Sunday, August 31, 2008
MERDEKA iNi..
merdeka ini lautan direnangi
merdeka ini hujan diharungi
merdeka ini taufan dirintangi
merdeka ini cekal kendiri
merdeka ini kental terpatri
merdeka ini pantas berlari
merdeka ini tegap berdiri
merdeka ini semangat memberahi
merdeka ini kudrat membasahi
merdeka ini keringat memeluhi
merdeka ini rahmat melimpahi
merdeka ini pupus emosi
merdeka ini halus ilusi
merdeka ini tulus warasi
merdeka ini cetus realisasi
selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan ke-51, kerana negaraku negara MERDEKA...!!!
Friday, August 29, 2008
CeriTa 3 Ta..
Penangan 3 Ta yang menjadi kuasa paling ampuh yang menguasai hati dan membuat pemiliknya cukup terlena sekiranya nafsu 3 Ta mengatasi akal pertimbangan. Kita boleh jadi suka atau duka kerana wanita, kita boleh jadi kaya atau papa kerana harta dan kita boleh jadi puji atau keji kerana takhta. Antara sedar atau lalai, kita boleh jatuh tersanggah atau diri bermegah pukulan kerenah 3 Ta ini.
Jika dihadirkan wanita, kita menghendakkan harta. Jika sudah memiliki wanita dan harta, kita mengharapkan anugerah takhta. Lumrah dan fitrah sukar untuk menjalani titian hidup tanpa pelengkap 3 Ta ini kerana tarikannya cukup membuatkan kita menggeletar, membuaikan kita dari tersedar, meletakkan kita jauh tersasar dari landasan sebenar-benar.
Semua insan berhak dan layak mempunyai 3 Ta tersebut, yang membezakan hanya cara bagaimana memiliki serta menguruskannya, jika melanggar batas syarak ketentuan dan ketetapan maka akan menjadi kebatilan mencipta kesalahan. Pengurusan 3 Ta ini akan menjadi indah sekiranya memiliki secara halal, bukan menghalalkan cara dengan menodai untuk menalukinya.
Jika diajukan kepada penulis, wanita itulah merangkumi harta dan takhta yang tiada ternilai ukuran infiniti sebaik semolek pemilikan yang tersemat di hati. Maka, antara entiti wanita, harta dan takhta yang mana buruan, tujuan dan igauan keutamaan anda?
Thursday, August 28, 2008
PRK Permatang Pauh : KaTa KuLi..

YBM Tengku Razaleigh Hamzah
Ahli Parlimen, Gua Musang
31 Jalan Langgak Golf
55000 Kuala Lumpur
Lima bulan setelah kekalahan Pilihanraya Umum terbesar dalam sejarah kita, UMNO kini mengalami kekalahan yang besar pula di Permatang Pauh. Kekalahan ini dirasai walaupun dengan mengerahkan kepimpinan dan menggunakan sumber-sumber parti yang telah menerajui kerajaan selama lima puluh tahun. Kekalahan ini dirasai walaupun melaksanakan kempen yang menghina dan memecah-belahkan Negara kita. Sudah tiba masanya kita menerima hakikat sebenar: italah yang telah dikuburkan:
- Kepimpinan Negara ditolak oleh rakyat dan juga ditolak oleh ahli-ahli kita sendiri. Kiraan undi Barisan Nasional kurang daripada jumlah ahli UMNO di Permatang Pauh.
- Di kalangan parti-parti komponen kita sendiri, kempen kita bukan sahaja tidak bermaya, bahkan tidak diselaraskan dengan baik.
- Rasa kebolehpercayaan terhadap Perdana Menteri dan Timbalannya yang setidak-tidaknya ada selepas 8 Mac kini hapus sama sekali.
Kad laporan hari ini yang dihantar kepada Perdana Menteri selaku Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang dan Pengerusi BN, tidak boleh disembunyikan: beliau tidak mempunyai kredibiliti yang diperlukan untuk menguruskan Negara kita, apatah lagi mengemudinya ke arah baru dalam dunia yang begitu rumit dan kompleks. Beliau mungkin tidak mempunyai kredibiliti yang diperlukan untuk menyatukan Negara kita. Keadaan ini amat merbahaya dan tidak boleh berterusan: ianya tidak akan berterusan.
Saya merayu kepada ahli-ahli UMNO dan parti-parti komponen BN supaya terus bersama UMNO dalam menghadapi krisis ini. Rakyat Malaysia dan juga ahli-ahli biasa UMNO sudah melaungkan suara kemerdekaan mereka. Mereka menuntut kepimpinan yang boleh dipercayai dan akan menyatukan mereka, yang akan mengembalikan kepercayaan terhadap institusi-institusi dan akan mara dengan wawasan yang jelas. Hari ini membuktikan yang arah aliran ini tidak boleh dihalang. UMNO mesti berubah. Kita mulakan dengan memulihkan kepimpinan Parti. Saya yakin, pada bulan Disember, kita akan berbuat demikian.
Tengku Razaleigh Hamzah
Monday, August 25, 2008
MERDEKA : KoLeKsi NoSTaLgia..
(Ihsan sumber koleksi dan hakmilik Arkib Negara Malaysia)
Sejarah Kemerdekaan
Ke Arah Mencapai Kemerdekaan
Penubuhan Malaysia
Saturday, August 23, 2008
MERDEKA atau MeNderHaKa MindA..?
Apa itu MERDEKA? Apa yang kita fahami disebalik erti dan intipati sebuah makna MERDEKA?
YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melaungkan MERDEKA!!!

Kemerdekaan di Stadium Merdeka 31 Ogos 1957.
Tanggal 31 Ogos 2008 beberapa hari lagi, kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-51 sejak laungan MERDEKA...!!! sebanyak 7 kali pada 31 Ogos 1957 oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Stadium Merdeka setelah menerima pengisytiharan kemerdekaannya tepat pada detik pertama pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur bagi menandakan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia. Tema hari kemerdekaan yang ke-51 bagi tahun 2008 ialah "Perpaduan Teras Kejayaan".
Logo sambutan ulangtahun kemerdekaan 2008.
Rekabentuk logo sambutan ulangtahun kemerdekaan bagi tahun ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan "Perpaduan Teras Kejayaan". 3 ikatan figura berbentuk manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara. 3 figura berbentuk manusia digayakan bergandingan bahu mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.
Warna merah simbol keberanian rakyat. Warna Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan dan keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.
Pengisian erti kemerdekaan dengan memertabatkan minda yang merdeka bukan menderhaka menjadi perintis yang puitis ke arah memupuk semangat cintakan perpaduan, rindukan keutuhan serta sayangkan kemuafakatan seluruh jiwa yang bersatu dan jitu. Tanpa ada unsur-unsur prejudis, membebaskan sikap keterbatasan, mendakap dan memeluk sekuat seerat mungkin nilai kemerdekaan yang total atas nilai-nilai integriti minda yang merdeka bukan menderhaka.
Monday, August 4, 2008
UM : VaRSiti keSaYanGanKu..
UM : 1998-2004
Dianugerahkan segulung Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian) Multimedia daripada Pro-Canselor Universiti Malaya iaitu Raja Muda Perak YM Raja Dr Nazrin Shah pada Majlis Istiadat Konvokesyen ke-43 bertarikh 04.08.2004 adalah kemuncak kejayaan setelah kali pertama menjejak kaki pada pengajian Asasi Sains Fizikal di Pusat Asasi Sains UM dalam tahun 1998 dan seterusnya menyambung pengajian pada peringkat ijazah di Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat (FSKTM), Jabatan Multimedia dalam tahun 2000. Projek penyelidikan akhir tahun yang dibangunkan di bawah pengawasan pensyarah Pn Norjihan Abdul Ghani telah dilanjutkan kajiannya seterusnya diterbitkan dan pernah menyertai seminar - Norjihan, A. G. & Izarul, M. I. "Online Learning Of Mathematics In English : An Introduction". First International Conference & Exhibition on E-Learning 2006, Bahrain Conference Centre, Bahrain, 17 – 19 April 2006.
| Universiti Malaya ... |
Saturday, August 2, 2008
UsUL akAr Umbi..
Tengku Razaleigh - Muhyiddin : Gandingan Ideal Presiden - Timbalan Presiden?
Penulis tertarik dengan usul-usul sesetengah Cawangan yang telah selesai bersidang meskipun belum kesemua Cawangan UMNO seluruh negara mengadakan persidangan, namun ada antaranya menunjukkan sikap berani inginkan perubahan daripada pucuk pimpinan UMNO sekarang kepada pemilihan pemimpin yang lain asalkan bukan diterajui lagi oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Berikut sebahagian cebisan kisah apa yang diusulkan pada persidangan Cawangan yang telah selesai sehingga 31 Julai 2008 :-
- 87 Cawangan (Bahagian Gua Musang) - mengusulkan Tengku Razaleigh (Presiden).
- Cawangan Ciku Dua B (Bahagian Gua Musang) - mengusulkan Tengku Razaleigh (Presiden) & DS Najib (Timbalan Presiden).
- Cawangan Kampung Ubai (Bahagian Pekan) - mengusulkan DS Najib (Presiden).
- Cawangan Bukit Kuantan 2 (Bahagian Paya Besar) - mengusulkan DS Najib (Presiden).
- Cawangan USJ 2 (Bahagian Kelana Jaya) - mengusulkan DS Najib (Presiden) & TS Muhyiddin (Timbalan Presiden).
- Cawangan Jalan Enggang (Bahagian Ampang) - mengusulkan Tengku Razaleigh (Presiden).
- Cawangan Parit Simis Darat (Bahagian Parit Sulong) - mengusulkan DS Najib (Presiden) & TS Muhyiddin (Timbalan Presiden).
- Cawangan Kg. Tengah (Bahagian Pagoh) - mengusulkan DS Najib (Presiden) & TS Muhyiddin (Timbalan Presiden).
- Cawangan Desa Jaya (Bahagian Johor Bahru) - TS Muhyiddin (Presiden).
- Cawangan Kelana Jaya Baru (Bahagian Petaling Jaya Utara) - mengusulkan Tengku Razaleigh (Presiden).
- 2 Cawangan (Bahagian Kuala Kedah) dan (Bahagian Pokok Sena) - mengusulkan Tengku Razaleigh (Presiden).
- 12 Cawangan Maharani, Bandar A, Bandar, Parit Perupuk Laut, Sungai Balang, Kampung Indah Parit Bugis, Seri Kemang, Sungai Kelat, Sungai Pulai, Seri Rahmat, Seri Pantai dan Paya Lebar (Bahagian Muar) - mengusulkan Tengku Razaleigh (Presiden).
- 1 Cawangan (Bahagian Langkawi) - mengusulkan Tengku Razaleigh (Presiden).
- Cawangan Kampung Tua (Bahagian Langkawi) - mengusulkan DS Najib (Presiden) & TS Muhyiddin (Timbalan Presiden).
- Cawangan Parit 4 Timur (Bahagian Sabak Bernam) - mengusulkan DS Najib (Presiden) & TS Muhyiddin (Timbalan Presiden).
- Cawangan Kg. Mesjid Jeneri (Bahagian Sik) - mengusulkan Tengku Razaleigh (Presiden).
- Cawangan Kulambai Dundau (Bahagian Kota Belud) - mengusulkan Tengku Razaleigh (Presiden).
- Cawangan Guar Tinggi (Bahagian Padang Besar) - mengusulkan DS Abdullah & DS Najib sama-sama melepaskan jawatan mereka.
- Cawangan Air Keroh (Bahagian Bukit Katil) - mengusulkan DS Abdullah melepaskan jawatan Presiden UMNO dan tidak bertanding pada pemilihan parti Disember 2008.
- 1 Cawangan (Bahagian Alor Gajah) - mengusulkan DS Abdullah melepaskan jawatan Presiden UMNO.
- 1 Cawangan (Bahagian Pandan) - mengusulkan bukan DS Abdullah sebagai Presiden UMNO.
Mungkin usul-usul ini memberikan gambaran awal suara akar umbi yang telah atau belum bersidang yang sebenarnya menginginkan perubahan untuk menyelamatkan UMNO daripada menjadi mangsa krisis kepimpinan dan pentadbiran. Parti UMNO yang ditunjangi oleh ahli-ahli daripada 20,401 Cawangan bagi keseluruhan 191 bahagian UMNO di Malaysia kini akan tetap teguh untuk terus mendokong misi perjuangan Agama, Bangsa dan Tanahair.
(Kemaskini Terbaru: Sehingga 4 Ogos 2008)
Berikut tambahan terkini usul-usul persidangan Cawangan UMNO yang telah selesai sehingga 4 Ogos 2008 :-
- Kesemua 116 Cawangan antaranya Ciku 6, Zon Aring, Kijang Bahagia (Bahagian Gua Musang) - mengusulkan Tengku Razaleigh (Presiden).
- 15 Cawangan antaranya Padang Pohon Tanjung (Bahagian Tumpat) - mengusulkan Tengku Razaleigh (Presiden).
- Cawangan Taman Cahaya (Bahagian Pandan) - mengusulkan Tengku Razaleigh (Presiden) & TS Muhyiddin (Timbalan Presiden).
- Cawangan Jitra (Bahagian Kubang Pasu) - mengusulkan DSU Dr. Rais Yatim (Presiden) & TS Muhyiddin (Timbalan Presiden).
- Cawangan Permas Jaya 7 (Bahagian Pasir Gudang) - mengusulkan TS Muhyiddin (Presiden).
- Cawangan Stulang Laut (Bahagian Johor Bahru) - mengusulkan TS Muhyiddin (Presiden).
- Cawangan Jalan Khamis (Bahagian Kapar) - mengusulkan TS Muhyiddin (Presiden).
- Cawangan Danasari (Bahagian Parit Sulong) - mengusulkan DS Najib (Presiden) & TS Muhyiddin (Timbalan Presiden) serta usul supaya tempoh peralihan kuasa DS Abdullah kepada DS Najib mulai 1 Januari 2009.
- Cawangan Telok Mengkuang (Bahagian Kuala Langat) - mengusulkan agar peralihan kuasa DS Abdullah kepada DS Najib disegerakan mulai 1 Disember 2008.
- Cawangan Sri Pantai (Bahagian Kuala Kedah) - mengusulkan mendesak DS Abdullah meletak jawatan sebagai Presiden sebelum pemilihan parti Disember 2008.
- Cawangan Penggaram Utama (Bahagian Batu Pahat) - mengusulkan Tengku Razaleigh (Presiden).
- Cawangan Bandar Teknologi (Bahagian Kajang) - mengusulkan agar jawatan Presiden & Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan pada pemilihan parti Disember 2008.
(Kemaskini Terbaru: Sehingga 15 Ogos 2008)
Berikut tambahan terkini usul-usul persidangan Cawangan UMNO yang telah selesai sehingga 15 Ogos 2008 :-
- Cawangan Taman Orkid (Bahagian Merbok) - sebulat suara meluluskan usul undi tidak percaya terhadap DS Abdullah selaku Presiden UMNO, juga mengusulkan TS Muhyiddin (Presiden) & Tengku Razaleigh (Timbalan Presiden).
- Cawangan Kampung Candi, Cawangan Semeling (Bahagian Merbok) - mengusulkan TS Muhyiddin (Presiden) & Tengku Razaleigh (Timbalan Presiden).
- Cawangan Sungai Layar Hujung (Bahagian Merbok) - mengusulkan DS Najib (Presiden) & TS Muhyiddin (Timbalan Presiden).
- Cawangan Taman Seroja (Bahagian Merbok) - mengusulkan Tengku Razaleigh (Presiden) & TS Muhyiddin (Timbalan Presiden)
- Cawangan Taman Bersatu (Bahagian Sungai Petani) - mengusulkan DS Najib (Presiden) & TS Muhyiddin (Timbalan Presiden).
- Cawangan Bandar Baru Jaya Gading (Bahagian Pekan) - mengusulkan Tengku Razaleigh (Presiden) & DS Najib (Timbalan Presiden) serta usul sistem kuota bagi semua jawatan yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO dimansuhkan.
- Cawangan Kampung Tembioh (Bahagian Kota Tinggi) - mengusulkan DS Najib (Presiden) & TS Muhyiddin (Timbalan Presiden).
- Cawangan Sungai Buloh Country Resort (Bahagian Kuala Selangor) - mengusulkan usul meminta tempoh peralihan kuasa daripada DS Abdullah Ahmad Badawi kepada DS Najib Tun Razak, dilakukan mulai 1 Januari 2009.
- Cawangan Hulu Bernam (Bahagian Hulu Selangor) - sebulat suara meluluskan usul mencadangkan ke Bahagian tidak mencalonkan DS Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden UMNO dan juga turut membawa usul mencadangkan percalonan DS Najib (Presiden) & TS Muhyiddin (Timbalan Presiden).
- Cawangan Tasik Tanjung Belanja (Bahagian Parit) - mengusulkan Tengku Razaleigh (Presiden).
- 3 Cawangan Manjoi, Kledang, Kelebang (Bahagian Tambun) - mengusulkan Tengku Razaleigh (Presiden).
- Cawangan Kampung Rahmat (Bahagian Bukit Gantang) - meluluskan usul supaya DS Abdullah meletak jawatan dengan segera.
- Cawangan Taman Sri Putra (Bahagian Kuala Langat) - meluluskan usul “agar saf kepemimpinan UMNO Malaysia” dirombak seberapa segera, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan serta mencadangkan DS Najib (Presiden) & TS Muhyidin (Timbalan Presiden).
- 2 Cawangan Kampung Pauh, Tengkawang (Bahagian Hulu Terengganu) - mengusulkan dan memberikan sokongan penuh Tengku Razaleigh (Presiden).
- Cawangan Tok Mucung Wakaf Tapai (Bahagian Marang) - mengusulkan dan sebulat suara mencadangkan Tengku Razaleigh (Presiden).
- Cawangan Masjid Pakistan (Bahagian Titiwangsa) - mengusulkan Tengku Razaleigh (Presiden) & TS Muhyiddin (Timbalan Presiden).
Friday, August 1, 2008
SePaNTas Bila TerCaNTas..
Kadangkala ini mencetuskan suatu krisis keyakinan dan pelbagai keraguan sama ada tindakan sepantas bila tercantas akan menyelesaikan permasalahan atau sekadar menambahkan lagi permasalahan yang mengusutkan. Memang benar melarikan diri mungkin bukan kaedah penyelesaian terbaik tetapi kalau itu yang mampu untuk memberikan impak permulaan ke arah penamatan kenapa tidak? Memperlihatkan skop untuk memberikan keyakinan dan membina kembali jati diri apabila terkandas atau tercantas dalam sesuatu pekara, tindakan sepantas perlu diambil sebelum ia berterusan memakan kebolehan mencipta ruang atau peluang keemasan disusuli dengan penyudahan yang bijak.
Memandang, menilai serta menganalisa kekurangan diri adalah suatu tindakan merentas yang terpuji kerana ia boleh menjadi panduan dan haluan untuk melakukan migrasi yang terbaik dan sebaik mungkin sebelum pekara terkeji datang mendampingi atas sindrom kelemahan dan kegagalan menguasai situasi disebabkan aliran dan kitaran hidup yang terlalu memaksa sama ada memilih kebaikan atau keburukan, kerugian atau keuntungan.
Maka sekiranya keadaan terasa diselubungi serta dikelilingi dengan perasaan yang membatasi, keluarkan diri sepantas mungkin untuk melihat pembaharuan yang menanti seterusnya mencipta suatu pembentukan yang bakal mengadaptasi suatu cerita perjalanan kehidupan yang diidami dan diingini kerana antara sedar mahupun tidak, sepantas bila tercantas bisa melahirkan erti sebenar akal dan jiwa yang bebas.
Monday, July 28, 2008
ALif, Ba, TA..
Kita pernah dan sudah biasa mendengar huruf tersebut sejak dari kecil lagi bukan? Begitu indah tatkala dihayati ayat dan ungkapan "Alif, Ba, Ta" yang tersiratnya menjadi tunjang teras asas kepada permulaan untuk penerusan sampai ke pengakhiran. Konsep "Alif, Ba, Ta" ini sebenarnya bilamana di adaptasi, di implementasi di dalam sesuatu kehidupan dan sesebuah perjuangan akan menjadi landasan yang cukup kukuh sebagai panduan dan haluan arah mana yang perlu ditujui ke destinasi tanpa mengabaikan nas-nas kebaikan.
Dalam konteks sesebuah perjuangan hari ini sebagai contoh parti UMNO, penerapan dan pengamalan konsep ini perlu di ambilkira dalam mengembalikan tiga teras utama perjuangan asal UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 iaitu Alif yang bersamaan dengan Agama yakni Islam, Ba yang bersamaan dengan Bangsa yakni Bangsa Melayu dan Ta yang bersamaan dengan Tanah Air yakni Malaysia.
Perjuangan parti UMNO kini umpama semakin sudah jauh menyimpang daripada tiga teras perjuangan asal berkonsepkan "Alif - Agama, Ba - Bangsa, Ta - Tanah Air" kerana kebanyakkan yang menduduki dalam parti sekarang ini bukannya menzahirkan dan melahirkan keikhlasan untuk memperjuangkan idealogi penubuhan parti. Sebaliknya perubahan yang jelas terpampang hanyalah membawa ideologi sendiri semasa berjuang dan yang menjadi keutamaan mengharapkan untuk mendapat sesuatu kepentingan melalui atas nama parti UMNO. Faktor ini telah sedikit sebanyak merebak melemahkan parti keseluruhannya.
Persepsi perlulah di ubah agar ahli-ahli parti terutamanya pemimpin pelapis serta akar umbi tidak membawa ideologi dan agenda yang bercanggah dengan teras perjuangan asal parti UMNO dan seharusnya optimis mengembalikan, menghidupkan dan seterusnya menyuburkan untuk membela konsep perjuangan berlandaskan "Alif - Agama, Ba - Bangsa, Ta - Tanah Air".
Monday, July 21, 2008
DENomiNAsi RM5oo, RM1ooo kEmBALi..?

Wang kertas denominasi bernilai RM500, RM1000 kembali dan boleh ditebus?
Cadangan Bank Negara Malaysia (BNM) ingin menghidupkan semula wang kertas denominasi RM500 dan RM1000 sebagai "legal tender" (wang yang sah) meskipun telah dihapuskan sejak tahun 1999 mencernakan pelbagai reaksi pro dan kontra dalam pasaran ekonomi negara kini. Denominasi yang telah dinyahwang satu masa dahulu menjadi khazanah dalam sejarah koleksi pengeluaran mata wang negara dilihat amat bernilai kembali.
Persoalan itu telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Paduka Ibrahim Ali di Parlimen ketika membawa usul untuk mendebatkan cadangan Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan semula wang kertas RM500 dan RM1000. Namun usulnya ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Bank Negara Malaysia (BNM) pada 12 September 1998 mengumumkan bahawa wang kertas denominasi RM500 dan RM1000 dinyahwang. Wang kertas ini telah ditarik balik sah lakunya dalam pasaran bermula 1 Julai 1999. Wang kertas RM500 dan RM1000 dalam edaran sebelum dinyahwang masing-masing adalah sebanyak 1,989,479 keping dan 4,523,731 keping, dengan jumlah nilai muka sebanyak RM5.52 bilion. Mengikut perangkaan, terdapat kurang daripada 200,000 keping wang kertas RM500 dan RM1000 yang masih dalam edaran dengan jumlah nilai muka lebih kurang RM100 juta.
Apakah kejayaan CIMB membawa pulang 5 keping wang kertas pertama Malaysia yang dicetak pada tahun 1967 bernilai RM1, RM5, RM50, RM100, RM1000 memiliki nombor siri A/1 000001 selepas membidanya sehingga RM639,000 pada satu majlis lelongan di London pada Oktober lalu menjadi kesinambungan kepada wang kertas RM500 dan RM1000 perlu kembali dan boleh ditebus sebagai "legal tender"?
Masih ramaikah rakyat Malaysia yang menyimpan wang kertas RM500 dan RM1000 ini sama ada dalam mahupun luar negara? Sekiranya wang kertas denominasi ini kembali dan boleh ditebus, ia jelas akan menguntungkan pihak dan orang tertentu yang sekian lama menyimpannya bila mana dibawa balik dalam bentuk "bulk" ke dalam pasaran ekonomi negara.
Teringat pesan seorang rakan, jangan jadi hamba kepada duit tapi biarkan duit menjadi hamba kepada kita dan tiada masalah untuk gilakan duit sekalipun tetapi jangan sampai menjadi gila kerana duit.
Friday, July 18, 2008
TaKDiR..
| Opick & Melly Goes... |
Di hempas gelombang dilemparkan angin
Sekisah ku bersedih ku bahagia
Di indah dunia yang berakhir sunyi
Langkah kaki di dalam rencana Nya
Semua berjalan dalam kehendak Nya
Nafas hidup cinta dan segalanya
Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi
Bila mungkin ada luka coba tersenyumlah
Bila mungkin tawa coba bersabarlah
Karena air mata tak abadi
Akan hilang dan berganti hilang kan berganti
Bila mungkin hidup hampa di rasa
Mungkinkah hati merindukan Dia
Karena hanya dengan Nya hati tenang
Damai jiwa dan raga
Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi
Hanya pada Mu Ya Robbi
song by opick & melly goeslaw - takdir
seringkali kali takdir dipersalahkan pabila hampa di rasa, sampai kita terlupa takdir hadir mendekatkan hati kepada Pencipta agar diri terus dewasa..
Friday, July 11, 2008
Ku iNgin KaMu..
| Romance - Ku Ingin... |
Demi semua yang aku jalani bersamamu
Ku ingin kau jadi milikku
Ku ingin kau disampingku
Tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
Dan hanya dirimu yang bisa
Membawa surga dalam hatiku
Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini menemani
Sentuhanmu
Bagaikan tangan sang dewi cinta
Yang berhiaskan bunga asmara
Dan membuatku tak kuasa
Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini menemani
Di setiap arung gerak
Tersimpan di hati kecilku
Bahwa dirimu terindah untukku
Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini menemani
Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernapas
Selama Tuhan masih mengijinkan
Ku ingin selalu menjagamu
Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernapas
song by romance - ku ingin kamu
so sweet song.. best time nyanyi duet with my syg.. (",)
Thursday, July 3, 2008
3 seKawAN.. 2 saHabAT..
Melihatkan perkembangan lanjutan politik Pak Lah-Najib-Anwar seolah-olah tiga sekawan ini terus-terusan mengoncang politik Malaysia dengan pelbagai semacam isu, anasir yang naif lagi daif. Jelas andai seseorang pemimpin itu nawaitu memimpin dengan ikhlas, maka perjuangan mereka akan suci tanpa dicemari sebarang noda yang boleh mengoyahkan hala tuju erti sebuah perjuangan. Biarkan kisah sengketa tiga sekawan Pak Lah-Najib-Anwar berterusan memperlihatkan segala cacat cela andai takdir Allah untuk memberikan anugerah “Malaysia” kepada pemimpin yang ikhlas dan bersih iaitu dua sahabat Ku Li-Muhyiddin yang mungkin menyucikan segala noda politik Malaysia tinggalan angkara sengketa tiga sekawan Pak Lah-Najib-Anwar untuk kesejahteraan semua.
Percaturan politik UMNO kali ini antara yang menarik bakal diterjemahkan oleh ahli-ahli UMNO dalam memberikan impak kepada politik Malaysia keseluruhannya kini dan masa akan datang. Pemilihan Disember ini pada Perhimpunan Agung 2008 dianggap pemerhati sebagai hidup mati hala tujuan pertubuhan UMNO dalam kancah politik tanahair sama ada terus subur atau akan berkubur
Gandingan antara dua sahabat Ku Li-Muhyiddin bakal mempunyai impak yang menyeluruh dalam politik UMNO. Gandingan ini sebenarnya mewakili suara akar umbi gandingan Timur-Selatan, gandingan pemimpin yang bebas dari sebarang desas desus skandal, anasir naif lagi daif yang boleh mengganggu gugat pentadbiran masa depan UMNO dan kerajaan Malaysia. Pemimpin bersih lahir daripada kombinasi semangat memperjuangkan sesuatu perjuangan melebihi kepentingan dan keperluan peribadi.
Kepakaran serta pengalaman luas Ku Li amat diperlukan memulihkan ekomoni negara serta merawat pentadbiran UMNO keseluruhannya. Andai kata Ku Li terpilih menerajui kepimpinan UMNO dan Malaysia walaupun untuk jangka masa setahun ke tiga tahun sekalipun kerana faktor usia beliau, maka sudah lengkap pemulihan-pembaikan-peralihan UMNO untuk di pikul tugas seterusnya pula oleh kepimpinan Muhyiddin.
Dalam percaturan ini, tidak dinafikan kelayakan Najib untuk mengisi posisi paling tertinggi politik UMNO dari segi pengalaman kepimpinan, namun faktor dan anasir kitaran Najib yang membataskan pentadbiran sebenar beliau. Najib seharusnya menyah-hapuskan segala anasir yang boleh mencampuri pentadbiran ala Najib. Tengok sahaja kecelaruan kepimpinan Pak Lah apabila anasir kitaran yang banyak mempengaruhi corak kepimpinan beliau. Pemimpin yang bijak memimpin mampu membuat keputusan yang sebaik-baiknya dan segala keputusan adalah tanggungjawab beliau sepenuhnya kerana itulah perbezaan antara yang memimpin atau yang di pimpin.
Politik itu tidak kotor andai di pimpin oleh pemimpin yang bersih, namun politik akan bergelumang dengan segala jenis keburukan andai kepimpinan diterajui oleh pemimpin yang rosak dan anasir yang mencemarkan.
Lihat kiriman :-
http://kuda-kepang.blogspot.com/2008/03/gandingan-muhyiddin-tengku-razaleigh.html
Thursday, June 19, 2008
PeTRONaS vs KerAjaaN..
Sekilas ringkas...Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) ditubuhkan pada 17 Ogos 1974 di bawah Akta Syarikat 1965 dan adalah dibawah milik Kerajaan Malaysia. Permulaan operasinya adalah di Jabatan Perdana Menteri di Jalan Dato' Onn sebelum berpindah ke Ibupejabatnya di Kuala Lumpur. Pengerusi dan Ketua Eksekutif pertamanya, YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang juga mantan Menteri Kewangan telah dilantik oleh Perdana Menteri Ke-2, YAB Tun Abd. Razak bagi menerajui perbadanan ini. Matlamat utama penubuhan PETRONAS digariskan seperti berikut:-
- melindungi hak kedaulatan negara dan hak serta kepentingan yang sah bagi rakyat Malaysia untuk memiliki dan memajukan sumber petrolium.
- melaksanakan perancangan yang sempurna bagi mengusahakan hasil dan menggunakan sumber petroleum dengan cara yang teratur agar dapat memenuhi keperluan sekarang dan masa depan negara.
- menyertai secara aktif dalam pengusahahasilan petroleum dan memasarkan serta mengedarkan petroleum dan hasil petroleum.
- memastikan yang pasaran tempatan dibekalkan dengan petroleum dan hasil petrokimia dengan harga yang berpatutan.
- menggalakkan penyertaan rakyat tempatan dalam membuat, memasang dan membina loji dan alat perkakas untuk kegunaan industri petroleum dan dalam menyediakan perkhidmatan tambahan dan sokongan.
- menyumbang ke arah pembangunan sektor ekonomi yang berasaskan pertanian dengan menyediakan baja nitrigen.
- memastikan rakyat Malaysia secara keseluruhannya menikmati faedah sepenuhnya daripada pembangunan industri petroleum negara.
Kenapa kerajaan terlalu bergantung kepada sumber terhad sekiranya kerajaan sudah menjangkakan sumber minyak ini akan kehabisan dalam tempoh tertentu? Tiadakah mekanisme proaktif daripada pergantungan langsung kepada sumber terhad ini kepada sumber yang boleh diciptakan atau dijanakan? Seharusnya kerajaan perlu bijak menjangkakan perkembangan ini dalam perangkaan Rancangan Malaysia (RMK) mendatang dengan sudah mempunyai langkah-langkah mengimbangi kepada sumber terhad ini.
Kerajaan pimpinan Perdana Menteri sekarang pernah mengwar-warkan teknologi pertanian dan perladangan sebagai medium penjanaan ekonomi negara yang terbaru. Jadi inilah masa sesuai untuk kerajaan bergerak menjana sumber penghasilan minyak biodiesel, biopetrol daripada penyelidikan perladangan kelapa sawit. Sumber ini tidak terhad kerana sumber ini dijana dan diusahakan dalam jangka masa yang berterusan. Usahasama penyelidikan dan pembangunan oleh kerajaan melalui kementerian perladangan dan komoditi, sains dan teknologi, pertanian serta agensi-agensi FELDA, FELCRA, MPOB dan dengan kepakaran Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Boustead Holdings Petroleum (BHPetrol) atau pihak swasta kepada sumber tidak terhad ini dilihat satu mekanisme yang efisin merubah kepada sumber yang terhad dalam penjanaan ekonomi negara. Malahan syarikat besar minyak dunia, SHELL telah pun memulakan penyelidikan dan pembangunan kepada perkembangan sumber terbaru ini.
Kita boleh mengubah gaya hidup, tetapi kita juga perlu mengubah cara pemikiran ke arah skop yang lebih meluas. Penyelesaian jangka pendek tanpa ada alternatif untuk jangka masa panjang adalah penyelesaian yang terburu-buru dan boleh mendatangkan kerugian. Rakyat mungkin tidak berminat dengan pendapatan kewangan PETRONAS, namun alangkah baiknya jika rakyat diperjelaskan terperinci ke mana, mengapa atau untuk apa hasil daripada pendapatan PETRONAS kepada kerajaan dibelanjakan. Lebih mudah pengertiannya, perbelanjaan oleh kerajaan daripada hasil pendapatan PETRONAS.
Wednesday, June 18, 2008
FORZA ITaLia...!!!
Monday, June 9, 2008
BoLa FeveR..


Tuesday, May 20, 2008
keLuar UMNO : TeKs PeNuh TDM..
Oleh Dr Mahathir Mohamad
Hari ini, Mei 19, 2008 saya mengumumkan keputusan saya untuk keluar daripada UMNO. Isteri saya turut bersama.
Keputusan ini dibuat kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuh 62 tahun dahulu yang berjuang untuk bangsa Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia (Malaya); UMNO yang menggagalkan Malayan Union, memperjuangkan kemerdekaan Malaya dan Malaysia dan membangunkan Malaysia sehingga menjadi Negara yang termaju di antara Negara membangun di dunia.
UMNO yang ada sekarang hanya wujud untuk menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, keluarganya dan tindakan serta dasar yang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan negara.
Kepimpinan Dato Seri Abdullah jelas membawa kekalahan dan bencana kepada Barisan Nasional, UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Kemenangan UMNO di Sabah dan BN di Sarawak bukan kerana kepimpinan Dato Seri Abdullah.
Saya akan jelas satu persatu dasar-dasar dan tindakan Dato Seri Abdullah yang menjadikan Kerajaan pimpinannya dan parti BN dibenci oleh ahli-ahli parti komponen sendiri.
Walaupun sebelum perisytiharan ini saya adalah ahli UMNO tetapi sebenarnya selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri saya tidak dilayan sebagai ahli UMNO.
Saya tidak dibenarkan berjumpa ahli UMNO dan ahli UMNO tidak dibenarkan hadir apa-apa perhimpunan di mana saya dijemput sebagai jurucakap atau penyampai ucapan.
Menteri-Menteri yang dahulu berada dalam Kabinet saya tidak dibenarkan atau tidak berani atau tidak mahu jumpa saya lagi.
Jemputan oleh UMNO dan bukan UMNO kepada saya diarah ditarik balik oleh Menteri Besar dan Polis.
Ramai pemimpin UMNO melepaskan kata-kata kesat kepada saya dan ada yang menyuruh saya keluar daripada UMNO walaupun mereka baru sahaja masuk UMNO. Tidak ada pemimpin UMNO yang pertahankan saya secara terbuka.
Wakil ke Perhimpunan Agong tidak dibenarkan menyuara pendapat mereka. Mulut semua orang ditutup.
Yang didengar hanyalah media arus perdana yang memuji Dato Seri Abdullah sehingga dia percaya dia begitu popular dan akan sapu bersih parti lawan dalam pilihanraya umum ke-12.
Hasilnya ialah kekalahan yang teruk bagi Barisan Nasional. Malangnya mesej yang hendak disampaikan oleh pengundi dan penyokong BN tidak dapat difahami oleh Dato Seri Abdullah.
Dia masih berkata dia menang. Ini sukar diterima oleh orang Kedah, orang Pulau Pinang, orang Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Oleh kerana Dato Seri Abdullah buta mata dan pekak telinga dan tidak faham mesej ahli BN, oleh kerana ahli UMNO pun turut bersama, oleh kerana proses demokrasi tidak berjalan, oleh kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuhkan 62 tahun dahulu, saya berpendapat penyertaan saya sebagai ahli UMNO tidak bermakna dan tidak berguna lagi.
Justeru itu saya ingin umumkan bahawa saya sudah keluar daripada UMNO.
Saya ingin tegaskan bahawa saya bebas dan tidak menyokong mana-mana parti lawan.
Saya akan pohon untuk masuk UMNO apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah berhenti daripada menjadi Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia.
Dr Mahathir bin Mohamad (bekas ahli UMNO No 1)
Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali (bekas ahli UMNO No 2)
Monday, May 19, 2008
CoRetan MEi..
Wednesday, April 30, 2008
AL-FaTihah : gEnap 1 taHun..
arwah tok ayah bersama cicit kesayangan, Yeen
arwah tok ayah, Yeen dan Zeme
arwah tok ayah, YBM Tengku Razaleigh dan sahabat di kenduri rumah Taman SariMonday, March 24, 2008
UMNO : SuRat perPaduan..


Friday, March 21, 2008
PRU12 : CoReTan di KoTa BhaRu..
Pulang ke kampung halaman di malam PRU12 dari kota metropolitan KL begitu menyemarakkan lagi semangat pilihanraya kali ini, melihatkan pula di sepanjang perjalanan berpusu-pusu anak perantauan turut serta kembali umpama mengulangi detik sambutan perayaan Aidilfitri atau Aidiladha. Ya, tiap kali pilihanraya suasana di Kelantan selalunya begitu meriah dengan perang poster, bendera parti berkibaran serta hiasan pondok dan bilik gerakan jentera parti yang bertanding. Alhamdullilah, bertolak pulang lingkungan jam 10 malam dan selamat sampai ke Kota Bharu seawal subuh. Seawal hening pagi selepas menikmati hidangan nasi berlauk, aku meluangkan masa terlebih dahulu meninjau suasana sekitar bandar Kota Bharu dan pusat pembuangan undi di Sek. Men. Agama Mahaad Muhammadi (L), tempat yang bakal aku akan membuang undi.
Meninjau suasana politik sekitar Kota Bharu dan negeri Kelantan begitu menarik, di samping mencongak-congak siapa pilihan calon yang terbaik mewakili kawasan Parlimen P21 Kota Bharu antara Dato' Mohd Fatmi Che Salleh (BN) - Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu atau Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (PAS) - bekas Speaker DUN Kelantan Penggal ke-11. Manakala di peringkat DUN N8 Tanjong Mas memperlihatkan 2 calon kaum wanita antara Rohani Ibrahim (PAS) - bekas YB penyandang kawasan atau Khazuni Dato' Othman (BN) - Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Bharu. Lebih kurang jam 11 pagi baru aku selesai menunaikan tanggungjawab membuang undi.
Waktu tengah hari hingga ke petang, aku bersama beberapa rakan berada di sekitar pejabat Urusetia Portfolio Keselamatan BN Parlimen Kota Bharu di Sri Cemerlang kerana ada sesuatu yang agak menarik berlaku di sana sehinggakan sebilangan anggota FRU terpaksa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Mujurlah tiada apa yang tidak diingini berlaku, namun bagi aku itulah sebahagian corat coret PRU12 di kawasan Parlimen Kota Bharu kali ini.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Sebelum pulang ke rumah lewat petang, aku sempat singgah bertemu beberapa rakan lama sambil menghirup minuman petang di kedai kopi berhampiran Pejabat PAS Bahagian Kota Bharu di Berek 12. Seronok bercerita berbual bersama rakan-rakan lama yang hanya dapat diketemui semasa cuti panjang atau waktu pulang ke kampung halaman. Sebelah malamnya pula waktu yang mendebarkan bagi seluruh rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi dan hingga ke larut malam debaran semakin kuat apabila keputusan PRU12 bertubi-tubi diumumkan sehingga aku boleh terlelap di depan kaca TV. Untuk yang berjaya tahniah serta selamat menunaikan tanggungjawab pada rakyat dan buat yang rebah, haruslah tabah dan percayalah banyak hikmah di sebalik apa yang telah tersurat. Begitulah uniknya suasana politik Malaysia kini.
Tuesday, February 26, 2008
LaST WeEkeNd..
pada hari jumaat mlm yg lepas, aku meluangkan masa bersama my syg menonton wayang berunsur romantica de amor dari negara France berjudul 'Paris Je Taime' di GSC MV. sementara menunggu tayangan midnite itu, kami menjamu selera terlebih dahulu di food court MV kerna di situ terdapat menu masakan fav my syg iaitu nasi beriani ayam goreng tandori. aku amat terharu sesangat di kala my syg menyuapi aku. terasa belaian kasih sayang yg amat ternilai, hanya sebak airmata yg dpt menyatakan betapa hepinya hati aku. tersentuh lagi jiwa aku di kala kami bersantai saling menyuapi menikmati aiskrim Baskin Ronbbins perasa very berry strawberry n strawberry cheesecake, fav my syg. semanis aiskrim yg dirasai, manis lagi saat bersama my syg di kala waktu yg indah itu.
jam hampir lewat mlm n arah kami tertumpu kpd tayangan 'Paris Je Taime'. kami memilih menonton tayangan cerita itu kerna Paris seperti yg kita maklum terkenal sebagai 'lovers place'. mmg ceritanya menarik penuh dgn kisah kasih sayang, menghargai sebuah kisah perhubungan, menyanjungi erti sebuah kisah bernama cinta. tayangan yg memakan masa 2 jam itu, bagaikan terasa kehidupan kini dipenuhi dgn seluruh pengertian makna cinta sebenar. benarlah kata² my syg, "abg.. romantis kan kisah dia..". sementara menunggu memasuki pawagam, kami sempat melihat beberapa artis dan juga penerbit filem yg baru saja selesai menonton pra-tonton promosi flem melayu 'duyung' antaranya farid kamil, Datuk yusof haslam dan lain-lain lagi.
keesokkan sabtu tengah hari, my syg menemani aku ke kedai tayar di klang kerna ingin menukar tayar baru utk my car yg sudah kehausan. sebelum menuju ke Klang, kami terlebih dahulu singgah menikmati lunch di bangsar n pilihan menu kami nasi beriani ayam goreng tandori, roti bawang, kuey tiow goreng. tengah hari yg panas menjadi sejuk n nyaman tatkala di dlm perjalanan pulang ke KL setelah selesai urusan di Klang, kami bersama-sama membasahi tekak menikmati keenakan aiskrim cup. terasa sungguh bertuah badan di kala aku sedang memandu, my syg di sebelah dgn manjanya membelai menyuapi aiskrim. thanks so much syg..u r so sweet my syg.
kami merancang pada sebelah petangnya utk melihat konsert HOT FM BIG JAM di Dataran Petaling Jaya yg bermula jam 4 petang tapi sebelum ke sana, kami menuju ke MD dahulu sambil menemani my syg wash hair kat Snips, The Curve n shopping. hampir jam 6 petang kami bergerak ke konsert tersebut, sekadar merehatkan minda melihat persembahan artis-artis yg dibawakan khas oleh radio HOT FM. namun kenangan yg masih diingati aku pabila jari telunjuk my syg tersepit semasa hendak menutup pintu my car di parking A&W PJ. apa lagi menangis, menitis airmata my sayang. aku mengusapi jari my syg meredakan kesakitan itu sebab aku tau my syg kuat orgnya walaupun manja. "sakit abg..jahat la pintu keta ni abg..abg..sakit.." my syg merengek manja umpama budak kecik, sesekali buatkan aku tersenyum walaupun risau kesakitan my syg itu. kami berlegar-legar di sana hampir ke senja sebelum kami bergerak utk pekena CKT Vista.
char kuey tiow (CKT) di perkarangan Putra LRT Universiti atau dikenali CKT Vista menjadi singgahan kami utk makan malam. yer, CKT speacial merupakan fav my syg di makan bersama kerang bakar. seronok tgk my syg begitu minat sekali menjamu CKT serta kerang bakar lagi² my syg fanatik seafood. udang serta kerang bakar dikopekkan utk my syg n my syg menyuapi aku, itu menjadikan perhubungan kami begitu rapat n menguatkan lagi ikatan kami bersama. selesai pekena CKT, kami menuju ke MD kembali kerna ingin menonton wayang di Cineplex Cineleisure Damansara. yer, kawasan sana antara tempat kesukaan aku untuk bersantai merehatkan minda. sampai di sana, kami menjenguk ke IKEA window shopping peralatan rumah. terasa umpama pasangan husband n wife baru yg sedang mencongak-congak barangan utk kelengkapan rumah. seronok tgk my syg dgn telatah sebagai pakar decoration dari ruang tamu, bilik, dapur serta kelengkapan baby. hehehe..
lebih kurang dekat jam 10 lebih kami menuju ke Cineleisure dari IKEA melalui The Curve Street. aiskrim n my syg umpama lagu n irama yg tak boleh dipisahkan. kali ni Baskin Ronbbins perasa vanilla menjadi pilihan my syg. kami tidak menghabiskan menonton 'Step Up 2 The Streets' meskipun ceritanya agak enjoy n menarik kerna mata my syg mula kekuyuan mengantuk. kami habiskan masa dingin mlm di The Curve Street sebelum ke kedai mamak TTDI pekena roti telor bawang, roti bakar.
Wednesday, February 13, 2008
siAkaP SeNohong..bercAkaP Bohong..?
apabila Perdana Menteri Malaysia, Pak Lah yang dikenali dengan kewarakan dan juga sebagai 'Mr Clean' mula bermain kata² mengenai tarikh pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihanraya umum ke-12 dijalankan dan hari ini tanggal 13 Februari 2008, Pak Lah telah mengumumkan mengenai pembubaran parlimen di Putrajaya wahal sehari sebelumnya di UKM Bangi (12 Februari 2008) beliau seolah-olah memperbodohkan, mempertawakan pertanyaan wartawan serta menafikan mengenai desas desus parlimen akan dibubarkan pada keesokan hari iaitu pada hari ini (13 Februari 2008). persoalannya inikah attitud seorang yang bernama Perdana Menteri? kenyataan beliau yang umpama menipu jutaan rakyat berhubung pekara ini walaupun sedia maklum adalah menjadi hak beliau untuk menentukan tarikh pembubaran parlimen, tapi tidak usahlah sampai perlu mengadaikan kewibawaan beliau dengan kenyataan 'bodoh' itu atau sekurang-kurangnya menghormati hak rakyat yang bertanggungjawab sebagai pembuang undi dan penentu masa depan negara.
BANGI: "Tak jadi bubar esok (hari ini). Seronok khabar angin ini (tetapi) esok (hari ini) tak ada pembubaran Parlimen," kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung desas desus kononnya Parlimen akan dibubarkan hari ini.
Sambil ketawa ketika diajukan soalan sama ada Parlimen akan dibubarkan hari ini, Perdana Menteri berkata, mesyuarat mingguan Kabinet akan tetap diadakan seperti biasa hari ini.
"Apa yang menyebabkan anda berfikir mesyuarat Kabinet itu adalah yang terakhir? Mesyuarat Kabinet ada lagi... ada lagi," katanya pada sidang media selepas melancarkan Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di kampus universiti itu di sini, semalam.
Mengenai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membuat dua perubahan berhubung peraturan pengiraan semula perbezaan undi calon pada pilihan raya umum kali ini, Perdana Menteri berkata: "Saya akan ikut saja apa yang SPR putuskan."
Ditanya mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo bahawa sebahagian daripada calon Barisan Nasional (BN) negeri itu tidak melepasi tapisan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Abdullah berkata, pemilihan calon akan dibuat berdasarkan laporan BPR.
"Mana-mana Ahli Parlimen dan wakil rakyat yang sedang berkhidmat dan yang akan dicalonkan, BPR perlu memberi laporan sama ada mereka clear (bersih) atau tidak. Kalau masih tak clear, payahlah.
"Kalau tak clear, tak clearlah. Dulu ada orang yang namanya masih dalam fail BPR dan siasatan dijalankan, maka saya tak ambil orang itu," katanya sambil menegaskan cakap-cakap atau kenyataan daripada ahli politik bahawa mereka akan menjadi calon tidak akan diambil kira.
Mengenai penilaian terhadap kad laporan wakil rakyat BN, Perdana Menteri berkata, secara umumnya mereka dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab memenuhi banyak perkara diminta rakyat.
Katanya, mereka dapat melaksanakan dasar mengambil kira isu yang sangat menarik perhatian atau isu yang menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan rakyat.
"Bagi saya, boleh dikatakan apa yang disebut dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), hampir semua sudah dimulakan dan pelaksanaan pada peringkat tertentu.
"Ada yang akan mengambil masa yang lama untuk lihat hasilnya dan ada yang cepat seperti pembinaan bangunan itu dan ini, jambatan itu dan ini, tak ada masalah," katanya.
Terdahulu, ketika ditemui pemberita selepas majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri di Putrajaya, Abdullah enggan memberi sebarang jawapan berhubung tarikh pembubaran Parlimen.
"Betulkah esok 13 (hari bulan), anda pasti?" soal beliau kepada wartawan sambil tersenyum dan mengangkat jari telunjuknya ketika ditanya: "Datuk Seri, esok 13".
Angka 13 merujuk tarikh hari ini, iaitu 13 Februari 2008 yang dikatakan nombor kegemaran Perdana Menteri untuk mengumumkan sesuatu.
Ketika diajukan soalan sama selepas perjumpaan dengan Puteri Umno Pulau Pinang di Seberang Jaya, Ahad lalu, Perdana Menteri berkata: "Kenapa 13? Awak semua suka 13, kenapa? Ya, saya suka nombor itu kerana tiada siapa yang mahukannya kerana ia sering dikaitkan dengan kepercayaan karut dan biasanya orang berebut hendak nombor lapan.
"Orang tak ambil, saya ambil (nombor 13) pasal dulu nombor 13 tidak laku, nak ambil nombor satu kena bayar beribu ringgit, nombor dua, nombor lapan, semua kena tender banyak," katanya merujuk nombor pendaftaran keretanya.
Parlimen bubar hari ini
Rabu, 13 Februari 2008M bersamaan 5 Safar 1429H (Utusan Malaysia - 2.41PM)
PUTRAJAYA 13 Feb. - Parlimen dibubarkan hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan.
Serentak dengan itu semua Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali Sarawak, turut dibubarkan.
Pengumuman pembubaran Parlimen itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar di sini hari ini.
Ia dibuat selepas Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi ini bagi mendapatkan perkenan Seri Paduka.
Berikut adalah transkrip penuh kenyataan akhbar Perdana Menteri pada sidang akhbar khas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada pukul 12.35 tengah hari ini:
``Saya ingin mengumumkan mengenai pembubaran parlimen pada hari ini setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini.
``Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk membubarkan parlimen berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 dijalankan.
``Yang di-Pertuan Agong menandatangani perisytiharan pembubaran parlimen.
``Dengan itu, kerajaan-kerajaan negeri turut dinasihatkan membubar Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa pada hari yang sama.
``Suruhanjaya Pilihan Raya juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini.”

