.. hepi besday syg.." ucap aku.. tergamam gak tgk my syg coz tadi dlm bag pack tu aku katakan barang aku punya.. "boleh syg buka skrg tak?" tanya my syg.. "beratnya abg..apa dlm ni..frame gambar yer..??" tanya my syg sambil membukanya.. aku hanya sekadar tersenyum melihat my syg dgn wajah yg begitu hepi.. "Eee.. abg.. tengkiuww.. tak tau nak cakap apa.. tengkiuwww.. syg suka bau dia.. eee sayangnya nak pakai.." my syg dlm wajah yg hepi.. "meh abg spray kan kat syg.." aku bantu spray ckIN2U for her kat neck my syg.. "wanginya abg.. syg suka.. tengkiuwww abg.." balas my syg.. bagi aku, melihat wajah kegembiraan pada org tersyg sudah cukup membuatkan aku turut berasa gembira.. actually masa borak-borak dulu my syg ada nyatakan dia sukakan bau perfume ckIN2U for her coz kakak my syg pernah menggunakannya.. n dia pernah syorkan aku supaya mencuba ckIN2U for him gak since aku ckp aku pun suka kan ck punya perfume.. so aku rasakan pemberian set ckIN2U for her perfume 150ml + deodorant adalah prezen terbaik sempena besday my syg ini.. yg penting my syg hepi coz itu sudah cukup membuatkan aku berasa sesgt hepi.. HEPI BESDAY again to my sygggg!!!..
sebelah mlmnya kami ke first lady, kamdar n ronda² sekitar jln tuanku abdul rahman coz my syg hendak mencari sepasang dua baju kurung.. cantik, manis sungguh my syg berbaju kurung n sesekali mengenakan tudung.. my syg mengayakan baju kurung potongan riau warna kekuningan lembut sungguh menarik sekali.. sesuai dgn potongan badan my syg.. selepas penat menjelajah sekitar jln tuanku abdul rahman, kami berehat pekena KFC berhampiran.. pantas sungguh masa berlalu, hampir tidak sedar sudah menjangkau lewat tgh mlm.. kami decide utk terus ke seremban pada tgh mlm itu disebabkan kami mempunyai aktiviti seterusnya keesokannya di sana.. yg paling best my syg yg drive dari sg besi hingga sampai ke seremban.. sesungguhnya kenangan manis meraikan besday my syg bersama-sama begitu indah n terpatri dlm diari hidup kegembiraan aku.. I LUV syg SO MUCH n HEPI SWEET BESDAY my syg...

Tuesday, January 15, 2008

JAnGaN bILanG TiDak..

Raffi Ahmad ft. Ay...

Ku pernah punya cinta
Namun kini ku sedang suka kamu
Cintaku dulu tlah ku buang jauh
Kini ku ingin kamu

Ku pernah menyendiri
Di sini ku akan terasa sepi
Walaupun bibir penuh gelak tawa
Namun hatiku sepi

Jangan bilang tidak
Bila kita belum mencoba
Siapa yang tahu akan sama
Hatimu dan juga hatiku

Banyak yang bercinta
Bertahun-tahun putus juga
Kuharapkan dengan dirimu
Walaupun singkat pendekatan
Cinta kita kan abadi

Ku pernah punya cinta
Namun kini ku sedang suka kamu
Cintaku dulu tlah ku buang jauh
Kini ku ingin kamu

Jangan bilang tidak
Bila kita belum mencoba
Siapa yang tahu akan sama
Hatimu dan juga hatiku

Banyak yang bercinta
Bertahun-tahun putus juga
Kuharapkan dengan dirimu
Walaupun singkat pendekatan

Jangan bilang tidak
Waktu dicium aku bingung
Namun dada ini bergetar
Makanya sungguh aku mohon
Jangan bilang tidak

song by raffi ahmad & ayushita- jangan bilang tidak (OST BUKAN BINTANG BIASA)

i luv this song so much.. my fav song at a moment.. lagu ni abg tujukan teristimewa untuk syg.. (",)

Monday, January 7, 2008

Bye 2OO7.. Hye 2OO8..

Meskipun tahun 2008 yang menanti kunjung dengan segala cabaran yang bakal ditempuhi telah tiba dilangkahi, namun tahun 2007 terlalu sukar untuk dilontarkan jauh dari ingatan apatah lagi dikuburkan terus dari kenangan diri ini. Satu tarikh kesedihan dalam sejarah hidup aku berlaku dalam tahun 2007 yang tak bisa untuk dibiarkan jauh, sentiasa berlegar di ingatan pasti sampai aku menutup mata. Tarikh kehilangan insan tersayang, tetap terpahat disanubari aku. Insan yang membesarkan, memberi aku peluang mengenal kehidupan dunia sebagai bekalan aku di hari sana.

Aku tak menduga, jauh sekali menjangka tarikh 30 april 2007 di pagi isnin 5.15am akan terpahat di memori, aku kehilangan arwah tok ayah kesayangan yang aku anggap lebih daripada abah aku sendiri. Dari umur aku setahun, belum bertatih pun, aku telah bermanja, di bela oleh arwah tok ayah sehinggalah saat aku melihat insan yang menjaga aku selama ini kaku, tenang dalam senyuman menyahut pulang panggilan Illahi. Cuma aku terkilan sesangat hingga ke hari ini, kenapa lah aku tak tunaikan permintaan arwah tok ayah malam seblm itu, "me..nanti tido bawah deh male ni..jaga tok ayah..". Kenapa aku juga tak sedari kelainan genggaman erat arwah tok ayah petang 29 april 2007 ketika aku meminta izin berangkat pulang ke KL, sebagai petanda dan isyarat buat aku arwah tok ayah akan pergi selama-lamanya. Aku terasa sebak ketika memeluk cium meminta izin pulang tetapi itulah takdir yang tersurat, aku tanpa berada di sisi ketika hembusan nafas terakhir arwah tok ayah. Sepanjang perjalanan pulang kembali ke KB dari KL, hanya tuhan saja Maha Mengetahui betapa pilu sehingga aku tak berdaya menahan airmata dari bercurahan. Aku sentiasa menelefon memesan agar jangan dikafani lagi arwah tok ayah kerna aku ingin memeluk ciumnya buat kali penghabisan. Aku tak tertahan airmata lagi sebaik menjejak kaki ke rumah, namun sebagai seorang muslim aku redha dengan pemergian arwah tok ayah dan bila ku tatapi wajah yang begitu tenang aku sedar arwah tok ayah akan gembira di sana hilang semua derita kesakitan selama ini.

Selesai pengebumian dan bacaan talkin, aku masih ingat pesan kata-kata kenalan yang juga sahabat karib arwah tok ayah, YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang turut serta mengiringi arwah tok ayah di pusara "cikgu bukan saja sahabat baik lama ambo, tapi adalah guru kepada ambo. cikgu tetap pergi tinggalkan kita, tapi perjuangan dan semangat cikgu tetap ada bersama kita. cikgu tetap di hati kita..". Cikgu merupakan panggilan mesra YBM Tengku Razaleigh kepada arwah tok ayah kerna arwah tok ayah adalah bekas pesara guru besar Sek. Ren. Keb. Padang Garong seblm berkecimpung dalam bidang politik YB kerajaan negeri Kelantan pimpinan Barisan Nasional, UMNO Bahagian Gua Musang dan semasa dalam Parti Melayu Semangat 46. Aku ingin merakamkan jutaan terima kasih buat YBM Tengku Razaleigh, kenalan², saudara mara dan semua yang hadir, menguruskan dan menziarahi arwah tok ayah serta mengutuskan ucapan takziah buat kami sekeluarga. Sesungguhnya tanggal 30 april 2007 tetap terpahat memori yang paling sedih, klimaks kenangan pahit tinggalan 2007 dalam sejarah hidup aku dan bersemadilah arwah tok ayah dalam kenangan.

Secara rumusnya, memori sejarah tahun 2007 bagi hidup aku tiada yang banyak hendak dikenangkan. Mungkin saat kehilangan arwah tok ayah, menutup kenangan manis yang serba sedikit aku kecapi pada tahun ini. Aku gembira sebelum kehilangan arwah tok ayah kerana dalam bidang kerjaya sebagai IT Executive, aku telah dinaikkan jawatan daripada seorang Analyst Programmer kepada Software Engineer kini. Ya, syukur ku pada Ilahi atas rezeki yang diberikan dalam suku awal tahun 2007. Tiada banyak harapan yang aku letakkan dalam tahun 2007 yang lepas, sekadar aku berdoa apa yang aku hajati termakbul seperti yang diidamkan dan aku bersyukur apa yang dihajati dapat aku kecapi. Pada suku akhir tahun 2007, mungkin rezeki kehidupan kasih sayang aku, tuhan telah hadirkan seorang teman insan teristimewa untuk mengisi kekosongan dalam jiwa aku selama ini. Mungkin ada hikmahnya aku telah kehilangan arwah tok ayah, kerna tuhan hadirkan penganti buat aku. Ya, anugerah yang tak ternilai bagi diriku dan aku selalu berdoa agar kurniaan yang diberikan akan tetap menjadi hak milik kekal di hati aku sampai ajal menjemput nanti bukan sekadar di sini malahan di sana juga. Aku sayangkan sayang sepenuh hati dan mudah-mudahan tahun² yang mendatang akan menjadi tahun² yang sentiasa indah buat kita bersama. Amin.

Harapan aku pada tahun baru 2008 ini, semoga semua azam yang aku tanam dan apa jua yang bakal aku tempuhi dipermudahkan hendaknya. Aku inginkan tahun 2008 menjadi tahun yang selalu dikelilingi dengan perasaan kasih sayang, kemurahan dalam rezeki, keberkatan dalam kehidupan dan segala jua impian menjadi kenyataan. InsyaAllah.

Happy New Year 2008...