Pages

Thursday, March 4, 2010

Al-SuLTan KelaNtan SeLaMat KeMbali Ke KB...

Alhamdullilah dan panjat syukur kehadrat Illahi, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, Al-Sultan dan Raja Yang Di-Pertuan bagi negeri Kelantan Darul Naim atas keberangkatan pulang baginda dengan selamatnya tiba kembali ke Kota Bharu hari ini tanggal 04 Mac 2010 bersamaan 18 Rabiuawal 1431H setelah sejak bulan Mei 2009 berada di Singapura untuk menjalani rawatan perubatan di Hospital Mt. Elizabeth.

Baginda Tuanku Sultan yang ditemani oleh Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid selamat tiba dengan pesawat khas kerajaan Malaysia di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kota Bharu jam 12.30 tengahari dengan disambut oleh ribuan rakyat jelata yang membanjiri perkarangan Lapangan Terbang sejak pagi. Semasa di Singapura dilaporkan YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang juga merupakan bapa saudara kepada Tuanku Sultan serta Ahli Parlimen Gua Musang turut mengiringi keberangkatan pulang baginda di Lapangan Terbang Changi. Setibanya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, baginda seterusnya diiringi dibawa pulang ke Istana Mahkota Kubang Kerian yang mana di perkarangan pintu masuk istana, rakyat jelata turut menyambut dan mengalu-galukan keberangkatan pulang Tuanku Sultan Kelantan.

Foto Arkib Zeme : Tuanku Sultan Ismail Petra sekitar tahun 1980'an

Bersempena dengan keberangkatan pulang dan Hari Keputeraan Tuanku Sultan yang ke-60 bakal menjelang tiba pada 30 Mac ini, saya bersama rakyat Kelantan merafak sembah dan menjunjung kasih memanjatkan doa kesejahteraan serta selamat beradu keatas Tuanku Sultan. Lanjutkan usia Al-Sultan kami, Sultan Kelantan raja ikrami..DAULAT TUANKU.

No comments: