Wanita, Harta, Takhta
Penangan 3 Ta yang menjadi kuasa paling ampuh yang menguasai hati dan membuat pemiliknya cukup terlena sekiranya nafsu 3 Ta mengatasi akal pertimbangan. Kita boleh jadi suka atau duka kerana wanita, kita boleh jadi kaya atau papa kerana harta dan kita boleh jadi puji atau keji kerana takhta. Antara sedar atau lalai, kita boleh jatuh tersanggah atau diri bermegah pukulan kerenah 3 Ta ini.
Jika dihadirkan wanita, kita menghendakkan harta. Jika sudah memiliki wanita dan harta, kita mengharapkan anugerah takhta. Lumrah dan fitrah sukar untuk menjalani titian hidup tanpa pelengkap 3 Ta ini kerana tarikannya cukup membuatkan kita menggeletar, membuaikan kita dari tersedar, meletakkan kita jauh tersasar dari landasan sebenar-benar.
Semua insan berhak dan layak mempunyai 3 Ta tersebut, yang membezakan hanya cara bagaimana memiliki serta menguruskannya, jika melanggar batas syarak ketentuan dan ketetapan maka akan menjadi kebatilan mencipta kesalahan. Pengurusan 3 Ta ini akan menjadi indah sekiranya memiliki secara halal, bukan menghalalkan cara dengan menodai untuk menalukinya.
Jika diajukan kepada penulis, wanita itulah merangkumi harta dan takhta yang tiada ternilai ukuran infiniti sebaik semolek pemilikan yang tersemat di hati. Maka, antara entiti wanita, harta dan takhta yang mana buruan, tujuan dan igauan keutamaan anda?

2 comments:
kalau saya sudah wanita, apa pula yang saya harus pilih? pilih harta kot :-)
saudari anis,
sudah tentu wanita memilih harta bukan? tepuk dada tanya selera. (",)
Post a Comment