Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) ditubuhkan pada 17 Ogos 1974 di bawah Akta Syarikat 1965 dan adalah dibawah milik Kerajaan Malaysia. Permulaan operasinya adalah di Jabatan Perdana Menteri di Jalan Dato' Onn sebelum berpindah ke Ibupejabatnya di Kuala Lumpur. Pengerusi dan Ketua Eksekutif pertamanya, YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang juga mantan Menteri Kewangan telah dilantik oleh Perdana Menteri Ke-2, YAB Tun Abd. Razak bagi menerajui perbadanan ini. Matlamat utama penubuhan PETRONAS digariskan seperti berikut:-
- melindungi hak kedaulatan negara dan hak serta kepentingan yang sah bagi rakyat Malaysia untuk memiliki dan memajukan sumber petrolium.
- melaksanakan perancangan yang sempurna bagi mengusahakan hasil dan menggunakan sumber petroleum dengan cara yang teratur agar dapat memenuhi keperluan sekarang dan masa depan negara.
- menyertai secara aktif dalam pengusahahasilan petroleum dan memasarkan serta mengedarkan petroleum dan hasil petroleum.
- memastikan yang pasaran tempatan dibekalkan dengan petroleum dan hasil petrokimia dengan harga yang berpatutan.
- menggalakkan penyertaan rakyat tempatan dalam membuat, memasang dan membina loji dan alat perkakas untuk kegunaan industri petroleum dan dalam menyediakan perkhidmatan tambahan dan sokongan.
- menyumbang ke arah pembangunan sektor ekonomi yang berasaskan pertanian dengan menyediakan baja nitrigen.
- memastikan rakyat Malaysia secara keseluruhannya menikmati faedah sepenuhnya daripada pembangunan industri petroleum negara.
Kenapa kerajaan terlalu bergantung kepada sumber terhad sekiranya kerajaan sudah menjangkakan sumber minyak ini akan kehabisan dalam tempoh tertentu? Tiadakah mekanisme proaktif daripada pergantungan langsung kepada sumber terhad ini kepada sumber yang boleh diciptakan atau dijanakan? Seharusnya kerajaan perlu bijak menjangkakan perkembangan ini dalam perangkaan Rancangan Malaysia (RMK) mendatang dengan sudah mempunyai langkah-langkah mengimbangi kepada sumber terhad ini.
Kerajaan pimpinan Perdana Menteri sekarang pernah mengwar-warkan teknologi pertanian dan perladangan sebagai medium penjanaan ekonomi negara yang terbaru. Jadi inilah masa sesuai untuk kerajaan bergerak menjana sumber penghasilan minyak biodiesel, biopetrol daripada penyelidikan perladangan kelapa sawit. Sumber ini tidak terhad kerana sumber ini dijana dan diusahakan dalam jangka masa yang berterusan. Usahasama penyelidikan dan pembangunan oleh kerajaan melalui kementerian perladangan dan komoditi, sains dan teknologi, pertanian serta agensi-agensi FELDA, FELCRA, MPOB dan dengan kepakaran Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Boustead Holdings Petroleum (BHPetrol) atau pihak swasta kepada sumber tidak terhad ini dilihat satu mekanisme yang efisin merubah kepada sumber yang terhad dalam penjanaan ekonomi negara. Malahan syarikat besar minyak dunia, SHELL telah pun memulakan penyelidikan dan pembangunan kepada perkembangan sumber terbaru ini.
Kita boleh mengubah gaya hidup, tetapi kita juga perlu mengubah cara pemikiran ke arah skop yang lebih meluas. Penyelesaian jangka pendek tanpa ada alternatif untuk jangka masa panjang adalah penyelesaian yang terburu-buru dan boleh mendatangkan kerugian. Rakyat mungkin tidak berminat dengan pendapatan kewangan PETRONAS, namun alangkah baiknya jika rakyat diperjelaskan terperinci ke mana, mengapa atau untuk apa hasil daripada pendapatan PETRONAS kepada kerajaan dibelanjakan. Lebih mudah pengertiannya, perbelanjaan oleh kerajaan daripada hasil pendapatan PETRONAS.
2 comments:
Very good opinion about alternative resources.
Petronas adalah badan dinaungi orang koporat dan kerajaan dinaungi orang politik. Seharusnya hasil kewangan Petronas tidak dipolitikkan perbelanjaannya oleh kerajaan.
Petikan Berita Harian 17/07/2008.
Dewan Rakyat: Ku Li pengasas Petronas
AHLI Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, berkata bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah adalah orang yang mengasas dan bertungkus lumus mewujudkan Petronas.
Beliau menjelaskan, walaupun Petronas wujud ketika Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein menjadi Perdana Menteri, hakikatnya Tengku Razaleigh bertanggungjawab terhadap usaha penubuhan syarikat petroleum itu.
"Pengasas sebenar Petronas ialah Tengku Razaleigh Hamzah bukannya Tun Razak... Tun Dr Mahathir pula adalah orang yang mengembangkan Petronas sehingga berjaya seperti sekarang.
"Kita perlu perbetulkan fakta kecemerlangan pemimpin," katanya ketika membahas Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2008), di Parlimen, semalam.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20080717102541/Article/
Post a Comment