Pages

Monday, March 15, 2010

KL MaTTa FaIR 2010...JaLaN²

Nak bercuti ke mana? KL MATTA Fair 2010 pun dah abis semlm, edisi kali tahun ni bermula 12-14 Mac bermula jam 10 pagi - 9 mlm memang mendapat sambutan yang agak luar biasa..so cam biasa, semlm last day MATTA Fair aku tak lepaskan peluang serbu booth kat PWTC nengok² pakej² yang menarik dan best. Mana lah tau kot² untung badan dpt best pakej for honeymoon (baca : bila tu..???)..hahaha..

Oklah, entry fee RM3 je..yg penting byk information kita boleh dpt dari pihak² terlibat..agent travel, airlines, hotel dan macam² pakej holiday. So first booth aku serbu, Firefly Holiday booth..menariknya Firefly Penalty Kick kt situ yg offered amazing prizes for participants..masa tengah² survey pakej Firefly kt situ, ada seorang pelanggan yg bertuah badan..memang berbaloi-baloi..join je Penalty Kick, tendang kena kon..pastu suprise..dpt bawa balik Maxis-Blackberry mobile phone and a Chronotech watch..congrats..ada juga the ATR Firefly Simulator challenge bagi mereka yg suka bawa aircraft..prize not bad, 2-return tickets to Brisbane as the prize for the grand champion..and tickets to any of Firefly’s destinations..

Survey pakej Firefly ke Koh Samui, Thailand mmg menarik..pakej ke Disneyland Hong Kong + Shenzen agak berpatutan..around 1.5K per pax 5D4N flight by Cathay Pacific..offered by Malaysia Airlines pun cukup menarik..mmg kelabu mata tgk pakej² yg ditawarkan..so no wonder Firefly mampu mengutip jualan 1.8 juta dlm masa 3 hari MATTA Fair kali ni..ke Bangkok, Gold Coast and Australia pun best..ke Europe pun lagi lah best..hehehe..pendek kata mmg byk pilihan semasa MATTA Fair ni..

Penerangan, penjelasan, panduan yg diberikan oleh agent² travel tentang destination, accommodation, transportation very informative.. pusing²..jalan²..survey² sampai la hampir ke closing ceremony..dengar² September nanti MATTA Fair akan kembali lagi..so be prepare for the next year trip and vacation..

Saturday, March 13, 2010

ZAC : Malaysia Airlines B737-800W (OK-TVC)


Country : Malaysia
Airline : Malaysia Airlines
Aircraft : Boeing B737-800W
Reg# : OK-TVC
Engines : 2 CFM56-7B26
Made : Phoenix
Scale : 1:400
Desc : "1990's - Livery" colors.

ZAC - Zeme Aircraft Collection.

Tuesday, March 9, 2010

SiLverFly..Malaysia New LCC..

Silverfly menjadi syarikat kelas penerbangan tambang murah (low cost carrier - LCC) terbaru milik penuh usahawan tempatan selepas AirAsia dan Firefly yang menawarkan perkhidmatan penerbangan di Malaysia dan telah beroperasi untuk laluan Ipoh (IPH), Medan (MES), Subang (SZB) dan yang terbaru untuk penerbangan bermula 18 Mac 2010 bagi laluan Kota Bharu (KBR).

Sebelumnya Silverfly menjalinkan kerjasama dengan syarikat penerbangan dari Indonesia iaitu Riau Airlines untuk laluan IPH-MES-IPH, namun kini Silverfly telah beroperasi penuh tanpa kerjasama Riau Airlines dengan menjadikan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh, Perak sebagai hub operasi.

Menurut sumber, laman web rasmi Silverfly iaitu www.silverflyperak.com akan dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Besar Perak pada sebelah tengahari 16 Mac 2010 bertempat di Lapangan Terbang Azlan Shah (LTSAS) Ipoh. Pada peringkat awal operasi setakat jadual Mac 2010 Silverfly menawarkan laluan SZB-IPH-MES-IPH-SZB (Selasa & Sabtu), SZB-KBR-IPH-MES-SZB (Khamis), SZB-IPH-MES-IPH-KBR-SZB (Ahad).

Ihsan Utusan : Pesawat ATR72 Silverfly mendarat kali pertama di Kota Bharu pada 6 Mac 2010.

Pesawat ATR72 Silverfly buat kali pertama telah mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu pada 6 Mac 2010 menandakan permulaan pengembangan sayap operasi bagi laluan Kota Bharu (KBR) yang akan mula terbang membawa penumpang laluan SZB-KBR pada 18 Mac ini. Silverfly juga menjangka akan mengadakan laluan baru ke Singapura (SIN) dan Phuket (HKT) menjelang April 2010.

Thursday, March 4, 2010

Al-SuLTan KelaNtan SeLaMat KeMbali Ke KB...

Alhamdullilah dan panjat syukur kehadrat Illahi, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, Al-Sultan dan Raja Yang Di-Pertuan bagi negeri Kelantan Darul Naim atas keberangkatan pulang baginda dengan selamatnya tiba kembali ke Kota Bharu hari ini tanggal 04 Mac 2010 bersamaan 18 Rabiuawal 1431H setelah sejak bulan Mei 2009 berada di Singapura untuk menjalani rawatan perubatan di Hospital Mt. Elizabeth.

Baginda Tuanku Sultan yang ditemani oleh Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid selamat tiba dengan pesawat khas kerajaan Malaysia di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kota Bharu jam 12.30 tengahari dengan disambut oleh ribuan rakyat jelata yang membanjiri perkarangan Lapangan Terbang sejak pagi. Semasa di Singapura dilaporkan YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang juga merupakan bapa saudara kepada Tuanku Sultan serta Ahli Parlimen Gua Musang turut mengiringi keberangkatan pulang baginda di Lapangan Terbang Changi. Setibanya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, baginda seterusnya diiringi dibawa pulang ke Istana Mahkota Kubang Kerian yang mana di perkarangan pintu masuk istana, rakyat jelata turut menyambut dan mengalu-galukan keberangkatan pulang Tuanku Sultan Kelantan.

Foto Arkib Zeme : Tuanku Sultan Ismail Petra sekitar tahun 1980'an

Bersempena dengan keberangkatan pulang dan Hari Keputeraan Tuanku Sultan yang ke-60 bakal menjelang tiba pada 30 Mac ini, saya bersama rakyat Kelantan merafak sembah dan menjunjung kasih memanjatkan doa kesejahteraan serta selamat beradu keatas Tuanku Sultan. Lanjutkan usia Al-Sultan kami, Sultan Kelantan raja ikrami..DAULAT TUANKU.

Sunday, February 28, 2010

ZAC : Malaysia Airlines Fokker F50 (9M-MGK)


Country : Malaysia
Airline : Malaysia Airlines
Aircraft : Fokker F50
Reg # : 9M-MGK
Engines : 2 Pratt & Whitney Canada PW125B Turboprops
Made : JCWings
Scale : 1:400
Desc. : "1990's - Livery" colors.

ZAC - Zeme Aircraft Collection.

In sweet memories flown with MAS F50 during outstation at Sarawak & Sabah in the past years ago before MASwings take over F50 operation.

Friday, February 26, 2010

KaSih HaDir..FeRRero RonDNoir..


A big suprise for me..ye lah, masa kat ofis semlm sebelum lunch ada bungkusan poslaju diterima..dari insan tersayang..so berteka-tekilah hati, apa plak gerangan kandungan bungkusan kali ni..nak kata terlampau ringan, berat la juga..nak kata berat takde la sangat..sedang-sedang je..saiz bungkusan besar pun tidak, kecik pun tidak..ikutkan hati nak buka terus, tapi kasi cool dulu nanti dah balik umah baru buka..amik bau bungkusan je dulu..tekaan hati cam bungkusan berisi coklat..entah ya entah tidak..rasanya cam coklat..so terus kol insan tersayang, thanks syg..terharu abg..

Sampai je umah, dgn excited buka hadiah cukup bermakna ini..tekaan awal tadi cam coklat..so buka dari bahagian hujung bungkusan dark blue bunga-bunga dah nampak bayang sikit-sikit..kotak hitam ada perkataan FERR..ishh takkan mysyg kasi hadiah FERRARI plak..mungkin juga model kereta FERRARI color hitam..tapi rasanya tak kot sebab aku minat model aircraft lebih dari model kereta..lagi pun ada bau-bau cam coklat plak tu..haa FERRERO ROCHER bekali..tapi last 2 weeks dah makan FERRERO ROCHER, mysyg kasi during our big day..ini kotak hitam, yang hari tu kotak kuning emas..so bila dah buka sepenuhnya suprise for me, FERRERO RONDNOIR dari insan tersayang..


"FERRERO RONDNOIR..dark chocolates, are a unique combination of a dark chocolate cream surrounding a 'black pearl' of fine dark chocolate, within a delicate, crisp wafer..topped with crunchy dark chocolate morsels.."

Saturday, February 20, 2010

Kata KuLi : ForUm MinYak di KB..

Ucapan dan penerangan bekas Pengerusi Pertama Petronas, YBM Tengku Razaleigh Hamzah (Ahli Parlimen Gua Musang) berkenaan isu minyak Petronas dan tuntutan royalti minyak oleh kerajaan negeri Kelantan dalam forum minyak anjuran GEGAR di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu pada 28 Januari 2010. Forum yang dibanjiri puluhan ribu rakyat, yang ingin mengetahui dengan sejelas-jelasnya berkenaan tuntutan isu royalti minyak dan sejarah minyak negara.

Bah. 1

Bah. 2

Bah. 3

Bah. 4

Sumber : http://razaleigh.com

Wednesday, February 3, 2010

KUL-KBR-SZB cuti-cuti..

Luckly cuti sambutan hari Wilayah Persekutuan 1st Februari 2010 tahun ni jatuh pada hari isnin, so dapat lah warga² pekerja macam aku yang bekerja kat KL ni cuti lama sikit. So apa lagi, pantang cuti panjang sikit rutin aku balik jenguk hometown. Kali ni balik tak bawak balik my car sebab kasi dia rehat cukup², nanti cuti raya cina lagi 2 weeks dia kena jalan jauh. So nak cepat dan tak memenatkan sangat aku ambik return flight je. Pagi sabtu after breakfast final packing apa yang patut bawak balik especially yang penting² sebelum ke LCCT. Sampai LCCT lepak², pekena McD dulu before boarding. Masa kat balai berlepas, mata ngusyar² dulu tengok kapal² AK kat landasan kot² ada yang special new livery selain normal AK livery, ye la sebab AirAsia kan macam² livery dorang design kat kapal dan sememangnya aku minat kapal. Suddenly dekat boarding time masa tengah ngusyar² aku nampak satu kapal AK yang baru sampai. Wah, menarik gak special livery kapal baru sampai ni, simple je dan siap ada gambar sorang tokoh lagi. Siapa dia? Luckly kapal speacial livery ni kapal yang akan terbang ker KBR. Apa lagi, aku standby je camera so senang nak snap picture close-up nanti.

Tepat jam 13:40 flight AK5286 KUL-KBR berlepas dan selamat sampai di Sultan Ismail Petra Airport Kota Bharu jam 14:35, bertuahnya aku terbang bersama AirAsia special new livery "Hats off to Dato Pahamin" 9M-AFM. Dato Pahamin adalah bekas boss AirAsia sebelum diterajui oleh Dato Seri Tony kini. Aku dah standby camera awal², so menuruni je kapal aku snap beberapa picture dan berharap akan datang ada release model miniature AK speacial new livery ni.

Aku sampai ke kediaman sekitar jam 3 lebih, jarak aiport dengan kediaman tak lah jauh mana. Kalau pesawat terbang lintas ruang udara rumah pun rasa gerun je kedengaran bunyi enjin. So kesempatan cuti di hometown selama 4 hari ni menyeronokkan bagi merehatkan minda dan melepaskan kerinduan di tanah tumpah kelahiran. Kota Bharu hari ini sudah banyak alami perubahan baik dari pembangunan namun nilai² kebudayaan dan sosial kehidupan masih mengekalkan identiti sebuah kota ibunegeri Cik Siti Wan Kembang.

Cuti sebegini adalah ruang kesempatan menghabiskan masa bersama keluarga tersayang, bermanja melayani karenah anak buah dan mengunjungi keluarga "bakal" untuk mengeratkan lagi silahturahim yang bakal dimeterai. Berborak sambil nikmati hidangan ringan meehoon, keropok, beledor, tahu kah apa itu beledor? Kalau orang KL sebut kuih agar² tapi orang Kelantan panggil beledor. Beledor pandan santan yang sejuk, manis dan best menyegarkan tekak. Kalau ada rating 1-5, rate 10 aku kasi, hehehe. Ye la, sebab beledor pandan santan yang color hijau atas dan putih jernih bawah tu memang one of my fav kuih dan lagi² my bakal yang buat.

Rasa kejap je cuti meskipun 4 hari lepak kat hometown, hari selasa dah kena berangkat terbang balik KL. Takpe cuti raya cina balik KB lagi sebab ada "big day" in my life. So petang selasa 2hb Februari tepat jam 19:25 berlepas dengan flight Firefly FY2069 KBR-SZB dan selamat sampai di Skypark Subang Airport jam 20:30.

Friday, January 29, 2010

SaYa Nak CuTi..!!

Mahukan percutian percuma? Makan angin di Bangkok? Bersantai di Bali? Pilih sesiapa saja yang anda fikir layak ataupun pilih diri sendiri sahajalah, dan anda atau rakan anda mungkin dipilih untuk menikmati percutian percuma ke mana-mana destinasi ASEAN! Bukan itu sahaja, anda atau rakan anda juga berpeluang mengacara rancangan percutian anda sendiri! http://mastraveller.com/SayaNakCuti/


Seringkali membelek majalah “goingplaces” semasa dalam kabin bersama penerbangan Malaysia Airlines, hati sering terdetik adakah tuah suatu hari saya akan terbang menjejak kaki ke kota impian yang pesat membangun namun masih penuh mengekalkan senibina sejarah dan nilai kebudayaan setempat yang cukup unik. Bangkok, kota idaman pilihan SAYA NAK CUTI.

Pepatah ada menyebut “hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri..” Namun, di kota Bangkok bukan hujan emas yang saya nak cari, tetapi saya nak lihat sendiri Bunga Emas yang pada masa lampau dijadikan utusan ufti kepada kerajaan Siam oleh negeri-negeri Melayu yang masih tersimpan di kota Bangkok sebagai sejarah cukup bernilai. Hadiah yang cukup besar andai impian saya ke kota Bangkok menjadi kenyataan dapat melihat dengan lebih dekat ufti Bunga Emas. Mungkin perjalanan mencari Bunga Emas, saya pasti percutian ke Bangkok penuh kenangan manis dapat dirasai dengan melayari sungai Chao Phraya di kawasan terkenal dengan pasar terapung, merasai dunia masakan sebenar Thai yang “hot & spicy”, bergambar di sekitar Democracy Monument binaan monumen penuh dengan salutan keemasan simbol kekuatan dan demokrasi Thailand, mengunjungi Kompleks Grand Palace istana kediaman rasmi Raja Siam yang binaan penuh dengan seni kebudayaan Thai, melawati keindahan Wat Phra Keow (kuil Emerald Buddha) yang menakjubkan, singgah di ikon kota Bangkok iaitu Wat Arun atau kuil Dawn terkenal sebagai kuil terbesar yang menempatkan lebih daripada 400 kuil Buddha. Cukup membuatkan saya nak cuti ke sana.

Ya, saya nak terokai bersama Astro, saya nak terbang bersama Malaysia Airlines kerana saya nak lihat sendiri ufti Bunga Emas dan menjelajahi keunikan warisan budaya Thai, jadi SAYA NAK CUTI ke Bangkok.
FROM: MOHD IZARUL AZMAN, BANGKOK, 25-35

Saturday, December 26, 2009

Firefly Christmas Hamper 2nd Batch..


Firefly Christmas Hamper kembali lagi. Jika semasa 1st batch terdapat 4 set pakej tawaran menarik, tetapi 2nd batch kali ni hanya 2 set yang ditawarkan. Bagaimanapun harga pakej hamper 2nd batch agak murah sedikit berbanding masa 1st batch yang baru lalu.

Hamper A (RM140):-
2 return tickets to Any Domestic Destination
1 Firefly Tshirt
1 Aircraft model

Hamper B (RM240):-
2 return tickets to Any International Destination
1 Firefly Tshirt
1 Aircraft model

Purchase the hamper at our Subang Ticketing Office, Skypark. Get it now while stock last!

*Validity of the ticket is 6 months starting from 18 Dec 2009 - 18 Jun 2010.
*Ticket is excluding tax and fees.
*Terms and Conditions are stated in the ticket voucher.

So, petang sabtu lepas sebaik mengetahui 2nd batch telah ke udara untuk digapai, aku macam biasa lah tak lepaskan peluang mendapatkan pakej hamper ni sekali lagi. Lagipun rumah aku dengan terminal Subang Skypark memandu kereta aku ala-ala warna porsche dengan kadar kelajuan 70kmj hanya mengambil masa kurang 10 minit je. Asalnya aku ingatkan pakej ditawarkan menyamai set-set semasa 1st batch tapi kali ni hanya 2 set je n yg kurang sikit pasal 2nd batch ni sebab aircraft model dia bagi scale 1:150 berbanding masa 1st batch scale 1:1oo, so kecik sikit la aircraft model kali ni. Tshirt T-Polo 2nd batch pun berlainan design dgn 1st batch. Antara hamper A or B yg mana aku pilih? Atau aku rembat kedua-duanya sekali? So far, tawaran pakej hamper ini mmg menarik sebagai salah satu cabang promosi mendekatkan lagi pelanggan-pelanggan dengan penerbangan Firefly sebagaimana tagline FY "Your Community Airline".

Sunday, December 6, 2009

Firefly Christmas Hamper..


Bersempena sambutan Xmas 2009 serta New Year 2010, penerbangan Firefly yang terkenal dengan slogan Your Community Airline telah menawarkan pakej Christmas Hamper terhad buat pelanggan. Aku turut bertuah berjaya mendapatkan pakej terhad ini di Sales Office Centre, Skypark Subang Airport. Aku sebenarnya tidak mengetahui berkenaan promosi pakej ini pada mulanya, namun tuah manusia siapa yang tahu. Aku mengetahuinya melalui email dan bagi mendapatkan kepastian aku menelefon Sales Office Centre, lalu dinyatakan promosi pakej telah bermula tetapi Christmas Hamper adalah dalam unit terhad ditawarkan sementara stok masih ada. Apa lagi, memandangkan hari sabtu aku tidak bekerja dan kelapangan masa aku terus drive ke Skypark Subang Aiport untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pakej tersebut. Aku bersama seorang lagi rakan ke Sales Office Centre meninjau pakej yang ditawarkan dengan dilayani oleh pegawai kaunter yang menerangkan lebih lanjut berkenaan pakej tersebut. Christmas Hamper yang ditawarkan mengandungi 4 set pakej.

Set 1 (RM99):-
1 Return Domestic ticket
1 Aircraft Model
1 Orange Polo-T


Set 2 (RM149):-
2 Return Domestic ticket
1 Aircraft Model
1 Orange Polo-T

Set 3 (RM149):-
1 Return International ticket
1 Aircraft Model
1 Orange Polo-T

Set 4 (RM249):-
2 Return International ticket
1 Aircraft Model
1 Orange Polo-T

Oleh kerana unit ditawarkan adalah terhad, set 1 sudah kehabisan dan set yang lain masih terdapat. Aku bersama rakan tidak melepaskan peluang mendapatkan set pilihan yang diingini dan mengikut terma syarat Christmas Hamper penerbangan adalah ke mana-mana destinasti Domestic atau International serta sah untuk tempoh penerbangan bermula 1 December 2009 sehingga 1 June 2010. Thanks Firefly.

Thursday, December 3, 2009

MASwings (9M-MWA) vs Firefly (9M-FYA)


Kedua-dua merupakan entiti kepada Malaysia Airlines yang mana MASwings beroperasi hanya untuk laluan penerbangan domestik Sabah & Sarawak manakala Firefly beroperasi untuk laluan domestik Semenanjung Malaysia serta laluan antarabangsa terdekat sekitar ASEAN seperti Singapura, Medan, Pekanbaru, Batam, Phuket, Koh Samui. MASwings dan Firefly kedua-duanya memiliki kapal pesawat jenis ATR72-500 dan juga Fokker 50 namun kebanyakkan kini menggunakan pesawat ATR72-500 yang baru.

Memiliki koleksi model kapal pesawat selain Boeing, Airbus, McDonnell Douglas-MD seperti ATR buatan France ini begitu menarik dan menyeronokkan buat pengemar dunia penerbangan kerana penerbangan itu mengambarkan erti suatu kebebasan.

Saturday, November 21, 2009

Malaysia Airlines VS AirAsia

Antara Malaysia Airlines (MH) dengan AirAsia (AK) yang mana pilihan anda?

Lewat tahun 1990-an sehingga tahun 2007 Malaysia Airlines penerbangan komersial milik negara terkenal dengan slogan "Going Beyond Expectations". Kemudiannya berikutan penjenamaan baru pada tahun 2008 Malaysia Airlines telah dikenali dengan slogan "MH is Malaysian Hospitality". Kejayaan dan pengiktirafan yang pernah dianugerahkan kepada Malaysia Airlines oleh badan pengiktirafan Skytrax UK cukup membanggakan rakyat dan negara Malaysia antaranya "World's Best Cabin Crew", "5-Star Airlines" serta menduduki No. 1 "Economy Class Onboard Excellence 2006". Rangkaian Malaysia Airlines bersama anak syarikatnya MASkargo, MASwings dan Firefly membawa suatu dimensi baru bahawa MH mendominasi penerbangan kelas elit negara. Ternyata Malaysia Airlines kekal dengan kelas tersendiri yang cukup membanggakan membawa Malaysia ke mata dunia.

AirAsia, penerbangan tambang murah yang terkenal dengan slogan "Now Everyone Can Fly" mencuri perhatian umum untuk turut serta dalam industri penerbangan komersial negara. Permulaan penerbangan AirAsia dengan laluan domestik kemudian melebarkan sayap ke destinasi sekitar ASEAN, kini AirAsia telah menjelajah tembok besar negara China, Hong Kong, Macau, Australia, India serta UK dan UAE. Bersama rangkaian AirAsia X (D7), Thai AirAsia (FD), Indonesia AirAsia (QZ) ternyata AirAsia telah menjadi suatu entiti penerbangan komersial yang begitu terkenal dalam kelas tambang murah dan pengiktirafan di terima daripada Skytax UK dengan anugerah "World's Best Low-Cost Airline" meletakkan AirAsia semakin disegani.

Zeme has fly on -
Fokker 50, ATR72-500, B737-200, B737-400, B747-400, A320, A330-200

Sunday, November 1, 2009

ZAC : MASkargo B747-200 (TF-ARN)

Country : Malaysia
Airline : MASkargo
Aircraft : Boeing B747-200
Reg # : TF-ARN
Engines : 4 CF6-50E2
Made : Aviation400
Scale : 1:400
Desc. : "2000's White" colors. Operated Air Atlanta Icelandic.

ZAC - Zeme Aircraft Collection.

Sunday, October 11, 2009

ZAC : AirAsia X A330-300 (9M-XXA)

Country : Malaysia
Airline : AirAsia X
Aircraft : Airbus A330-300
Reg # : 9M-XXA
Engines : 2 TRENT772B-60
Made : Phoenix
Scale : 1:400
Desc. : "2009 - Livery" colors with "Now Everyone Can Fly Xtra Long"


ZAC - Zeme Aircraft Collection.

Friday, October 9, 2009

ZAC : Firefly ATR 72-500 (9M-FYA)

Country : Malaysia
Airlines : Firefly
Aircraft : ATR 72-500
Reg # : 9M-FYA
Engines : PW127F
Made : Risesoon
Scale : 1:100
Desc. : "2009 - Livery" colors.


ZAC - Zeme Aircraft Collection.

Tuesday, October 6, 2009

ZAC : AirAsia B737-300 (9M-AEC)

Country : Malaysia
Airlines : AirAsia
Aircraft : Boeing B737-300
Reg # : 9M-AEC
Engines : 2 CFM56-3B1
Made : Phoenix
Scale : 1:400
Desc. : "2002 - Livery" colors with "Now Everyone Can Fly"


ZAC - Zeme Aircraft Collection.

Sunday, October 4, 2009

ZAC : Malaysia Airlines B777-200ER (9M-MRO)

Country : Malaysia
Airline : Malaysia Airlines
Aircraft : Boeing B777-200ER
Reg # : 9M-MRO
Engines : 2 TRENT890
Made : Gemini Jets
Scale : 1:400
Desc. : "1990's - Livery" colors with "Visit Malaysia Year"

ZAC - Zeme Aircraft Collection.

Friday, September 25, 2009

KiSaH AiDiLFitri 1430H..

Syukur setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak, hari raya Aidilfitri 1430H disambut seluruh umat Islam dengan penuh keberkatan tanda suatu kemenangan rohani dan jasmani. 1 Syawal kali ini telah diraikan pada 20 September 2009 yang jatuh pada hari Ahad. Kesempatan cuti panjang sambutan Syawal kali ini suatu rahmat buat anak-anak perantauan pulang berhari raya dan bercuti di kampung halaman di samping keluarga dan insan tersayang.

Aku juga mengambil kesempatan cuti panjang hari raya selama seminggu kali ini untuk berehat dan meluangkan masa terindah bersama keluarga tercinta di Kota Bharu. Aku meninggalkan Kota Metropolitan K.Lumpur pada sabtu awal pagi sekitar jam 2 dan seperti kebiasaan, kesesakan semasa pulang berhari raya tidak dapat dipisahkan. Jadi tidak hairan kesesakan teruk bermula sebaik menuju ke Tol Gombak dan sepanjang highway Karak sehingga Tol Bentong. Aku singgah di hentian rehat Genting Sempah sekitar jam 5 pagi utk bersahur setelah 3 jam terkandas dlm kesesakan bermula menuju Tol Gombak. Aku ingatkan setakat highway jer jam, tapi McD pun " jam" dan terpaksa Q panjang hampir 30 minit utk membeli makanan sahur. Setelah sahur dan solat subuh, aku menyambung kembali perjalanan dan tiba di bandar Bentong sekitar jam 7 pagi. Oleh kerana mata yang sangat mengantuk dan keletihan, aku terlelap sekejap selama sejam di kawasan masjid Bentong.

Kesesakan teruk juga sehingga 6 km menuju ke bandar Raub dengan deretan kereta yang cukup memeriahkan jalanraya dengan pelbagai gelagat dan ragam pemandu. Ada pemandu yang berhemat, ada pula yang mementingkan diri sendiri sehingga melupakan tatatertib di jalanraya sehingga ada yang bersikap kurang ajar memotong barisan dari sebelah kiri/lorong kecemasan serta ketika dalam kesesakan teruk dan lagi bersikap biadap "pancung" masuk barisan tanpa memberikan langsung signal laluan. Sikap-sikap pemandu semacam ini boleh mengundang kesusahan kepada pengguna jalanraya yg lain. Pujian kepada pihak Polis Peronda yg pantas mengambil tindakan saman ke atas pemandu tegar ini agar lebih bersikap bertanggungjawab dan bertamadun. Kesesakan teruk juga sekitar menuju Bukit Tujuh serta Merapoh dan aku sampai di bandar Gua Musang sekitar tengahari berehat sebentar untuk solat zohor serta mengisi minyak. Kelihatan juga banyak banner tergantung di sepanjang jalan dengan ucapan-ucapan menyambut kepulangan anak perantauan ke Kelantan.

Keadaan lalulintas sepanjang jalan Gua Musang - Kuala Krai agak terkawal namun berlaku kesesakan teruk sehingga 8 km menuju simpang Kuala Krai - Kota Bharu di samping hujan yg agak lebat membasahi jalan menuju Machang. Coretan perjalanan balik kampung di musim perayaan yg memenatkan serta menyimpan segala macam kisah dan Alhamdullilah aku selamat sampai di Taman Sari sekitar jam 5 petang.

Di pagi 1 Syawal, aku bangkit dengan penuh kesyukuran bersiap-siap mengenakan baju melayu purple bersampin sulam dark blue menuju ke masjid berhampiran rumah menunaikan solat sunat Aidilfitri. Sekembali menunaikan solat, rutin di pagi syawal kami sekeluarga bermaaf-maafan memohon keberkatan dan rahmat dari Allah SWT serta menjamu selera hidangan tersedia bagi hari raya pertama menu satay, nasi impit, lemang, rendang, ketupat. Sekitar jam 11 pagi aku bersama abang ipar dan anak buah berkunjung beraya ke rumah MB Kelantan di kediaman beliau di Pulau Melaka. Agak melucukan melihatkan telatah anak buah aku Yeen yg agak ketakutan semasa bersalaman dengan MB Kelantan disebabkan Yeen takutkan pada janggut putih Tuan Guru Dato' Hj. Nik Abd. Aziz. Kemeriahan beraya di kediaman MB Kelantan dengan kunjungan tetamu pelbagai peringkat, kaum dan bangsa Melayu, Cina, India, Siam mencerminkan keharmonian dan kesejahteraan sambutan perayaan di Kelantan. Menu laksa kelantan menjadi hidangan utama buat tetamu dan aku berselera kekenyangan sehingga tidak sedar sudah 3 pinggan aku makan kerana laksa kelantan sememangnya makanan favorite aku.

Sebelah petang selepas zohor, kenangan terindah Aidilfitri kali ini buat aku. Aku bersama family berkunjung ziarah ke rumah keluarga "bakal". Hidangan menu nasi briani, gulai daging, roti jala serta kuzi ayam yg disediakan oleh keluarga "bakal" menjadi santapan kami sekeluarga. Semoga silaturahim dan ukhwah bakal terjalin mengeratkan ikatan perhubungan ini dan kek coklat balasan menjadi tanda ikatan yg bakal dimeterai. Amin. Setelah pulang dari rumah keluarga "bakal", kami sekeluarga berkunjung raya ke rumah saudara mara sekitar Kota Bharu.

Pada hari raya ke-2, menu hidangan nasi dagang menjadi hidangan buat saudara mara dan tetamu yg berkunjung beraya ke kediaman Taman Sari. Kemeriahan berkumpul bersama-sama keluarga serta telatah saudara mara meraikan hari raya menjadikan sambutan Aidillfitri semakin bermakna. Hari raya ke-3, sebelah awal pagi aku bersama keluarga berkunjung beraya ke rumah saudara di Marang, Terengganu dan pada hampir senja baru kami berangkat balik ke Kota Bharu. Semasa di Terengganu, aku ingin berkunjung ke rumah rakan di Losong sambil ziarah setelah mendapat tahu rakan baru kehilangan arwah tok menjelang syawal tetapi disebabkan keadaan jalan sekitar K.Terengganu kesesakan teruk dan hari sudah lewat aku terpaksa batalkan niat tersebut.

Hari raya ke-4, agak busy sebelah pagi membantu adik menyiapkan bahan-bahan menu utk menyambut kunjungan balas keluarga "bakal". Menu utama makaroni bakar, mee kari yg disediakan oleh adik menjadi hidangan menerima kunjungan keluarga "bakal" pada sebelah petang. Seronok melihat telatah kedua-dua belah family bercerita dan bercoleteh, mudah-mudahan ikatan ukhwah ini semakin erat dan rapat. Pada sebelah malam kami sekeluarga keluar menikmati hidangan makan besar di New Horizon di samping meraikan sambutan hari ulangtahun anak buah, Yeen yg ke-4 tahun.

Sambutan Aidilfitri tahun ini sememangnya menyimpan seribu macam kenangan, kisah kasih Aidilfitri di samping keluarga dan insan tercinta. Namun ini Aidilfitri kali ke-3 kami sekeluarga menyambutnya tanpa kehadiran arwah Tok Ayah di sisi. Sesungguhnya kami merasai kehilangan arwah Tok Ayah tercinta dan kunjungan di pusara arwah Tok Ayah mengubat kerinduan di Aidilfitri. InsyaAllah dipanjatkan doa ke hadrat Allah SWT semoga sambutan Aidilfitri mendatang akan lebih bermakna dan dirahmati kerana sesungguhnya Aidilfitri hari kasih terpatri.

Thursday, September 17, 2009

SaLaM SyAwaL di AiDiLFitri 1430H..


Salam Minnal Aidil Walfaizin, mohon maaf zahir dan batin. Selamat menyambut hari raya Aidilfitri 1430H ikhlas daripada Izarul Azman..

Sunday, September 6, 2009

ZAC : Malaysia Airlines B777-200ER (9M-MRD)

Country : Malaysia
Airline : Malaysia Airlines
Aircraft : Boeing B777-200ER
Reg # : 9M-MRD
Engines : 2 TRENT890
Made : Gemini Jets
Scale : 1:400
Desc. : "2005 - Freedom of Space - Heliconia" colors.

ZAC - Zeme Aircraft Collection.

ZAC : Malaysia Airlines B747-4H6 (9M-MPB)

Country : Malaysia
Airline : Malaysia Airlines
Aircraft : Boeing B747-4H6
Reg # : 9M-MPB
Engines : 4 PW4056
Made : Gemini Jets
Scale : 1:400
Desc. : "2005 - An Experience Redefined - Hibiscus" colors.

ZAC - Zeme Aircraft Collection.

Saturday, September 5, 2009

ZAC : Malaysia Airlines A330-300 (9M-MKA)

Country : Malaysia
Airline : Malaysia Airlines
Aircraft : Airbus A330-300
Reg # : 9M-MKA
Engines : 2 PW4168
Made : Gemini Jets
Scale : 1:400
Desc. : "1990's Livery" colors with "Visit Malaysia Year 2007"

ZAC - Zeme Aircraft Collection.

ZAC : Malaysian Airline System A300B4-203 (9M-MHB)

Country : Malaysia
Airline : Malaysian Airline System (MAS)
Aircraft : Airbus A300B4-203
Reg # : 9M-MHB
Engines : 2 CF6-50c2
Made : AeroClassics
Scale : 1:400
Desc. : "1980's - Delivery" colors.

ZAC - Zeme Aircraft Collection.