Pages

Thursday, October 9, 2008

KisAh KaSih AidiLFitri..

Hampir seminggu sejak pulang cuti beraya di kampung halaman kota bharu, baru hari ini kembali menyambung tugas di kuala lumpur..masuk kerja, anak mata terpandang satu sampul bersetem di atas meja ofis, terdetik di hati macam ku kenal gaya tulisan alamat pada sampul itu..belum pun duduk switch-on PC, pantas ku buka sampul itu..

Kejutan buat ku..kad berwarna hijau "so sweet..so nice.." kad ucapan aidilfitri teristimewa kiriman daripada my syg buat ku..lantas buat perasaan ini sungguh amat terharu..gembira..tak terluah nak di kata..nak nitis pun ada airmata..begitu indah erti cinta..hanya tanda tak ternilai kasih dan TQ so much to my syg..abg hargai sesangat kasih my syg pada abg..

Hati ini amat tertarik pada simbol merah love di kad itu, yang menceritakan ikatan kasih sayang antara abg dan my syg..cukup teristimewa untuk aidilfitri kali ini, lagi teristimewa berbanding syawal yang lepas..dalam simbol merah love itu terpatri kata-kata.."Salam Aidilfitri Untuk Sayangku"

Tuesday, September 30, 2008

RAmAdHan Hiba, SyaWaL Tiba..

Salam Aidilfitri : 1 Syawal 1429H / 1 Oktober 2008M

Alhamdulillah..segala puji-pujian kepada-Nya.

Menjelang esok, 1 oktober 2008 seluruh umat Islam di Malaysia mahupun sesaudara Islam di pelusuk dunia akan menyambut kedatangan 1 syawal 1429H merayakan aidilfitri yang mulia setelah sebulan ramadhan menghambakan merendah diri kepada Yang Maha Esa melaksanakan tuntutan wajib berpuasa dan amalan sunat di bulan penuh kerahmatan dan keberkatan. Hiba meninggalkan ramadhan, meskipun syawal berkunjung tiba kerana sebagai manusia kita tidak mengetahui qada dan qadar ketentuan Yang Maha Esa sama ada masih berkesempatan atau tidak menemui kembali bulan ramadhan akan datang. InsyaAllah hanya doa dipanjatkan agar kita akan bertemu kembali dengan bulan ramadhan.

Buat seluruh famili tersayang meskipun ini buat kali ke-2 aidilfitri di sambut tanpa arwah tok ayah bersama-sama, my sayang, rakan-rakan sahabat handai dan juga saudara-saudara Islam seluruh Malaysia tahniah atas kesabaran menunaikan ibadat di bulan ramadhan dan selamat menyambut hari kemenangan, hari raya aidilfitri 1429H. Dengan rendah diri, ampun dan kemaafan di pinta buat semua, halalkan segala jua apa makan minum salah silap sedari atau tidak, kerana diri ini insan kerdil yang tidak sempurna dan tidak terlepas dari melakukan kesalahan.

Salam syawal aidilfitri 1429H, maaf zahir dan batin minal aidzin wal faidzin. Semoga berbahagia ceria kita semua di samping insan tersayang dan segunung harapan diberkati dilindungi dengan sepenuh rahmat daripada Allah SWT. InsyaAllah mudah-mudahan.

Saturday, September 20, 2008

RenTAs 10..1988, 1998, 2008..

UMNO 1988

Coretan tahun peristiwa yang pasti tercatit dalam diari politik negara, UMNO yang lahir sejak 1946 dibatalkan pertubuhannya akibat krisis dalaman selepas pertandingan sengit pemilihan jawatan tertinggi parti pada Perhimpunan Agung UMNO bulan April 1987. Kisah bermula berikutan saman ke atas UMNO yang difailkan ke Mahkamah Tinggi pada Jun 1987 oleh kumpulan 11 orang ahli UMNO kerana terdapat beberapa orang perwakilan yang muflis dan perwakilan yang tidak sah dari cawangan-cawangan haram turut serta dalam pemilihan Perhimpunan Agung UMNO. Pada tahun itu, Tengku Razaleigh (undi 718) yang tewas tipis dengan perbezaan 43 undi kepada Tun Dr Mahathir (undi 761) untuk jawatan Presiden telah dituduh mendalangi kumpulan 11 orang yang menyaman UMNO, wahal Tengku Razaleigh tidak ada kena mengena atau berbincang dengan kumpulan ini kerana beliau telah meninggalkan negara untuk bercuti selama hampir 3 bulan di Eropah. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988 memutuskan bahawa di bawah undang-undang, telah mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah kerana wujudnya beberapa cawangan yang tidak didaftarkan dan dianggap tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Keputusan itu jelas memeranjatkan ahli-ahli UMNO kerana fail saman dikemukakan kumpulan 11 bukan bertujuan untuk mengharamkan UMNO sebaliknya hanya mahukan supaya keputusan pemilihan Perhimpunan Agung UMNO 1987 dianggap tidak sah dan diadakan semula. Implikasi yang besar telah berlaku dalam politik Malaysia kesan pengharaman UMNO yang diasaskan sejak 1946. UMNO telah didaftarkan kembali menggunakan nama UMNO (Baru) oleh Tun Dr Mahathir pada 13 Februari 1988 dan Tengku Razaleigh telah menubuhkan parti Semangat 46 (S46) setelah mendapat restu dari mantan Perdana Menteri Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang inginkan perjuangan UMNO 1946 diteruskan untuk kepentingan orang Melayu. Bagaimanapun dalam satu perhimpunan Melayu yang bersejarah di Sekolah Rendah Kebangsaan Padang Garong Kota Bharu, Tengku Razaleigh selaku Presiden S46 telah membubarkan parti Semangat 46 pada bulan Mei 1996 untuk menyertai UMNO Baru bersama Timbalan Presiden S46 Dato' Seri Utama Rais Yatim dan ahli-ahli S46.

UMNO 1998

Isu pemecatan Dato' Seri Anwar pada September 1998 dari semua jawatan dalam kabinet kerajaan Malaysia (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan) dan parti UMNO (Timbalan Presiden UMNO serta keahlian UMNO) ketika itu oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mengemparkan politik tanahair sekali lagi. Isu salahlaku peribadi dan rasuah melibatkan Dato' Seri Anwar menjadi faktor ke atas pemecatan tersebut. Pemecatan ini telah menyebabkan parti UMNO sekali lagi dilanda krisis ketidakpuas hati dikalangan penyokong-penyokong Dato' Seri Anwar sehingga mencetuskan demonstrasi jalanan dan gelombang reformasi. Dato' Seri Anwar telah menubuhkan parti Keadilan Nasional (KeADILan) yang kini dikenali sebagai parti Keadilan Rakyat (PKR) dikalangan pengikut-pengikutnya dalam parti UMNO. Kesan pergolakan ini menyaksikan bagaimana BN kehilangan negeri Terengganu selain Kelantan kekal dikuasai parti pembangkang dalam Pilihanraya Umum Ke-10 pada tahun 1999.

UMNO 2008

Krisis kelemahan kepimpinan dalaman UMNO diterajui oleh Dato' Seri Abdullah dan tentangan kuat pihak pembangkang selepas tsunami Pilihanraya Umum 2008 menghantui keutuhan UMNO pada kali ini. Perang sikologi rampasan kuasa kerajaan secara non etika oleh pihak pembangkang permainan politik yang dicanangkan Dato' Seri Anwar melalui Pakatan Rakyat menambah keresahan dan kegusaran kelemahan tahap keyakinan pentadbiran kerajaan dan parti UMNO pimpinan Dato' Seri Abdullah. Isu dan permasalahan yang pelbagai menerjah dari dalam dan luar UMNO pada 2008 lagi hebat kronologi berbanding pengharaman 1988 mahupun krisis 1998. Natijah kepada kelemahan UMNO diluahkan dan diterjemahkan dalam Pilihanraya Umum Ke-12 apabila kerajaan BN diterajui UMNO telah masih gagal merampas Kelantan manakala Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang jatuh ke tangan pembangkang serta di peringkat Pusat kehilangan majoriti 2/3 parlimen.

Gelombang ujian kepada UMNO ini tidak hanya tamat setelah selesai PRU ke-12, malahan arus deras berterusan dan meruncing kesan dari awal kelemahan pimpinan kerajaan Dato' Seri Abdullah bersama Dato' Seri Najib mengawal selia dan merencana pentadbiran yang terurus. Kesan ini mungkin akan berlanjutan sekiranya mekanisme perubahan kepada kepimpinan yang diterima ramai tidak dipratikkan. Kemuafakatan dan kekebalan kerajaan BN sebenarnya ditunjangi kekuatan parti UMNO. Sekiranya parti UMNO lemah maka BN juga akan goyah. Tidak mustahil sekiranya pelan perubahan tidak dilaksanakan secara menyeluruh dari segi teraju kepimpinan, idea dan pemikiran ahli-ahli sebaiknya pada masa Perhimpunan Agong UMNO 2008 Disember nanti, UMNO hanya akan tinggal hanya pada nama dan sejarah bila gelodak Pilihanraya Umum ke-13 dijangka sebelum 2013 membuak dan meranapkan sisa-sisa perjuangan UMNO yang satu masa pernah berdiri tegap, kemudian membongkok menanti rebah.

Thursday, September 18, 2008

SePaRuh RAmAdHan..

Alhamdulillah..setinggi syukur kepada-Nya.

Pantas mengamit masa, separuh ramadhan diharungi bisa. Ramadhan yang menguji perasaan dan jiwa, sejauh mana amal dan takwa. Ramadhan yang mengunci hawa nafsu, setahan mana kuat atau lesu. Ramadhan menghadirkan seribu rahmat, seikhlas mana menadahi nikmat. Keunikan bulan ramadhan memberi ruang dan peluang umat Islam mencari keinsafan menambah bonus pahala untuk mendekatkan diri kepada Pencipta yang mungkin kita insan kerdil antara sedar atau tidak, semakin jauh tersasar kepada Yang Maha Besar.

Nuzul Al-Quran disambut sudah, penanda aras hari kita mungkin telah berjaya atau gagal mengharungi separuh ramadhan. Berjaya buat insan yang mengisi bulan mulia ini dengan sebaik-baik ibadat seikhlasnya, gagal buat insan yang tertinggal menghayati apatah lagi tidak mengendahkan kebaikan limpahan rahmat bulan yang digelar kepanasan ini. Masih ada separuh perjalanan menuju syawal, moga-moga separuh ramadhan mendatang akan bertambah amalan sebaik yang telah ditempuhi separuh ramadhan lalu.

Sunday, September 14, 2008

SePtemBer aTau DiSemBer..?

Antara 9 atau 12 yang mana lebih menarik?

Dunia politik Malaysia yang memasuki era 51 tahun selepas kemerdekaan, kini di landa krisis kepimpinan dan keyakinan yang begitu hebat setelah mandat rakyat diberikan, diterjemahkan dalam pilihanraya ke-12 pada 8 Mac 2008 yang baru lalu. Krisis ini bagai mengoncang struktur sosio, ekonomi, politik negara ke paras yang membimbangkan dari kaca mata kesejahteraan dan perpaduan rakyat yang mengimpikan dunia kehidupan idaman di bumi sendiri.

Ura-ura pengambilalihan kuasa dan pembentukan kepimpinan kerajaan baru dalam bulan September secara non-etika sebenarnya menambah lagi ketidakstabilan politik negara yang membabitkan keresahan rakyat yang sedia runsing dengan kepimpinan kerajaan sedia ada. Gimik dan sandiwara retorik yang disaksikan dalam lagak-lagak aksi ketidakmatangan ahli-ahli bergelar pemimpin ini membuatkan rakyat semakin loya, mual dan muak untuk terus memberikan mandat kepimpinan yang sebaik diharapkan. Pembentukan kerajaan baru yang tidak mengambilkira mandat rakyat secara total adalah bermakna mencabuli keputusan yang telah ditentukan oleh rakyat itu sendiri.

Bagi pihak yang mengwar-war peristiwa September ini iaitu di kalangan parti pembangkang sebenarnya agak resah sekiranya perancangan yang di buat tidak membuahkan hasil sebagaimana diimpikan kerana peristiwa Disember nanti adalah sebenar kemuncak yang menjadi "benchmark" kepada kepimpinan kerajaan Malaysia kini sama ada terus di pimpin oleh pemimpin yang agak pincang atau di pimpin oleh pemimpin baru yang bijak merancang melaksanakan mandat rakyat. Parti-parti komponen dalam Barisan Nasional yang membentuk kerajaan sedia ada kini lebih tertarik menunggu peristiwa Disember nanti sama ada berlaku atau tidak perubahan kepada kepimpinan parti utama iaitu UMNO yang mendokong tunjang pentadbiran kerajaan Malaysia sebelum mengambil keputusan yang agak drastik sama ada terus setia atau mencari sekutu yang lain untuk survival politik. Tidak dinafikan ura-ura peristiwa September wujud adalah kerana kelemahan dan kelesuan kepimpinan kerajaan sedia ada kini dalam merencanakan pentadbiran yang mampan dan terurus bagi sosio, ekonomi dan politik negara.

Andai berlaku perubahan dalam kepimpinan UMNO Disember nanti, pasti akan menyukarkan pihak yang mengimpikan peristiwa September kerana sudah tentu UMNO dan parti-parti komponen dalam Barisan Nasional akan kembali bersatu hati, berpadu tenaga dan mengukuh ikatan bilamana diterajui oleh pemimpin dan pimpinan yang diterima pelbagai lapisan pihak. Sekiranya peristiwa Disember nanti tidak mendatangkan apa-apa perubahan yang logikal dan global, masih di takuk kepimpinan yang pincang, maka tidak mustahil ia bakal membuka pintu dan mengundang kepada suatu senario yang mungkin tidak terduga akal dalam sejarah politik negara sekaligus menguntungkan kepada pihak yang berkepinginan mencuri takhta secara non-etika, menindakkan mandat rakyat yang sudah dizahirkan dalam pilihanraya yang lalu. Jadi pihak pembangkang bukan sekadar mengejar peristiwa September malah juga menghambat peristiwa Disember.

Wednesday, September 10, 2008

TRiO : MaHaThiR - TeNGku RaZaLeiGh - MuHYiddiN..?

Mahathir - Tengku Razaleigh - Muhyiddin

Siapa menjangka trio Mahathir - Tengku Razaleigh - Muhyiddin bakal disaksikan pada Disember nanti, menjelmakan suatu sejarah perubahan baru UMNO? Andai perkiraan Tun Dr Mahathir yang telah menyatakan kesediaan untuk kembali menyertai UMNO, maka trio ini adalah yang paling bersesuaian di rangka untuk menyuburkan, memulihkan dan merawat UMNO yang boleh disifatkan sebagai hidup segan, mati tidak mahu. Satu gandingan trio mantap, acuan penuh berpengalaman di bentuk umpama mewakili suara akar umbi ahli UMNO di bahagian Utara - Timur - Selatan bagi mengimbangi kepimpinan parti sedia ada yang telah mulai di landa badai krisis keyakinan kepimpinan.

Di bahagian Utara, Tun Dr Mahathir mantan bekas Presiden masih relevan untuk memupuk kembali semangat pemuafakatan dan sayangkan UMNO di kalangan ahli UMNO yang makin pudar dan hambar. Di bahagian Timur, Tengku Razaleigh menggunakan pengalaman lampau selaku mantan Naib Presiden untuk menyatukan dan mengembalikan kepercayaan sokongan ahli UMNO terhadap parti dan di bahagian Selatan pula, Tan Sri Muhyiddin yang merupakan Naib Presiden kini boleh memainkan peranan mengukuhkan dan menguatkan lagi ikatan keteguhan ahli UMNO.

Sekiranya dari sekarang gandingan trio kuat ini di bentuk mewakili seluruh suara akar umbi ahli UMNO Utara - Timur - Selatan, nescaya kita akan melihat sesuatu yang menarik semasa Perhimpunan Agung UMNO 2008 Disember nanti dan UMNO akan kembali menjadi suatu keluarga yang bermuafakat dan mampu untuk meneruskan perjuangan yang telah di dokong sejak penubuhannya pada tahun 1946. Ini seterusnya memberikan kembali nyawa buat UMNO agar tidak di label sebagai parti yang boleh di gelar umpama menanti saat kubur kata mari, rumah kata pergi.

Sunday, September 7, 2008

MemBeRi KeiKhLasAn, MenCaRi PerPaduAn..

Sejauh mana kita memberi keikhlasan dalam mencari perpaduan?

Lupakah kita dengan sejarah hitam tragedi 13 Mei 1969? Mungkin tragedi yang tercatit dalam lipatan diari sejarah negara tidak memberikan impak kepada masyarakat di gelar majmuk yang tahu atau tidak mahu tahu atau langsung tidak tahu sama ada mengambil sedikit sebanyak pengajaran di sebalik cerita tragedi tersebut. Mengapa dan kenapa tragedi tersebut harus berlaku di kala masyarakat di gelar majmuk sebelumnya mampu bersatu hati, berpadu tenaga membina kedamaian dalam negara bernama Malaysia bertuah ini?

Dorongan apakah yang mendesak kini sehingga bibit-bibit yang boleh mencetuskan kontroversi sekiranya keutuhan yang di bina selepas tragedi lampau ingin di ganggu gugat kembali? Kepentingan nasional, terutama sekali kepentingan Bumiputera jelas sudah termaktub namun ini tidak bermakna menafikan atau mengabaikan kesetaraan di kalangan masyarakat di gelar majmuk kerana asasnya adalah menerbitkan dan mewujudkan keadilan sosial agar dapat mengecapi suatu erti kata perpaduan.

Keikhlasan atas budi cara timbang tara yang diberikan dalam segala aspek adalah umpama sebagai suatu alat mencari makna perpaduan di kalangan masyarakat di gelar majmuk, memupuk suatu perasaan yang tulen dalam mempertahankan semangat patriotik seterusnya membina suatu corak kebudayaan yang unik dan akhirnya ke arah wujudnya suatu tamadun Malaysia yang utuh tanpa bisa di roboh apa lagi di runtuh.

Keikhlasan yang diberikan tanpa pura-pura dan mengharapkan pulangan apabila wujud di kalangan masyarakat di gelar majmuk, suatu semangat saling bertoleransi akan muncul, sama sekali menghapuskan pra sangka dan mengikis segala ketidakseimbangan yang sebenarnya mampu melumpuhkan kestabilan sosio, ekonomi, politik dan taraf kehidupan yang harmoni. Jadi perlukah kita mempertaruhkan dan mengadai suatu erti perpaduan yang cukup bermakna ini sekadar memenuhi kehendak berkepentingan yang belum tentu mampu membina sebenar ikatan yang telah di pegang erat sejak berdekad-dekad lamanya?

Keikhlasan untuk tidak mempermainkan api dan mencetuskan segala isu-isu yang menyentuh sensitiviti serta ketidakpuasan pihak-pihak tertentu, menjaga kata dan tatacara, beralah tidak bermaksud mengalah dalam hal-hal berbangkit yang boleh diselesaikan secara ilmiah dan isaniah, merekabentuk susur atur perjalanan sosio ekonomi yang mampu menyeimbangkan kembali jurang yang berlaku seterusnya mewujudkan budaya saling mempercayai dan memahami di kalangan masyarakat di gelar majmuk. Maka tidak rugi malah akan bertambah untung bagi kita memberi keikhlasan dalam mencari perpaduan.

Monday, September 1, 2008

RAmAdHan iNi 1429H..

ramadhan ini..
saatnya mendekatkan diri pada Yang Maha Kuasa
saatnya membersihkan noda yang berjelaga rasa
saatnya mensyukuri kemurahan Yang Maha Esa
saatnya memahami pensucian dari gelumang dosa


ramadhan ini..
saatnya mempertemukan malam Lailatul Qadar
saatnya menginsafi tingkah yang jauh tersasar
saatnya membawakan mimpi lena terus tersedar
saatnya menenangkan hati tanpa resah gusar


ramadhan ini..
saatnya menilai suka duka tangis ketawa
saatnya menjaga tutur kata sendu sendawa
saatnya melengkapkan amal jariah penuh takwa

saatnya menguatkan iman di dada ihsan di jiwa

ramadhan ini..
saatnya kepada pencipta diri berserah
saatnya kembali lahir menjadi fitrah
saatnya menyemai rahmat menanam makhfirah
saatnya menyubur pedoman junjungan surah


selamat hadir bulan mulia bulan ramadhan, menunaikan ibadah puasa kita leburkan kekhilafan..salam daripada izarul azman.

Sunday, August 31, 2008

MERDEKA iNi..

merdeka ini bumi didatangi
merdeka ini lautan direnangi
merdeka ini hujan diharungi
merdeka ini taufan dirintangi


merdeka ini cekal kendiri
merdeka ini kental terpatri
merdeka ini pantas berlari
merdeka ini tegap berdiri


merdeka ini semangat memberahi
merdeka ini kudrat membasahi
merdeka ini keringat memeluhi
merdeka ini rahmat melimpahi

merdeka ini pupus emosi
merdeka ini halus ilusi
merdeka ini tulus warasi
merdeka ini cetus realisasi


selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan ke-51, kerana negaraku negara MERDEKA...!!!

Friday, August 29, 2008

CeriTa 3 Ta..

Wanita, Harta, Takhta

Penangan 3 Ta yang menjadi kuasa paling ampuh yang menguasai hati dan membuat pemiliknya cukup terlena sekiranya nafsu 3 Ta mengatasi akal pertimbangan. Kita boleh jadi suka atau duka kerana wanita, kita boleh jadi kaya atau papa kerana harta dan kita boleh jadi puji atau keji kerana takhta. Antara sedar atau lalai, kita boleh jatuh tersanggah atau diri bermegah pukulan kerenah 3 Ta ini.

Jika
dihadirkan wanita, kita menghendakkan harta. Jika sudah memiliki wanita dan harta, kita mengharapkan anugerah takhta. Lumrah dan fitrah sukar untuk menjalani titian hidup tanpa pelengkap 3 Ta ini kerana tarikannya cukup membuatkan kita menggeletar, membuaikan kita dari tersedar, meletakkan kita jauh tersasar dari landasan sebenar-benar.

Semua insan berhak dan layak mempunyai 3 Ta tersebut, yang membezakan hanya cara bagaimana memiliki serta menguruskannya, jika melanggar batas syarak ketentuan dan ketetapan maka akan menjadi kebatilan mencipta kesalahan. Pengurusan 3 Ta ini akan menjadi indah sekiranya memiliki secara halal, bukan menghalalkan cara dengan menodai untuk menalukinya.

Jika diajukan kepada penulis, wanita itulah merangkumi harta dan takhta yang tiada ternilai ukuran infiniti sebaik semolek pemilikan yang tersemat di hati. Maka, antara entiti wanita, harta dan takhta yang mana buruan, tujuan dan igauan keutamaan anda?

Thursday, August 28, 2008

PRK Permatang Pauh : KaTa KuLi..


Kenyataan Keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh

26 Ogos, 2008

YBM Tengku Razaleigh Hamzah
Ahli Parlimen, Gua Musang
31 Jalan Langgak Golf
55000 Kuala Lumpur

Lima bulan setelah kekalahan Pilihanraya Umum terbesar dalam sejarah kita, UMNO kini mengalami kekalahan yang besar pula di Permatang Pauh. Kekalahan ini dirasai walaupun dengan mengerahkan kepimpinan dan menggunakan sumber-sumber parti yang telah menerajui kerajaan selama lima puluh tahun. Kekalahan ini dirasai walaupun melaksanakan kempen yang menghina dan memecah-belahkan Negara kita. Sudah tiba masanya kita menerima hakikat sebenar: italah yang telah dikuburkan:

  • Kepimpinan Negara ditolak oleh rakyat dan juga ditolak oleh ahli-ahli kita sendiri. Kiraan undi Barisan Nasional kurang daripada jumlah ahli UMNO di Permatang Pauh.
  • Di kalangan parti-parti komponen kita sendiri, kempen kita bukan sahaja tidak bermaya, bahkan tidak diselaraskan dengan baik.
  • Rasa kebolehpercayaan terhadap Perdana Menteri dan Timbalannya yang setidak-tidaknya ada selepas 8 Mac kini hapus sama sekali.

Kad laporan hari ini yang dihantar kepada Perdana Menteri selaku Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang dan Pengerusi BN, tidak boleh disembunyikan: beliau tidak mempunyai kredibiliti yang diperlukan untuk menguruskan Negara kita, apatah lagi mengemudinya ke arah baru dalam dunia yang begitu rumit dan kompleks. Beliau mungkin tidak mempunyai kredibiliti yang diperlukan untuk menyatukan Negara kita. Keadaan ini amat merbahaya dan tidak boleh berterusan: ianya tidak akan berterusan.

Saya merayu kepada ahli-ahli UMNO dan parti-parti komponen BN supaya terus bersama UMNO dalam menghadapi krisis ini. Rakyat Malaysia dan juga ahli-ahli biasa UMNO sudah melaungkan suara kemerdekaan mereka. Mereka menuntut kepimpinan yang boleh dipercayai dan akan menyatukan mereka, yang akan mengembalikan kepercayaan terhadap institusi-institusi dan akan mara dengan wawasan yang jelas. Hari ini membuktikan yang arah aliran ini tidak boleh dihalang. UMNO mesti berubah. Kita mulakan dengan memulihkan kepimpinan Parti. Saya yakin, pada bulan Disember, kita akan berbuat demikian.

Tengku Razaleigh Hamzah

Monday, August 25, 2008

MERDEKA : KoLeKsi NoSTaLgia..

(Ihsan sumber koleksi dan hakmilik Arkib Negara Malaysia)

Sejarah Kemerdekaan

Ke Arah Mencapai Kemerdekaan

Penubuhan Malaysia

Saturday, August 23, 2008

MERDEKA atau MeNderHaKa MindA..?

MERDEKA...!!! MERDEKA...!!! MERDEKA...!!!

Apa itu MERDEKA? Apa yang kita fahami disebalik erti dan intipati sebuah makna MERDEKA?

Adakah minda kita merdeka atau kita masih menderhaka bukan sahaja kepada pusaka pesaka bangsa waima kepada hati kita yang cukup terleka? Merintis sebuah perjalanan mahupun perjuangan semata-mata kerana ingin mengecapi nikmat sebuah kemerdekaan yang tiada infiniti nilainya amatlah janggal bilamana kita mudah melupakan pengisian segenap ruang dan zarah hikmah serta hikmat kemerdekaan. Kita boleh bertindak pasif atau agresif memastikan segala bentuk pengisian merdeka minda diwahcanakan dalam konteks penguasaan yang berkesan, mengesan kelebihan serta kekurangan, mengaudit untung dan rugi, menilai positif dan negatif, menzahir baik dan buruk.

YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melaungkan MERDEKA!!!

Kemerdekaan di Stadium Merdeka 31 Ogos 1957.

Tanggal 31 Ogos 2008 beberapa hari lagi, kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-51 sejak laungan MERDEKA...!!! sebanyak 7 kali pada 31 Ogos 1957 oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Stadium Merdeka setelah menerima pengisytiharan kemerdekaannya tepat pada detik pertama pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur bagi menandakan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia. Tema hari kemerdekaan yang ke-51 bagi tahun 2008 ialah "Perpaduan Teras Kejayaan".

Logo sambutan ulangtahun kemerdekaan 2008.

Rekabentuk logo sambutan ulangtahun kemerdekaan bagi tahun ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan "Perpaduan Teras Kejayaan". 3 ikatan figura berbentuk manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara. 3 figura berbentuk manusia digayakan bergandingan bahu mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbol keberanian rakyat. Warna Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan dan keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

Pengisian erti kemerdekaan dengan memertabatkan minda yang merdeka bukan menderhaka menjadi perintis yang puitis ke arah memupuk semangat cintakan perpaduan, rindukan keutuhan serta sayangkan kemuafakatan seluruh jiwa yang bersatu dan jitu. Tanpa ada unsur-unsur prejudis, membebaskan sikap keterbatasan, mendakap dan memeluk sekuat seerat mungkin nilai kemerdekaan yang total atas nilai-nilai integriti minda yang merdeka bukan menderhaka.

Monday, August 4, 2008

UM : VaRSiti keSaYanGanKu..

UM : 1998-2004

Memori Universiti Malaya. Ya, tarikh hari ini pada 4 tahun yang lepas akan terus mengamit kenangan betapa indah sehingga menitiskan airmata kegembiraan betapa usaha selama ini terasa berbaloi membalas segala pahit perit erti sebuah perjuangan dalam menuntut ilmu. Tanggal 4 Ogos akan terus terpahat manis bahawa aku telah mengenggam sebuah kejayaan ternilai dalam sejarah hidup.

Dianugerahkan segulung Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian) Multimedia daripada Pro-Canselor Universiti Malaya iaitu Raja Muda Perak YM Raja Dr Nazrin Shah pada Majlis Istiadat Konvokesyen ke-43 bertarikh 04.08.2004 adalah kemuncak kejayaan setelah kali pertama menjejak kaki pada pengajian Asasi Sains Fizikal di Pusat Asasi Sains UM dalam tahun 1998 dan seterusnya menyambung pengajian pada peringkat ijazah di Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat (FSKTM), Jabatan Multimedia dalam tahun 2000. Projek penyelidikan akhir tahun yang dibangunkan di bawah pengawasan pensyarah Pn Norjihan Abdul Ghani telah dilanjutkan kajiannya seterusnya diterbitkan dan pernah menyertai seminar - Norjihan, A. G. & Izarul, M. I. "Online Learning Of Mathematics In English : An Introduction". First International Conference & Exhibition on E-Learning 2006, Bahrain Conference Centre, Bahrain, 17 – 19 April 2006.

Sejarah Universiti

Universiti Malaya (UM) yang menggunakan cogankata "Ilmu Puncha Kemajuan" ditubuhkan pada Oktober 1949 dan adalah Universiti tertua di Malaysia dengan kampusnya seluas 309 hektar. Sejarah bermula di Singapura, dari Kolej Perubatan King Edward VII (ditubuhkan pada 1905) dan Kolej Raffles (ditubuhkan pada 1929). Kedua-dua kolej ini bergabung menjadi Universiti Malaya pada 8 Oktober 1949. Kemudian pada tahun 1959, universiti ini mengambil keputusan berpecah kepada dua bahagian, satu di Singapura (kemudiannya menjadi Universiti Nasional Singapura) dan satu lagi di Kuala Lumpur (mengekalkan nama Universiti Malaya). Maka secara rasminya Universiti Malaya sekarang ini ditubuhkan pada 1 Januari 1962 dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Canselor pertamanya.

Lagu Universiti

Universiti Malaya ...

Universiti Malaya
Kebanggaan kita semua
Bertambah para ilmuan
Di pelbagai lapangan

Kami bertekad dihati
Mencapai cita murni
Tradisi kecemerlangan
Menepati wawasan

Di sini kami sedia berbakti
Terus berinovasi
Kami harapan generasi muka
Teras nusa dan bangsa

Varsiti kesayanganku
Sungguh banyak jasamu
Membentuk insan mulia
Berilmu berbudaya

InsyaAllah aku akan kembali kepada UM satu hari nanti, untuk terus mengalun lagu universiti yang kali terakhir didendangkan pada Majlis Istiadat Konvokesyen Dewan Tuanku Canselor 04.08.2008.

Saturday, August 2, 2008

UsUL akAr Umbi..

Kepimpinan Pak Lah selaku Presiden UMNO kini mula di sanggah?

Senario perkembangan semasa selepas mesyuarat UMNO Cawangan mulai bersidang semenjak 17 Julai 2008 yang lalu telah menampakkan ada suara-suara akar umbi menolak kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk terus menerajui tampok pentadbiran UMNO selaku Presiden sekaligus mengusulkan alternatif calon-calon lain yang berwibawa ke Bahagian masing-masing untuk dicalonkan bertanding jawatan Presiden dan juga Timbalan Presiden. Tengku Razaleigh Hamzah, Dato' Seri Najib Tun Razak serta Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah watak-watak yang mendapat perhatian dan diterima akar umbi untuk bertanding jawatan Presiden dan juga Timbalan Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2008 akan datang.

Tengku Razaleigh - Muhyiddin : Gandingan Ideal Presiden - Timbalan Presiden?

Penulis tertarik dengan usul-usul sesetengah Cawangan yang telah selesai bersidang meskipun belum kesemua Cawangan UMNO seluruh negara mengadakan persidangan, namun ada antaranya menunjukkan sikap berani inginkan perubahan daripada pucuk pimpinan UMNO sekarang kepada pemilihan pemimpin yang lain asalkan bukan diterajui lagi oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Berikut sebahagian cebisan kisah apa yang diusulkan pada persidangan Cawangan yang telah selesai sehingga 31 Julai 2008 :-

  • 87 Cawangan (Bahagian Gua Musang) - mengusulkan Tengku Razaleigh (Presiden).
  • Cawangan Ciku Dua B (Bahagian Gua Musang) - mengusulkan Tengku Razaleigh (Presiden) & DS Najib (Timbalan Presiden).
  • Cawangan Kampung Ubai (Bahagian Pekan) - mengusulkan DS Najib (Presiden).
  • Cawangan Bukit Kuantan 2 (Bahagian Paya Besar) - mengusulkan DS Najib (Presiden).
  • Cawangan USJ 2 (Bahagian Kelana Jaya) - mengusulkan DS Najib (Presiden) & TS Muhyiddin (Timbalan Presiden).
  • Cawangan Jalan Enggang (Bahagian Ampang) - mengusulkan Tengku Razaleigh (Presiden).
  • Cawangan Parit Simis Darat (Bahagian Parit Sulong) - mengusulkan DS Najib (Presiden) & TS Muhyiddin (Timbalan Presiden).
  • Cawangan Kg. Tengah (Bahagian Pagoh) - mengusulkan DS Najib (Presiden) & TS Muhyiddin (Timbalan Presiden).
  • Cawangan Desa Jaya (Bahagian Johor Bahru) - TS Muhyiddin (Presiden).
  • Cawangan Kelana Jaya Baru (Bahagian Petaling Jaya Utara) - mengusulkan Tengku Razaleigh (Presiden).
  • 2 Cawangan (Bahagian Kuala Kedah) dan (Bahagian Pokok Sena) - mengusulkan Tengku Razaleigh (Presiden).
  • 12 Cawangan Maharani, Bandar A, Bandar, Parit Perupuk Laut, Sungai Balang, Kampung Indah Parit Bugis, Seri Kemang, Sungai Kelat, Sungai Pulai, Seri Rahmat, Seri Pantai dan Paya Lebar (Bahagian Muar) - mengusulkan Tengku Razaleigh (Presiden).
  • 1 Cawangan (Bahagian Langkawi) - mengusulkan Tengku Razaleigh (Presiden).
  • Cawangan Kampung Tua (Bahagian Langkawi) - mengusulkan DS Najib (Presiden) & TS Muhyiddin (Timbalan Presiden).
  • Cawangan Parit 4 Timur (Bahagian Sabak Bernam) - mengusulkan DS Najib (Presiden) & TS Muhyiddin (Timbalan Presiden).
  • Cawangan Kg. Mesjid Jeneri (Bahagian Sik) - mengusulkan Tengku Razaleigh (Presiden).
  • Cawangan Kulambai Dundau (Bahagian Kota Belud) - mengusulkan Tengku Razaleigh (Presiden).
  • Cawangan Guar Tinggi (Bahagian Padang Besar) - mengusulkan DS Abdullah & DS Najib sama-sama melepaskan jawatan mereka.
  • Cawangan Air Keroh (Bahagian Bukit Katil) - mengusulkan DS Abdullah melepaskan jawatan Presiden UMNO dan tidak bertanding pada pemilihan parti Disember 2008.
  • 1 Cawangan (Bahagian Alor Gajah) - mengusulkan DS Abdullah melepaskan jawatan Presiden UMNO.
  • 1 Cawangan (Bahagian Pandan) - mengusulkan bukan DS Abdullah sebagai Presiden UMNO.

Mungkin usul-usul ini memberikan gambaran awal suara akar umbi yang telah atau belum bersidang yang sebenarnya menginginkan perubahan untuk menyelamatkan UMNO daripada menjadi mangsa krisis kepimpinan dan pentadbiran. Parti UMNO yang ditunjangi oleh ahli-ahli daripada 20,401 Cawangan bagi keseluruhan 191 bahagian UMNO di Malaysia kini akan tetap teguh untuk terus mendokong misi perjuangan Agama, Bangsa dan Tanahair.

(Kemaskini Terbaru: Sehingga 4 Ogos 2008)

Berikut tambahan terkini usul-usul persidangan Cawangan UMNO yang telah selesai sehingga 4 Ogos 2008 :-

  • Kesemua 116 Cawangan antaranya Ciku 6, Zon Aring, Kijang Bahagia (Bahagian Gua Musang) - mengusulkan Tengku Razaleigh (Presiden).
  • 15 Cawangan antaranya Padang Pohon Tanjung (Bahagian Tumpat) - mengusulkan Tengku Razaleigh (Presiden).
  • Cawangan Taman Cahaya (Bahagian Pandan) - mengusulkan Tengku Razaleigh (Presiden) & TS Muhyiddin (Timbalan Presiden).
  • Cawangan Jitra (Bahagian Kubang Pasu) - mengusulkan DSU Dr. Rais Yatim (Presiden) & TS Muhyiddin (Timbalan Presiden).
  • Cawangan Permas Jaya 7 (Bahagian Pasir Gudang) - mengusulkan TS Muhyiddin (Presiden).
  • Cawangan Stulang Laut (Bahagian Johor Bahru) - mengusulkan TS Muhyiddin (Presiden).
  • Cawangan Jalan Khamis (Bahagian Kapar) - mengusulkan TS Muhyiddin (Presiden).
  • Cawangan Danasari (Bahagian Parit Sulong) - mengusulkan DS Najib (Presiden) & TS Muhyiddin (Timbalan Presiden) serta usul supaya tempoh peralihan kuasa DS Abdullah kepada DS Najib mulai 1 Januari 2009.
  • Cawangan Telok Mengkuang (Bahagian Kuala Langat) - mengusulkan agar peralihan kuasa DS Abdullah kepada DS Najib disegerakan mulai 1 Disember 2008.
  • Cawangan Sri Pantai (Bahagian Kuala Kedah) - mengusulkan mendesak DS Abdullah meletak jawatan sebagai Presiden sebelum pemilihan parti Disember 2008.
  • Cawangan Penggaram Utama (Bahagian Batu Pahat) - mengusulkan Tengku Razaleigh (Presiden).
  • Cawangan Bandar Teknologi (Bahagian Kajang) - mengusulkan agar jawatan Presiden & Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan pada pemilihan parti Disember 2008.

(Kemaskini Terbaru: Sehingga 15 Ogos 2008)

Berikut tambahan terkini usul-usul persidangan Cawangan UMNO yang telah selesai sehingga 15 Ogos 2008 :-

  • Cawangan Taman Orkid (Bahagian Merbok) - sebulat suara meluluskan usul undi tidak percaya terhadap DS Abdullah selaku Presiden UMNO, juga mengusulkan TS Muhyiddin (Presiden) & Tengku Razaleigh (Timbalan Presiden).
  • Cawangan Kampung Candi, Cawangan Semeling (Bahagian Merbok) - mengusulkan TS Muhyiddin (Presiden) & Tengku Razaleigh (Timbalan Presiden).
  • Cawangan Sungai Layar Hujung (Bahagian Merbok) - mengusulkan DS Najib (Presiden) & TS Muhyiddin (Timbalan Presiden).
  • Cawangan Taman Seroja (Bahagian Merbok) - mengusulkan Tengku Razaleigh (Presiden) & TS Muhyiddin (Timbalan Presiden)
  • Cawangan Taman Bersatu (Bahagian Sungai Petani) - mengusulkan DS Najib (Presiden) & TS Muhyiddin (Timbalan Presiden).
  • Cawangan Bandar Baru Jaya Gading (Bahagian Pekan) - mengusulkan Tengku Razaleigh (Presiden) & DS Najib (Timbalan Presiden) serta usul sistem kuota bagi semua jawatan yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO dimansuhkan.
  • Cawangan Kampung Tembioh (Bahagian Kota Tinggi) - mengusulkan DS Najib (Presiden) & TS Muhyiddin (Timbalan Presiden).
  • Cawangan Sungai Buloh Country Resort (Bahagian Kuala Selangor) - mengusulkan usul meminta tempoh peralihan kuasa daripada DS Abdullah Ahmad Badawi kepada DS Najib Tun Razak, dilakukan mulai 1 Januari 2009.
  • Cawangan Hulu Bernam (Bahagian Hulu Selangor) - sebulat suara meluluskan usul mencadangkan ke Bahagian tidak mencalonkan DS Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden UMNO dan juga turut membawa usul mencadangkan percalonan DS Najib (Presiden) & TS Muhyiddin (Timbalan Presiden).
  • Cawangan Tasik Tanjung Belanja (Bahagian Parit) - mengusulkan Tengku Razaleigh (Presiden).
  • 3 Cawangan Manjoi, Kledang, Kelebang (Bahagian Tambun) - mengusulkan Tengku Razaleigh (Presiden).
  • Cawangan Kampung Rahmat (Bahagian Bukit Gantang) - meluluskan usul supaya DS Abdullah meletak jawatan dengan segera.
  • Cawangan Taman Sri Putra (Bahagian Kuala Langat) - meluluskan usul “agar saf kepemimpinan UMNO Malaysia” dirombak seberapa segera, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan serta mencadangkan DS Najib (Presiden) & TS Muhyidin (Timbalan Presiden).
  • 2 Cawangan Kampung Pauh, Tengkawang (Bahagian Hulu Terengganu) - mengusulkan dan memberikan sokongan penuh Tengku Razaleigh (Presiden).
  • Cawangan Tok Mucung Wakaf Tapai (Bahagian Marang) - mengusulkan dan sebulat suara mencadangkan Tengku Razaleigh (Presiden).
  • Cawangan Masjid Pakistan (Bahagian Titiwangsa) - mengusulkan Tengku Razaleigh (Presiden) & TS Muhyiddin (Timbalan Presiden).

Friday, August 1, 2008

SePaNTas Bila TerCaNTas..

Seringkali fitrah dan lumrah manusia bila terasa diri terkandas atau tercantas akan tangkas lekas mencari, mengatur langkah mengeluarkan diri sepantas yang boleh daripada kepompong halangan dan permasalahan yang membantutkan. Kadangkala ada yang sudah menjangkakan pro kontra daripada tindak tanduk yang dipilih dengan memikirkan atau tidak langsung kemungkinan yang akan mendatang sama ada membawa pulangan berbaloi mahupun sebaliknya.

Kadangkala ini mencetuskan suatu krisis keyakinan dan pelbagai keraguan sama ada tindakan sepantas bila tercantas akan menyelesaikan permasalahan atau sekadar menambahkan lagi permasalahan yang mengusutkan. Memang benar melarikan diri mungkin bukan kaedah penyelesaian terbaik tetapi kalau itu yang mampu untuk memberikan impak permulaan ke arah penamatan kenapa tidak? Memperlihatkan skop untuk memberikan keyakinan dan membina kembali jati diri apabila terkandas atau tercantas dalam sesuatu pekara, tindakan sepantas perlu diambil sebelum ia berterusan memakan kebolehan mencipta ruang atau peluang keemasan disusuli dengan penyudahan yang bijak.

Memandang, menilai serta menganalisa kekurangan diri adalah suatu tindakan merentas yang terpuji kerana ia boleh menjadi panduan dan haluan untuk melakukan migrasi yang terbaik dan sebaik mungkin sebelum pekara terkeji datang mendampingi atas sindrom kelemahan dan kegagalan menguasai situasi disebabkan aliran dan kitaran hidup yang terlalu memaksa sama ada memilih kebaikan atau keburukan, kerugian atau keuntungan.

Maka sekiranya keadaan terasa diselubungi serta dikelilingi dengan perasaan yang membatasi, keluarkan diri sepantas mungkin untuk melihat pembaharuan yang menanti seterusnya mencipta suatu pembentukan yang bakal mengadaptasi suatu cerita perjalanan kehidupan yang diidami dan diingini kerana antara sedar mahupun tidak, sepantas bila tercantas bisa melahirkan erti sebenar akal dan jiwa yang bebas.

Monday, July 28, 2008

ALif, Ba, TA..

Alif, Ba, Ta..

Kita pernah dan sudah biasa mendengar huruf tersebut sejak dari kecil lagi bukan? Begitu indah tatkala dihayati ayat dan ungkapan "Alif, Ba, Ta" yang tersiratnya menjadi tunjang teras asas kepada permulaan untuk penerusan sampai ke pengakhiran. Konsep "Alif, Ba, Ta" ini sebenarnya bilamana di adaptasi, di implementasi di dalam sesuatu kehidupan dan sesebuah perjuangan akan menjadi landasan yang cukup kukuh sebagai panduan dan haluan arah mana yang perlu ditujui ke destinasi tanpa mengabaikan nas-nas kebaikan.

Dalam konteks sesebuah perjuangan hari ini sebagai contoh parti UMNO, penerapan dan pengamalan konsep ini perlu di ambilkira dalam mengembalikan tiga teras utama perjuangan asal UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 iaitu Alif yang bersamaan dengan Agama yakni Islam, Ba yang bersamaan dengan Bangsa yakni Bangsa Melayu dan Ta yang bersamaan dengan Tanah Air yakni Malaysia.

Perjuangan parti UMNO kini umpama semakin sudah jauh menyimpang daripada tiga teras perjuangan asal berkonsepkan "Alif - Agama, Ba - Bangsa, Ta - Tanah Air" kerana kebanyakkan yang menduduki dalam parti sekarang ini bukannya menzahirkan dan melahirkan keikhlasan untuk memperjuangkan idealogi penubuhan parti. Sebaliknya perubahan yang jelas terpampang hanyalah membawa ideologi sendiri semasa berjuang dan yang menjadi keutamaan mengharapkan untuk mendapat sesuatu kepentingan melalui atas nama parti UMNO. Faktor ini telah sedikit sebanyak merebak melemahkan parti keseluruhannya.

Persepsi perlulah di ubah agar ahli-ahli parti terutamanya pemimpin pelapis serta akar umbi tidak membawa ideologi dan agenda yang bercanggah dengan teras perjuangan asal parti UMNO dan seharusnya optimis mengembalikan, menghidupkan dan seterusnya menyuburkan untuk membela konsep perjuangan berlandaskan "Alif - Agama, Ba - Bangsa, Ta - Tanah Air".

Monday, July 21, 2008

DENomiNAsi RM5oo, RM1ooo kEmBALi..?


Wang kertas denominasi bernilai RM500, RM1000 kembali dan boleh ditebus?

Cadangan Bank Negara Malaysia (BNM) ingin menghidupkan semula wang kertas denominasi RM500 dan RM1000 sebagai "legal tender" (wang yang sah) meskipun telah dihapuskan sejak tahun 1999 mencernakan pelbagai reaksi pro dan kontra dalam pasaran ekonomi negara kini. Denominasi yang telah dinyahwang satu masa dahulu menjadi khazanah dalam sejarah koleksi pengeluaran mata wang negara dilihat amat bernilai kembali.

Persoalan itu telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Paduka Ibrahim Ali di Parlimen ketika membawa usul untuk mendebatkan cadangan Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan semula wang kertas RM500 dan RM1000. Namun usulnya ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Bank Negara Malaysia (BNM) pada 12 September 1998 mengumumkan bahawa wang kertas denominasi RM500 dan RM1000 dinyahwang. Wang kertas ini telah ditarik balik sah lakunya dalam pasaran bermula 1 Julai 1999. Wang kertas RM500 dan RM1000 dalam edaran sebelum dinyahwang masing-masing adalah sebanyak 1,989,479 keping dan 4,523,731 keping, dengan jumlah nilai muka sebanyak RM5.52 bilion. Mengikut perangkaan, terdapat kurang daripada 200,000 keping wang kertas RM500 dan RM1000 yang masih dalam edaran dengan jumlah nilai muka lebih kurang RM100 juta.

Apakah kejayaan CIMB membawa pulang 5 keping wang kertas pertama Malaysia yang dicetak pada tahun 1967 bernilai RM1, RM5, RM50, RM100, RM1000 memiliki nombor siri A/1 000001 selepas membidanya sehingga RM639,000 pada satu majlis lelongan di London pada Oktober lalu menjadi kesinambungan kepada wang kertas RM500 dan RM1000 perlu kembali dan boleh ditebus sebagai "legal tender"?

Masih ramaikah rakyat Malaysia yang menyimpan wang kertas RM500 dan RM1000 ini sama ada dalam mahupun luar negara? Sekiranya wang kertas denominasi ini kembali dan boleh ditebus, ia jelas akan menguntungkan pihak dan orang tertentu yang sekian lama menyimpannya bila mana dibawa balik dalam bentuk "bulk" ke dalam pasaran ekonomi negara.

Teringat pesan seorang rakan, jangan jadi hamba kepada duit tapi biarkan duit menjadi hamba kepada kita dan tiada masalah untuk gilakan duit sekalipun tetapi jangan sampai menjadi gila kerana duit.

Friday, July 18, 2008

TaKDiR..

Opick & Melly Goes...

Di hempas gelombang dilemparkan angin
Sekisah ku bersedih ku bahagia
Di indah dunia yang berakhir sunyi
Langkah kaki di dalam rencana Nya

Semua berjalan dalam kehendak Nya
Nafas hidup cinta dan segalanya

Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi

Bila mungkin ada luka coba tersenyumlah
Bila mungkin tawa coba bersabarlah
Karena air mata tak abadi
Akan hilang dan berganti hilang kan berganti

Bila mungkin hidup hampa di rasa
Mungkinkah hati merindukan Dia
Karena hanya dengan Nya hati tenang
Damai jiwa dan raga

Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi
Hanya pada Mu Ya Robbi

song by opick & melly goeslaw - takdir

seringkali kali takdir dipersalahkan pabila hampa di rasa, sampai kita terlupa takdir hadir mendekatkan hati kepada Pencipta agar diri terus dewasa..

Friday, July 11, 2008

Ku iNgin KaMu..

Romance - Ku Ingin...

Demi semua yang aku jalani bersamamu

Ku ingin kau jadi milikku
Ku ingin kau disampingku
Tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
Dan hanya dirimu yang bisa
Membawa surga dalam hatiku

Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini menemani

Sentuhanmu
Bagaikan tangan sang dewi cinta
Yang berhiaskan bunga asmara
Dan membuatku tak kuasa

Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini menemani

Di setiap arung gerak
Tersimpan di hati kecilku
Bahwa dirimu terindah untukku

Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini menemani

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernapas
Selama Tuhan masih mengijinkan
Ku ingin selalu menjagamu

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernapas

song by romance - ku ingin kamu

so sweet song.. best time nyanyi duet with my syg.. (",)

Thursday, July 3, 2008

3 seKawAN.. 2 saHabAT..

Antara 3 sekawan dan 2 sahabat, yang mana lagi hebat?

Melihatkan perkembangan lanjutan politik Pak Lah-Najib-Anwar seolah-olah tiga sekawan ini terus-terusan mengoncang politik Malaysia dengan pelbagai semacam isu, anasir yang naif lagi daif. Jelas andai seseorang pemimpin itu nawaitu memimpin dengan ikhlas, maka perjuangan mereka akan suci tanpa dicemari sebarang noda yang boleh mengoyahkan hala tuju erti sebuah perjuangan. Biarkan kisah sengketa tiga sekawan Pak Lah-Najib-Anwar berterusan memperlihatkan segala cacat cela andai takdir Allah untuk memberikan anugerah “Malaysia” kepada pemimpin yang ikhlas dan bersih iaitu dua sahabat Ku Li-Muhyiddin yang mungkin menyucikan segala noda politik Malaysia tinggalan angkara sengketa tiga sekawan Pak Lah-Najib-Anwar untuk kesejahteraan semua.

Percaturan politik UMNO kali ini antara yang menarik bakal diterjemahkan oleh ahli-ahli UMNO dalam memberikan impak kepada politik Malaysia keseluruhannya kini dan masa akan datang. Pemilihan Disember ini pada Perhimpunan Agung 2008 dianggap pemerhati sebagai hidup mati hala tujuan pertubuhan UMNO dalam kancah politik tanahair sama ada terus subur atau akan berkubur

Gandingan antara dua sahabat Ku Li-Muhyiddin bakal mempunyai impak yang menyeluruh dalam politik UMNO. Gandingan ini sebenarnya mewakili suara akar umbi gandingan Timur-Selatan, gandingan pemimpin yang bebas dari sebarang desas desus skandal, anasir naif lagi daif yang boleh mengganggu gugat pentadbiran masa depan UMNO dan kerajaan Malaysia. Pemimpin bersih lahir daripada kombinasi semangat memperjuangkan sesuatu perjuangan melebihi kepentingan dan keperluan peribadi.

Kepakaran serta pengalaman luas Ku Li amat diperlukan memulihkan ekomoni negara serta merawat pentadbiran UMNO keseluruhannya. Andai kata Ku Li terpilih menerajui kepimpinan UMNO dan Malaysia walaupun untuk jangka masa setahun ke tiga tahun sekalipun kerana faktor usia beliau, maka sudah lengkap pemulihan-pembaikan-peralihan UMNO untuk di pikul tugas seterusnya pula oleh kepimpinan Muhyiddin.

Dalam percaturan ini, tidak dinafikan kelayakan Najib untuk mengisi posisi paling tertinggi politik UMNO dari segi pengalaman kepimpinan, namun faktor dan anasir kitaran Najib yang membataskan pentadbiran sebenar beliau. Najib seharusnya menyah-hapuskan segala anasir yang boleh mencampuri pentadbiran ala Najib. Tengok sahaja kecelaruan kepimpinan Pak Lah apabila anasir kitaran yang banyak mempengaruhi corak kepimpinan beliau. Pemimpin yang bijak memimpin mampu membuat keputusan yang sebaik-baiknya dan segala keputusan adalah tanggungjawab beliau sepenuhnya kerana itulah perbezaan antara yang memimpin atau yang di pimpin.

Politik itu tidak kotor andai di pimpin oleh pemimpin yang bersih, namun politik akan bergelumang dengan segala jenis keburukan andai kepimpinan diterajui oleh pemimpin yang rosak dan anasir yang mencemarkan.

Lihat kiriman :-
http://kuda-kepang.blogspot.com/2008/03/gandingan-muhyiddin-tengku-razaleigh.html

Thursday, June 19, 2008

PeTRONaS vs KerAjaaN..

Sekilas ringkas...

Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) ditubuhkan pada 17 Ogos 1974 di bawah Akta Syarikat 1965 dan adalah dibawah milik Kerajaan Malaysia. Permulaan operasinya adalah di Jabatan Perdana Menteri di Jalan Dato' Onn sebelum berpindah ke Ibupejabatnya di Kuala Lumpur. Pengerusi dan Ketua Eksekutif pertamanya, YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang juga mantan Menteri Kewangan telah dilantik oleh Perdana Menteri Ke-2, YAB Tun Abd. Razak bagi menerajui perbadanan ini. Matlamat utama penubuhan PETRONAS digariskan seperti berikut:-

  • melindungi hak kedaulatan negara dan hak serta kepentingan yang sah bagi rakyat Malaysia untuk memiliki dan memajukan sumber petrolium.
  • melaksanakan perancangan yang sempurna bagi mengusahakan hasil dan menggunakan sumber petroleum dengan cara yang teratur agar dapat memenuhi keperluan sekarang dan masa depan negara.
  • menyertai secara aktif dalam pengusahahasilan petroleum dan memasarkan serta mengedarkan petroleum dan hasil petroleum.
  • memastikan yang pasaran tempatan dibekalkan dengan petroleum dan hasil petrokimia dengan harga yang berpatutan.
  • menggalakkan penyertaan rakyat tempatan dalam membuat, memasang dan membina loji dan alat perkakas untuk kegunaan industri petroleum dan dalam menyediakan perkhidmatan tambahan dan sokongan.
  • menyumbang ke arah pembangunan sektor ekonomi yang berasaskan pertanian dengan menyediakan baja nitrigen.
  • memastikan rakyat Malaysia secara keseluruhannya menikmati faedah sepenuhnya daripada pembangunan industri petroleum negara.
Diakui bahawa sumber petroleum adalah hasil bumi yang terhad untuk tempoh simpanan dalam jangka masa tertentu. Langkah pengurangan subsidi dan kenaikan harga minyak oleh kerajaan disebabkan sumber minyak yang terhad ini dilihat hanya sebagai penyelesaian jangka pendek tanpa ada alternatif yang lebih kukuh dan kuat untuk mengimbangi permasalahan ini.

Kenapa kerajaan terlalu bergantung kepada sumber terhad sekiranya kerajaan sudah menjangkakan sumber minyak ini akan kehabisan dalam tempoh tertentu? Tiadakah mekanisme proaktif daripada pergantungan langsung kepada sumber terhad ini kepada sumber yang boleh diciptakan atau dijanakan? Seharusnya kerajaan perlu bijak menjangkakan perkembangan ini dalam perangkaan Rancangan Malaysia (RMK) mendatang dengan sudah mempunyai langkah-langkah mengimbangi kepada sumber terhad ini.

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri sekarang pernah mengwar-warkan teknologi pertanian dan perladangan sebagai medium penjanaan ekonomi negara yang terbaru. Jadi inilah masa sesuai untuk kerajaan bergerak menjana sumber penghasilan minyak biodiesel, biopetrol daripada penyelidikan perladangan kelapa sawit. Sumber ini tidak terhad kerana sumber ini dijana dan diusahakan dalam jangka masa yang berterusan. Usahasama penyelidikan dan pembangunan oleh kerajaan melalui kementerian perladangan dan komoditi, sains dan teknologi, pertanian serta agensi-agensi FELDA, FELCRA, MPOB dan dengan kepakaran Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Boustead Holdings Petroleum (BHPetrol) atau pihak swasta kepada sumber tidak terhad ini dilihat satu mekanisme yang efisin merubah kepada sumber yang terhad dalam penjanaan ekonomi negara. Malahan syarikat besar minyak dunia, SHELL telah pun memulakan penyelidikan dan pembangunan kepada perkembangan sumber terbaru ini.

Kita boleh mengubah gaya hidup, tetapi kita juga perlu mengubah cara pemikiran ke arah skop yang lebih meluas. Penyelesaian jangka pendek tanpa ada alternatif untuk jangka masa panjang adalah penyelesaian yang terburu-buru dan boleh mendatangkan kerugian. Rakyat mungkin tidak berminat dengan pendapatan kewangan PETRONAS, namun alangkah baiknya jika rakyat diperjelaskan terperinci ke mana, mengapa atau untuk apa hasil daripada pendapatan PETRONAS kepada kerajaan dibelanjakan. Lebih mudah pengertiannya, perbelanjaan oleh kerajaan daripada hasil pendapatan PETRONAS.

Wednesday, June 18, 2008

FORZA ITaLia...!!!

FORZA ITALIA...!!!

World champions Italy beat France 2-0 in Group C last match yesterday to qualify for the quater-finals of EURO 2008. It was Azzuri's first win over France without the help of a penalty shoot-out in 30 years, the last occasion being a 2-1 at the 1978 World Cup. Goal by Andrea Pirlo and Danielle De Rossi sent Italy through to knock-out stage quater-final against Spain on 23rd June in Vienna.

Road to quater-final EURO 2008 as runners-up Group C.

Group C
ITALY vs Holland 0-3
ITALY vs Romania 1-1
ITALY vs France 2-0

Quater-Final
ITALY vs Spain ?

Monday, June 9, 2008

BoLa FeveR..

sakit pala, nak marah pun ada pasal gila punya minyak naik mengejut awal bulan jun ni..apalah punya ada pemimpin yang lemah tak tau nak manage masalah ekonomi negara dan rakyat..kalo dah akal singkat tak gheti nak tadbir negara, baik je lepas tanggungjawab kasi kat pemimpin yang lagi cerdik..balik je dok diam² kat penang, makan buah pala banyak² agar cerdas sikat otak kepala..senang je cakap bagi kata² perangsang kat rakyat.."ubah gaya hidup.." ubahlah dulu gaya hidup hangpa, tunjukkan kepimpinan melalui teladan kepada rakyat..buktikan melalui pratik kepada rakyat..bukan sekadar cakap je tak penah bikin..tapi dalam kebenatan PM penang ni adalah jugak kebijakkan dia..umumkan kenaikan minyak dekat² musim demam EURO 2008..ikutkan janji manis PM penang ni minyak mungkin berlaku kenaikan menjelang ogos..ye lah, bila rakyat dah fanatik tgk dan bicara bola soal minyak naik rakyat akan terlupa sedikit sebanyak..lantak lah PM penang, jangan sampai rakyat pula naik minyak sudah lah..tak pasai² balik penang jual minyak atar, nasi kandar..



FORZA ITALIA!!!! my fav world team since zaman dino zoff, roberto baggio, maldini..yup, demam EURO 2008 kembali..ITALIA di undi dalam kumpulan C yang di anggap "death group" EURO 2008 kali ni bersama Holland, Romania n France..turun dengan label selaku juara dunia WC2006..actually sejak penampilan dalam kejohanan Eropah ni, sekali je ITALIA muncul juara..so how about this time? Buffon, Del Piero, Materazzi, Nesta, Pirlo, Gattuso, Zambrotta, Luca Toni..barisan glamor untuk ITALIA menjuarai EURO 2008..


Futsal KSB SoccerSTAR 2008 kembali juga bulan jun ni..memang bulan jun kali ni demam bola menjadi-jadi..futsal anjuran Kelab Sukan Boustead (KSB) pada 7 Jun 2008 sabtu lepas begitu meriah dengan seharian suntuk kami warga KSB berkampung di SoccerXL, Segambut memperlihatkan gaya lenggok, kelincahan aksi umpama star menandingi kehebatan demam EURO 2008..hehehe..penyertaan acara tahunan ini terdiri daripada pasukan anak syarikat kumpulan Boustead..10 pasukan lelaki dibahagikan kepada 2 kumpulan dan 3 pasukan wanita..pasukan aku, Boustead Information Technology (BIT) bagaimanapun kurang bernasib baik..kalau penyertaan tahun 2007 team aku muncul naib juara, kali ini sekadar berada tempat ke-3 peringkat kelayakan kumpulan dan gagal layak ke separuh akhir..BIT memulakan aksi perlawanan pembukaan bertemu Boustead Holdings Berhad (BHB)..gol minit terakhir BHB mengecewakan BIT dan berkesudahan seri 1-1.. perlawanan kedua, BIT menunjukkan belang membelasah Boustead Heavy Industries Copr. (BHIC) dengan 3-0..perlawanan seterusnya BIT tewas 0-1 kepada juara kumpulan Boustead Curve (BC)..perlawanan terakhir kumpulan bagi menentukan team yang akan mengiringi BC ke slot separuh akhir menjadi rebutan antara BIT dan UAC Berhad (UAC)..BIT amat perlukan kemenangan dan UAC cukup sekadar jika keputusan seri..perlawanan cukup sengit dengan UAC mendahului gol awal sebelum BIT menyamakan kedudukan..dan babak kedua BIT bejaya mendahului melalui tendangan lencong kaki aku..hehehe..nasib sekali lagi tidak menyebelahi kami, gol lewat minit terakhir oleh UAC membuatkan BIT mengigit jari dengan keputusan wisel penamat seri 2-2..kami gagal ke separuh akhir..kejohanan kali ini cukup meriah, memperlihatkan semangat kesukanan dan persahabatan tinggi antara warga kumpulan Boustead..Boustead Curve muncul juara, diikuti Boustead Global Trade Network (BGTN) dan ketiga Boustead Credit SB (BCSB)..bagi wanita, Boustead Shipping Agencies (BSA) muncul juara..

Tuesday, May 20, 2008

keLuar UMNO : TeKs PeNuh TDM..

Oleh Dr Mahathir Mohamad

Hari ini, Mei 19, 2008 saya mengumumkan keputusan saya untuk keluar daripada UMNO. Isteri saya turut bersama.

Keputusan ini dibuat kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuh 62 tahun dahulu yang berjuang untuk bangsa Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia (Malaya); UMNO yang menggagalkan Malayan Union, memperjuangkan kemerdekaan Malaya dan Malaysia dan membangunkan Malaysia sehingga menjadi Negara yang termaju di antara Negara membangun di dunia.

UMNO yang ada sekarang hanya wujud untuk menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, keluarganya dan tindakan serta dasar yang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan negara.

Kepimpinan Dato Seri Abdullah jelas membawa kekalahan dan bencana kepada Barisan Nasional, UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Kemenangan UMNO di Sabah dan BN di Sarawak bukan kerana kepimpinan Dato Seri Abdullah.

Saya akan jelas satu persatu dasar-dasar dan tindakan Dato Seri Abdullah yang menjadikan Kerajaan pimpinannya dan parti BN dibenci oleh ahli-ahli parti komponen sendiri.

Walaupun sebelum perisytiharan ini saya adalah ahli UMNO tetapi sebenarnya selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri saya tidak dilayan sebagai ahli UMNO.

Saya tidak dibenarkan berjumpa ahli UMNO dan ahli UMNO tidak dibenarkan hadir apa-apa perhimpunan di mana saya dijemput sebagai jurucakap atau penyampai ucapan.

Menteri-Menteri yang dahulu berada dalam Kabinet saya tidak dibenarkan atau tidak berani atau tidak mahu jumpa saya lagi.

Jemputan oleh UMNO dan bukan UMNO kepada saya diarah ditarik balik oleh Menteri Besar dan Polis.

Ramai pemimpin UMNO melepaskan kata-kata kesat kepada saya dan ada yang menyuruh saya keluar daripada UMNO walaupun mereka baru sahaja masuk UMNO. Tidak ada pemimpin UMNO yang pertahankan saya secara terbuka.

Wakil ke Perhimpunan Agong tidak dibenarkan menyuara pendapat mereka. Mulut semua orang ditutup.

Yang didengar hanyalah media arus perdana yang memuji Dato Seri Abdullah sehingga dia percaya dia begitu popular dan akan sapu bersih parti lawan dalam pilihanraya umum ke-12.

Hasilnya ialah kekalahan yang teruk bagi Barisan Nasional. Malangnya mesej yang hendak disampaikan oleh pengundi dan penyokong BN tidak dapat difahami oleh Dato Seri Abdullah.

Dia masih berkata dia menang. Ini sukar diterima oleh orang Kedah, orang Pulau Pinang, orang Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Oleh kerana Dato Seri Abdullah buta mata dan pekak telinga dan tidak faham mesej ahli BN, oleh kerana ahli UMNO pun turut bersama, oleh kerana proses demokrasi tidak berjalan, oleh kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuhkan 62 tahun dahulu, saya berpendapat penyertaan saya sebagai ahli UMNO tidak bermakna dan tidak berguna lagi.

Justeru itu saya ingin umumkan bahawa saya sudah keluar daripada UMNO.

Saya ingin tegaskan bahawa saya bebas dan tidak menyokong mana-mana parti lawan.

Saya akan pohon untuk masuk UMNO apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah berhenti daripada menjadi Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia.

Dr Mahathir bin Mohamad (bekas ahli UMNO No 1)
Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali (bekas ahli UMNO No 2)

Monday, May 19, 2008

CoRetan MEi..

quite bz lately..jarang² dpt jengok my blog apa lagi nak update..ni pun baru je balik dari outstation kat jempol bahau, n.sembilan..almost a week lepak kat sana..

bulan mei 5hb hari tu..adik perempuan konvo kolej dia kat temerloh, pahang..so attend la dia punya konvo ganti my parent yg tak dapat gi coz abah tak berapa sihat..abah n ma tgh seronok main² dgn cucu baru kot..khyra sephia..adik baru yeen..hehehe..konvo adik sesi sebelah petang, so kami bergerak dari KL pada sebelah pagi..aku n my syg sebuah kereta..adik laki 2 org bersama bakal adik ipar lagi sebuah kereta..tapi adik laki gerak dulu ke temerloh, aku menyusul kemudian n kami berkumpul kat tapak parking dewan konvo..my syg kelihatan agak segan 1st time meet with my siblings..sementara menunggu sesi konvo adik abis, aku n my syg berlegar-legar dulu kat gerai konvo temankan my syg mencari tudung utk mak sempena hadiah hari ibu 11hb mei yang lalu n mencari bunga utk adik..my syg pilihkan bunga warna pink utk adik..seronok melihat sesi konvo, lantas mengimbau kembali sesi konvo aku masa kat UM dulu..sampaikan tak cukup tangan menerima bunga lepas keluar dari dewan DTC..dekat jam 5 baru abis sesi konvo adik n kami bergambar kenang-kenangan..namun hari tu mencoretkan suatu kisah yang tak pernah berlaku..ya, biarlah ia menjadi satu kenangan yg tak akan dilupakan tersemat dalam diari hidup aku..kami bergerak pulang hampir senja berkonvoi sesama n singgah di McD hentian genting sempah. adik² laki bergerak pulang ke KL sementara aku n my syg bergerak menuju genting highlands..sebenarnya sudah lama aku tak naik genting, ntah mengapa terlintas nak naik ke situ plak hari tu bersiar-siar menikmati udara nyaman malam bersama my syg. best sesgt bersama my syg kat peranginan genting, sambil merehatkan diri n minda seharian keletihan. masa paling seronok sesgt, abiskan masa bersama di indoor game..terror my syg main game kat situ, n habuannya dpt lucky draw beberapa teddy bear yg cute mute..hehehe.. "abg, yg teddy ni kasi kat yeen yer..yg ni letak dlm keta abg.." hepi sungguh tgk wajah my syg.. "nanti abg drive, tgk teddy ni ingatkan syg tau.." pesan my syg..hampir tengah mlm kami pun bergerak pulang ke KL n akan datang kami akan abiskan masa bersama di genting highlands lagi..

bulan mei 12hb - 16hb mei..aku n ofismate outstation kat jempol bahau, n.sembilan..ada sesi training plantation system boustead utk client perlating jerneh estate, berhampiran felda serting..bertolak pada pagi 12hb dari KL, menginap di hotel era bahau..outstation meskipun penat, namun seronok dapat merehatkan minda dari hingar bingar kesibukan kota metropolitan KL..dapat pula berkongsi pengalaman tentang suasana kehidupan masyarakat setempat..dalam keadaan ekonomi negara yg tidak menentu skg, bertuah sekiranya komoditi kelapa sawit terus diberikan tumpuan oleh kerajaan sebagai pengeluar utama dunia dan memberikan tumpuan kepada teknologi penyelidikan biodiesel dari sumber minyak sawit untuk tunjuan komersial dan bertindak sebagai pemangkin kepada sumber minyak petroleum yang terhad.. bayangkan pendapatan yg di jana melalui pasaran minyak sawit terus meningkat dan menguntungkan..pendek kata malaysia adalah bumi bertuah sekiranya hasil setempat mampu direalisasikan faedahnya kepada rakyat dan negara..tengok saja bagaimana berjayanya rancangan felda yg diwujudkan semasa pemerintahan Tun Abd Razak utk manfaat bersama..sesi training berakhir pada 16hb dan aku berangkat balik ke KL setelah selesai pada sebelah petangnya..meskipun penat, namun seribu pengalaman yg di timba amat berharga dan menguntungkan..

Wednesday, April 30, 2008

AL-FaTihah : gEnap 1 taHun..

AL- FATIHAH... buat arwah tok ayah tersayang...

arwah Dato' Hj Abdul Ghani Abu Bakar dan isteri tercinta, Datin Hjh Zainab Husain

arwah tok ayah bersama cicit kesayangan, Yeen

arwah tok ayah, Yeen dan Zeme

arwah tok ayah, YBM Tengku Razaleigh dan sahabat di kenduri rumah Taman Sari

Hari ini genaplah 1 tahun arwah tok ayah kembali ke rahmatullah tanggal 30 April 2007. Tatkala waktu hening subuh pada jam 5.15am setiap 30 April akan mendetikkan jiwa dan memahatkan ingatan minda me, saat inilah arwah tok ayah pergi menyahut seruan pulang Ilahi Yang Maha Esa. Semoga arwah tok ayah gembira hendaknya aman damai di sana sentiasa di kalangan insan² yang beriman dan bertakwa. InsyaAllah, me selalu berdoa agar diberikan peluang bertemu arwah tok ayah lagi di sana nanti. Bersemadilah arwah tok ayah dalam kenangan.

Monday, March 24, 2008

UMNO : SuRat perPaduan..

Untuk tatapan, renungan buat ahli UMNO sekiranya masih sayang dan cintakan parti UMNO. Tiada salah untuk bukakan mata, lapangkan dada, luaskan pemikiran, cetuskan idea, cari kata sepakat, tentukan haluan, bulatkan perpaduan untuk keutuhan dan keteguhan parti.



Surat daripada YBM Tengku Razaleigh (Ketua UMNO Bahagian Gua Musang) kepada Bahagian dan Cawangan UMNO Malaysia mengusulkan diadakan Perhimpunan Agung Khas UMNO sebelum Perhimpunan Agung UMNO 2008 dilangsungkan. Surat seruan ini mungkin di anggap tidak releven bagi sesetengah pihak pada masa kini, namun sekiranya saranan ini dipertimbangkan dan digunapakai tatkala parti UMNO sudah terkubur mati meninggalkan nama sudah terlewat dan tiada gunanya lagi bak kata pepatah "SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIADA BERGUNA..."