Pages

Tuesday, February 26, 2008

LaST WeEkeNd..

merehatkan minda pada hari hujung minggu sesuatu yang amat indah, lebih² lagi bila dpt bersama insan yg tersayang di sisi. hari minggu yg lepas di kala rata² rakyat malaysia tertumpu kepada hari penamaan calon pilihanraya umum ke-12, begitu juga aku tidak lari dari turut menjenguk perkembangan itu. namun yg teristimewa, aku dpt luangkan masa hari minggu bersama insan yg tersayang kerna itu jauh lebih bermakna dlm hidup aku.

pada hari jumaat mlm yg lepas, aku meluangkan masa bersama my syg menonton wayang berunsur romantica de amor dari negara France berjudul 'Paris Je Taime' di GSC MV. sementara menunggu tayangan midnite itu, kami menjamu selera terlebih dahulu di food court MV kerna di situ terdapat menu masakan fav my syg iaitu nasi beriani ayam goreng tandori. aku amat terharu sesangat di kala my syg menyuapi aku. terasa belaian kasih sayang yg amat ternilai, hanya sebak airmata yg dpt menyatakan betapa hepinya hati aku. tersentuh lagi jiwa aku di kala kami bersantai saling menyuapi menikmati aiskrim Baskin Ronbbins perasa very berry strawberry n strawberry cheesecake, fav my syg. semanis aiskrim yg dirasai, manis lagi saat bersama my syg di kala waktu yg indah itu.

jam hampir lewat mlm n arah kami tertumpu kpd tayangan 'Paris Je Taime'. kami memilih menonton tayangan cerita itu kerna Paris seperti yg kita maklum terkenal sebagai 'lovers place'. mmg ceritanya menarik penuh dgn kisah kasih sayang, menghargai sebuah kisah perhubungan, menyanjungi erti sebuah kisah bernama cinta. tayangan yg memakan masa 2 jam itu, bagaikan terasa kehidupan kini dipenuhi dgn seluruh pengertian makna cinta sebenar. benarlah kata² my syg, "abg.. romantis kan kisah dia..". sementara menunggu memasuki pawagam, kami sempat melihat beberapa artis dan juga penerbit filem yg baru saja selesai menonton pra-tonton promosi flem melayu 'duyung' antaranya farid kamil, Datuk yusof haslam dan lain-lain lagi.

keesokkan sabtu tengah hari, my syg menemani aku ke kedai tayar di klang kerna ingin menukar tayar baru utk my car yg sudah kehausan. sebelum menuju ke Klang, kami terlebih dahulu singgah menikmati lunch di bangsar n pilihan menu kami nasi beriani ayam goreng tandori, roti bawang, kuey tiow goreng. tengah hari yg panas menjadi sejuk n nyaman tatkala di dlm perjalanan pulang ke KL setelah selesai urusan di Klang, kami bersama-sama membasahi tekak menikmati keenakan aiskrim cup. terasa sungguh bertuah badan di kala aku sedang memandu, my syg di sebelah dgn manjanya membelai menyuapi aiskrim. thanks so much syg..u r so sweet my syg.

kami merancang pada sebelah petangnya utk melihat konsert HOT FM BIG JAM di Dataran Petaling Jaya yg bermula jam 4 petang tapi sebelum ke sana, kami menuju ke MD dahulu sambil menemani my syg wash hair kat Snips, The Curve n shopping. hampir jam 6 petang kami bergerak ke konsert tersebut, sekadar merehatkan minda melihat persembahan artis-artis yg dibawakan khas oleh radio HOT FM. namun kenangan yg masih diingati aku pabila jari telunjuk my syg tersepit semasa hendak menutup pintu my car di parking A&W PJ. apa lagi menangis, menitis airmata my sayang. aku mengusapi jari my syg meredakan kesakitan itu sebab aku tau my syg kuat orgnya walaupun manja. "sakit abg..jahat la pintu keta ni abg..abg..sakit.." my syg merengek manja umpama budak kecik, sesekali buatkan aku tersenyum walaupun risau kesakitan my syg itu. kami berlegar-legar di sana hampir ke senja sebelum kami bergerak utk pekena CKT Vista.

char kuey tiow (CKT) di perkarangan Putra LRT Universiti atau dikenali CKT Vista menjadi singgahan kami utk makan malam. yer, CKT speacial merupakan fav my syg di makan bersama kerang bakar. seronok tgk my syg begitu minat sekali menjamu CKT serta kerang bakar lagi² my syg fanatik seafood. udang serta kerang bakar dikopekkan utk my syg n my syg menyuapi aku, itu menjadikan perhubungan kami begitu rapat n menguatkan lagi ikatan kami bersama. selesai pekena CKT, kami menuju ke MD kembali kerna ingin menonton wayang di Cineplex Cineleisure Damansara. yer, kawasan sana antara tempat kesukaan aku untuk bersantai merehatkan minda. sampai di sana, kami menjenguk ke IKEA window shopping peralatan rumah. terasa umpama pasangan husband n wife baru yg sedang mencongak-congak barangan utk kelengkapan rumah. seronok tgk my syg dgn telatah sebagai pakar decoration dari ruang tamu, bilik, dapur serta kelengkapan baby. hehehe..

lebih kurang dekat jam 10 lebih kami menuju ke Cineleisure dari IKEA melalui The Curve Street. aiskrim n my syg umpama lagu n irama yg tak boleh dipisahkan. kali ni Baskin Ronbbins perasa vanilla menjadi pilihan my syg. kami tidak menghabiskan menonton 'Step Up 2 The Streets' meskipun ceritanya agak enjoy n menarik kerna mata my syg mula kekuyuan mengantuk. kami habiskan masa dingin mlm di The Curve Street sebelum ke kedai mamak TTDI pekena roti telor bawang, roti bakar. 

No comments: