Pages

Wednesday, March 31, 2010

JaSaD di KL..HaTi di KB..

Mata masih mengantuk, badan masih penat² sikit..jasad je di KL tapi hati masih di KB..itulah lumrah anak perantau macam aku..flight AK5295 KBR-KUL rego 9M-AHA semlm sepatutnya dijadualkan berlepas jam 22:35 namun kelewatan hampir setengah jam..agak ramai penumpang rata-rata warga Kelantan yg menanti dgn penuh sabar di boarding hall Sultan Ismail Petra Aiport..turut kelihatan EXCO kerajaan Kelantan, Dato' Mohd Amar sekeluarga..

Setelah hampir setengah jam, pesawat AK5295 selamat berlepas tepat jam 23:05..sewaktu dalam kabin, ketua pramugari bertugas melakukan pengumuman memohon maaf bagi pihak AirAsia kepada penumpang² atas kelewatan yg berlaku..menyejukkan hati para penumpang yg kelihatan sedikit resah atas kelewatan terbabit..kabin pesawat mlm tadi hampir penuh dgn penumpang, mungkin kesempatan cuti umum negeri Kelantan selama 2 hari bersempena hari Keputeraan Sultan Kelantan diambil untuk bersiar-siar dan bercuti bersama family serta rakan²..dari anak kecil sehinggalah ke warga tua..coret² celoteh, ada yg dlm perjalanan utk bercuti ke Indonesia selain K.Lumpur..

Tepat jam 23:50, pesawat selamat mendarat di LCCT, hari sudah hampir tgh mlm dan mata sudah mulai mengantuk sesgt ..dari LCCT sepang menuju KL pun ambil masa lagi sejam, jam 2 pagi baru smpai rumah dan dapat lelap sekejap je utk bangun pergi kerja pula di awal pagi..maybe flight delayed tanda tidak membenarkan aku balik ke KL, semacam tahu bahawa hanya jasadku di KL, tapi hatiku masih tetap di KB..so no wonder aku akan pulang lagi ke KB april nanti kerana aku sangat merindui negeri kelahiranku..

No comments: