Pages

Monday, March 29, 2010

Cuti-Cuti Mac KBR..

Lately ni kerap sangat aku balik hometown, pantang weekend or cuti je aku balik..jengok-jengok kampung (Taman Sari) la juga walau hidup di kota KL..so kalau balik hari weekend (cuti pendek 2-3 hari) biasa aku tak bawak my car balik sama, ye la kalau drive makan masa 7-8 jam gak sampai KB dari KL..so nak cepat amik je flight..easy and fast..balik cuti kali ni bkn sekadar nak cuti gak, tapi ada beberapa urusan yg aku nak settlekan kat KB..

Pagi sabtu 27 Mac, bergerak ke LCCT..flight AK5286 dijadual berlepas jam 13:40 namun agak delayed sikit beberapa minit..tapi delayed tak pe, asal jgn cancel je..kali ni terbang bersama AK rego 9M-AHQ "Bank Rakyat" livery, pantang tgk kapal (belon - kalau org sarawak bilang) special livery mula la tangan gatal-gatal nak snap picture..so lebih krg 13:45 belon berlepas dan landing di Sultan Ismail Petra Airport jam 14:40. Camera dah siap-siap nak snap AK "Bank Rakyat" ni, tapi mata beralih arah plak kat 2 kapal milik TUDM kat parking bay airport ready utk take-off..Airtech CN-235-220M rego M44-01 dan M44-06.

Sementara menanti adik pickup, aku ke anjung tinjau 2nd floor airport dulu utk snap picture belon-belon ni close-up n tapau KFC bawak pulang..terdetik gak di hati aku, bila la Sultan Ismail Petra Airport akan dinaiktaraf jadi International Airport plak, so dapat la nanti bila landing je di WMKC/KBR snap belon-belon dari negara luar plak cam kat KLIA..kalau tak kerana politiking, mungkin Sultan Ismail Petra International Airport (SIPIA) akan jadi kenyataan..WMKC/KBR berpotensi sebenarnya menjadi hub or transit menghubungkan Pantai Timur dengan Thailand, Singapore, Brunei, Filipina dan untuk penerbangan terus semasa musim haji..

Sayang tak dapat snap picture byk-byk, sbb my camera masa ni plak bateri dia nk kong..tapi nak snap byk-byk pun xda belon sgt dah..so after tapau KFC adik sampai airport pickup aku, terus ke Panji amik ma dan adik sorang lagi balik ke rumah Taman Sari..adik-adik dan ma lepas mkn-mkn KFC dorang siap-siap ke Stadium gi jalan-jalan shopping karnival Jom Heboh TV3 yang menyerang KB..aku tak pergi, Jom Heboh kat KL pun aku tak pergi, lagi la kat KB ni nak pergi..bagi aku masa penganjuran Jom Heboh TV3 di KB ni buat kali pertama dalam sejarah TV3 agak tidak bersesuaian masa, ye la sebagai menghormati KDYMM Tuanku Sultan yg masih gering dan tidak sihat sepenuhnya sepatutnya penganjuran karnival seumpama ini ditangguhkan..jika karnival dianjurkan sekadar pameran jual-jualan barangan itu memadai, tapi konsert pada sebelah malamnya agak jangal dan tidak molek di negeri bergelar Serambi Mekah sehingga ada kedengaran suara-suara sinis"Sultan masih tak sihat, rakyat pula malam berhibur di Jom Heboh TV3.."

Cuti-cuti weekend ni aku habiskan masa bersama family selain menguruskan beberapa urusan..hari ahad aku ke bandar KB uruskan perihal insuran Merc arwah tok ayah..ingat boleh la renew kat insuran company BHInsurance yg arwah tok ayah biasa renew sejak Royal & Sun Alliance lagi..punyalah susah juga nak renew insurans keta antik ni sebab kebanyakan insuran company dah tak nak cover meskipun 3rd party, jauh sekali utk 1st party..kalau ada pun loading yg tinggi..tanya kat Uni Asia pun susah, kena dptkan surat pemeriksaan puspakom dulu baru boleh renew..maklum la keta antik keluaran tahun 1985..nasib la dekat Allianz Insurance dpt renew meskipun loading tinggi, itupun utk 3rd party cover fire & theft je..so dah dpt renew insuran, terus ker Taman JPJ Panji utk renew roadtax DH88..dpt la diskaun skit utk kereta lama..ramai juga org kat JPJ, mungkin sebab nak selesaikan sebarang urusan sebelum 30 dan 31 Mac cuti kelepasan am negeri Kelantan sempena Hari Keputeraan Sultan..laju juga plate number Kelantan, pemenang tender siri DBQ pun juga dah keluar di papan notis JPJ..

Sewaktu menulis ni, aku masih lag bercuti di KB, selasa ni baru berangkat terbang balik KL..isnin dan selasa masih ada dua hari nak settle sebarang urusan di sini dan abiskan masa-masa indah di negeri kelahiran ku..

2 comments:

yiemega said...

demo asal kota bharu ko?

zeme said...

Salam yiemega,

Yup, asal kota bharu tapi bekerja kat kuala lumpur. So sekali or dua kali sebulan balik tengok² hometown..hehehe