Pages

Wednesday, December 26, 2007

KoRBan..

berkorban apa saja,
harta ataupun nyawa,
itulah kasih mesra,
sejati dan mulia...

petikan syahdu lagu Allahyarham P.Ramlee, berkorban apa saja.. ya antara korban dan pengorbanan yang dituntut sebagai tanda menghamba diri kita kepada pencipta Yang Maha Esa kerna kita adalah insan yang kerdil. pengorbanan yang menginsafi kita, yang pasti sama ada kita meraih pulangan di sini juga di sana atau tewas di pertengahan. namun keikhlasan pengorbanan lebih mulia daripada mengharapkan ganjaran yang hadir tanpa kita menduga.

ya, tahun ini hari raya korban jatuh pada tanggal 20 Disember 2007, kesempatan merayakan hari penuh pengorbanan dalam cuti yang agak panjang. berangkat pulang di malam hari raya seawal jam 9 malam sungguh indah walau terpaksa melalui perjalanan yang panjang sedikit (KL-Kuantan-Terengganu-Kota Bharu) disebabkan laluan biasa ditutup akibat kejadian tanah runtuh di kilometer 65 dan 55 jalan Gua Musang-Kuala Krai sejak 16 Disember yang lalu. namun yang penting destinasi ditujui selamat didarati dan ketibaan di kampung halaman tatkala hening subuh di pagi hari raya mengubati kepenatan perjalanan. amat menyentuh hati, sepanjang perjalanan pulang ada pula insan tersayang yang sering menanya khabar menemani agar kita selamat sampai hendaknya. terima kasih sayang... seperti juga perayaan aidilfitri, perayaan aidiladha yang cukup meriah di negeri² pantai timur jelas tergambar di kala berduyun-duyun kenderaan di jalanan penuh sesak dengan anak perantauan meninggalkan ibu kota metropolitan KL.

seperti kebiasaan, ibadah korban menjadi rutin saban tahun. meskipun masih kepenatan, namun keseronokan 'mengerjakan' binatang korban menghilangkan segala kepenatan. itulah hikmah dan keindahan sambutan hari raya korban. cuti perayaan aidiladha di kampung halaman terasa sekejap cuma meskipun cuti bersambungan sehingga cuti perayaan krimas. terasa sungguh pantas masa berlalu, Kota Bharu Bandaraya Islam yang baru sudah dilanda banjir terpaksa ditinggali buat sementara waktu kerna tuntutan pengorbanan kerja di ibu kota. namun perayaan kali ini seperti juga perayaan aidilfitri yang lalu, terasa kekurangannya. cuma pusara arwah tok ayah yang diziarahi di pagi hari raya mengubat kerinduan, tapi airmata tetap sukar dihalang dari terus membasahi. Al-Fatihah..

sungguh indah kenangan merayakan hari raya korban di samping keluarga dan insan tersayang sehingga terasa amat berat sekali kaki ini untuk melangkah pulang ke ibu kota, takut² ini merupakan perayaan yang kali terakhir bersama insan² tersayang. aku berdoa agar aku terus dipertemukan dengan suasana indah perayaan ini di masa² mendatang meskipun pengorbanan harus dan terpaksa aku lakukan. InsyaAllah..