Pages

Thursday, May 28, 2009

SiBu - SaNDakAn ToUr..

Hampir 11 hari berada di Malaysia Timur atas urusan kerja dari 10 - 20 Mei 2009. Destinasi outstation kali ini adalah Sibu dan Sandakan, bersama 3 orang lagi rakan sekerja dari HQ mengendalikan sesi Re-Training BIT-BEA PIMACS program melibatkan estate dan mill milik Boustead bagi region Sarawak dan Sabah. Sesi jelajah kali kedua ini adalah kesinambungan kepada Roadshow dan Workshop sejak pelancaran rasmi program pada awal tahun 2006.

Region Sarawak

Kami bertolak pada 10 Mei menuju Sibu terlebih dahulu untuk sesi slot pertama Re-Training bagi region Sarawak melibatkan penyertaan hampir 11 estate dan mill antaranya Sungai Lelak, Bukit Limau, Loagan Bunut, Kelimut, Maong, Jih, Pedai, Bawan, Mapai, Kanowit Mill dan Loagan Bunut Mill yang berlangsung di Hotel Kawan dari 11 Mei sehingga 14 Mei. Sebelum berangkat meninggalkan Sibu menuju Sandakan, kami sempat mendapatkan beberapa ole-ole antaranya cenderamata kraftangan Sarawak, ikan terubuk masin, kek lapis sarawak serta lada hitam yang sememangnya terkenal di Sibu sebagai pengeluar utama yang asli.

Region Sabah


Setelah sesi slot region Sarawak selesai, awal pagi 15 Mei kami bertolak dari Sibu menuju Sandakan. Kami transit di Bintulu dan Kota Kinabalu terlebih dahulu dan tiba di Sandakan pada sebelah tengahari. Sesi slot kedua Re-Training bagi region Sabah pula diadakan di Hotel Sandakan berlangsung dari 16 Mei sehingga 19 Mei. Bagi region Sabah penyertaan melibatkan hampir 15 estate dan mill antaranya Nak, Resort, Sutera, Sungai Sungai 1, Sungai Sungai 2, Kawananan, Lembah Paitan, Ladang Tabung Tentera Sabah, Sungai Segamaha, Bukit Segamaha, Segaria, Nak Mill, Rimba Nilai Mill, Segamaha Mill dan Segaria Mill.

Ole-Ole Sandakan

Berkunjung ke Sandakan tidak lengkap sekiranya tidak membawa pulang ole-ole setempat. Sandakan sememangnya terkenal dengan hasil-hasil laut yang cukup segar selain kristal dan mutiara. Pada awal pagi sekitar jam 5 di hening subuh, kami berkunjung di sekitar tempat pendaratan bot-bot nelayan berhampiran Pasar Umum Sandakan untuk melihat sendiri aktiviti nelayan dan pemborong berurusan jual beli hasil-hasil laut segar seperti ikan-ikan besar, sotong, ketam yang baru di bawa naik ke darat. Kami juga tidak ketinggalan untuk memborong ikan-ikan besar dengan harga yang cukup murah berbanding dengan semenanjung. Kami juga ke Pasar Tanah Merah tidak jauh dari pekan untuk mendapatkan udang terus dari nelayan dengan harga yang cukup memuaskan. Selain hasil laut yang basah, bahan kering seperti udang kering, bilis, kuih cincin, teh sabah juga di borong kami. Tidak lengkap juga sekiranya tidak membeli ole-ole kristal atau mutiara untuk orang tersayang. Menariknya, pelbagai aneka rekabentuk kristal dan mutiara yang di jual dengan harga cukup berpatutan di tingkat atas Pasar Umum Sandakan dan tidak sah kalau tidak mendapatkannya.


Kami berangkat balik dari Sandakan pada 20 Mei dan selamat sampai sekitar petang di KLIA. Selesai sesi Re-Training bagi region Sarawak dan Sabah, pertengahan bulan Jun pula menanti sesi jelajah untuk semenanjung bagi region South dan North.

Sunday, May 10, 2009

IBU : Inspirasi Buat Ummah..

Selamat hari Ibu buat wanita-wanita bergelar Ibu terutama buat Ma dan Mak ku tersayang. Ibu bagi aku yang menjadi inspirasi buat ummah. Ibu yang bukan hanya sekadar mengandung dan melahirkan, malahan lebih bererti yang tiada ukuran nilai sebesar-besar pengorbanannya menjadi ratu segala-galanya dalam membesarkan, mengasuh, mendidik rohani dan jasmani seseorang insan.


Buat Ma (Norizan Abdul Ghani) yang mengandung dan melahirkan ku, buat nenek yang ku gelar Mak (Zainab Husain) yang menjaga dan membesarkan ku sejak kecil lagi, sekalung terima kasih sebesar-besar nilai atas pengorbanan dalam menjadikan ku seorang insan di bumi Allah ini. Aku amat bersyukur memiliki Ma dan Mak dalam hidup ku, harta yang paling bernilai buatku di dunia dan akhirat.

Thursday, April 30, 2009

AL-FaTihah : gEnap 2 taHun..

AL- FATIHAH dan iringan doa buat arwah tok ayah tersayang yang amat kami sekeluarga rindui. hari ini genap sudah 2 tahun pemergian arwah tok ayah kembali ke rahmatullah tanggal 30 April 2007 waktu hening subuh pada jam 5.15am. Jasad arwah tok ayah bersemadi di Tanah Perkuburan Islam Taman Sari, namun roh arwah tok ayah tetap dihati dan ingatan kami sekeluarga buat selama-lamanya.


Bersemadilah arwah tok ayah datuk ku tersayang..
Allahyarham Dato' Hj Abdul Ghani B. Abu Bakar (22 Feb 1932 - 30 Apr 2007) Al-Fatihah..

Sunday, April 26, 2009

FiNal PiaLa FA 2009 : KeMenanGan BoLaSepak MaLaYsia

Kemenangan buat sejarah bolasepak Malaysia. Final Piala FA edisi ke-20 tanggal 25 April 2009, telah mencoretkan cerita tersendiri antara perlawanan akhir yang paling menarik dalam kalendar bolasepak tanahair dan telah mencatatkan sejarah kehadiran penonton terbanyak hampir 90 ribu peminat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kesudahan aksi dramatis penuh mendebarkan antara Kelantan dan Selangor, Piala FA akhirnya menjadi milik Red Giants selepas mencatat kemenangan 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas berakhirnya 120 minit masa permainan seterusnya mengecewakan pasukan Red Warriors.


Untuk Selangor tahniah diucapkan menjulang kejuaraan, buat Kelantan tahniah dizahirkan kerana mencerminkan aksi menghiburkan dan buat seluruh peminat kedua-dua pasukan tahniah dianugerahkan kerana andalah menghidupkan kemeriahan bolasepak negara. Inilah sejarah kemenangan buat bolasepak Malaysia.

Sunday, April 19, 2009

FiNal PiaLa FA 2009 : Red Warriors Vs Red GianTs


Tahniah buat pasukan Kelantan kerana mencipta sejarah layak buat kali pertama ke final Piala FA sejak kejohanan tersebut diperkenalkan bermula tahun 1990. Pertembungan aksi yang dijangka menarik dan mendebarkan antara Kelantan (Red Warriors) bertemu Selangor (Red Giants) pada 25 April 2009 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Semoga pasukan bolasepak Kelantan berjaya menjulang Piala FA buat kali pertama dan membawa pulang ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Berkat doa seluruh rakyat Kelantan InsyaAllah mengiringi kejayaan.

Sejarah Piala FA Malaysia: -

TahunJuaraNaib Juara
Keputusan
Venue
1990 Perak Selangor 4-2Std Merdeka K. Lumpur
1991Selangor Perak
1-0 Std Merdeka K. Lumpur
1992 Sarawak K. Lumpur
2-1 Std Negeri Kuching
1993K. Lumpur Sabah
2-1 Std Merdeka K. Lumpur
1994K. Lumpur Sabah
3-1 Std Merdeka K. Lumpur
1995Sabah Pahang
3-1Std Merdeka K. Lumpur
1996Kedah Sarawak
1-0 Std Merdeka K. Lumpur
1997 SelangorP. Pinang
1-0
Std Perak Ipoh
1998 Johor Sabah 1-0 Std Likas Kota Kinabalu
1999 K. Lumpur Terengganu0-0 (pen. 5-3)
Std Sultan Ismail Nasaruddin Shah K. Terengganu
2000Terengganu P. Pinang
1-1 (pen. 4-3)
Std Negeri Batu Kawan P.Pinang
2001Selangor Sarawak 1-0 Std Nasional Bukit Jalil K. Lumpur
2002P. Pinang Perak 1-0 Std Nasional Bukit Jalil K. Lumpur
2003N. Sembilan Perlis 2-1 Std Perak Ipoh
2004Perak Terengganu
3-0 (aet 0-0)
Std Nasional Bukit Jalil K. Lumpur
2005Selangor Perak 4-2 Std Shah Alam
2006Pahang Perlis
0-0 (pen. 4-2)
Std Nasional Bukit Jalil K.Lumpur
2007Kedah Perlis
0-0 (pen. 4-2)
Std Negeri Batu Kawan P. Pinang
2008KedahSelangor3-2Std Shah Alam

2009 - Kelantan atau Selangor?

Teringat kenangan manis saat aku menjaringkan gol sulung kemenangan untuk Kelantan ketika menewaskan Selangor 1-0 pada separuh akhir Kejohanan Bolasepak FAM/MSSM/MILO Bawah 14 Tahun, 1993 di Kuala Terengganu.

Thursday, April 16, 2009

koNsep SatU MalaYsia @ BerSatU MalaYsia..?

Penulis ingin mencadangkan, konsep "Satu Malaysia" diubah kepada konsep "Bersatu Malaysia".

Persepsi kepada "Satu Malaysia" lebih mencerminkan kesamarataan dan ini akan lebih memberikan signifikasi yang kurang jelas kepada konsep tersebut yang pada dasar mudah untuk difahami ia menyamai konsep "Malaysian Malaysia".

Persepsi kepada "Bersatu Malaysia" adalah lebih menyeluruh dengan adaptasi emosi dan rasional mengajak seluruh lapisan rakyat yang berjiwa Malaysia didahului oleh barisan pemimpin untuk bersatu dibawah bumbung bergelar Malaysia sebagai landasan membina jatidiri Malaysia sebenar dalam satu konsep memupuk perpaduan yang utuh dan bersatu teguh. Konsep "Bersatu Malaysia" mudah difahami dengan mengumpul dan melaksanakan segala idealogi pelbagai peringkat bagi membina keseimbangan dan bukan kesamarataan.

Jadi pada hemat penulis, "Unity Malaysia" adalah lebih kompromi berbanding "One Malaysia".

Sunday, February 1, 2009

SeLaMaT bErbahaGia..

selamat pengantin baru..

alhamdulillah, disember 2008 yang lepas selamat n selesai majlis kesyukuran (adik liza) bersama menyambut menantu (adik azdhar) berlangsung serentak di kediaman taman sari dengan penuh meriah. semoga selamat berbahagia buat mempelai sehingga ke akhir hayat sentiasa dilindungi n dirahmati Allah SWT.

abah merestui

ma memberkati

nenek mengasihi

family bersama pasangan noor hazliza n mohd iqram

pasangan izarul azdhar n siti zaidah

Sunday, November 16, 2008

ADa APa DeNGan 16 NoV..

ada apa dengan cinta? itu cerita cinta, tapi ada apa dengan 16 Nov pula? ya, detik aku lahir ke dunia dan hari ini 16 Nov 2008 genaplah usia aku yang ke-28 tahun. syukur alhamdulillah padaNya, aku masih lagi diberikan kesempatan melihat dunia ini sejak mula-mula aku di sambut ke dunia tanggal pagi ahad 4.10 am 16 Nov 1980 di kg lundang, kota bharu.

sweet birthday gift from my syg, thanks syg

to my syg, tqvm birthday gift dihadiahkan untuk abg tanda kasih sayang ikatan kita selama ini. meskipun birthday pada 16 Nov, namun 4 hari sebelumnya abg sudah terima sweet gift daripada syg. so suprise tengok bungkusan yg di hantar ke ofis abg, sungguh terharu dan abg hargai dengan pemberian teristimewa syg. abg buka kotak bungkusan dan bukan setakat satu tapi 2 gift bungkusan yang syg berikan berserta kata-kata ucapan syg yg begitu menyentuh hati abg. so sweet gift for me, thanks a lot my syg.

"Abg.Slamat myambut hr ulangtahun ke 28.Muga tahun ini dmurahkn rzki, dan dbri pluang mptngktkn amalan pdnya.." sms ucapan di terima daripada my syg genap jam memasuki hari 16 Nov 2008, lantas selepas itu my phone ringing bcoz my syg called. thanks again my syg and i love u so much.

buat family tersayang nenek, ma, abah, my siblings dan anak-anak buah terima kasih atas ucapan ulangtahun kelahiran buat me. me juga doakan agar kita semua diberkati, dirahmati dan dimurahkan rezeki oleh Allah sentiasa. me juga sentiasa rindukan ucapan selamat hari lahir daripada arwah tok ayah dan ini tahun ke-2 me tidak mendengar ucapan daripada arwah tok ayah, me hadiahkan sedekah Al-Fatihah buat arwah tok ayah dan terima kasih jaga, didik, asuh me setahap ini. kepada rakan-rakan, sahabat handai berbanyak terima kasih juga atas ingatan dan ucapan ulangtahun kelahiran. semoga anda semua juga dirahmati dan diberkati hendaknya oleh Yang Maha Esa. hari kelahiran cukup bermakna buat aku tahun ini, terima kasih semua!!!

Sunday, November 2, 2008

BIT TriP JaKArTA - BanDunG

agak lama tidak menjengok blog sendiri apatah lagi mengemaskininya, agak busy lately. tambahan pula last weekend aku dan semua ofismate hampir 31 orang diketuai General Manager terbang ker Indonesia. company aku, Boustead IT mengadakan outing trip serta team building ke Jakarta dan Bandung selama 4 hari 3 malam dari 24-27 Oktober. memang seronok dan best bangat.

24/10/2008 - hari pertama

kami berkumpul di ofis Menara Boustead terlebih dahulu kerana jadual penerbangan KL809 pesawat KLM Royal Dutch B747-400 "City of Shanghai" rego PH-BFW yang transit di KLIA dari Amsterdam ke Jakarta adalah jam 4.00 petang. lebih kurang jam 12.00 tengahari kami semua berangkat menaiki bas ke KLIA dan berhenti di hentian rehat Nilai untuk lunch. kami tiba di KLIA lebih kurang jam 2 lebih seterusnya check-in bagasi. memang rata-rata hanya membawa bagasi yang tidak penuh malahan kosong kerana misi utama kami shopping sakan di gedung-gedung sana.

bersama kak salbiah ketua komiti rombongan

penerbangan pesawat KLM Royal Dutch 747-400

lebih kurang jam 4.00 petang waktu Malaysia pesawat kami berlepas dari KLIA dan selamat tiba di airport Soekarno-Hatta Jakarta dalam jam 4.50 petang waktu tempatan setelah penerbangan selama 1 jam lebih. setibanya di sana, rombongan kami disambut oleh Bapak Budi yang merupakan tour guide kami selama berada di Jakarta dan Bandung. selesai urusan di airport, kami terus menaiki bas (bus pariwisata) yang disediakan untuk terus ke Bandung kerana kami akan menghabiskan tempoh di sana selama 2 malam. perjalanan dari Jakarta ke Bandung melalui lebuhraya mengambil masa hampir 3 jam, dan seperti di jangka jalan sekitar Jakarta memang terkenal dengan kesesakan atau "macet" dengan berjuta-juta kenderaan. kami terlebih dahulu berhenti makan malam di restoran Pelabuhan Lembur Kuning tidak jauh dari airport sebelum menyambung perjalanan ke Kota Bandung dan tiba di hotel penginapan Arion Swiss-Belhotel, Bandung sekitar jam 12.00 tengah malam waktu tempatan.

makan malam di restoran pelabuhan lembur kuning

25/10/2008 - hari kedua

hari kedua pada sebelah pagi, jadual rombongan kami melawat kawasan kawah bekas gunung berapi iaitu Tangkuban Parahu. perjalanan ke Tangkuban Parahu yang diketuai oleh Bapak Budi amat menyeronokkan, dengan pemandangan saujana hijau kawasan sekitar lereng-lereng bukit jalan menuju ke sana. kami bertolak ke sana dari hotel sekitar jam 8.30 pagi dan tiba di Tangkuban Parahu jam 10.00 pagi. dari kaki gunung ke puncak kami menaiki mobil khusus angkutan, dengan suasana angin dingin dan sejuk begitu enak nyaman sekali. setiba di puncak, pemandangan rupa kawah begitu menakjubkan dan indah sekali. ternyata kuasa ciptaan Yang Maha Esa tidak dapat ditandingi.

taman wisata alam tangkuban parahu, bandung

kawah indah tangkuban parahu

model di lereng kawah tangkuban parahu

pemandangan penjual mengkerumuni pengunjung

rombongan BIT di kaki gunung tangkuban parahu

sesuatu yang menarik boleh di lihat dan di pelajari di atas sana adalah melihat kegigihan penduduk setempat yang menjual barangan cenderahati begitu bersungguh-sungguh seolah-olah seperti memaksa kita membelinya walau apa cara sekali pun. bagi yang cepat rimas mungkin akan rasa tidak selesa. bayangkan bila kita dikerumuni bukan setakat dua orang tetapi lebih dari itu malahan diekori ke sana ke mari. walau kita menolak untuk membeli, mereka tetap merayu tanpa putus asa dan di sini lah tips diberikan agar kita menawar harga serendah mungkin yang kita rasa berbaloi jika ingin membelinya. aku juga tidak ketinggalan terpaksa juga membeli topi dan beg design bulu putih lembut, kerana harga diberikan agak memuaskan dan atas dasar kesian bilamana penjual itu mengekori dari atas puncak sejak sampai hingga hendak pulang menaiki mobil khusus angkutan.

ciater hotpsring bandung

tunggangi kuda di ciater hotspring

rombongan kami bergerak dari tangkuban parahu menuju ke kawasan kolam air panas Ciater Hotspring. bagaimana pun kami tidak bermandi-manda di sana kerana kehangatan air panas boleh memasakkan kami, lagi pun kami sekadar singgah untuk lunch di restoran tersebut sebelum menuju ke bandar Kota Bandung untuk aktiviti shopping. kami tiba di kawasan factory outlets jalan Dago sekitar jam 3.00 petang dan kami diberikan masa selama 2 jam untuk shopping. memang rambang mata melihatkan pakaian, jeans yang cukup murah sehinggakan terasa tempoh 2 jam terlalu mencemburui. kami lepak minum sekejap kerana kehausan di Ngopi Doloe sebelum bergerak ke jalan Riau pula menyambung aktiviti shopping dan seperti juga di jalan Dago, pakaian, jeans, seluar, beg begitu murah dan banyak pilihan.

factory outlet sekitar kota bandung

shopping di jalan Riau juga begitu merambangkan mata dan jika ikutkan nafsu hati mahu semua di borong bawa balik. kalau lelaki yang bukan kaki shopping boleh rambang mata, perempuan yang kaki shopping pasti gelap mata. aku sempat menambah lagi koleksi membeli belah jeans dan t-shirts walaupun sebelumnya telah aku borong di factory outlets jalan Dago. selepas penat dan hari sudah senja, kami serombongan bergerak untuk makan malam di restoran Sederhana Masakan Padang. masakannya aduh enak sekali hingga berpinggan-pinggan aku tambah, cukup meyelerakan. kami bergerak pulang ke hotel penginapan sekitar jam 10.00 malam selepas kekenyangan dan penat yang seronok menakluki tangkuban parahu serta memborong sekitar bandar Kota Bandung.

26/10/2008 - hari ketiga

bangkit sekitar jam 5.30 pagi waktu tempatan dengan hari sudah semakin cerah, bersiap-siap untuk breakfast sebelum kami bergerak sekitar jam 8.30 pagi menuju ke Pasar Baru, gedung membeli belah yang terkenal di Kota Bandung yang jaraknya hanya mengambil masa 10 minit perjalanan berjalan kaki dari hotel penginapan. kami berjalan sambil melihat gelagat penduduk setempat dan pemandangan di sepanjang laluan ke Pasar Baru. kami dikehendaki berkumpul kembali di lobi hotel jam 12.00 tengah hari kerana akan bergerak pula ke Jakarta, jadi kesempatan free & easy selama 3 jam dimanfaatkan sepenuhnya untuk membeli belah sakan di sana. misi aku ke Pasar Baru adalah memborong kain kebaya, kurung, telekung, tudung, batik, pelikat untuk ole-ole di bawa pulang buat family dan insan tersayang. sememangnya meriah suasana di Pasar Baru dengan beraneka jenis barangan pakaian dan haruk piruk dapat berurus niaga tawar menawar dengan harga yang cukup berbaloi.

telekung beraneka menawan di pasar baru

BIT menakluki lobi hotel sebelum berangkat ke jakarta

model selamat tinggal bandung

model-model BIT

selesai check-out, kami bergerak meninggalkan hotel sekitar jam 1.00 petang bergerak menuju ke Jakarta dan dalam perjalanan tersebut kami singgah untuk lunch di restoran Sindang Reret terlebih dahulu, ternyata masakannya aduh enak bangat dan amat menyelerakan. kami menyambung perjalanan dan tiba di Kota Jakarta sekitar jam 6.00 petang dan terus ke restoran Salero Jumbo Padang di jalan Timor No. 12 Jakarta Pusat untuk dinner. makanan masakan padang tersebut juga begitu enak dihidangkan.

restoran sindang reret bandung

model bertapa di restoran salero jumbo padang jakarta

setelah perut kekenyangan, kami serombongan di bawa ronda-ronda menikmati pemandangan Jakarta di sebelah malam sebelum menuju ke hotel penginapan di Santika Premiere Jakarta. sekitar jam 9.00 malam pula, kami warga BIT berkumpul di dewan hotel untuk aktiviti team building. memang menghiburkan dengan sukaneka ringan menghilangkan stress, lelah penat dengan objektif mengukuhkan lagi motivasi dan ikatan kami sebagai satu keluarga besar Boustead Information Technology. aktiviti team building berakhir sekitar jam 11.00 malam dengan keriangan yang menyeronokkan.

aktiviti team building

BIT malam team building santika premiere jakarta

27/10/2008 - hari keempat

sudah hari keempat kami serombongan berada di Indonesia dan lewat senja kami akan berangkat terbang pulang ke Kuala Lumpur. aktiviti kami sesudah breakfast dan check-out hotel sekitar jam 9.30 pagi adalah menuju ke kompleks membeli belah Mangga Dua, Jakarta. ya, masa untuk kami meneruskan aktiviti shopping di Jakarta pula dan Mangga Dua antara kompleks membeli belah yang terkenal dengan pelbagai barangan pada harga yang berpatutan dan cukup murah. kami tiba di Mangga Dua setelah melalui kesesakan jalan dan panorama Kota Jakarta sekitar jam 11.00 pagi. kami diberikan kebebasan untuk shopping sebelum berkumpul kembali sekitar jam 2.30 petang, jadi masa lebih kurang 3 jam setengah digunakan sepenuhnya untuk menakluki Mangga Dua. memang menyeronokkan membeli belah di Mangga Dua dan aku terpaksa membeli sebuah lagi beg troli tambahan untuk mengisi barang-barang yang sudah tidak termuat untuk di isi ke dalam beg sedia ada.

menara monas jakarta

kompleks membeli belah mangga dua jakarta

setelah penat hampir 3 jam lebih shopping sakan di Mangga Dua, seterusnya sekitar jam 3.00 petang kami serombongan singgah lunch terlebih dahulu dalam perjalanan menuju ke airport di restoran Dapur Sangkuriang Khas Sunda & Oriental, masakan sunda yang dihidangkan agak menarik dan menyelerakan. sekitar jam 3.30 petang kami selesai lunch dan mula bergerak menuju ke airport Soekarno-Hatta Jakarta dan tiba sekitar jam 4.30 petang.

model lunch di restoran dapur sangkuriang jakarta

selamat tinggal jakarta

penerbangan pesawat KL Royal Dutch B747-400, KL810 dari Jakarta ke Kuala Lumpur adalah pada jam 7.00 malam. begitu melucukan melihat warga BIT dengan gelagat setiap seorang bagasi bertambah hendak di bawa pulang, tidak seperti waktu sampai di Jakarta sehingga ada yang mencongak-congak berapa muatan kg setiap seorang sewaktu hendak check-in bagasi. alhamdullilah pesawat kami selamat berlepas sekitar jam 7.00 malam waktu tempatan dan kami selamat tiba di KLIA sekitar jam 9.30 waktu Malaysia. kami juga mencongak-congak kebimbangan barangan yang di borong sakan tidak melepasi pemeriksaan kastam, namun semuanya berjalan lancar. kami menaiki bas disediakan dari KLIA, sampai di ofis Menara Boustead dan rumah masing-masing hampir tengah malam. walaupun penat namun begitu manis kenangan pengembaraan rombongan.

trip company BIT pada kali ini ke luar negara amat menyeronokkan selain objektif memupuk dan menjalinkan ikatan lagi kukuh sesama warga BIT dalam budaya kerja dan perhubungan selain sebagai tanda penghargaan company kepada warga BIT. jutaan terima kasih buat GM, komiti dan seluruh warga BIT yang telah menjayakan trip ini dan seperti slogan yang dilaungkan semasa berada di Indonesia dan sewaktu team building, BOUSTEAD YES YES!!!

BIT Trip Jakarta-Bandung 24-27 Oktober 2008..