
Country : MalaysiaAirline : Malaysian Airline System (MAS)
Aircraft : Boeing B707-321
Reg # : G-AZWA
Engines : 4 Pratt & Whitney JT4A-12
Made : Aeroclassics
Scale : 1:400
Desc. : "1970's - Livery" colors.
ZAC - Zeme Aircraft Collection.
.jpg)




Sementara menanti adik pickup, aku ke anjung tinjau 2nd floor airport dulu utk snap picture belon-belon ni close-up n tapau KFC bawak pulang..terdetik gak di hati aku, bila la Sultan Ismail Petra Airport akan dinaiktaraf jadi International Airport plak, so dapat la nanti bila landing je di WMKC/KBR snap belon-belon dari negara luar plak cam kat KLIA..kalau tak kerana politiking, mungkin Sultan Ismail Petra International Airport (SIPIA) akan jadi kenyataan..WMKC/KBR berpotensi sebenarnya menjadi hub or transit menghubungkan Pantai Timur dengan Thailand, Singapore, Brunei, Filipina dan untuk penerbangan terus semasa musim haji..


Sayang tak dapat snap picture byk-byk, sbb my camera masa ni plak bateri dia nk kong..tapi nak snap byk-byk pun xda belon sgt dah..so after tapau KFC adik sampai airport pickup aku, terus ke Panji amik ma dan adik sorang lagi balik ke rumah Taman Sari..adik-adik dan ma lepas mkn-mkn KFC dorang siap-siap ke Stadium gi jalan-jalan shopping karnival Jom Heboh TV3 yang menyerang KB..aku tak pergi, Jom Heboh kat KL pun aku tak pergi, lagi la kat KB ni nak pergi..bagi aku masa penganjuran Jom Heboh TV3 di KB ni buat kali pertama dalam sejarah TV3 agak tidak bersesuaian masa, ye la sebagai menghormati KDYMM Tuanku Sultan yg masih gering dan tidak sihat sepenuhnya sepatutnya penganjuran karnival seumpama ini ditangguhkan..jika karnival dianjurkan sekadar pameran jual-jualan barangan itu memadai, tapi konsert pada sebelah malamnya agak jangal dan tidak molek di negeri bergelar Serambi Mekah sehingga ada kedengaran suara-suara sinis"Sultan masih tak sihat, rakyat pula malam berhibur di Jom Heboh TV3.."
Cuti-cuti weekend ni aku habiskan masa bersama family selain menguruskan beberapa urusan..hari ahad aku ke bandar KB uruskan perihal insuran Merc arwah tok ayah..ingat boleh la renew kat insuran company BHInsurance yg arwah tok ayah biasa renew sejak Royal & Sun Alliance lagi..punyalah susah juga nak renew insurans keta antik ni sebab kebanyakan insuran company dah tak nak cover meskipun 3rd party, jauh sekali utk 1st party..kalau ada pun loading yg tinggi..tanya kat Uni Asia pun susah, kena dptkan surat pemeriksaan puspakom dulu baru boleh renew..maklum la keta antik keluaran tahun 1985..nasib la dekat Allianz Insurance dpt renew meskipun loading tinggi, itupun utk 3rd party cover fire & theft je..so dah dpt renew insuran, terus ker Taman JPJ Panji utk renew roadtax DH88..dpt la diskaun skit utk kereta lama..ramai juga org kat JPJ, mungkin sebab nak selesaikan sebarang urusan sebelum 30 dan 31 Mac cuti kelepasan am negeri Kelantan sempena Hari Keputeraan Sultan..laju juga plate number Kelantan, pemenang tender siri DBQ pun juga dah keluar di papan notis JPJ..
Nak bercuti ke mana? KL MATTA Fair 2010 pun dah abis semlm, edisi kali tahun ni bermula 12-14 Mac bermula jam 10 pagi - 9 mlm memang mendapat sambutan yang agak luar biasa..so cam biasa, semlm last day MATTA Fair aku tak lepaskan peluang serbu booth kat PWTC nengok² pakej² yang menarik dan best. Mana lah tau kot² untung badan dpt best pakej for honeymoon (baca : bila tu..???)..hahaha..



Ihsan Utusan : Pesawat ATR72 Silverfly mendarat kali pertama di Kota Bharu pada 6 Mac 2010.
Foto Arkib Zeme : Tuanku Sultan Ismail Petra sekitar tahun 1980'an





Bah. 2
Bah. 3
Bah. 4
Sumber : http://razaleigh.com



Aku sampai ke kediaman sekitar jam 3 lebih, jarak aiport dengan kediaman tak lah jauh mana. Kalau pesawat terbang lintas ruang udara rumah pun rasa gerun je kedengaran bunyi enjin. So kesempatan cuti di hometown selama 4 hari ni menyeronokkan bagi merehatkan minda dan melepaskan kerinduan di tanah tumpah kelahiran. Kota Bharu hari ini sudah banyak alami perubahan baik dari pembangunan namun nilai² kebudayaan dan sosial kehidupan masih mengekalkan identiti sebuah kota ibunegeri Cik Siti Wan Kembang.Cuti sebegini adalah ruang kesempatan menghabiskan masa bersama keluarga tersayang, bermanja melayani karenah anak buah dan mengunjungi keluarga "bakal" untuk mengeratkan lagi silahturahim yang bakal dimeterai. Berborak sambil nikmati hidangan ringan meehoon, keropok, beledor, tahu kah apa itu beledor? Kalau orang KL sebut kuih agar² tapi orang Kelantan panggil beledor. Beledor pandan santan yang sejuk, manis dan best menyegarkan tekak. Kalau ada rating 1-5, rate 10 aku kasi, hehehe. Ye la, sebab beledor pandan santan yang color hijau atas dan putih jernih bawah tu memang one of my fav kuih dan lagi² my bakal yang buat.
Rasa kejap je cuti meskipun 4 hari lepak kat hometown, hari selasa dah kena berangkat terbang balik KL. Takpe cuti raya cina balik KB lagi sebab ada "big day" in my life. So petang selasa 2hb Februari tepat jam 19:25 berlepas dengan flight Firefly FY2069 KBR-SZB dan selamat sampai di Skypark Subang Airport jam 20:30.





Lewat tahun 1990-an sehingga tahun 2007 Malaysia Airlines penerbangan komersial milik negara terkenal dengan slogan "Going Beyond Expectations". Kemudiannya berikutan penjenamaan baru pada tahun 2008 Malaysia Airlines telah dikenali dengan slogan "MH is Malaysian Hospitality". Kejayaan dan pengiktirafan yang pernah dianugerahkan kepada Malaysia Airlines oleh badan pengiktirafan Skytrax UK cukup membanggakan rakyat dan negara Malaysia antaranya "World's Best Cabin Crew", "5-Star Airlines" serta menduduki No. 1 "Economy Class Onboard Excellence 2006". Rangkaian Malaysia Airlines bersama anak syarikatnya MASkargo, MASwings dan Firefly membawa suatu dimensi baru bahawa MH mendominasi penerbangan kelas elit negara. Ternyata Malaysia Airlines kekal dengan kelas tersendiri yang cukup membanggakan membawa Malaysia ke mata dunia.
AirAsia, penerbangan tambang murah yang terkenal dengan slogan "Now Everyone Can Fly" mencuri perhatian umum untuk turut serta dalam industri penerbangan komersial negara. Permulaan penerbangan AirAsia dengan laluan domestik kemudian melebarkan sayap ke destinasi sekitar ASEAN, kini AirAsia telah menjelajah tembok besar negara China, Hong Kong, Macau, Australia, India serta UK dan UAE. Bersama rangkaian AirAsia X (D7), Thai AirAsia (FD), Indonesia AirAsia (QZ) ternyata AirAsia telah menjadi suatu entiti penerbangan komersial yang begitu terkenal dalam kelas tambang murah dan pengiktirafan di terima daripada Skytax UK dengan anugerah "World's Best Low-Cost Airline" meletakkan AirAsia semakin disegani.
Zeme has fly on -
Fokker 50, ATR72-500, B737-200, B737-400, B747-400, A320, A330-200